Khamis, 26 September 2013

Jika Hari Ini hari Terakhir Engkau di Bumi...

Wahai anakku,
Jika hari ini hari terakhir engkau di bumi ini, masihkah kamu akan sakit hati pada perbualan telefon yang mengganggu emosi tadi?

Apakah kamu masih akan mengambil hati pada kemalangan tadi?

Apakah kamu masih berkecil hati dengan mesej-mesej yang dibaca tadi?

Apakah kamu masih akan marah pada mereka yang melupai jasamu dan memujimu?

Apakah kamu masih mengharapkan pujian daripada si...
dia?

Apakah kamu masih ingin bertengkar dengan mereka yang mengkritikmu?

Apakah kamu masih mengambil kisah pada mereka yang bersangka buruk padamu?

Apakah kamu mahu terus melukai dirimu dengan mengingati perbuatan orang lain yang menyakitkan hatimu?

Apakah kamu masih menanti masa yang sesuai untuk bersama orang-orang yang disayangimu?

Apakah kamu sanggup menyakitkan hati orang yang membantumu tanpa kenal erti penat selama ini?

Apakah kamu sanggup melukakan hati ahli keluargamu?

Apakah kamu sanggup lagi membazir masamu?

Apakah kamu masih enggan berminta maaf pada orang yang kamu sengaja persalahkan?

Apakah kamu masih hendak bersama-sama orang yang fasik dan menyebarkan fitnah?

Apakah kamu masih hendak mengejar harta-harta kebendaan di dunia ini?

Apakah kamu masih hendak menangis kerana dilukai orang tersayangmu?

Apakah kamu masih lagi memikirkan bagaimana hendak membalas dendam pada si dia?

Apakah kamu masih lagi memikirkan bagaimana untuk membuat si dia berasa salah?

Wahai anakku,
Diharap tulisan di atas dapat merawat hatimu yang terluka hari ini. Sekiranya kamu menghadapi sesuatu masalah yang mengganggu emosi, bayangkan bahawa hari ini adalah hari terakhirmu di dunia ini - nescaya perkara tersebut akan mengecil dan kamu boleh menghadapinya dengan tabah.

"Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran)." (Surah al-Araf: Ayat 168).

Sesungguhnya, segala ada hikmahnya. Dengan dugaan hidup, kita belajar erti kesabaran. Jangan tiada masa dengan Allah, nanti Allah tiada masa dengan kita.
 
Senyum.

~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

 

4 Penyakit Memikirkan Dunia

"Barangsiapa yang bangun di pagi hari & hanya dunia yang dipikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak-hak Allah dalam dirinya (tidak berdzikir) maka Allah akan menanamkan 4 penyakit:

1. kebingungan yang tiada putus-putusnya,
2. kesibukan yang tidak pernah ada ujungnya,
3. kebutuhan yang tidak pernah terpenuhi,
4. khayalan yang tidak berujung."

(HR. Imam Thabrani)

Ingin Yang Terbaik?

Kita selalu  inginkan yang terbaik.
Kerana itu, jadilah yang terbaik. Berilah yang terbaik.
Insyaallah dapat yang terbaik di permulaan...pertengahan...penghujung.

 


 

4 Perkara Pesanan Khalifah Ke-5

Umar bin Abdil Aziz yang bergelar khalifah kelima dari khulafa' rasyidin, suatu ketika berkata pada Maimun bin Mahran: "Wahai Maimun, jagalah dariku 4 perkara:
 
1. Janganlah sekali-kali mendekati penguasa, meskipun engkau menyuruhnya melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar;
 
2. janganlah sekali-kali berkhalwat dengan perempuan, meskipun engkau membacakan al-Qur'an kepadanya;
 
3. jangan bersahabat dengan orang yang memutuskan hubungan dengan keluarganya, sebab dia akan lebih mudah memutuskan hubungannya denganmu;
 
4. janganlah berbicara hari ini tentang suatu perkara, namun kamu ingkari besoknya.
 
Betapa banyak kita menyaksikan orang-orang mulia, cendekiawan dan ahli agama yang mendekati penguasa untuk tujuan memperbaikinya, tapi ternyata dia malah rusak karena terpengaruh oleh penguasa.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Mencari Penghargaan dari Siapa?

Orang yang tidak menghargai diri sendiri... sentiasa dahagakan penghargaan orang lain!

Mencari penghargaan manusia hanya akan menjadikan kita ego, marah, merajuk, kecewa dan jauh hati.

Orang yang mempunyai hargai diri sentiasa menghargai orang lain...justeru siapa yang menghina orang lain petanda dialah yang hina.

Harga diri yang tinggi milik orang beriman... kerana dia sentiasa ingat pesan Allah, jangan rasa hina dan jangan takut jika engkau beriman.

Kita tinggi...selagi kita benar-benar menjadi hamba Allah dan Khalifah di muka bumi.
 
~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Murung itu Perangkap Syaitan

Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang engkau hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa tertekan yang amat sang
at, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersedih dan bersendirian?

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu? Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu? Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata 'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi katakanlah ‘telah ditakdirkan Allah’, apa yang dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan ‘kalau’ akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu."

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran. Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, kerana dengan mehnah itu, Allah akan mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-dosamu. Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Isnin, 23 September 2013

Naluri Hati Kitakah ini?

Satu demi satu Allah ambil. Kita bersedih. Kita menangis. Kita merintih. Kita tak dapat terima hakikat.

Tapi serentak Allah beri kita... anugerahi kita. Suami yang baik... isteri yang taat. Anak-anak yang sihat.

Tapi... kita masih  tak puas. Mencari. Menimba. Seperti ingin menongkat dunia. Sedang hati masih tak bahagia. Jiwa masih sengsara. Yang ada kita abaikan. Yang tiada kita selusuri. Sedang waktu terus berlari. Dunia terus berbisik untuk pergi!

Ahad, 22 September 2013

Bantulah...

Barangsiapa yang meringankan dari seorang mukmin satu kesulitan dari kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan ringankan untuknya satu kesulitan dari kesulitan-kesulitan Hari Kiamat. Barangsiapa yang memudahkan seorang yang mengalami kesulitan, maka Allah akan beri kemudahan untuknya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim maka akan Allah tutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Allah akan senantiasa menolong hamba selama sang hamba tersebut menolong saudaranya.
( HR. Muslim )

Siapa Dapat Curi Otak Kita?

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Karena tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, pikiran kita dan ide kita. Dan apa yang kita Miliki; otak dan pikiran kita jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan. ...
 
~Ary Ginanjar Agustian

Biarkanlah Air Mata Kita mengalir...

Bismillaahirrohmaanirrohiim.

►biarkanlah air mata kita mengalir menyesali segala DOSA, daripada hanya TERTAWA tanpa mengira MASA.

►biarkanlah air mata kita mengalir ketika BERTAUBAT, daripada tak sempat karena TERLAMBAT.

►biarkanlah air mata kita mengalir karena SYUKUR, daripada terus terluka dalam KUFUR.

►biarkanlah air mata kita mengalir karena diberi PETUNJUK, daripada tergoda dengan SYAITA...
N yang TERKUTUK.

►biarkanlah air mata kita mengalir karena TAKUT API NERAKA, daripada terus menjadi HAMBA ALLAAH yang DURHAKA.

►biarkanlah air mata kita mengalir karena rindukan SYURGA, daripada terpesona dengan DUNIA hingga DIRI tiada HARGA.

semoga kita semua selalu dalam naungan Allaah Subhaanahu Wa Ta'ala

...Yaa, Allaah tunjukilah kami ke jalan yang Engkau ridho'i.

Aamiin yaa Robbal 'Aalamiin
 
~ Ustaz Yusuf Mansyur

Khamis, 19 September 2013

Melihat Diri Sendiri

Wahai anakku,
Bagaimana orang lain melihat diri kita tidak penting.Bagaimana kita melihat diri sendiri, itu adalah segalanya.

Wahai anak kesayanganku,
Beringatlah bahawa adalah lebih baik untuk kita kehilangan ego kepada orang yang kita sayang, daripada kehilangan orang yang kita sayang kerana ego kita. Ego tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Wahai anakku,
Dunia adalah tempat ujian. Ujian keim
anan dan ketaqwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.
Senyum
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 

Jatuh utk Mengutip Ilmu

Wahai anakku,
Engkau yang jatuh dan berdiri semula adalah jauh lebih kuat daripada sahabat-sahabatmu yang tidak pernah jatuh.

Tabahkan hati. Kejatuhan itu bukan kegagalan, kejatuhan itu adalah untukmu mengutip ilmu yang membawamu ke persada yang lebih tinggi daripada sahabat-sahabatmu.

Sambil kutip ilmu itu senyumlah, wahai anak kesayanganku, kerana ilmu itu tangga ke arah kejayaan.

Senyum
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Jika Hati tak Tenang...

Wahai anakku,
Sekiranya hatimu tidak tenang, bacalah apa yang dijawab Imam Hasan Basri ketika ditanya mengenai rahsia zuhudnya.

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah hati-ku selalu tenang..."

"Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakn-nya..."

"Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu apa...
bila DIA melihatku dalam keadaan maksiat..."

"Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan Allah…”

Apakah yang masih mengganggu mindamu, wahai anak kesayanganku?
Senyum.
 
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Bila Meninggalkan Solat...

JANGAN MENINGGALKAN SHALAT

❥ Orang meninggalkan Shalat, hatinya bakal gelap..

❥ Perbuatannya pun gelap gak mengarah kepada keridhaan ALLAH Subhanahu Wata'ala dan Syariat-NYA sebagai bukti Ibadah..

❥ Orang yang meninggalkan Shalat, mudah sekali galau dan resah, serta merasa bersalah..

❥ Segera bertaubat, tanpa Shalat jasad ini bagaikan bangkai yang berjalan..
...

❥ Semoga ALLAH Subhanahu Wata'ala menolong kita,
Aamiin.

Sakit Memang Menyakitkan. Tapi...

Wahai anakku,
Adalah lumrah untuk manusia ditimpa pelbagai jenis sakit dalam hidup ini.
Sakit adalah sebahagian daripada fitrah - yang perlu dilalui semua manusia.

Wahai anakku,
Masamu kecik, kamu bertanya mengapa Allah wujudkan sakit ini? Kini kamu sepatutnya dah boleh faham bahawa segala jenis sakit, walaupun menyakitkan, tujuannya sebenarnya sama ialah untuk mengubah manusia.

Wahai anakku,
Tanpa kesakitan, manusia tidak akan sedar dan berubah. Sama ada fizikal dan emosi, ia adalah signal untuk jangan mengulangi apa yang sedang dibuat dan apa yang sedang fikirkan.

Jika diteruskan juga, sakit yang sama yang dirasai berulang kali, termasuk hal-hal kesihatan akibat daripada kurang bersenam.
Senyum
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Jadilah Wanita...

::JADILAH WANITA TANGGUH::

Yang tak mudah bersedih hanya gara-gara cinta.
Yang tak mudah putus asa ketika putus cinta.
Yang tak mudah terbuai rayuan manis lelaki semata.
Yang tak mudah tergoda pergaulan bebas.
Yang tak mudah menuruti ajakan kemaksiatan.

Jadilah muslimah yang taat.
Yang selalu berpegang teguh pada syariat....

Yang selalu menjaga aurat.
Yang pandai menjaga diri agar terhormat.
Agar mulia di dunia dan akhirat.

Wanita tercipta sebagai makhluk mulia.
Bukan tercipta terhina dan untuk dihina.
Kehormatan wanita adalah segalanya.
Yang senantiasa harus dipertahankan dan dijaga.
Agar kelak mendapat tempat termulia di surga-Nya.
 
~Ustaz Yusuf Mansyur

Itulah Cinta!

Tidak akan ada bahagia di atas derita orang lain...

Paling rendah kita inginkan kebaikan yang kita miliki... juga dimiliki orang lain.

Paling tinggi kita inginkan kebaikan orang lain... walaupun terpaksa mengorbankan apa yang kita miliki.

Cinta itu bererti mengorbankan apa yang kita cintai.

Berkorban itu mesti menderita tetapi tetap bahagia... kerana itulah cinta!
 
~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Mengawal Otak

Alkisah mengawal otak

Zila seorang pemilik nasi lemak. Walaupun Zila pandai memasak, akan tetapi Zila menggaji dua orang rakannya yang mengganggur untuk memasak di kedainya. Sekurang-kurangnya dua orang rakan ada kerja untuk menyara keluarga sementara Zila meneruskan kerja-kerja dakwahnya bersama seorang ustaz.

Dua rakannya dihantar menghadiri kursus nasi lemak untuk meningkatkan mutu masakan. S...
etelah 6 bulan, kemahiran dua rakan melebihi kemahiran Zila dalam pemasakan dan bisnes di nasi lemak juga bertambah baik.

Namun pada satu hari, salah seorang rakan berkata keluarganya tidak gembira dengan keputusan dia untuk bekerja di kedai nasi lemak. Kata dia, keluarganya akan mengeluarkan modal untuk dia untuk membuat kedai nasi lemak sendiri.

“Kamu yang masak. Mengapa nak kerja bawah orang?” desak keluarganya. Akhirnya rakannya membuka satu kedai nasi lemak berhampiran dengan kedai Zila dan menyebabkan bisnes Zila merudum.

Ketika itu, Zila cukup kecewa. Ramai yang bertanya mengenai nasibnya, tapi Zila dengan senyum berkata, “Rezeki di tangan Allah. Usah bimbang.”

“Tak marah ke pada rakan Zila yang buat begitu pada Zila?” tanya seorang rakan baiknya.

“Kalau kata tak marah, itu tipu. Tapi selepas berbicara dengan ustaz, hati lega sikit,” kata Zila merujuk kepada ustaz yang dibawanya setiap hari untuk berdakwah.

“Ana boleh terus fikir mengapa rakan ana buat begini pada ana. Ana boleh fikir sehingga rasa dendam. Ana boleh biarkan minda mainkan babak-babak dan kata-kata benci ana sehingga dia rasa bersalah. Tapi ini semua hanya khayalan yang meracun minda ana. Ia menyusahkan hati ana, dan rakan ana tidak akan berasa apa-apa.

Jadi buat apa fikir perkara begitu. Lebih elok kawal minda untuk fikir bagaimana nak pulihkan bisnes semula dengan apa yang ada,” kata Zila.

Rakannya terkejut dengan penjelasan Zila. Baginya, Zila sudah mencapai satu tahap yang tinggi dalam kehidupannya kerana boleh berfikiran begitu.

“Bagaimana anta boleh melatih diri sehingga berfikiran seperti begitu?” tanya rakan baik Zila.

“Ustaz kata asalkan kita serahkan sepenuhnya pada Allah, kita mudah akan berfikiran begitu. Ana anggap ini cumalah satu ujian Allah untuk ana belajar sesuatu. Jadi ana buat segalanya untuk menerima pengajaran tersebut daripada habiskan masa untuk berdendam tak berkesudahan. Asalkan kita berusaha, percayalah Allah akan memberi jalan keluar apabila tamat latihannya,” jawab Zila.

Wahai anakku,
Apabila berlaku sesuatu yang tidak disukai kamu, jangan biarkan hati dan minda kamu berdendam mengenainya. Jangan biarkan hati dan minda kamu untuk menyalahkan sesiapa kerana ia hanya menyusahkan hati dan mindamu dengan racun-racun yang menjerumus ke arah kerosakan kualiti hidupmu.

Teruskan perjalananmu. Jika tayar bocor, jangan sibuk nak cari dan salahkan pemilik paku yang membocorkan tayarmu. Baikilah tayarmu dan teruskan perjalanan. Akhirnya kamu mendapat ilmu bagaimana untuk membaiki tayarmu, dan bagaimana menghadapi kecemasan di lebuhraya yang kereta-kereta pantas berlalu.

Sesungguhnya ilmu itu lebih berguna daripada mendapat tahu siapa pemilik paku yang membocorkan tayarmu.

Senyum.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Mengaku Muslim?

muhasabah di kesempatan nyawa bersambung ...AKU MENGAKU MUSLIM TAPI ...zikir tak lagi menjadi teman, al Quran tak lagi menjadi pedoman, masjid tak lagi menjadi tujuan, shalat tak lagi menjadi pencarian, doa tak lagi menjadi kebiasaan, sedekah tak lagi menjadi harian, Iistigfaar tak jadi kesebatian...jauhnya hingga ...syahid tak lagi menjadi impian. YA ALLAH ALLAH ALLAH
 
~Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Jiwa Siapa Yg Tenang?

Mutiara Hikmah Habibana Munzir bin Fuad Al Musawa:-

" Siapakah jiwa yang tenang..? Jiwa yang tenang adalah yang sering berzikir kepada ALLAH.. Menunjukkan jiwa... yang tenang itu adalah jiwa yang banyak berzikir kepada ALLAH.. Kembalilah..!! Kembalilah..!! kepada ALLAH dan tinggalkan kehinaan menuju keluhuran dalam keadaan ridha dan engkau akan diredhai oleh ALLAH.. jangan mahu mengabdi kepada selain ALLAH, masuk kedalam kelompok orang yang beribadah kepada ALLAH dan masuklah ke dalam syurga ALLAH.. Mereka yang berjuang untuk mencapai itu maka sebelum ia wafat ia sudah mendapatkan khabar itu

Khamis, 5 September 2013

amalan yang dapat membawa manusia ke darjat orang yang baik

Abu Laith berkata : Jenis-jenis amalan yang dapat membawa manusia ke darjat orang yang baik dan tinggi ada sembilan.

9 JENIS AMALAN YANG DAPAT MEMBAWA MANUSIA KE DARJAT ORANG BAIK DAN TINGGI
• Banyak bersedekah...
• Sentiasa membaca Al-Quran
• Bersama dengan orang yang mengingati akhirat
• Menghubungkan silaturahim
• Menziarahi orang sakit
• Sedikit bergaul dengan orang kaya yang lupa akhirat.
• Banyak berfikir tentang kesudahannya
• Dian dan sedikit bicara
• tawaduk


~share dari fb~

Apakah ada kekuatan lain?

Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang engkau hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa tertekan yang amat sanga
t, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersedih dan bersendirian?

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu? Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu? Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata 'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi katakanlah ‘telah ditakdirkan Allah’, apa yang dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan ‘kalau’ akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu."

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran. Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, kerana dengan mehnah itu, Allah akan mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-dosamu. Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Jika yang di cinta lebih memilih pergi

Jika yang di cinta lebih memilih pergi, ikhlaskanlah,

InsyaAllah dengan segala keikhlasan itu, maka akan Allah gantikan dengan seseorang yang lebih baik dan lebih pantas untukmu..

Jangan bersedih saat kehilangan orang yang kita cintai.

Karena ia akan menjadi pelajaran berharga bahwa di dunia ini tidak ada yang abadi..

Sehingga kita sadar agar tidak melampaui batas ketika kita mencintai sesuatu...
agar tidak melebihi cinta kita kepada ALLAH,

Aamiin,

Yusuf Mansyur.