Ahad, 30 Jun 2013

Bahagia bukan Memiliki tapi Memanfaatkan

Alkisah kopi ustazku…

Aku bersama rakan alumniku yang dikira berjaya dalam kerjaya balik melawat ustaz kesayangan kita di universiti.

Ustaz Abu Khari menghampiri umur persaraan. Tingginya 52, seorang peramah dan terkenal dengan rendah dirinya.

Perbualan bersama Ustaz Abu Khari membawa balik kembali seribu satu nostalgia.

Di tengah-tengah, perbualan bertukar arus kepada rintihan mengenai tekana...
n di tempat kerja dan kehidupan. Kami semua, walaupun dikira berjaya, tetap menghadapi kesukaran mengerumudi tekanan kerja dan hidup seharian.

Waktu itu, Ustaz Abu Khari bangun dan ke dapur untuk menyediakan air kepada kami. Air kopi kesukaannya dibancuh di dalam satu teko dan pelbagai jenis cawan disediakan untuk kami – porselin, plastik, kaca, kristal, yang biasa, yang mahal, yang unik rekabentuknya – dan menyuruh kami untuk menghidangnya sendiri.

Kami semua mengambil giliran masing-masing untuk mengambil air kopi yang dihidangkan. Ada secawan terlebih.

“Jika anta semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi anta semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah anta semua.

Kita tahu cawan tidak akan mengenakkan lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada di situasi tertentu ia memendamkan apa yang kita minum.

Apa yang diperlukan anta semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, anta semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, anta semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.

Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia sebagai cawan - mereka cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Tapi jenis cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmat kopi yang dibuat Allah ini. Ana tukang bancuh saja,” kata Ustaz Abu Khari.

Kami semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, Ustaz Abu Khari menjawab segala persoalan di minda kami.

“Orang yang gembira dan bahagia tidak memiliki segalanya. Mereka cuma memanfaatkan apa yang ada,” tambah Ustaz Abu Khari lagi sebelum kami meminta izin untuk beredar.

Kami semua tersenyum. Anta sekalian bagaimana pula? Senyum.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Sabtu, 29 Jun 2013

Pastikan Minda Berada di 'Masa Kini'

Ramai antara kita yang pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan ketika kesusahan, menenangkan hati mereka dan sedekahkan mereka senyuman.

Namun, apabila kita ditimpa kesusahan, kita yang tukang memberi nasihat ini gagal menasihatkan diri kita, dan biasanya memerlukan pihak ketiga untuk menyampaikan nasihat yang sama balik kepada kita.

Jika anda adalah salah seorang di atas, ini bermaksud kebany...
akan nasihat yang datang daripada anda, hanyalah dari mulut dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Jiwa anda masih tidak selari dengan jasad kurniaan Allah, dan minda masih tidak dapat membezakan realiti dengan bisikan syaitan.

Jangan jadi orang yang pandai menasihat tetapi diri sendiri tidak pernah mengikuti nasihat itui... itu adalah mirip ciri-ciri munafik.

Ingatlah pada Allah, sentiasa pastikan minda berada di 'masa kini', sekiranya ia melayang, cari sesuatu kerja berfaedah untuk dilakukan. Dan Senyum di mana-mana sahaja anda berada.

Pandanglah cermin dan senyum pada diri sekali-sekala ketika minda melayang, insha-Allah minda akan kembali ke masa kini.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Jumaat, 28 Jun 2013

Kekecewaan itu Perangkap Syaitan

Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang
kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka
bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari
orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis
dengan masalah yang engkau hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan
masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa
...
menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa
tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai
anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada
dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu
perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi
menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi
menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan
hubungan dengan Allah yang mampu
mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan
yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi
menjadikan kamu murung, bersedih dan
bersendirian?

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana
manusia. Berapa kali kamu menangis kerana
kamu melanggar perintah Tuhanmu? Berapa
banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu?
Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia,
tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan
membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu,
sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai
oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu
murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya
jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari
yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa
memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana
dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sekiranya kamu
ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata
'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi
katakanlah ?telah ditakdirkan Allah?, apa yang
dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan
?kalau? akan membuka ruang syaitan ke dalam
hatimu."

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia
ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi
semakin matang menghadapi cabaran.
Bersabarlah dengan apa yang menimpamu,
kerana dengan mehnah itu, Allah akan
mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-
dosamu. Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu
di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu
dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Sabar itu Perjuangan!

Setelah membincangkan beberapa siri tentang kerjaya, saya ingin fokus kepada sifat-sifat positif pula dalam rancangan ini. Sifat sabar bukanlah mudah untuk dicapai dan ianya memerlukan perjuangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, dalam apa jua yang kita lakukan, tanya diri, adakah urusan yang dilakukan itu adalah urusan di jalan Allah atau tidak? Kalau kita diberikan kesibukan oleh Allah, itu maknanya Allah tahu yang kita mampu. Semasa kecil lagi, kita telah diajar yang sabar itu separuh daripada iman, orang yang menang ialah orang yang sabar dan banyak lagi kelebihan memiliki sifat ini.

Daripada pengalaman sebagai doktor pula, saya banyak melihat kes-kes yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebab itulah walaupun sudah dibuat temujanji dengan doktor, selalu berlaku kelewatan kerana prosedur yang perlu diikuti ada banyak. Jadi alangkah baiknya jika semua orang di Malaysia, tak kiralah jawatan apa sekalipun, sama ada doktor, jururawat, pesakit, guru dan semua orang memiliki sifat sabar.

Manusia ada dua jenis – pertama: orang yang mempunyai kesedaran keegoan dan ikut nafsu, kedua pula mempunyai kesedaran ketuhanan dan ikut iman. Orang yang ikut nafsu inilah yang cepat nak marah – semua nak cepat, nak ikut cara dia saja, pentingkan harta, pangkat, ingat nak menang saja. Orang begini jika berlaku kelewatan, dia akan mudah marah kerana merasakan dirinya penting dan orang lain perlu beri layanan istimewa kepadanya. Saya dulu begitu juga. Keburukannya ialah apabila kita marah, hormon-hormon negatif akan dikeluarkan. Begitu juga jika selalu takut, panik, risau atau sifat-sifat negatif lain. Sifat-sifat ini akan menghilangkan segala khasiat makanan-makanan baik yang kita ambil, dan mengeluarkan hormon yang merosakkan badan pula. Sebaliknya jika hidup dengan kesedaran ketuhanan dan menggunakan keimanan dalam setiap reaksi kita, kita akan sentiasa:

  • bekerjasama,
  • menghargai orang lain,
  • penuh kasih sayang,
  • melihat kebaikan pada seseorang atau pada setiap kejadian
  • bermurah hati,
  • berterusan memperbaiki diri, dan
  • menerima manusia seadanya
Semasa menghadapi sesuatu yang diluar jangkaan, amalkan sifat sabar. Contohnya jika berlaku kelewatan dalam temujanji dengan doktor. Jika kita memberi reaksi negatif, kita sendiri yang akan tertekan. Tetapi jika redha, kita akan berasa lebih tenang. Gunakan masa yang ada untuk buat perkara lain dulu, contohnya boleh solat hajat, baca Quran, dan sebagainya. Berusahalah menjadikan sifat sabar itu sebagai tabiat kita semua.

Ibu merupakan seorang yang cukup penyabar, sebab itulah jika diperhatikan ibu jarang sakit. Oleh itu, bila ibu sudah tua, sebagai anak, kita perlu juga banyak bersabar dengan karenah ibu kita. Tiba-tiba saya dapat idea, para ibu, bila anak kecil mengamuk, buat perangai, rakam menggunakan video dan simpan. Esok-esok bila dia sudah besar, tunjukkan kembali padanya, kerana lumrah manusia ini sangat mudah lupa.

Senarai soalan & jawapan:
S: Alhamdulillah setelah banyak mendengar ucapan Prof, saya berubah menjadi seorang yang lebih penyabar dengan anak dan suami dan mendapat kehidupan yang lebih bahagia. Terima kasih.
J: Syukur, Alhamdulillah. Inilah yang saya katakan, apabila kita berubah, dunia akan berubah bersama kita.

S: Saya cepat marah pada anak yang suka tidur selepas solat Subuh sehingga membawa ke tengah hari. Suami menegur agar saya jangan marah kerana anak cuma balik sekali-sekali. Anak sudah berumur 20 tahun. Mohon nasihat Prof.
J: Pertama, Puan bersyukur tak ada anak yang sihat, tak terlibat dalam kemalangan? Jika bersyukur, kita kenalah layan anak kita dengan baik. Dalam masyarakat kita ramai yang menyesal setelah seseorang itu mati, kerana ketika hidup asyik bergaduh, tak bertegur-sapa dan sebagainya. Oleh itu saya nak sarankna semua ibu bapa, pembuat polisi, guru-guru tadika agar menanam cita-cita pada anak-anak untuk menjadi ahli syurga. Jika tidak rugilah umur yang diberikan kepada kita. Sekarang anak Puan sudah berumur 20 tahun, mungkin 20 tahun yang lalu Puan tidak mendidiknya untuk menjadi ahli syurga, sebaliknya menekankan pencapaian akademik semata. Cuba Puan jadi seorang yang tenang terlebih dahulu. Ibu yang tenang akan menenangkan anak-anak. Tegur anak-anak dengan kasih-sayang bukan dengan marah-marah. Anak saya pun sama juga, bila sekali-sekala balik, dapat makan sedap, mereka pun tidur dan bangun lewat juga. Jadi ibu perlu buat perancangan. Cuba beritahu anak esok nak pergi berkelah contohnya, saya jamin anak itu takkan bangun lewat. Atur aktiviti bersifat 'bonding time' bersama anak-anak. Dalam aktiviti itu sebut perghargaan kepada anak-anak. Kita kena ubah pendekatan dengan anak-anak. Selama ini kita asyik marah dan anak masih juga belum berubah, jadi ibu perlu ubah taktik juga. Albert Einstein kata,“Orang yang tak siuman ialah orang yang buat benda yang sama, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza.”

S: Bagaimana untuk istiqamah menjadi orang yang sabar dan membuat kebaikan, kerana semakin kita ingin berubah, terasa semakin banyak dugaan yang datang?
J: Pertama, syaitan memang suka kita masuk neraka bersamanya. Sebab itu syaitan tidak ganggu orang kafir, tetapi ganggu kita. Bila dah tahu, kita perlu lebih bersedia untuk melawannya. Kita perlu terus-menerus berfikiran positif dan bersabar, sehinggalah ianya menjadi tabiat dan sebahagian daripada kita. Bila dah jadi tabiat, kita tak perlu fikir untuk bersabar, kerana secara automatiknya kita tahu untuk bersabar. Untuk membentuk tabiat positif memang memerlukan mujahadah dan disiplin yang tinggi. Boleh juga buat catatan jurnal untuk membantu, InsyaAllah.

S: Bagaimana untuk mengatasi anak yang pandai berbohong? Anak berumur 9 tahun dan berbohong contohnya bila ditanya sudah solat, dia mengatakan ya walaupun belum solat.
J: Anak berumur 9 tahun sudah ada akal dan mungkin dia mencari jalan untuk tidak melakukan sesuatu. Kita perlu ingat yang anak berumur 7-14 tahun akan ikut perangai orang-orang sekelilingnya. Jadi perhatikan juga diri kita sendiri, anak-anak yang lebih dewasa dan rakan-rakannya. Saya cadangkan supaya ubah fokus daripada sifat anak yang suka berbohong kepada sifat-sifat murni pada Rasulullah SAW. Cuba bacakan sirah-sirah Rasulullah atau para sahabat yang menunjukkan bahawa sifat berkata benar dan jujur membawa ganjaran yang lebih baik. Secara tidak langsung anak akan berfikir sendiri bahawa tiada gunanya dia berbohong. Tidak perlu memarahi sifat suka berbohongnya secara terus. Gunakan cerita yang memberi contoh nilai-nilai positif. Cerita merupakan satu bahan bantu mengajar yang baik untuk anak-anak.

S: Bagaimana membantu menenangkan rakan yang kematian anak kecilnya?
J: Kita semua dalam perjalanan menuju alam lain, iaitu alam barzakh dan akhirat. Beritahu kawan yang Allah telah memilih anaknya untuk jadi ahli syurga. Kita didik anak sehingga besar belum tentu lagi dapat menjadikan dia ahli syurga. Jadi bersyukurlah dan dekatkanlah diri dengan Allah. Ingatkan selalu bahawa Allah tidak akan menguji sesuatu yang kita tidak mampu menghadapinya.

S: Sebagai guru, ada kalanya saya tidak dapat menahan sabar dengan anak murid. Tetapi bila mengenangkan bahawa merekalah yang akan mendoakan saya nanti, jadi sejuk kembali hati dan bersemangat semula.
J: Para guru, sebelum melangkah untuk mengajar, semaikan dalam hati bahawa mencurahkan ilmu kepada anak murid itu sebagai ladang pahala yang akan dituai hasilnya di akhirat, InsyaAllah. Bersabar dengan ujian karenah anak-anak. Cuba kita berasa nikmat dalam kepayahan dan kesusahan yang dialami, kerana di situ adanya janji ganjaran Allah.

S: Mohon pandangan Prof untuk berdepan dengan ibu bapa yang garang?
J: Orang yang suka marah sebenarnya dia merasa rendah diri. Orang yang tiada apa-apa biasanya merasakan yang dia perlu 'tunjuk' pada orang lain. Orang yang sudah ada, dia takkan rasa perlu untuk menunjuk-nunjuk. Jadi bila nampak orang marah-marah, kita perlu rasa kasihan pada mereka. Imej diri mereka sangat negatif. Cuba bandingkan akhlak orang yang benar-benar berjaya dan orang-orang yang kurang berjaya. Selagi dunia dalaman tidak diubah, dunia luaran juga takkan berubah. Cuba kita sibuk betulkan diri kita sendiri, tak perlu untuk ubah orang lain. Jadikan segala tujuan, setiap perkataan, perbuatan kita hanya untuk Allah. InsyaAllah orang-orang yang mempunyai kesedaran ketuhanan, auranya sangat positif dan akan dapat membantu orang negatif disekeliling juga berubah, InsyaAllah.

S: Bagaimana untuk membantu abang yang tertekan kerana ibu dan adik-beradik lain tidak menyokong usaha abang untuk berubah?
J: Pertama, kita mesti menerima manusia seadanya. Mungkin pengharapan ibu sebagai ibu tunggal kepada anak agak tinggi. Jadi anak-anak jangan pandang ibu dengan negatif. Kena selalu ingat yang syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sedangkan ibu yang bukan Islam pun kita perlu hormat, inikan pula ibu kita yang sememangnya Islam. Kemungkinan reaksi ibu agak berlebihan. Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran ketuhanan tinggi dan yakin dengan bantuan dari Allah. Lihat semua situasi sebagai peluang mencari kebaikan dan bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Tahniah pada Puan yang mengambil berat hal adik-beradik. Cuba pujuk ibu dengan kelembutan, berikan hadiah, peluk ibu, kerana kelembutan tidak pernah kalah. Cuba dengar pandangan sebelah ibu pula. Cuba cari bantuan orang yang lebih arif untuk membantu abang. Jangan berkira dalam membantu adik-beradik. Esok di hari akhirat, kita akan sibuk mencari pahala, oleh itu ambil peluang membuat pahala sebanyaknya ketika kita masih mampu.

S: Saya cuba bersabar dalam menghadapi tekanan masalah, tetapi kesannya saya menjadi sakit pula. Mohon panduan dari Prof.
J: Kan saya dah kata, siapa yang 'stress' memang akan sakit. Buang perkataan 'stress' dari dalam kehidupan dan pemikiran. Orang yang berjaya adalah orang yang mampu mengawal pemikirannya. Fokus pada mencari keredhaan Allah, bukan kepada perghargaan manusia.

S: Saya sukar mengawal perasaan marah pada anak yang masih kecil, baru berumur setahun lebih. Mohon nasihat Prof.
J: Wanita, jika ada suami, ada anak, ada sumber ekonomi yang bagus sudah ada syurga di dunia sebenarnya. Perhatikan berapa ramai wanita yang belum dapat jodoh, sibuk minta jodoh. Yang belum ada anak, sibuk minta anak. Tetapi bila dah dapat, banyak pula komen nak menjaganya. Jadi wanita, tolong ada sifat tawaduk. Tolong jangan rasa diri lebih daripada orang lain. Kita hanya berani marah orang jika kita rasa kita lebih daripada orang lain. Siapa kita untuk merasa begitu? Anak kecil itu, jika meninggal, terus menjadi ahli syurga. Saya teringat kata-kata Hasan Al-Basri, “Bila aku pandang orang kafir, aku merasa malu dengannya kerana jika dia mengucapkan kalimah syahadah, akan terhapus segala dosanya. Sedangkan aku memohon doa diampunkan segala dosa tetapi belum tentu lagi doaku dimakbulkan.” Begitu juga pandangannya terhadap anak kecil yang belum berdosa. Oleh itu bayangkan anak itu sebagai ahli syurga, oleh itu jagalah mereka dengan penuh kasih sayang. Saya ingin cadangkan pada orang yang suka marah, pakai getah pada tangan dan setiap kali ingin marah, tarik getah itu sebagai peringatan. Ini adalah teknik NLP dan boleh menjadi terapi yang baik untuk mengawal marah. Begitu juga jika kita suka mengumpat, tampar pipi sebagai peringatan. Lama-kelamaan kita akan boleh tinggalkan tabiat buruk ini. Ada lagi dua kata-kata ulama yang ingin saya kongsi di sini, pertama - “Aku tidak keluar rumah sehinggalah aku merasakan semua orang lebih baik daripada diriku.” Kedua: “Aku tidak keluar rumah sehinggalah aku bergantung hanya pada Allah.” Bayangkan jika kita hanya bergantung pada Allah dan merasakan semua orang lebih baik daripada kita, kita sudah mencapai kesedaran ketuhanan yang sangat tinggi dan InsyaAllah mendapat syurga dunia dan syurga akhirat. Jadi ibu-ibu jangan marah anak-anak di rumah, mereka itu semuanya ahli syurga.

S: Saya dikejutkan dengan berita suami berkahwin lagi, mohon nasihat Prof.
J: Memanglah poligami ini ujian bagi semua wanita. Kita tidak boleh menolak kerana ini merupakan hukum Allah. Kita boleh bercakap, tetapi siapa yang belum terkena pasti tak tahu bagaimana rasanya. Oleh itu saya cadangkan pada Puan, niatkan diri menjadi ahli syurga dan penuhkan diri dengan kasih sayang rohani iaitu pergantungan penuh dengan Allah. Siapa yang banyak makanan rohaninya tak perlukan makanan emosi iaitu kasih-sayang manusia. Sebab itu orang yang kurang makanan rohani, dan emosi suka makan makanan fizikal yang banyak. Ada kisah seorang wanita usahawan yang sangat berjaya, tetapi setiap hari dia bangun solat tahajud dan menangis pada Tuhan. Dia menjaga keluarganya dengan baik dan masak di rumah setiap hari. Pada satu ketika dia merasakan begitu dekat dan bergantung sepenuhnya dengan Allah sehingga meminta suaminya berkahwin lagi satu. Tetapi suaminya yang menolak. Jadi, Puan fokus pada mendidik diri dan anak menjadi ahli syurga. Fokus untuk mencari Allah, kerana disitu Puan akan berjumpa ketenangan. Jangan benarkan kata-kata atau sikap orang luar mempengaruhi Puan.

S: Alhamdulillah setelah mendengar ceramah Prof, saya banyak berubah. Cuma sifat sabar ini yang sukar saya amalkan. Saya tidak sabar dalam menerima kerja orang lain yang tidak sempurna, namun saya sedar yang saya sendiri juga sukar memberikan kesempurnaan. Saya sukar nak marah orang tetapi saya pula yang tertekan.
J: Memang, sebagai manusia, kita tidak sempurna. Hanya Nabi SAW yang maksum. Orang yang suka risau sebenarnya adalah orang yang ego. Mereka tak percaya pada orang lain dan ini menyebabkan mereka banyak risau. Segal-galanya adalah dalam kawalan Allah sebenarnya. Apabila saya melakukan pembedahan, saya nyatakan pada pesakit yang saya hanyalah alat dan Allah yang mengawal segala-galanya. Oleh itu mari bersama-sama kita menyerahkan diri kepada Allah dan bergantung sepenuhnya kepadanya. Hanya dengan jalan itu kita akan tenang.

S: Suami tidak membenarkan saya pulang ke kampung ibu. Ibu telah tiada tetapi masih ada rumah di kampung. Perjalanan cuma 2 jam dan kami tiada masalah kewangan. Mohon nasihat Prof.
J: Mungkin dalam perhubungan suami dan anak-anak ini, suami Puan bagus, cuma dia tidak mahu balik kampung. Tetapo apabila Puan fokus pada satu perkara negatif ini, ianya akan menjadi semakin besar. Sedikit ujikaji:
Prof Muhaya: Cuba Maz (juruhebah bertugas) kira ada berapa lampu bulat di atas siling dalam konti ini?
DJ Mazlina: Ada 1,2.. 11 (sambil melihat dan mengira).
Prof. Muhaya: Ok, sekarang pejam mata dan beritahu saya ada berapa keping siling tadi?
DJ Mazlina: Ermm...tak ingat.
Begitulah, kita hanya akan nampak apa yang kita fokus. Walaupun Mazlina telah lihat keseluruhan siling tadi, sebab fokus pada lampu, tidak nampak berapa keping syiling yang ada. Begitulah dalam kehidupan kita – jika fokus pada negatif – suami tak mahu balik kampung, suami tak mahu dengar cakap saya, negatiflah yang dirasa. Sehinggakan tidak nampak kebaikan-kebaikan lain yang diberi suami. Sebagai wanita, kita perlu taat ada suami selepas Allah dan Rasul. Tambahan pula ibu Puan pun sudah meninggal. Jadi jika suami tidak setuju, ikutkah dahulu. Berlembutlah, jangan melawan dengan kekasaran. Jangan mengungkit-ungkit. Pujuk suami dengan baik dan berdoa. Jika suami masih tidak setuju, redha dan lapangkan dada.

S: Saya selalu menahan rasa marah bila berhadapan dengan karenah suami dan anak-anak. Saya beristighfar, dan kemudian rasa lebih tenang.
J: Betul, saya ingin tambah perkongsian dari Mufti Menk, kalau tak silap. Beliau mencadangkan jika kita rasa nak marah, minum dan kemam air. Kerana bila ada air dalam mulut, kita tak boleh keluarkan perkataan-perkataan kesat yang kita mungkin menyesal nanti. Perkataan ini, jika belum dikeluarkan hak kita, tetapi jika sudah dikeluatkan akan menjadi hak orang lain. Sebab itu saya sendiri takut sangat jika tersilap cakap di IKIM ini.

S: Suami menghadapi ujian dalam perniagaan sehingga lingkup. Dia cuba bekerja tetapi tidak bertahan lama. Saya bekerja dan tidak kisah hidup susah. Apa yang menyedihkan ialah suami tidak lagi solat sekarang. Mohon nasihat Prof.
J: Pertama: Sebagai langkah pencegahan– wanita sebelum nak berkahwin periksa dulu bakal suami solat atau tidak dan sama ada dia seorang perokok. Bagi Puan, sebagai isteri memang payah untuk menegur suami. Jadi cuba buka rancangan yang baik-baik di rumah seperti 'Tanyalah Ustaz' dan belikan buku-buku yang baik. Gunakan kelembutan dalam berkomunikasi. Komunikasi bukanlah apa yang kita cakap, tetapi apa tindak-balas orang terhadap apa yang kita katakan. Jadi, walaupun kita rasa kita sudah cakap bagus, tetapi jika orang tak dengar apa gunanya? Bercakap itu biar ada kesan pada orang. Sebelum bercakap, jangan ada rasa lebih baik daripada suami, ingat kata-kata orang alim tadi – wujudkan perasaan bahawa semua orang adalah lebih baik daripada kita. Tambahan pula suami tidak bekerja, harga dirinya akan semakin rendah. Jadi apabila isteri yang bekerja ingin menegur dengan menunjuk bagus, suami akan semakin susah untuk terima. Apa kata, pujuk suami dan ajak suami untuk jadi ahli syurga.
 
~ Dr Muhaya~

Kita Sering Tak perasan

Seorang bapa bertungkus-lumus membawa balik sebuah hadiah patung buat hari jadi anak perempuan kesayangannya.

Keesokan harinya, ketika balik dari pejabat, kereta bapa mengalami masalah air mendidih. Bapa berang akan nasibnya kerana semalam keretanya disaman kerana parking di tempat yang salah untuk membeli patung buat anaknya.

Ketika tiba di rumah, anak perempuannya menyambutnya. Diberikannya se...
ketul batu hitam bersilau. Bapanya berang.

“Tak nampak ke ayah dalam keadaan kotor. Kau bagi sampah kat ayah mengapa! Pergi buang di tong sampah!” jerit bapanya.

Anak perempuannya terus mengambil batu itu dan menangis balik ke dalam bilik.

Maknya terus keluar dari dapur.

“Susah penat anak kamu pergi sungai dapat batu itu sebagai hadiah kerana abang semalam dapatkan hadiah patung pada dia. Walaupun ia hanya seketul batu, itu sajalah yang anak kita ada untuk bagi kat abang. Jangan lihat batu itu, lihat keikhlasan belakang batu itu,” kata maknya.

Bapa terkejut dan tersentak. Dan pergi bilik anaknya untuk memujuk.

“Maafkan ayah, ayah mood tak baik tadi. Terima kasih atas hadiah batu. Sangat cantik,” kata bapa sambil memeluk dan mencium dahi anak perempuannya.

Sekadar cerita petang. Senyum.
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan man

Selasa, 25 Jun 2013

Memaafkan Lebih Berharga dari Menyalahkan

Alkisah sebotol ubat…

Setelah berkahwin 20 tahun, akhirnya sepasang suami isteri dikurniakan seorang cahaya mata.

Anak lelaki itu menjadi fokus kehidupan Pak Jamal dan Kak Ros Hitam.

Satu hari, ketika Musa berusia dua tahun, Pak Jamal terlihat sebotal ubat tidak tertutup di atas meja.

Oleh kerana Pak Jamal sudah terlewat dengan kerja, Pak Jamal memesan isterinya untuk menutup botol ubat terse...
but dan meletakkan kembali ke dalam almari.

Kak Ros Hitam yang sibuk dengan kerja-kerja rumahtangga terlupa akan pesanan suaminya.

Musa melihat botol itu dan tertarik dengan warna ubat telah mengambil botol itu dan minum semua ubat.

Ubat itu berupa racun dan hanya boleh dimakan orang dewasa pada kadar yang kecil.

Musa pengsan, Kok Ros Hitam menjadi panik dan terus memandu kereta melanggar pagar rumah terus ke hospital.

Setiba di hospital, muka Musa amat keputihan, anaknya sudah berada dalam keadaan koma.

Kak Ros Hitam tersangat terkejut dan takut. Bagaimana saya nak menghadapi suami saya?

Pak Jamal yang sayu tiba di hospital melihat anaknya sedang diselamatkan di dalam bilik pembedahan.

Pak Jamal melihat Kak Ros Hitam yang penuh dengan air mata dan ketakutan.

Sebelum Kak Ros Hitam ingin menjelaskan apa-apa, Pak Jamal terus memeluknya dan berkata, “Abang sayang Ros,” sambil mencium dahinya.

Kak Ros Hitam terkejut dengan sikap suaminya yang tidak berang kerana kecuaiannya tidak menutup ubat botal seperti yang disuruh.

“Ayang yang salah. Abang salahkan sayang saja. Ayang lupa pesan abang tutup botol ubat. Sekarang ayang rasa amat menyesal dan bersalah menangguhkan kerja,” kata Kak Ros Hitam yang mengharapkan suaminya memarahinya supaya dia boleh merasa lega atas kesilapannya.

“Ayang. Anak kita di dalam koma. Tak guna kita mencari siapa yang salah. Kalau abang tadi ambil masa 30 saat untuk tutup semula botol ubat tadi, semua ini pun tak akan terjadi. Tiada gunanya mencari siapa silap apabila perkara sudahpun berlaku. Kita hanya boleh berdoa memohon ampun Allah dan mengharapkan terbaik daripada Allah sekarang,” jelas Pak Jamal.

Kak Ros Hitam sangat tersentuh dengan kata-kata Pak Jamal lalu memeluknya dengan erat sambil memegang tangannya menunggu keputusan dari doktor.

Setelah 6 jam bertarung, doktor memaklumkan pada Pak Jamal dan Kak Ros Hitam, anak mereka Musa dapat diselamatkan….

Pengajaran:
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, manusia lazimnya suka menghabiskan banyak waktu untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan – samada di tempat kerja, dalam hubungan keluarga, suami isteri mahupun persahabatan – sehinggakan kita terlupa pentingnya silaturahim antara manusia perlu dipellihara.

Ramai terlupa, memaafkan seseorang sebenarnya perkara yang paling mudah di dunia daripada menyimpan dendam dan marah. Manusia perlu belajar menghargai apa yang ada. Jangan lipat-gandakan kesakitan, keperitan dan kesengsaraan dengan berpegang kepada sikap sudah memaafkan.

Lepaskan segala rasa dengki, cemburu, tidak rela memaafkan, mementingkan diri sendiri, ketakutan pada perkara yang tidak tahu dan anda akan mendapati segala perkara di dunia ini sebenarnya mudah.

Seperti Pak Jamal, dia mengetahui apa yang Kak Ros Hitam perlukan pada waktu anaknya sedang koma dan diselamatkan oleh para doktor ialah kasih sayang dan ambil berat dan sokongan dan bukannya seorang suami yang menyalahkan dia atas kecuaiannya.

Senyum.

~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~
Wanita yang ikhlas pada suaminya kerana Allah, juga bersikap yang sama pada orang2 di sekitarnya.

Kalau menipu suami itu biasa, apatah lagi menipu orang lain!
Dunia ini pinjam2an.

Sabtu, 22 Jun 2013

Jika Ingin, Cukup dengan Satu Alasan

Siapa antara kita yang pernah memikirkan…

1. Ingin sambung belajar di peringkat Master dan PhD?
2. Ingin memiliki rumah sendiri sebelum umur 35 tahun?
3. Ingin mengurangkan berat badan?
4. Mulai hari ini tidak ingin lambat ke kerja?
5. Ingin meluangkan masa 1 jam sehari bersama anak-anak?

Dan kemudiannya semua hasrat ditangguhkan oleh alasan seperti…

...
1. Saya dah terlalu tua untuk itu…
2. Saya terlalu letih…
3. Saya malas…
4. Saya terlalu sibuk…
5. Saya susah itu dan ini…
6. Benda itu terlalu susah…

Ingatlah manusia boleh mencari seribu satu alasan untuk TIDAK MELAKUKAN SESUATU… susah, tak mungkin, tak berdaya, mak tak suka, teman tak suka, duit tak cukup… dan banyak antara kita yang sanggup menghabiskan masa untuk mencari seribu satu alasan ini.

Walhal, untuk melakukan sesuatu, kita tidak perlu seribu alasan, kita hanya memerlukan satu alasan yang baik untuk mela-kukannya.

Mengapa kita tidak fokus mencari alasan yang satu itu, daripada menghabiskan masa mencari seribu satu alasan untuk tidak melakukan sesuatu?

Dalam kehidupan ini, prinsipnya mudah, jika betul kita ingin sesuatu, hanya dengan satu alasan, kita akan mencari jalan.

Ingatlah tiada benda yang berharga datang tanpa pergelutan dan pengorbanan. Setiap kejayaan dan kegagalan ada cerita di belakangnya – dan antara kejayaan dan kegagalan, pemisahnya ialah sikap manusia – satu mencari seribu satu alasan untuk tidak berbuat sesuatu dan satu mencari alasan yang satu untuk berbuat sesuatu hajat yang ingin dicapai iaitu kehendak atau keinginan yang kuat.

Sekadar motivasi pendek. SENYUM.
~ Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Sesuai ke kahwin Muda?

Artikel ini saya share dari rakan facebook. Saya abadikan di sini. Boleh jadi panduan anak-anak dan cucu kita nanti. insyaAllah..
 
Oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,

"Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

...
"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baek adalah untuk oerempuan yang baek. Anak perempuan saya belum cukup baek,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baek."

Jawapan yang ringkas,tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.
Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip laen yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"Lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang lain salah,kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. Terbaik tips Dr!

# SEBARKAN agar ibu bapa dan rakan-rakan membacanya!

TULISAN : Aidil Sahipaludin (
Pakar diari hati)

Jumaat, 21 Jun 2013

Usah Harap Balasan dari Manusia

Ramai yang terkejut dengan sikap tidak mengenang budi sese-tengah pihak, walhal perkara ini ada disebut di dalam Quran:

(Quran 10: 12)
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pe...
rnah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.

Ketika beramal, usahlah mengharapkan orang yang dibantu kita akan mengenang budi atau berterima kasih kepada kita.

Semasa beramal, buangkan harapan bahawa orang yang me-nerima bantuan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bahawa kita pernah membantunya.

Jangan sesekali mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu, dalam apa jua keadaan - terutamanya dalam keadaan kita memerlukan pertolongan semula.

Ingatlah beramal dan berbuat baik adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Asalkan kita sentiasa beringat bahawa beramal adalah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang tidak mengenang budi, tidak membalas atau membalas dengan nilai jahat tidak akan dapat melukai hati kita.

Dalam Quran juga disebut bahawa jangan mengharapkan apa-apa balasan daripada orang yang dibantu.

(Quran 76: 9)
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.

Ingatlah juga, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.

Jika anda memahami bahawa semua makhluk adalah ciptaan Allah, maka anda akan faham bahawa Allah yang akan menilai perbuatan kita dalam membantu makhluk ciptaannya dan bukan orang yang kita bantu.

Jangan berasa susah hati sekiranya tongkat yang diberi sebagai bantuan kepada seseorang akhirnya digunakan untuk memukul kita.

Apa yang nak disedihkan, sedangkan manusia sendiri ramai yang tidak tahu bersyukur terhadap Allah, jadi apakah layanan balasan yang kita nak harapkan? Sekadar renungan.

SENYUM.

~ Ust Tuan ibrahim Tuan Man ~

Jangan Uji

Hubungan jangan diuji. Yang layak menguji hambaNYA cuma Allah. Kalau kita solat, dapat yg solat. Kalau kita ikhlas, dapat yg ikhlas. Allah tau kan?

Khamis, 20 Jun 2013

Jagalah Air Liur

Tahukah anda bahawa apa yang anda lihat, dengar, cakap akan membentuk molekul pada air liur yang anda telan setiap waktu. Oleh itu…

Jagalah fikiran anda,
Kerana ia akan menghasilkan air liur, yang makin ditelan akhirnya ia menjadi kata-kata anda,

Jagalah kata-kata anda,
Kerana ia akan menghasilkan air liur, yang makin ditelan akhirnya ia menjadi tindakan anda,

Jagalah tindakan anda,
Kerana ia ...
akan menghasilkan air liur, yang makin ditelan akhirnya ia menjadi tabiat anda,

Jagalah tabiat anda,
Kerana ia akan menghasilkan air liur, yang makin ditelan akhirnya ia menjadi perwatakan anda,

Jagalah perwatakan anda,
Kerana ia akan menghasilkan air liur, yang makin ditelan akhirnya ia menjadi kesudahan anda.

Senyum.

 
~ Ust Tuan Ibrahim Tuan Man