Rabu, 31 Julai 2013

Ubah Diri Sendiri Lebih Mudah

Wahai anakku,
Masamu kecil, engkau sering mengadu pada aku apabila tersinggung dengan kelakuan atau percakapan sahabatmu. Semasa kamu mengadu, engkau sentiasa alangkah bagusnya sahabatmu berubah sikap, lalu kamu tidak perlu lagi tersinggung pada kelakuan atau percakapan yang boleh merosakkan persahabatan.

Waktu itu aku hanya tersenyum. Aku senyum kerana kamu menyayangi sahabat kamu. Tapi pada mas...
a yang sama aku cukup bimbang kerana kamu tidak menyedari antara perkara yang mencari nahas dalam hubungan antara manusia - iaitu sentiasa mengharapkan orang lain berubah untuk keselesaan diri sendiri, tapi dirimu enggan berubah.

Wahai anakku,
Melihat kamu sedih mengadu, aku tidak mahu menambahkan lukamu untuk bertanya mengapa kamu mencari nahas? Kerana aku sedar dan amat berpengalaman mengalaminya bahawa hatimu akan lebih berkecai harapanmu dihampakan lagi kerana sahabatmu tidak berubah. Akhirnya kamu menambah kecewa dan berdendam dengan sahabatmu.

Wahai anak kesayanganku,
Jangan selalu dok berfikir penyelesaian kepada sesuatu masalah dalam hubungan sesama manusia ialah orang lain itu berubah, walhal penyelesaian sebenar adalah pada diri kamu sendiri - kamu yang harus berubah dulu.

Umpamanya, jikalau engkau tersinggung dengan seorang sahabat yang kamu rasa dia tidak menjaga kepentingan kamu sebagaimana kamu menjaga kepentingan dia... Jika engkau terus mengharapkan sahabatmu berubah untuk menjaga kepentingan kamu sebagaimana kamu menjaga kepentingan dia adalah jalan mencari nahas untuk merosakkan hubungan kerana ia susah berlaku.

Ingatlah wahai anakku, pembaris setiap orang adalah berlainan. Mungkin bagi sahabatmu, ia sudah dikira amat menjaga kepentinganmu berbanding kepentingan orang lain.

Wahai anakku,
Sebaliknya ia adalah lebih mudah kalau engkau yang berubah dengan mengubah pandangan pada sahabatmu, bahawa itulah beliau yang sebenarnya, dan jangan ada harapan (expectation) yang terlalu tinggi pada beliau - keadaan akan menjadi lebih tenang dan hubungan akan mencapai lebih kesefahaman dan kurang sengketa dalaman hati.

Banyak perkara di dunia ini, ingatlah wahai anakku, jika kamu inginkan perubahan, ia bermula daripada diri kamu sendiri, dan bukan dengan mengharapkan orang lain dan sekelilingmu berubah dahulu.

Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Di Mana Kita di SisiNYA?

..apa yang kita harapkan dari kehidupan ini ialah keredhaan Tuhan..ini sebuah perjalanan yang menemukan kita dengan pelbagai cabaran dan ujian..dunia boleh berbicara apa sahaja, namun yang penting apakah kedudukan kita di sisiNYA..kita boleh memutuskan kemesraan dengan sesiapa pun tetapi kita tidak akan mampu menanggung derita jiwa jika terputus hubungan dengan Yang Maha Pencipta..Ya Allah! kasihanilah kami dan terimalah kami di sisiMU..
 
~Dr MAZA~

Righteous Husband

Artikel ni saya share dari sahabat di facebook;
 
“For the first time after 18 years of marriage, she prepared the worst dinner for her husband.
the vegetables were over cooked, meat was burned and salad was too salty.
At the dinner table, her husband kept silent while he was eating.
Afte...r that, when she was in kitchen washing dishes
He came to her, smile at her and kissed her on her forehead
“why is this kiss for?” she asked him not believing what he did.
“tonight your cooking reminded me of your cooking in the first days of our marriage! it reminded me of your cooking as a new bride, so I wanted to treat you as if you are a new bride”

this is the good righteous husband who turn the mistakes of his wife to positive sides in their life together, because the best Muslim man is the one who is best to his wife and should make her feel that she is so special to him
Abu Hurairah narrated that Prophet Muhammad (sallAllahu alaihi wa sallam) said: "The believers who show the most perfect faith are those who have the best disposition and the best of you are those who are best to their wives." [Tirmidhi]

Selasa, 30 Julai 2013

Pilih Akhirat atau Pilih Dunia?

Sabda Rasulullah SAW;
 
Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia).
 
Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)
 
(Riwayat al-Tirmizi)
 
~Dr MAZA~
 
www.drmaza.com

Dengar,Baca, Tonton; Itulah Kita

Kita bukan sahaja apa yang kita makan, tetapi kita juga adalah apa yang kita dengar, baca dan tonton. Apa-apa sahaja yang kita dengar, baca dan tonton akan membentuk diri kita kerana semua itu hakikatnya adalah makanan rohani kita.
Sepertimana makanan yang berkolestrol, berlemak dan beracun akan memberi kesan mudarat kepada fizikal kita, maka ‘makanan rohaniah’ yang buruk, negatif dan lucah akan merosakkan rohani kita. Itu akan memberi kesan negatif kepada jiwa dan pembentukan peribadi kita.
Rohani adalah hal-hal dalaman (akal dan hati) kita. Akal dan hati lebih mudah dipengaruhi oleh apa-apa yang kita lihat, dengar dan baca. Semua ini secara langsung akan memberi kesan kepada pemikiran dan perasaan kita. Ini kerana akal berfungsi untuk berfikir. Hati pula berfungsi untuk merasai.
~Muhammad Jihad~
Solusi 43

Merawat Fitnah

Merawat fitnah dan ujian hidup dengan amalan soleh

Dosa dan maksiat boleh menjadi penyebab fitnah atau musibah dan bala dalam kehidupan. Walaubagaimana pun ianya dapat dirawat atau dikurangkan dengan melakukan amalan soleh.

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah salallahualaihiwassalam yang bersabda;
...

فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَ مَالِهِ وَ نَفْسِهِ وَ وَلَدِهِ وَ جَارِهِ يُكَفِّرُهَا الصِّيَامُ وَالصَّلاَةُ وَالصَّدَقَةُ وَاْلأَمْرُ بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ

“Ujian fitnah yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, anak, dan tetangganya dapat dihapus dengan puasa, solat, sedekah, dan amar makruf nahi munkar.” [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Kita melakukan dakwah, amar makruf nahi mungkar bukanlah kerana kita lebih baik tetapi untuk mendapat kelebihan dan rahmat pengampunan daripada Allah SWT !

- Ustaz Emran Ahmad -

Ajaibnya Sedekah

"Ketika sedekah keluar dari tangan pemiliknya, maka ia terlebih dulu jatuh di tangan Allah sebelum sampai kepada tangan penerimanya, kemudiannya sedekah itu berkata kepada Allah dengan lima perkataan, iaitu;
1. saya kecil, maka besarkanlah saya
2. saya sedikit, maka perbanyakkanlah saya
3. saya benci, maka cintakanlah saya
4. saya adalah yang binasa, maka kekalkanlah
5. saya adalah sang penjaga, maka sekarang saya telah menjadi sang penjaga bagimu (orang yang bersedekah)"
 
(HR Ali bin Abi Thalib)
 
Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan melipat ganda rezeki. Sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai yang pada setiap tangkai itu terjurai seratus biji.
 
Bersedekahlah ketika merasa ingin bersedekah. Jangan sampai merasa terpaksa bersedekah. Perkara ini bukannya disebabkan oleh besar atau kecilnya nilai wang, tetapi rela atau tidak untuk kita menghulurkan sumbangan.
 
Sebaik-baiknya menyedekahkan sesuatu perkara yang membuatkan perasaan kita bergetar. Kesan bersedekah adalah berbeza pada setiap orang.
 
Balasan terhadap amalan kita bukan berasal daripada orang yang pernah kita sedekahkan. Namun balasan itu berasal daripada Allah dan datangnya sering dari jalan yang tidak pernah kita duga.
 
Balasan daripada Allah boleh terdiri daripada keselamatan, kesihatan, perasaan tenang dan sebagainya yang nilainya jauh lebih besar daripada nilai  yang kita sedekahkan.
 
~Ustaz Yusuf Mansur~
Buku; Allah Maha Pelindung

Ukuran Sabar Pada Tingkah Laku, Bukan Masa

Wahai anakku,
Janganlah engkau sangka kesabaran itu diukur dengan lamanya masamu menunggu sesuatu. Sebenarnya tidak.

Jika hatimu tidak tenteram, mindamu penuh dengan sangka buruk, bibirmu penuh dengan cacian pada orang yang membiarkan engkau menunggu tatkala kamu menunggu, dan kamu berkata kamu seorang yang sabar atas ukuran berapa lamanya masa kamu menunggu, sebenarnya kamu sedang menipu sendiri.

Kesabaran sebenar kamu diukur daripada tingkah lakumu ketika menunggu itu. Ingatlah itu, wahai anak kesayanganku.

Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Allah Uji Kita Sebab Allah Sayang Kita

Allah menguji kita kerana Allah sayangkan kita. Allah mahu mendengar suara kita merintih, mengadu dan berdoa padanya. Jika Allah tidak menguji kita maknanya Allah membiarkan kita leka. Insan yang diuji adalah insan terpilih. Bagi meningkatkan darjat dan keimanan kita kepadaNya. Bagi menyedarkan kita ini insan kerdil yang memerlukanNya. Allah berikan satu musibah bagi mengelak satu musibah besar yang mungkin berlaku. Allah tarik satu nikmat kecil, kerana telah Allah sediakan satu nikmat yang lebih besar lagi selepas itu. Berbahagialah apabila kita diuji. Amin.

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

Pastikan Ikatan Pada Allah MelebihI Ikatan pada MakhlukNYA

Wahai anakku,
Semasa engkau sering termenung dan murung, aku sedar kamu sekali lagi terkena masalah yang sama. Masalah engkau terlalu mudah membiarkan hatimu terikat pada seseorang.

Wahai anakku,
Sedarlah waktu hati engkau terikat pada seseorang, kamu akan melakukan segalanya untuk menggembirakan mereka dan membuat mereka senyum. Kamu akan terlupa mengenai kehendak kamu, kehendak orang lain menja...
di keutamaan yang lebih tinggi daripada kehendakmu sendiri.

Tatkala ini, wahai anakku, engkau akan sentiasa memberi peluang kepada mereka, walaupun kamu tahu tidak berbaloi kerana tindakan mereka sering melukai hatimu. Kadang-kala mereka juga mengambil kesempatan pada engkau, dan kamu menjadi seorang yang lemah dan mudah dipengaruhi.

Tapi kerana rasa sayang di hati, wahai anakku, kamu merelakan dirimu dilayan sebegini, kerana kamu merasakan asalkan mereka tetap berada di dalam kehidupanmu, kamu dah cukup berpuas hati. Walaupun mereka mengecewakanmu berkali-kali, kamu tetap berada di sisi mereka waktu mereka memerlukan kamu. Engkau merasakan itulah kamu, dan itulah siapa kamu yang sebenarnya.

Ingatlah tatkala kamu terikat dengan seseorang, di hatimu sentiasa ada tempat untuk mereka. Sebab itulah kamu susah melepaskannya walaupun mereka merompak senyumanmu.

Wahai anakku,
Aku sedar masalah kamu kerana aku juga pernah berkali-kali mengalaminya ketika waktu muda aku. Aku faham engkau malu bercerita pada aku mengenai perasaan di hatimu walaupun aku sedikit terhiris kamu merasakan aku tidak dapat memahami perasaanmu.

Ingatlah wahai anakku, kamu hanya insan biasa, dan kamu tidak mungkin dapat lari daripada terikat perasaanmu pada seseorang. Tapi kematangan dan pengalaman boleh membantu dalam menguruskan gelora emosimu tatkala kamu semakin membesar.

Aku nukilkan ini untuk engkau tahu aku sentiasa bersedia untuk mendengar. Usah rasa malu pada aku, kerana aku tidak akan mencemuh mahupun memandang rendah padamu kerana kamu anak kesayanganku.

Jika kamu susah bercerita pada aku, ceritalah pada Tuhanmu. Mohonlah Tuhanmu membuka hatimu dan memberikan petunjuk padamu. Pastikan ikatan kamu pada Tuhanmu melebihi segala ikatan dengan manusia, dengan itu kamu tidak akan mudah terjerat dengan gelora hatimu yang terikat pada seseorang yang tidak mengerti untuk menghayatimu.

Dan kongsilah nukilan ini pada sahabat handaimu jika kamu terasa ini seolah-olah terkena pada sanubari hatimu.

Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Mohonlah Ampun Sebelum Berdoa

Wahai anakku,
Aku seringkali tertanya-tanya apakah yang biasa engkau minta bila berdoa. Aku sangat bimbang kamu biadap pada Tuhanmu. Apakah kamu terus meminta habuan dunia, tanpa kita memohon keampunan dari Allah terlebih dahulu?

Wahai anakku,
Kamu contohilah Rasulullah dan para sahabat bilamana mereka berdoa. Hal ini dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran: "Dan mereka tidaklah memohon melainkan...
mereka berkata Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa dosa kami, dan sikap melampaui kami dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami (dalam agamamu), dan bantulah kami dalam mengalahkan golongan yang kafir.”

Engkau patut berasa malu bilamana kamu munajat dengan Allah, lalu engkau meminta nikmat dunia, memohon kekayaan, kesihatan, keselesaan hidup, kejayaan projek, dan lainnya TANPA TERLEBIH DAHULU engkau memohon keampunan dari dosa, memohon keberkatan dalam setiap usaha yang kamu lakukan.

Ingatlah wahai anak kesayanganku, tanpa rahmat dan keberkatan, segala nikmat akan bertukar menjadi bala bencana. Jangan kamu lupa kata-kata aku ini kerana aku sangat bimbang kekayaanmu bertukar menjadi kesombonganmu yang dibenci ramai dan dipandang hina oleh Allah, dan pengaruh pangkat yang dikecapimu bertukar menjadi kezaliman kepada orang di sisimu.

Wahai anakku,
Aku tersenyum gembira melihat kamu tersentuh dengan nukilan ini. Senyuman yang terpahat di wajahmu adalah pahala yang membawa ke syurga. Senyum.
 
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Sabtu, 27 Julai 2013

Benarkah Kita Cintakan Allah?

Wahai anakku,
Di waktu kecilmu, pakcik Ismailmu pernah digelar seorang gila. Ada satu hari Ahad, pakcikmu tetiba ke masjid pada pukul 10 pagi. Tetiba pakcikmu melaungkan azan.

Azan di 10 pagi mengejutkan semua termasuk aku. Mengapa pakcikmu melakukan sedemikian? Seluruh penduduk kampung berkejar ke masjid untuk melihat apa yang terjadi. Setibanya di sana, Ketua Kampung terus menyelar pakcikmu, “P...
ukul 10 pagi, azan ini nak solat apa? Kamu gila ke?”

Wahai anakku,
Pakcikmu gelak dan tersenyum. Aku gementar. Atukmu juga tidak kurang cemasnya. Apakah pakcikmu betul-betul dah gila?

Pakcikmu menjawab:
“Tak jumpa kamu semua tadi masa solat subuh azan yang benar pukul 6 pagi. Pagi tadi cuma ada 5 orang. Aku ingat kamu semua terlupa panggilan Allah lalu aku sengaja mencuba di waktu yang lain sekadar untuk memastikan. Ini azan tersilap, sekampung datang ke masjid. Aku sendiri tak pasti siapa yang gila?”

Wahai anakku,
Apabila kamu mendengar seseorang yang kamu sayangi memanggilmu, tentu kamu akan segera mendatanginya dengan penuh kasih sayang, cinta dan gembira. Tetapi apabila Allah memanggilmu (azan), bagaimana perasaanmu, apakah engkau segera datang atau engkau tidak mempedulikannya. Lalu kamu kata kamu mencintai Allah, kamu sebenarnya pembohong.

Senyum Sabtu.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Bahasa lahir Dari Jiwa

..dari jiwa yang bersih lahirnya bahasa dan tindakan yang santun dan baik..dari jiwa yang kotor lahirnya bahasa yang tidak sopan dan tindakan yang tidak takutkan Allah..lihat bahasa dan tindakan, nescaya terlihat apa yang bersarang dalam perasaan..
 
~Dr MAZA ~

Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah Bersama Kita!



Dr MAZA

Seluas-luas Pintu Adalah Pintu Taubat



Dr MAZA

Cinta Melahirkan Kata-kata vs Kata-kata Mengharumkan Cinta

Melalui pengalaman, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan menjadi semakin becok. Tetapi lelaki sebaliknya menjadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuangan yang tidak selesai selesai.

Manakala lelaki yang dulunya ceria dan banyak cakap, perlahan-lahan menjadi pendiam (adakalanya muram) apabila beban penanggungan keluarga semakin bertambah. Ya, jika tidak dikawal, ujian dan beban rumah tangga akan menyebabkan suami isteri menjadi semakin bisu. Isteri mungkin sibuk bercakap itu dan ini dengan anak-anak tetapi kehilangan suara dan kata apabila berdepan dengan suami.
Bukan hendak menyebut kata-kata sayang, cinta dan kasih lagi, malah sekadar untuk bertanya khabar pun sudah terlalu berat. Lidah jadi bungkam seolah-olah tidak apa-apa yang hendak  diperkatakan lagi. Lalu rumahtangga menjadi sepi. Masing-masing leka dengan hal sendiri. Semacam sudah tidak ada apa lagi yang hendak dikongsi.
Ada kalanya duduk rapat-rapat tetapi sudah tidak bertemu lagi. Tidak ada apa yang dapat dikongsikan. Boleh jadi dalam kereta, suami sibuk memandu. Di sebelahnya isteri membisu. Muram tanpa reaksi atau respons. Mujur masih ada anak-anak yang menjadi mediator secara tidak rasmi. Terhubung jugalah kata-kata atas apa yang ditimbulkanya. Apabila anak-anak tiada, keadaan pun menjadi sepi semula.
Benar! Sewaktu mula-mula bercinta dulu, cintalah yang melahirkan kata-kata. tetapi apabila cinta telah lama bermula dan ingin diperbaharui semula, kata-katalah yang perlu diluahkan untuk mengharumkan cinta. Ingat! Kita bercinta bukan hanya sekali tetapi kita perlu bercinta berkali-kali. Maksudnya , kita perlu bercinta berkali-kali dengan orang yang sama (suami/ isteri kita).
Cinta itu perlu diperbaharui. Perbaharuilah cinta dengan kata-kata yang baik. Luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadamkan dendam. Carilah topik-topik yang menarik untuk diperbualkan. Jangan malu alah untuk memulakan. Cinta yang kekal abadi ialah cinta yang dibuat berkali-kali.
~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~
Buku; Cinta Kerana Allah

Bukan Milik Kita

Alkisah sebiji batu bernilai…

Seorang ustaz, bernama Hadi telah menggembara di hutan dan terjumpa sebiji batu bersinar di dalam sebuah tasik.

Hari keduanya, Ustaz Hadi terserempak dengan seorang penggembara bernama Azam yang kelaparan.

Tanpa memikir panjang, Ustaz Hadi membuka begnya dan berkongsi makanan bersama Azam.

Azam melihat dalam beg Ustaz Hadi ada batu bersinar.

...
“Boleh ustaz bagi ana batu itu?” tanya Azam yang terpegun dengan kecantikan batu tersebut.

“Ambillah,” kata Ustaz Hadi tanpa berkata apa-apa.

Azam berasa sungguh bertuah. Beliau merasakan batu bersinar tersebut dapat menjamin kesejahteraan hidupnya sepanjang hayat kalau dapat dijual.

Fikir… Menung… Mimpi…

Fikir… Menung… Mimpi…

Fikir… Menung… Mimpi…

Azam balik berjumpa Ustaz Hadi selepas seminggu.

“Ana sedang fikir,” kata Azam. “Ana tahu batu ini berharga, tapi ana nak pulangkan pada ustaz, dengan harapan ustaz akan memberi ana benda yang lebih berharga daripada batu ini.”

Ustaz Hadi tersenyum. Tapi orang-orang yang mendengar di tepinya merasakan Azam tersangat tamak.

“Ana nak Ustaz bagi apa yang ada di jiwa ustaz yang membolehkan ustaz memberikan batu ini kepada ana,” kata Azam.

Semua terkejut dengan permintaan Azam.

“Manusia suka mengumpul duit dan harta. Semakin banyak dikumpul, semakin banyak yang dikehendaki – tiada penghujungnya nafsu manusia. Tapi apabila manusia dapat hidayah bahawa hidup menjadi lebih bebas dan bermakna jika kita menganggap segalanya tidak dimiliki kita, tapi dipinjamkan sementara oleh Allah kepada kita, Azam akan melepaskan batu bersinar itu tanpa ragu-ragu,” jawab Ustaz Hadi.

Wahai anakku,
Aku bimbang engkau terlalu sayang akan hartamu sehingga ia merosakkan imanmu lalu aku ceritakan kisah di atas untukmu. Tatkala matamu ditutup, jantungmu henti berdenyut dan kamu hembuskan nafas terakhirmu, hartamu dan duitmu tidak lagi boleh mengikutimu.

Aku berharap kisah di atas dapat membantu kamu lebih mudah memahami nasihat yang ingin disampaikan oleh aku. Ingatlah wahai anakku, pembelajaran yang paling berkesan, bukan pada mendengar penerangan 100%, tapi melalui pemahaman dan penyedaran sendiri terhadap segala perkara yang berada di mindamu.

Bacalah wahai anakku. Jangan kamu sesekali henti membaca di dalam hidupmu. Semakin kamu membaca, engkau akan sedar semakin banyak benda kamu tak faham. Disebabkan ada benda baru yang kamu tak faham, kamu akan terus membaca mencari jawapan dan mendalami ilmu kamu. Itulah hebatnya dan nikmat di sebalik seseorang yang suka membaca. Selepas membaca, kongsilah ilmu pada orang lain kerana berkongsi ilmu adalah kunci kepada memdalamkan satu-satu ilmu yang diperolehi.

Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Jumaat, 26 Julai 2013

Bila Rasa Kesian Pada Diri Sendiri...

Wahai anakku,
Jika kamu terasa susah, ingatlah ada yang lebih susah daripada kamu.
Bilamana kamu berasa tidak gembira, ingatlah ada yang lebih sedih daripada kamu.

Jangan sesekali engkau berasa serba tidak cukup, kerana di dunia ini ada yang rasa serba tiada daripada kamu. Jangan terasa diri kesian kerana ada insan yang bergelar manusia yang keadaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dibandingkan dengan kamu....
 

Wahai anakku,
Jika engkau ingin membanding, bandinglah dengan orang yang kurang daripada kamu, barulah mudah bagi kamu memahami erti bersyukur.

Salam Nurul Al-Quran. Senyum
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Kesulitan Itu Jalan Kehebatan Selagi Kita Beriman

Alkisah seorang pemain silat

Farid seorang budak berumur 10 tahun mengambil keputusan untuk belajar silat walaupun baru kehilangan tangan kiri dalam satu kemalangan kereta yang ngeri.

Farid berjumpa dengan seorang pakar pengamal silat, Ustaz Idris untuk memahirkan diri dalam bidang silat.

Farid tekun dan menjadi cekap dalam apa yang dipelajarinya. Namun, selepas tiga bulan, Farid tertanya-tanya...
mengapa Ustaz Idris hanya mengajarnya satu teknik silat sahaja.

“Ustaz,” Farid akhirnya bertanya kepada Tok gurunya, “Farid rasanya ada patut belajar teknik baru…”

“Tidak. Ini saja teknik yang Farid tahu, dan ini sahaja teknik yang Farid perlu tahu,” jawab Ustaz Idris.

Farid tidak gembira dengan jawapan Tok gurunya, namun dia tak berani melawan dan terus tekun memahirkan diri dalam teknik yang satu tersebut.

Setelah beberapa bulan, Ustaz Idris membawa Farid ke pertandingan silat kebangsaan.

“Ustaz, Farid hanya ada satu teknik…. Mesti kalah Farid, mengapa ustaz nak Farid bertanding sedangkan Ustaz tidak rela mengajar teknik-teknik yang lain pada Farid selama ini? Dahlah Farid hanya mempunyai satu tangan sahaja…” rungut Farid.

Ustaz Idris hanya tersenyum.

“Farid, sabar dan lihat dulu. Cuba pergi cuba teknik yang Farid belajar di sini, nanti kita bincang. Usah bimbang, ustaz akan duduk tepi bagi petunjuk,” jawab Ustaz Idris.

Walaupun dengan satu teknik, Farid menang dua perlawanan pertama dengan mudah dan keyakinannya bertambah.

Perlawanan ketiga agak payah, namun Farid bertahan sehingga lawannya tidak sabar dan melakukan kesilapan dan membolehkan Farid menggunakan satu-satunya teknik yang dipelajarinya untuk memenangi perlawanan tersebut.

Farid akhirnya tiba di perlawanan akhir. Lawannya berusia 18 tahun, lebih besar, kuat dan berpengalaman.

Untuk seketika waktu, Farid kelihatan tidak terlawan dengan lawannya yang 8 tahun lebih tua. Pengadil perlawanan bimbang bahawa Farid akan cedera meminta perlawanan dihentikan.

Ustaz Idris membantah dan menyuruh pengadil meneruskan perlawanan sambil membisikkan pada telingan Farid, “Jangan takut, guna sahaja segala kemahiran untuk menggunakan teknik silat yang Farid tahu untuk menumbangkan lawan.”

Melihat Farid yang keletihan, lawannya berlawan secara sambil lewa kerana beranggapan beliau tidak mungkin kalah pada budak 10 tahun. Farid menggunakan peluang tersebut untuk menggunakan satu-satunya teknik silat yang dipelajarinya untuk mencengkam lawan dan akhirnya menjadi juara pertandingan.

Dalam perjalanan pulang, Farid dan Ustaz Idris melihat kembali video pertandingan yang dirakamkan Ustaz Idris.

Farid mengambil keberanian untuk bertanya pada Tok Gurunya…

“Bagaimana Farid boleh menang dengan satu teknik saja…” tanya Farid.

“Farid menang atas dua sebab. Satu sebab Farid mahirkan diri dalam teknik yang paling sukar dalam silat. Kedua, cara mengatasi teknik tersebut ialah lawan mesti cuba memegang tangan kiri Farid,” kata Ustaz Idris.

“Maksudnya Ustaz, kecatatan Farid, ustaz telah jadikannya sebagai kekuatan paling hebat pada Farid selama ini…” tanya Farid untuk mendapat kepastian.

Ustaz Idris tersenyum, “Akhirnya Farid faham mengapa ustaz latih Farid dengan sedemikian.”

Wahai anakku,
Kadang-kala kamu terasa dirimu penuh kelemahan, dan engkau merungut mengapa situasi ‘tidak adil’ itu berlaku kepada kamu tanpa sedari bahawa kelemahan tersebut adalah jalan Tuhanmu reka bagi kamu mengenal kelebihanmu.

Wahai anakku,
Tatkala kamu memohon doa memberikan kekuatan kepadamu sebenarnya Allah menjawabnya dalam bentuk yang kamu tidak mengerti pada mulanya. Kesusahanm kesulitan dan cabaran kadang-kadang adalah jawapan kepada doamu untuk engkau mengetahui betapa hebatnya kehebatan yang Tuhanmu kurniakan padamu. Hakikatnya, Allah dah tentukan jalan untuk kamu mencari sumber kekuatanmu jika kamu tidak berputus asa dan terus beriman dengan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Jangan anggap dirimu ini cacat dan penuh kelemahan. Janganlah engkau menghabiskan masa berfikir mengenai ‘air muka’ dan kesusahanmu, buatlah yang terbaik dan cuba capai yang terbaik dalam segala yang diusahakan. Nescaya kamu akan menjadi juara seperti Farid walaupun terpaksa berlawan dengan satu tangan.

Senyum Jumaat.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Puncak Marah itu Sekejap

Wahai anakku,
Nak marah senang. Nak keluarkan kata-kata senang. Masa engkau marah dan keluarkan kata-kata lagi senang. Tapi wahai anakku, yang payahnya ialah menarik balik kata-kata tersebut.

Yang paling aku bimbang ialah kamu gagal menyembuhkan hati yang terluka mereka yang menyayangimu kerana kata-kata marahmu.

Wahai anakku,
Sebab itu, bila engkau marah elok kamu diam. Bersabar dulu kerana pun
cak marah itu sekejap saat saja. Jika kamu tidak mengawal amarahmu, kemarahan kamu yang beberapa saat itu aku bimbang akan melukakan hati orang tersayang kamu bertahun lamanya sehingga kamu menyesal satu hari nanti.

Kamu jangan rasa hebat apabila orang yang menyayangimu tidak melawan marahmu. Kamu jangan berasa betul. Kerana satu hari nanti, engkau akan merasai kepedihan mereka apabila mereka mengambil keputusan meninggalkan kamu.

Wahai anakku,
Ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan kesabaranmu di Ramadhan untuk kegunaan di hari-hari biasa. Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

99 Kesilapan vs 99 Kebaikan

Tazkirah pagi...
Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi

لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
...
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Khamis, 25 Julai 2013

Positif itu Kecilkan Masalah Besar

Alkisah dua beradik…

Satu masa dahulu, dua beradik, yang tinggal di dua kebun bersebelahan telah berbalah dan berkelahi.

Ia adalah satu pertelingkahan yang serius dalam tempoh 40 tahun untuk dua adik beradik petani berjiran ini, yang berkongsi tanah, peralatan, pekerja dan hasil untuk sekian lama.

Kerjasama utuh antara dua adik beradik akhirnya berkecai. Ia bermula daripada satu salah faham yang kecil sehingga menjadi satu masalah yang besar sehingga akhirnya pertukaran kata-kata melampau melukakan hati diikuti dengan perang dingin berminggu lamanya.

Satu hari, ada seorang datang mengetuk pintu abang. Lalu abang membuka pintu melihat seorang yang penuh dengan peralatan pembinaan.

“Saya sedang mencari kerja untuk beberapa hari,” kata Riduan. “Bolehkah abang beri berikan beberapa tugas kecil yang saya boleh bantu?”

“Ya,” jawab abang. “Saya ada kerja untuk saudara. Lihat parit besar itu di kebun belah sana. Dia jiran saya. Oh tidak, sebenarnya dia adik saya. Minggu lepas kami gaduh besar, dan dia ambil bulldozer mengorek dari sungai itu dan membina parit antara dua kebun kita. Adik saya telah melakukan ini untuk menunjukkan dia benci saya. Saya nak buat yang lebih baik untuk balas dendam.”

“Lihat balak kayu di belakang kebun saya. Saya nak saudara binakan satu pagar 8 kaki tinggi mengelilingi kebun saya supaya kebun dia tidak lagi kelihatan daripada pandangan saya buat selama-lamanya,” tambah abang lagi.

Riduan mengangguk. “Saya faham situasi abang. Berikan saya paku, mesin untuk mengorek lubang dan saya akan siapkan kerja yang abang suka.”

Abang itu terpaksa keluar bandar untuk satu minggu untuk mencari pelanggan baru. Setelah menyediakan semua badan mentah untuk Riduan – abang terus ke bandar.

Selama seminggu, Riduan bertungkus lumus menyiapkan kerja sebaik mungkin. Hampir seminggu, kerja yang dijanjikan hampir siap.

Abang kembali daripada bandar dengan harapan menyaksikan pagar 8 kaki telah terbina.

Setibanya di kebun, abang terkejut mulut ternganga dengan apa yang dibuat Riduan dan terus berasa marah dan bengis.

Tiada pagar 8 kaki, tapi satu jambatan melintasi parit yang dibina adiknya menyambung kedua-dua kebun bersama kembali.

Terjumpa Riduan, abang ingin membuka dan marah, “Apa awak buat…. “

Tetiba adiknya menyampuk. Rupa-rupanya adiknya telah datang ke kebun abang setelah jambatan itu siap.

“Tak sangka setelah kata-kata kesat dan melampau adik pada abang, abang masih bina jambatan menghubungkan dua kebun ini. Maafkan adik… Adik yang tersilap. Adik sayang abang,” kata adik kepada abang.

Kemarahan abang pada Riduan kini bertukar menjadi kagum dan terhutang budi.

Riduan mula mengumpulkan barangnya untuk beredar.

“Mana kamu nak pergi? Banyak lagi kerja untuk kamu!” kata abang.

“Saya nak tinggal, tapi terdapat lagi banyak jambatan yang sedang menunggu saya untuk membinanya,” kata Riduan.

“Mengapa saudara berani buat jambatan dan bukannya pagar seperti yang diminta?” tanya abang yang masih tidak memahami niat Riduan.

“Apa gunanya kehebatan ilmu membina ana jika ana gunakannya untuk galakkan permusuhan dan bukan persahabatan antara dua adik beradik yang hanya marah kerana tersilap kata?

Apa gunanya umur panjang kalau kita biarkan mereka yang dalam kebencian hidup dalam kebencian tanpa cuba membantu mereka?” jawab Riduan.

"Hidup ini singkat. Jangan bazirkan dengan membiarkan kebencian, kemungkaran, ketidak-adilan dan kezaliman berterusan. Bantu setakat boleh untuk Allah swt," tambah beliau lagi.

Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk engkau mengerti perbezaan orang yang positif dengan yang negatif. Jika kamu seorang yang positif, kamu akan selalu berfikir untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya jika engkau seorang yang negatif, kamu akan selalu menimbulkan dan mencari masalah.

Wahai anakku,
Jika kamu seorang yang positif , kamu akan suka meringankan masalah sekiranya engkau seorang yang negatif, kamu suka merumitkan masalah. Jadilah seorang yang positif mengecilkan masalah yang besar, wahai anakku kesayanganku, daripada menjadi seorang ysng negatif membesarkan masalah yang kecil.

Senyum kerana Allah hendakkan kita terus berusaha untuk mencapai kemenangan.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Walaupun Banyak Dosa, Allah Layan Kita Terbaik

Wahai anakku,
Engkau kadangkala merungut kata hidup dalam serba kekurangan. Aku melihat dengan sedih kerana aku tidak dapat memberikan segalanya pada kamu. Namun, aku berharap engkau dapat melihat di sebalik kekuranganmu itu. Aku sangat bimbang engkau lupa untuk bersyukur pada Allah pada apa yang telah diberi Tuhanmu kerana matamu hanya melihat pada apa kekuranganmu.

Wahai anakku,
Renungkan dosa-...
dosa kamu, kemudian engkau lihatlah sekeliling apa yang telah diberikan oleh Allah untuk kamu pada waktu ini - walaupun kamu telah melakukan pelbagai dosa.

Kamu akan terasa walaupun engkau ini banyak berdosa, Allah tetap melayan kamu dengan teramat baik. Di saat kamu membaca ini, kamu sedar tak kamu masih bernafas, tidak kebuluran, tidak perlu tidur tanpa berteduh dan matamu masih boleh melihat matahari terbit, kakimu masih mampu bersembahyang dan mindamu masih boleh berfikir. Kalau ini bukan kurniaan daripada Tuhanmu, siapa lagi yang ada kuasa sebegitu hebat?

Wahai anakku,
Aku berharap engkau akan terasa sedikit sayu hati membaca nukilan ini. Sesungguhnya apa yang diberikan oleh Allah pada kamu jauh lebih daripada kekurangan yang engkau sangka dan lihat di matamu. Sesungguhnya Allah menyayangimu, wahai anakku, dan jangan sesekali kamu menderhakainya dengan tidak mengerti bersyukur kepada pemberiannya. Kekurangan kamu juga adalah satu pemberian dari Tuhanmu, kerana tanpa kekurangan tersebut, kamu tidak akan tahu betapa hebatnya kamu kerana boleh hidup tanpa kekurangan tersebut berbanding insan yang lain.

Senyum.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Rabu, 24 Julai 2013

Dapatkan Momentum - Masalah jadi Cabaran

Alkisah 2 biji benih…

2 biji benih di bawah tanah subur…

Benih 1: “Saya nak tumbuh. Saya nak tumbuh akar saya dalam ke dalam tanah mencari air, dan pucuk saya membesar membuka tanah di atas supaya mendapat sinar matahari dan memberitahu dunia musim bunga sudah tiba… Saya nak merasai kehangatan pancaran matahari dan embun pagi…”
...

Dengan azam demikian, benih 1 tumbuh dan berbuah…

Benih 2: “Kalau saya tumbuh akar ke dalam tanah, saya tak pasti apa yang saya akan temui dalam kegelapan. Jika saya tumbuh ke atas membuka tanah, ia mungkin merosakkan pucuk saya jika tanah keras… apa kata bila daun saya buka dan ada siput nak makan, apa yang saya boleh buat? Jika saya mula berbunga, ada budak kecil datang memetik bunga, apa saya nak buat… jadi elok, saya tunggu line clear dulu sebelum berbuat apa-apa.”

Benih 2 menunggu dan tidak tumbuh.

Tetiba satu hari, ada seekor ayam datang mencari makan, mengorek tanah yang di mana Benih 2 ditanam, dan terus menelan Benih 2 yang masih tertunggu-tunggu bila nak tumbuh.

Wahai anakku,
Kuatkan azammu dan mindamu ketika engkau sudah mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu. Bisikan syaitan akan cuba melemahkan semangatmu dan meniup api malasmu untuk menangguhkan kerjamu sekiranya engkau habiskan masa memikirkan perkara-perkara yang kamu tidak tahu.

Mulakan kerja yang diniatkan dahulu. Dapatkan momentum dahulu. Dengan adanya momentum wahai anakku, masalah yang datang mengunjung tidak lagi dilihat sebagai masalah. Sebaliknya mindamu akan menafsirnya sebagai cabaran yang seronok untuk diatasi. Itu lumrah kehidupan di dunia sementara ini.

Wahai anakku,
Jangan sesekalimu menjadi seperti Benih 2 yang aku ceritakan di atas. Jangan, kerana ia hanya membazir masa kamu. Percayalah pada Allah dan tumbuhlah seperti Benih 1, Allah akan tunjukkan jalannya selagi kamu tidak membiarkan jiwamu jauh daripada Tuhanmu.

Selasa, 23 Julai 2013

Kalaulah Pahala Dapat Dilihat..

Wahai anakku,
Jika mata dan minda engkau mampu melihat segalanya dalam bentuk dosa dan pahala, percayalah kamu tidak akan lagi membuat dosa dan hanya berusaha mendapatkan pahala. Dosa engkau sama seperti bentuknya pahala yang tidak mampu dilihat matamu dan tidak disedari mindamu tapi percayalah jiwamu mengetahuinya.

Wahai anakku,
Bila engkau berbuat perkara memberi pahala, hati kamu akan terasa b
erat pada mulanya akibat bisikan syaitan, tapi setelah kamu melakukannya, hati kamu berasa riang bersenyum kerana telah berjaya menumpaskan syaitan. Perasaan itu umpama engkau melihat sampai di tepi jalan, hati dan mindamu berbalah tidan henti antara mengutip dan tidak mengutip sampah tersebut, tapi selepas dikutip dan dibuang ke tong sampah, senyuman terpancar di wajahmu dari hati sanubarimu.

Wahai anakku,
Perasaan itu cukup berbeza ketika engkau membuat dosa. Hatimu akan terasa seronok yang amat sangat untuk sementara, tetapi kamu akan diselubungi rasa bersalah akhirnya. Ia umpama maksiat, seronok perasaannya ketika minda melayan bisikan syaitan dipandu nafsu bergelora ketika membuatnya, tapi tatkala nafsumu hilang, jiwa engkau akan diselubungi perasaan bersalah kerana gagal melawan nafsu.

Wahai anakku,
Ambillah peluang di bulan mulia untuk menguatkan diri kamu. Aku bimbang tatkala aku tiada satu hari nanti, kamu boleh menjaga dirimu walaupun tiada orang lagi untuk menegurmu.

Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Negatif Tarik Negatif

Orang yang banyak komplain ialah orang yang negatif dari segi cara fikirnya. Orang yang negatif, auranya juga negatif dan dia akan menarik mereka yang negatif kepadanya. Lebih malang lagi, banyak perkara negatif yang datang bertimpa-timpa. Lawan semua ini dengan syukur.

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

Kita Hanya Pengirim, Semua Allah yang Beri

Alkisah posmen…

Ada seorang pakcik tua suka menerima surat. Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen.

“Terima kasih banyak-banyak. Anta paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen.

“Pakcik, ana ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu.

“Tidak. Tanpa anta manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali.

...
Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen.

Satu hari, di bulan Ramadan…

Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya.

Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti.

Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen.

“Mengapa anta tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu.

“Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu.

“Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari anta akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi.

“Ana penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, ana tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar.

“Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu.

Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali.

Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, “Besok ada orang baru ganti ana. Ana dah naik pangkat.”

“Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu.

Posmen tidak berkata apa-apa. Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik. Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya.

“Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa.

Anak pakcik yang mengirim surat setiap hari ke pakcik. Di bulan Ramadan, anak pakcik kemalangan masuk hospital, tak sempat kirim surat, tapi juga tak beritahu pakcik kerana bimbang dia risau.

Wahai anakku,
Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat. Sedangkan posmen ini hanyalah pengirim sahaja, tapi pakcik itu terlalu memuja hilang menyangka bahawa suratnya akan hilang jika posmen bertukar orang. Walhal jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang.

Wahai anakku,
Aku sengaja ceritakan ini untukmu dijadikan tauladan apabila melihat pada rezekimu di bumi sementara Allah ini. Ingatlah anak kesayanganku, rezeki kamu Allah yang tentukan. Manusia, haiwan bahkan tumbuhan boleh jadi pengirimnya - kadangkala kerajaan jadi pengirimnya.

Wahai anakku,
Jangan engkau terlupa hakikat ini sehingga kamu terlalu memuja dan membesar-besarkan tangan yang mengirim rezekimu sehingga ia lebih penting dan besar daripada Tuhanmu. Walhal mereka ini posmen sahaja. Seperti juga bertukar kerja mahupun pemerintah, ia tidak menyekat rezeki yang Allah sudah tentukan untuk kamu. Asalkan engkau teruskan kerja dan berusaha, akan ada pengirim lain sekiranya rezeki itu Allah dah ditentukan untuk kamu. Allah maha Pemurah lagi maha Mengetahui.

Senyum.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Hidup Mati Kami KeranaMU

Wahai TUHANku
Bawalah aku dalam bahtera keselamatanMU
Kurniakan aku kelazatan bermunajat kepadaMU
Curahkanlah kepadaku cintaMU
Cicipkanlah kepadaku manisnya kasih sayangMU
Jadikan perjuanganku di jalanMU
Tumbuhkanlah dalam hatiku
kesukaan untuk taat kepadaMU
Sesungguhnya aku bersamaMU dan untukMU
Tiada perantara bagiku untuk menujuMU
selain diriMU

~Dr Robiah K. Hamzah~
Buku: Pujuklah Rasa

Berilah! Kita Akan Dapat Nanti..

Isteri yang ingin di hargai perlu menghargai suami dulu begitu juga sebaliknya. Utk dpt sesuatu harus beri dulu. MAnusia yang ingin dapat akan stress tetapi manusia yang suka beri akan bahagia.Jika ada harga diri tinggi akan dapat menghargai orang , jika sayang diri akan sayang orang. Jika payah beri baik lihat apa ada... dalam diri kita. jika tidak dapat banyak kebaikan audit apa kebaikan kita telah beri. Jika banyak dapat kejahatan lihat apa kejahatan yang kita telah beri pada makhluk ALlah. Kita hanya boleh beri apa kita ada dalam jiwa kita. Jika tidak menghadhiri majlis lmu samaada di tv , radio, maya bagaimana mungkin akan bahagia tanpa ilmu dan melihat diri dan menyemak kehidupan selama ini. Jom audit diri.
 
~ Prof Dr Muhaya ~

Isnin, 22 Julai 2013

Bersendirian vs Teman yang Melalaikan

Bersendirian atau mengasingkan diri (uzlah) adalah ubat terbaik yang nyata terbukti untuk merawat penyakit hati. Bersendirian bukan bermakna mengunci diri dalam peti besi di rumah, tetapi hidup jauh daripada kemungkaran, kekotoran dan perbuatan sia-sia. Gunakan masa yang terluang itu bagi memperbaiki ibadat kepada Allah SWT agar menjadi ahli ibadat yang merdeka beribadat atas dasar cinta.


Penghayatan untuk menjauhi perkara yang bercanggah dengan tujuan kita diciptakan membolehkan kita menghindari majlis yang tidak jelas tujuannya, majlis yang membuang masa dan sia-sia atau majlis yang bercampur dengan maksiat di mana ia mampu mematikan hati serta merosakkan keimanan sendiri.
Pergaulan yang kotor sebegitu akan memberi ruang untuk syaitan berbisik-bisik kepada kita tentang berita bohong yang mampu mematikan semangat untuk mencintaiNya. Syaitan juga akan membisikkan cinta nafsu yang kadang-kadang melalaikan. Kita sudah diperingatkan oleh Allah SWT;
Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, nescaya mereka tidak menambah kamu selain daripada kerosakan belaka’. (at-taubah; 47)
Jika ini mampu dilakukan, pasti kita boleh menjaga lidah dengan menuturkan kata-kata yang baik sahaja, menjaga mata kecuali memandang apa yang digalakkanNya, menjaga telinga dengan mendengar hal yang membantu kita dekat kepada Pemberinya. Dengan menjaga apa yang masuk ke mata, itu bermakna kita membersihkan minda daripada pemikiran negatif. Ini kerana, mata adalah panah yang digunakan iblis bagi mengotorkan minda dan hati hambaNYA.
Cubalah bersendirian dengan cara bermanfaat untuk  diri dan Tuhan. Telah dipesan oleh bijak pandai, jika berteman tetapi dia membuatkan kita jauh daripada Allah SWT, maka lebih baik sendirian tetapi dekat denganNYA. Inilah sebaik-baik nikmat yang tidak harus dipersiakan kerana hidup ini sangat singkat. Jangan satu saat pun yang terbuang sia-sia...
~Dr. Robiah K. Hamzah~
Buku: Pujuklah Rasa


Ahad, 21 Julai 2013

Mata Neutral Minda Suka Menafsir?

Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun

Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.

Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.

Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.

Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…...


Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”

Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”

“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.

Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak.

“Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka.

Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.”

Pakcik menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.

Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan….

“Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…”

Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…

“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”

Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….

Wahai anakku,
Engkau sudah tentu pernah merasai apa yang dirasakan oleh pasangan suami isteri di atas. Pernah tak kamu terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang?

Hikmahnya, wahai anak kesayanganku, ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah. Oleh itu, jangan sesekali engkau mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Kamu harus sedar ia hanya sebahagian sahaja. Sebahagian lagi engkau perlu menggunakan mata hati untuk melihatnya. Tapi bukan dengan menggunakan hatimu yang bersangka buruk tapi hatimu yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat.

Wahai anakku,
Jangan anggap engkau tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana Allah kurniakan mata kamu dengan kemampuan melihat apa yang minda nak lihat. Jika minda engkau penuh dengan sangka buruk, maka mata kamu yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya. Ingatlah pesanan aku, wahai anakku, sesuatu situasi ataupun pandangan mata engkau adalah neutral. Minda kamu yang menafsirnya baik dan buruk. Yang engkau dapat melihat tidak semestinya betul, yang kamu tak dapat lihat tak semestinya silap.

Wahai anakku,
Sekiranya engkau mendapati cerita aku ini bermanfaat, kongsilah dengan sahabat-sahabatmu. Sekurang-kurangnya engkau telah menjadi pembaca yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Senyum.
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Kata William James...

Saya  sangat kagum kepada ahli psikologi yang berasal dari Amerika Syarikat yang bernama William James – seorang bapa ilmu psikology di kalangan mereka. Katanya; sungguh kita manusia selalu memikirkan apa yang tidak kita miliki, dan tidak berterima kasih kepada Tuhan atas apa yang telah kita miliki. Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki. Namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.

Firman Allah;
“...jika kamu bersyukur (atas nikmatKU), nescaya akan KUtambahkan (nikmatKU) kepada kalian...”  - Ibrahim; 7

Rasulullah SAW berdoa;
“Aku berlindung kepada Allah dari jiwa yang tidak pernah merasa puas.”
~ Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni ~
buku; La Tahzan

Sabtu, 20 Julai 2013

Jadi Diri Sendiri, Buang Sifat Dengki

Alkisah sebuah rumah

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari...
. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna,“ jawab dinding dan semua tersenyap.

Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain. Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Sudah Bersediakah?

Alkisah seorang jutawan…

Seorang jutawan, Hijaz yang kini tua pulang ke kampung untuk mengenangkan nostalgia zaman mudanya.

Hijaz balik menjenguk kampungnya di tepi laut dengan kereta mewah yang tidak mungkin dibeli oleh sesiapa di kampungnya.

Beliau singgah di sebuah gerai tepi laut kepunyaan Ustaz Azdi yang juga nelayan yang terkenal dengan sifat riang dan tenangnya di kampungnya.

“Apa khaba...
r ustaz? Lama tak jumpa,” kata Hijaz.

“Anta dah balik… baguslah, ingat dah lupo kampung ini,” kata Ustaz Azdi.

“Ya, dah balik… akhirnya,” kata Hijaz dengan nada sedih.

“Mengapa? Ada masalah ke?” tanya Ustaz Azdi.

“Bagaimana ustaz dah tua ini pun masih riang dan tenang seperti dulu? Ustaz dah capai semua yang ingin dihasratkan? Umur kita doh tak panjang dah…” kata Hijaz.

“Anta ada apa lagi yang tak selesai? Kereta, rumah, bini, anak semua dah ada, apa yang anta keluh lagi?” tanya Ustaz Azdi.

“Banyak perkara. Ada dendam sikit, ada marah sikit sana sini, bimbang pasal perniagaan, bimbang siapa ganti ana… macam-macam… Ana tak macam ustaz… tak ada cita-cita, ana cita-cita besar,” kata Hijaz.

“Cita-cita ana ada juga. Tapi taklah mengacau sampai tak tenang dan tak senyum macam enta,” kata Ustaz Azdi.

“Yalah. Itu yang ana tak dapat belajar daripada enta. Senyum dan tenang sentiasa. Ana sikit-sikit marah, kena fikir itu ini… apa petua ustaz ya?” tanya Hijaz.

“Betul nak tahu? Tak susah petua ana…,” kata Ustaz Azdi.

“Anta nak cerita, ana sudi dengar…” kata Hijaz.

Ustaz Azdi membawa Hijaz berjalan di tepi pantai.

“Ajal kita tak tahu bila tapi kita kena sentiasa bersedia dengan kunjungannya. Anta cuba bayang besok anta akan meninggalkan dunia ini…

Tiada lagi matahari terbenam, terbit, tiada lagi masa. Hari ini sajalah yang anta ada.

Segala yang anta kumpul, kereta cantik anta semuanya akan menjadi milik orang lain besok.

Kekayaan, kuasa dan populariti anta pun akan hilang dan tidak lagi relevan di dunia ini.

Bagaimana pula dengan dendam, kemarahan, tergusir hati dan cemburu? Semuanya akan melesap besok juga.

Demikian juga dengan harapan, cita-cita, rancangan anta semuanya akan luput.

Perkara yang anta pentingkan selama ini, menang dan kalah juga tidak lagi bermakna.

Jika ajal tiba, ia tidak kisah di mana anta berada, siapa anta atau betapa cantiknya rumah anta. Jantina dan warna kulit anta pun tak dikisahkan,” kata Ustaz Azdi…

“Jadi ustaz, apa yang dikisahkan? Apa yang penting jika ana mati besok?” tanya Hijaz yang khusyuk mendengar.

“Apa yang bermakna – bukan pada apa yang anta beli, tapi apa yang anta bina, bukan apa yang anta ada, tapi apa yang anta beri. Yang bermakna bukan kejayaan anta tapi makna perkara yang anta buat selama ini.

Yang bermakna bukan apa yang anta belajar tapi apa yang anta mengajar. Yang bermakna ialah setiap tindak-tanduk yang penuh berintegriti, bersemangat, berani dan pengorbanan anta yang menjadi sumber inspirasi pada orang lain untuk dijadikan contoh.

Yang bermakna bukan kehebatan anta, tapi watak anta. Yang bermakna bukan berapa orang yang kenal anta, tapi berapa yang akan rasa kehilangan anta selepas anta tiada.

Yang bermakna bukan ingatan anta, tapi memori yang berada pada mereka yang menyayangi anta. Yang bermakna ialah berapa lama ana akan diingatkan, oleh siapa dan untuk apa.

Kehidupan yang bermakna bukan berlaku secara spontan. Ia adalah satu pilihan. Hargai masa, pilihlah kehidupan yang bermakna untuk anta,” kata Ustaz Azdi.

Hijaz terdiam… termenung jauh setelah mendengar kata-kata Ustaz Azdi.

“Anta ok?” tanya Ustaz Azdi sambil menepuk belakang Hijaz.

Hijaz terus memeluk Ustaz Azdi.

“Terima kasih. Setelah segalanya, dan kata-kata ustaz, ana rasa kampung dan kehidupan di kampung yang sederhana ini adalah terbaik untuk hidup ana.”

Wahai anakku,
Aku berharap engkau dapat memahami isi tersirat yang terkandung dalam cerita yang aku ceritakan ini. Sesungguhnya ingatlah wahai anakku, hiduplah dengan bermakna dan diredhai Allah. Buatlah syurga itu sebagai matlamatmu. Aku sebenarnya amat bimbang bilamana engkau memilih kehidupan agong di dunia ini sehingga mengabaikan segala perintah Allah dan akhirnya kamu dihumban ke neraka kerana dosa-dosa kamu. Jangan sesekali memilih jalan yang memusnahkan dirimu itu, wahai anakku.

Wahai anakku,
Kongsilah coretan aku pada mereka yang memerlukannya. Ingatlah sesungguhnya yang bermakna bukan pada apa yang engkau belajar tapi apa yang kamu mengajar dan kongsikan. Sekiranya engkau tidak mampu jadi penulis yang memberi manfaat, kamu jadilah pembaca yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Senyum.
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Jumaat, 19 Julai 2013

Perlu Lakukan vs Suka Lakukan

Dalam hidup ini, manusia akan berhadapan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu dilakukan. Kedua, perkara yang suka dilakukan. Dan sudah menjadi sunatullah, kedua-dua perkara itu saling bertindak bertentangan. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang suka kita lakukan adalah perkara tidak perlu kita lakukan.

Contohnya, solat subuh. Bila hampir masuknya waktu subuh, perkara yang perlu kita lakukan adalah bingkas bangun, membersihkan diri, bersuci dan terus berwudhuk. Itulah perkara yang perlu kita lakukan. Namun apakah perkara yang suka kita lakukan?

Ya, diikutkan rasa, kita suka untuk terus tidur dan bersenang-senang. Subuh itu sejuk, gelap, nyaman... waktu yang paling enak untuk menyambung tidur. Bangun subuh adalah perkara yang perlu, manakala terus tidur adalah perkara yang suka kita buat. Yang mana  satu lebih baik? Tentulah sembahyang itu lebih baik daripada tidur. Tapi apa yang nafsu inginkan? Jawabnya, tidur!.
Jadi, lawanlah nafsu. Tidak ada jalan pintas. Tiada ada jalan singkat. Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk ‘menanam’. Di sana (akhirat) barulah ‘menuai’.  Orang mukmin sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Hidupnya terlalu sibuk dengan ibadat. Berpindah daripada ibadat khusus kepada ibadat umum dan berpindah kepada ibadat sunat.
Teringat pesanan Sayyidina Ali, "Beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan”

 ~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~
Buku; Di Mana Dia Di Hatiku

Khamis, 18 Julai 2013

Usaha + Redha

Wahai anakku,
Kadangkala engkau terfikir - alangkah baiknya kalau Allah bagitahu keputusan awal apakah sesuatu yang kamu usahakan itu akan berjaya mahupun gagal. Engkau sering berbicara dengan hatimu sendiri berkata jikalau kamu mengetahui lebih awal bahawa kamu akan berjaya, sudah tentu kamu akan berusaha bersungguh-sungguh. Hatimu juga membisik bahawa jikalau Allah memberitahu lebih awal bahawa ...
usahamu akan gagal, sudah tentu kamu tidak perlu membazirkan masa pada perkara yang akan gagal.

Namun, wahai anakku, sebenarnya tidak, sangat tidak dan amat tersasar pandanganmu itu. Percayalah kata aku - jikalau engkau tahu sesuatu keputusan itu lebih awal, samada berjaya atau gagal, kamu tetap tidak akan berusaha.

Wahai anakku,
Dengarlah nasihat orang tuamu ini. Jika engkau tahu Allah dah tentukan usaha engkau akan berjaya, percayalah kamu tidak akan melakukan apa-apa, kamu akan duduk sahaja menanti kejayaan yang dijanjikan datang.

Jika engkau tahu lebih awal Allah dah tentukan usahamu akan akan gagal, lagilah kamu tak akan berusaha kerana ia sudah pasti gagal. Oleh itu, anak kesayanganku, ada hikmahnya Allah tidak mahu kamu mengetahui masa depanmu sebelum masanya. Itu urusan Allah, jangan sesekali kamu mempertikaikannya. Allah inginkan engkau berusaha bersungguh-sungguh kerana dalam usaha kamu itu, banyak pengajaran yang Allah ingin salurkan padamu selain sebagai wadah bagi engkau mengumpul pahala dan mencari redha pada ketentuanNya.

Wahai anakku,
Belajarlah untuk bersangka baik selalu bahawa segala yang Allah tentukan ini adalah baik. Keputusan walaupun kamu tidak puas hati mahupun gembira, janganlah kamu cepat melatah dan terus buruk sangka pada Allah.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu berputus asa. Jangan engkau terfikir untuk menyalahkan Allah. Fikirlah apakah usahamu masih tidak cukup? Fikirlah apakah kamu tercicir ibadahmu dalam usahamu untuk berjaya? Fikirlah apakah dosa yang kamu pikul terlampau berat dan nipis imanmu? Carilah hikmah di sebaliknya. Carilah pengajaran yang Allah sediakan bagimu kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu di dunia ini. Jangan biarkan mindamu menilai keputusan Allah, redha dan percaya padanya dan teruskan usaha.

Kamu tak gagal selagi kamu tak berputus asa. Percayalah kejayaanmu akan tiba bila waktunya selagi kamu tak berputus asa. Apabila cabaran meningkat, dan kamu terasa amat letih untuk bergerak ke depan, wahai anakku, ingatlah pesananku, hidup ini pendek saja dan pintu peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang bersedia dan berusaha.

Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Yang Mana Satu?

Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi

Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendeng...
ar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Kejahatan Itu Racun Yang Manis

Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah.  Benarlah seperti yang sering diungkapkan, apabila manusia berdosa, dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang diri sendiri.

Namun, rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.
Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran akan mencengkam hati dan diri. Tiada lagi rasa bersalah.
Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ‘peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insan. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itu kan syarat taubat? Jika terlanjur lagi berdosa, bertaubatlah kembali. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Wahai diri... biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat  yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat.
 ~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~
Buku; Di Mana DIA Di Hatiku