Selasa, 30 Disember 2014

Rasa...

Ada kala pengalaman sendiri terpaksa dikongsi. Tujuan hanya satu, untuk jadi iktibar dan panduan. Hiduplah untuk hari ini. Semalam sudah berlalu. Esok belum tau lagi.

Sebagaimana derita itu sementara, gembira juga boleh jadi sementara. Biasanya kepayahan itu jadi asbab untuk lebih bahagia. Mungkin juga akibat terlalu leka. Namun takde yang pernah sempurna. 

Yang pasti, DIA sentiasa beri hikmah yang sukar untuk kita jangka. Tapi perlu untuk kita yang suka berfikir.

Rabu, 24 Disember 2014

...yang istimewa

Sesekali dia mengimbau semula,  bagaimana  pertemuan itu berlaku. Bagaikan orang  sedang bercinta. Keakraban yang tidak dijangka.
Banyak kali dia menyebut... yang aku dihantar oleh  Tuhan untuknya. Doanya Allah tunaikan. Ah... siapalah aku untuk Allah letakkan dalam senarai doa2nya...yang sering dipanjatkan tiap dinihari.

Apa pun, Illahi yang menemuk. DIA tahu...

menagih cintaMU

Tuhan...
Terbitkan rasa rindu aku padaMU tiap detik...agar aku menjadi kecintaanMU 
Hidupkan cahaya dalam hatiku untuk aku bersama2 orang yang mencintaiMU
Kasihi aku
Cintai aku 
Umpama ENGKAU mencintai penghuni syurga
Belas padaku 
Rahmati aku
Berkati aku
Bagaikan aku bidadari tercinta

Ahad, 21 Disember 2014

Intai dalam diri

Ketika  kita sibuk menyalahkan  orang lain, kita sering terlupa akan kesilapan diri sendiri. Kita terus mengeluh ..,kenapa dan mengapa. Buat post mortem orang itu dan orang ini. Tapi kita kurang fokus untuk muhasabah diri. 

Lihatlah diri! Lihatlah ke dalam diri sendiri! Renungkan hingga ke akar umbi. Kenapa Allah jadikan begini dan begitu.  Nikmat dikurnia bukan  sekadar saja-saja. Musibah diturunkan juga bukan sekadar suka-suka.

Tapi kita hamba-hambaNYA yang sering leka. Lalai tapi kerapkali merasa sudah cukup amalan kita. Pakaian...pergaulan..kelakuan...apatah lagi amalan. Itukah kita?

Isnin, 15 Disember 2014

kekuatan dia...

Teringat kata2 "orang yang paling kuat adalah orang yang berjaya menahan marahnya".
Sahabat....  itulah kekuatanmu. 
Aku belajar  erti sabar.  Aku faham  nilai tawadhu'. Aku  meniti makna mujahadah. Itulah kehebatanmu. 


Jumaat, 12 Disember 2014

Hanya ENGKAU

Hamdanlillah...,

Tuhan... Berikan aku
    jiwa yang kaya
    lebih kaya daripada jutawan harta dunia
    hati yang jernih
    sejernih air yang gugur dari awan
 
 Aku hanya ada ENGKAU
 yang mencipta aku, dia dan mereka



Rabu, 10 Disember 2014

Teruji lagi...

Hari ini kesabaranku teruji lagi.  Sungguh. Kolam mata  terasa berat. Padat. Yang bertakung seperti berebut2 untuk luruh. Bertahanlah wahai perasaan. 

Hati sesak. Sebak. Ah! Penantian itu suatu  penderaan. 
Tuhan....didik hatiku agar jernih tanpa cemar. Jadikan senyumku penawar  untuk lara hati,

Tiada kebetulan dalam takdir. Tapi ada senjata dalam doa. Ada hikmah dalam musibah. Ada kasihMU dalam ujian. Ada ingatan dalam kepayahan. Ada dugaan dalam nikmat.

~ Aku ada dia. Dia ada aku. 

Sabar itu Permata

Saat demi saat KAU didik aku dengan sifat sabar. Kau uji hambaMU dengan kecewa. Kemudian KAU datangkan rasa syukur. Dan KAU anugerahkan kesukaan yang tidak aku jangka.

Pernah aku dilanda rasa suka.  Taksub. Cinta yang buta. Tapi KAU tarik rasa nikmat itu. Lantas hambaMU ini terkapai2. Lemas dalam perasaan sendiri. Hingga mata hati berfungsi kembali.

Rupa2nya...KAU ingin anugerahiku dengan permata sebenar. Gemerlapan dari dalam diri. Kaca itu tidak sesuai untukku. Aku pohon cintaMU tetap utuh.

 Ya Ghafur...Jangan KAU biarkan aku keseorangan.

Isnin, 8 Disember 2014

Saling berpaut

Kasih sayang Allah telah menemukan kita. 
RahmatNYA menerbitkan rasa saling bertuah 
Memberi dan mengalir ilmu
Sama2 ingin memanfaatkan diri 
demi DIA yang satu
Kita berbeza tapi melengkapi
Kita seiring hingga menjadi satu hati
Ya Latif,...
Berikan kami kekuatan untuk menongkat diri
saling berpaut pada dahanMU
menjadi hamba2MU 
yang amat KAU cintai

Sabtu, 29 November 2014

cuma DIA yang tahu..

Ketika  sedang resah..risau..yang diinginkan belum dapat..belum ditunaikan. Yakinlah. Solatlah Sabarlah. Dalam doa ada usaha. Dalam usaha ada doa.

Allah sebenarnya telah merancang yang lebih baik. Yang lebih dari yang pernah kita inginkan. Yang tidak pernah kita jangkakan. Maka melimpahlah anugerahMu.

Ya Rabb...nikmatMu yang tak terungkai dengan kata-kata. Hatiku terusik dengan cintaMu yang tak bertepi. Damainya aku dalam dakapanMu.

Isnin, 3 November 2014

dia yang dihantar oleh Tuhan

Tuhan.,,
Maha suci ENGKAU..,yang menghantar aku dia, seorang sahabat. 

Pertemuan tadi. Wajahnya kurenung. Bersih berseri. Seputih hatinya. Biarpun mindanya penuh tanggung jawab.

Tuhan.,
Segala puji bagiMU yang meletakkan aku sebahagian dari semangat kekuatannya. Yang menjunjung aku dalam singgahsana kepercayaannya.

Tuhan ..
Rahmati kami dalam variasi situasi. Suka atau duka. Ampuh kami bersama.

Ya Rabb...cintaMU kekuatan kami.

Bila yang umum dianggap milik peribadi

Bila ilmu dinilai untuk tubuh yang santai, maka nilai ilmu itu serendah otak yang tak suka berfikir.
Bila murid menolak ketika guru memberi, maka kelas pasti sentiasa sepi.
Yang baik  itu memang sukar kerana yang mudah itu lebih  seronok. Mudah bukan kerana hakikatnya mudah, tapi mudah kerana ia menyeronokkan. 
Tanya diri...Menghijrahkan orang lain sedang diri sendiri masih utuh di takuk lama?
Muhasabah. Berbakti untuk Allah atau sebenarnya untuk diri sendiri?

Ahad, 2 November 2014

CintaNYA...

 Cintakan Allah itu mengasyikkan. Di situlah ketenangan. Sweetnya perasaan. Tiada yang dapat diumpamakan. Kerana yag dicinta itu Tuhan.  Allah yang tidak bersamaan dengan apa pun.

Ketika  mendapat sahabat yang menyakitkan, menungan menjadi jauh. Di mana silap? Allah yang pertama dituju. Terbayang, indah bila bersama orang2 solehah. 

Allah Maha Pengasih. Dia anugerahkan yang soleh solehah kiri dan kanan. Depan dan belakang. " Nikmat manakah lagi yang didustakn". 

Ahad, 26 Oktober 2014

CintaNYA yang menguja

Tiap kali kembara..
   dia pasti melafaz salam
   dia takkan melangkah tanpa aku di situ
Yang amat menguja... dinihari namaku diukir dihujung jari

Tuhan... 
Jangan  biarkan aku sendirian
    biarpun ketika suka
    apatah lagi ketika duka

Yang aku paling cinta hanya ENGKAU ya Rabb...
    yang  menganugerahi aku cinta manusia
    yang membelai aku nikmat dunia

Jumaat, 24 Oktober 2014

Tafakur...

Sesekali memilih untuk diam... memilih untuk jauh. Bukan kerana tak suka. Bukan kerana benci. Tapi kerana diam itu lebih baik dari bercakap yang tidak baik. Diam itu emas. Diam itu berlian. Diam itu tanda cerdik.

Perjalanan hidup semakin jauh dari yang fana'. Dan semakin dekat dengan yang baqa. Tapi mengapa kita masih penuh dengan angan-angan? Masih terpesona dengan tipudaya dunia? Seolah-olah usia ini tak cukup panjang untuk bersandiwara. Atau bahasa kasarnya...berfoya-foya. Hanyutnya jauh hingga ke hujung. Entah bila akan ke pangkal. Tau-tau mata sudah ditutup..sedangkan taubat bukan tujuan utama. 

Astaghfirullah al azim. Apakah lagi yang dapat menolong ketika nyawa sudah sampai ke halkum? Solat... puasa...sedekah..kebaikan. Aset kita di alam SANA.

Cintaku benar-benar tumpah padanya...Qiraat Asyara.

Sabtu, 11 Oktober 2014

untuk DIA

Kepercayaan itu mahal harganya. Kerana kejujuran tunjang perhubungan. Sedangkan cemburu keterlaluan boleh menjadi pembunuh semangat. 

Bangkitlah demi nama Tuhan...yang Maha Gagah. Kasih sayangNYA pemangkin jiwa yang kontang. UjianNYA buat insan yang berfikir menjadi nikmat yang tak terperi syukur padaNYA.

Hidup untuk DIA. Mati juga untuk DIA...Rabbul 'Izzati.

Isnin, 6 Oktober 2014

Sejati atau Belati

Sahabat sejati sanggup berkorban untuk melihat kita tersenyum. 
Sahabat belati sanggup korbankan kita untuk membuatnya tersenyum.

Usah risau mencari sahabat. Tapi jadilah sahabat. 
Bila Allah menjadi tujuan, niat hati  tidak berubah. Bantuan ikhlas datang melimpah. 

Sabtu, 4 Oktober 2014

Sibukkah kita?

Sibukkan diri dengan ilmu, hidup terasa lebih bererti. 
Sibukkan diri dengan manusia, masa seolah2 membuat kita terpaksa berlari. 
Sibukkan diri dengan Allah, nikmatnya harga diri.

Ada kalanya kita  mencari ruang untuk mengenal diri.
Muhasabah... berbicara denganNYA.

Yang sempurna itu PENCIPTA... RABBUL IZZATI.

Sabtu, 27 September 2014

Nikmat di sini untuk nikmat di Sana

Menikmati masa tua untuk berkumpul di SANA. Hiduplah semahu kita..segembira mungkin...senikmat ingin. Asalkan tidak lupa yang nikmat itu DIA pinjamkan untuk seketika. Sama ada kita bersyukur atau leka.

Sikaya yang bersyukur sentiasa ingat akhirat. Manakala sikaya yang kufur hanyut dengan nikmat...sehingga terlupa 'bahu kirinya' sudah terlalu berat. Aduhai.....mudahnya nak hilang berkat.

Ahad, 21 September 2014

Belajar sampai hujung nyawa

Qiraat. Cintaku semakin menusuk. Melekat kuat tertanam. Indahnya alQuran semakin  menyemarakkan jiwa. Nafi', Ibnu Kathir, Abu Amru menambah indahkan duniaku. Moga indah jua akhiratku. 

Ustaz berpesan; menuntut ilmu biar sampai pandai..sampai mahir..sampai  boleh mengajar orang..sampai boleh berijtihad..sampai jadi pakar. 

Kalau belajar sekadar sikit2..sambil2..itu yang jadi sesat. Terbabas. Mudah disesatkan orang. Mudah menyesatkan orang. Dan mudah menuduh orang sesat. Kerana kita kurang benar2 faham.

Menuntut ilmu tiada batasan. Kita hanya berhenti belajar apabila kita diajar dalam kubur. 

Belajar alQURAN sampai hujung nyawa.

Rabu, 17 September 2014

1st time di situ..Daerah 8

Semalam..16 sept selasa, hari menguasai Daerah 8 dalam otak kecil saya. Buat pertama kali, saya memegang tugas itu. Memberi motivasi kepada sekumpulan murid. Bukan mengajar Matematik tapi sessi motivasi... 

Kepada sahabat saya yang tiada dua...saya kasihi..saya hormati..saya sanjungi...saya sayangi...terima kasih kerana memberi peluang sahabatmu yang cetek ilmu ini menguji potensi diri. Memberi motivasi dengan mengajar Matematik jauh beza sebenarnya. Zahir yang nampak sama tapi intipati dan kesan yang berbeza. 

 Terasa kerdilnya diri bila berada di hadapanmu sahabat. Pandangan  matamu sudah cukup membuatkan saya akur akan kekurangan diri sendiri. Ingin saya menumpang wangi mulia akhlakmu...

~Allah temukan kita pada masa yang sama...pada apa yang kita minta. Allahu akbar! Bukan kerana cinta dunia...tapi kerana kasih sayangNYA. Kita tagih rahmatNYA...belasNYA.

sarung cincin

Minggu ini penuh sejarah.
Ahad lepas, saya diminta menyarungkan cincin tunang di jari manis seseorang. Hee..pertama kali menjadi wakil. Benarlah saya sudah berusia. Kepada anak saudara, terima kasih memberi peluang untuk makcik melalui pengalaman ini. Manis dan bermakna.

Teringat peristiwa ketika bakal pengantin perempuan sedang mencium tangan saya selepas menyarung cincin. Lama kerana jurugambar memetik kamera dari pelbagai sudut. Wangi! kata bakal pengantin yang sedang mencium tangan saya.

Memang sebelum keluar dari kereta, saya menyapu sedikit krim tangan.. Oh.. ia berguna rupanya.

Selasa, 9 September 2014

Jujur mencintai

Jujur itu inti tiap perhubungan. Dalam jujur, terbit kasih..timbul sayang...mendalam cinta..saling hormat. 

Jalin ikatan dengan cinta Allah. Jalin rindu dengan seruan padaNYA. Bila sama2 teguh menyintaiNYA, cintaNYA memaniskan cinta makhlukNYA.

Limpahkan  kami dengan cintaMU Allah...

Ahad, 7 September 2014

..jangan menyakiti Aisyah

"Janganlah menyakitiku dengan menyakiti Aisyah. Sesungguhnya wahyu tidak pernah turun kepadaku semasa aku tidur berselimut dengan isteriku, kecuali ketika bersama Aisyah".

 (HR Tirmidzi dan Nasa'i)

~The Great Wife Aisyah RA

daun keladi daun pandan

Terima kasih daun keladi
Sama-sama daun pandan
Budi ikhlas dibawa mati
Biar bercerai nyawa dan badan

Bibir menguntum senyum terukir
Dua wajah bertemu seri
Hati bicara ilmu mengalir
Indah jiwa saling mengerti

Jumaat, 5 September 2014

Kritik hentak

Zaman sekarang ini, lebih ramai yg suka 'kritik hentak'. Patutnya bila kritik, cadangkan sekali penyelesaian atau cara alternatif. Barulah menambah kemajuan..bukan mencari2 atau mengintai2 malah mencipta reka kesalahan orang lain. Kita tak sempurna, begitu juga orang lain..muhasabah itu lebih menawan.

'Kritik hentak' boleh memusnahkan perhubungan. Lazimnya, sipengkritik akan meminta yang dikritik untuk berlapang dada. Tapi bila situasi menjadi terbalik, lain pula yang terjadi. kata-kata hanya tinggal kata-kata. Malah  ada yang sampai sanggup berpatah arang kerana tidak dapat terima kritikan daripada sahabatnya sendiri. Kerap kali juga kritikannya makan diri. 'Kantoi' adalah perkataan paling sesuai untuk orang yang 'budget bagus' seperti ini.

Individu ini besar kebarangkalian akan menggunakan lebih banyak emosi apabila menjadi ketua atau pemimpin. Malah boleh jadi menjadi pemangkin pecah-belah. 

Rabu, 3 September 2014

Erti Sahabat...

Erti sahabat  itu...
  bila saling toleransi
  saling menjaga hati
  sama2 menyimpan rahsia diri
  tak jemu ingat-mengingati

  kerana sahabat itu hanya abadi
  jika diikat kerana Ilahi

~ Limpahkan rahmatMU ya Rabb...

Selasa, 2 September 2014

Bahayanya tidak berilmu...tapi terasa berilmu


Paling bahaya adalah seseorang yang tiada berilmu tetapi menyangka berilmu dan tahu lalu menyanggah.

Perlu kita sentiasa bermohon agar kita disedarkan dari ketidakfahaman dan kejahilan agar mampu membetulkan diri sebelum datang kematian. 

Photo: Paling bahaya adalah seseorang yang tiada berilmu tetapi menyangka berilmu dan tahu lalu menyanggah.

Perlu kita sentiasa bermohon agar kita disedarkan dari ketidakfahaman dan kejahilan agar mampu membetulkan diri sebelum datang kematian.

..Dr Zaharuddin Abd Rahman, 

Kreatif salah tempat


Posting dari Syeikh Us Dr Zaharuddin dlm network kami ..

Baru saja mendengar satu majlis zikir dan qasidah yang menggunakan rentak lagu ulik mayang ...  semakin kreatif.
mungkin juga akan datang kelak rentak2 lagu popular artis antarabangsa bakal menjadi pilihan.. Wallahu 'alam.

Tambahan ana , 
Apa nak buat, sila renung : firman Allah dlm surah al Kahfi ayat 103-104 :

(103). قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا
Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

(104). الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Nilah akhir zaman, campur aduk benda lagha dengan amalan yg disangka ibadah ...

..Ustaz Zahazan Mohamed, 

Hargailah..tanda bersyukur


Keinsafan dan tersedarnya kita atas kesilapan (sama ada dosa besar seperti riba, aurat etc) adalah suatu kurniaan tidak ternilai. Ia tidak mampu dibayar oleh apa-apa nilai wang ringgit.

Justeru jika ada insan yang menjadi sebab kepada keinsafan itu. KENANGI, HARGAILAH dan HORMATILAH mereka. Mereka adalah guru yang besar, sebab yang penting dalam kehidupan. Hatta jika antara kita wujud perbezaan cara dan aliran dikemudiannya. Hormat itu tanda kamu bersyukur dan barakah; MENGUTUK dan MENGATA BURUK terhadap mereka itu tanda kita sudah kembali tersasar.

..Dr Zaharuddin Abd Rahman, 

Selasa, 26 Ogos 2014

Dia...cermin hati

Hadirnya di hujung usia...terima kasih Tuhan. Dia umpama satu tanda peringatan, dunia bakal aku tinggalkan. 

Sering didengar...sahabat itu cermin diri. 

Terima kasih Yang Maha Pemurah...ar-Rahim, yang menganugerahkan hambaMU cermin yang begitu indah. 

Dia mengujaku untuk menilai diri...menikmati rahmatMU di mana2...berkahMU di setiap ketika.

Rabu, 20 Ogos 2014

tashil cinta

Kasih sayang... aura yang tidak mampu sembunyi
Ia umpama huruf hamzah yang ditashilkan
Sedang cinta adalah perhatian bertasydid
Tanpa sukun...tanpa qolqolah
Adakala izhar...
Adakala idgham.,.
Adakala ghunnah
InsyaAllah... ayat kita sentiasa bersambung
Mudah-mudahan istiqamah sampai ke syurga sana
Aminn...

Senyum..pernyataan awal



~Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani,

Sebenarnya DIA rindu dengan kita...



~habib zainal abidin

Bila Aisyah R.A difitnah...

Wahai anakku,
Allah boleh segera membersihkan Aisyah R.A bilamana ia difitnah, namun sengaja Allah biarkan selama 3 bulan baharulah ayat membersihkan beliau diturunkan. 

Wahai anakku, kenapa Allah lakukan demikian? Al-Quran menjelaskan tujuan-Nya untuk Baginda dan para sahabat mengenali siapa yang beriman dan siapa yang munafik.

Aku tidak akan kata demikian kepada apa yang berlaku, namun aku kata siapa yang sabar dan taat dan siapa sebaliknya. 

Wahai anakku,
Aku juga ingin mengingatkan kamu betapa sewaktu bani Israel yang beriman dengan Nabi Musa mendesaknya untuk menyatakan dengan jelas ke manakah mereka harus lari bagi menyelamatkan diri dari tentera Firaun yang mengejar mereka. 

Lalu, mereka diarahkan lari ke tepi lautan. Di saat itu, andainya mereka tidak sabar dengan perintah Nabi Musa tentulah mereka meninggalkan Nabi Musa lalu mereka akan dihancurkan oleh Firaun. 

Akan tetapi, kesabaran dan ketaatan telah menyelamatkan mereka dari musibah yang besar, bilamana Allah memerintahkan Nabi Musa memukul lautan, bagi membuka jalan untuk menyelamatkan mereka.

Lihatlah dengan mata hati, anak kesayanganku, di saat yang genting itulah datangnya ujian Allah kepada kita. 

Hendak diuji samada kita akan membelakangi jamaah atau meninggalkan jamaah. Aku mohon kita semua diberi perlindungan Allah dari petaka itu.

Oleh itu wahai anakku, apa payah bagimu bersabar seketika sementara menunggu jawapan bersama jamaah?

Janganlah kerana engkau bimbang keputusannya tidak selaras dengan kehendakmu, lalu engkau tidak sabar dan tergopoh melakukan sesuatu yang dilihat seolah-olah memaksa jamaah menuruti kehendakmu.

Jangan pula kamu merasai hebatnya tindakanmu kerana tindakan kamu ini akan membangkitkan serangan yang sedang tidur ke arah kamu. Aku cukup bimbang harga yang perlu dibayar oleh kamu hanya kerana ketidaksabaranmu menunggu jawapan jamaah.

Senyum

~DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN, 

Banyakkan Kasih sayang

Photo

~DR MUHAYA,

SAKITNYA UJIAN


SAKITNYA UJIAN

Soalan:
Salam Ibu...semakin bertahajud, solat taubat, hajat dan dhuha semakin besar ujian..kenapa?

Jawapan:

Ikhlasnya hati bertanya. Terima kasih sayang.

Bila kita bersolat bukan supaya kita tidak ditimba ujian. Kerana ujian itu adalah syarat untuk kita memasuki Jannah.

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3] 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Namun Allah tidak akan menguji kita dengan beban yang diluar kemampuan kita.

”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286] 

Bersolat membantu kita untuk tenang melalui ujian bukan untuk kita mengelakkan ujian. Dalam masa yang sama kita melihat orang yang beriman dan rajin bersolat seolah-olah tidak pernah mengeluh dengan kesusahan. Malah seolah-olah hidup mereka tiada ujian.

Sebenarnya mereka amat melalui ujian, namun disebabkan iman dan solat mereka, mereka tenang didalam ujian sehinggakan orang lain tidak sedar.

Oleh itu sayang, bertenang hatilah dengan ujian yang diterima. 

Minta kekuatan untuk melaluinya dari Allah. Ujian membawa kita dekat kepadaNya. Oleh itu janganlah bersedih 


Salam Kasih,
Ibu Rose.

~Prof. Dr. Rozieta Shaary's 

Bercakap di belakang?

Photo: Semoga bermanfaat, insya'Allah.

- Share

Follow/Like : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad 

[Admin]

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad,

'kita mampu mengubah layar kapal..'.


Wahai anakku,
Kita tak berupaya tukar arah angin, tapi kita mampu mengubah layar kapal. Perkara di atas perlu difahami oleh anakanda jika selalu tertekan dengan pandangan orang lain terhadap diri sendiri.

Wahai anakku,
Ingatlah pandangan orang lain terhadap diri sendiri ialah angin - kita tidak mampu mengubahnya. Tapi kita mampu mengubah diri sendiri seperti layar kapal – kerana ini di bawah bidang kuasa kita dan untuk sendiri berasa gembira dan bukannya demi mengubah pandangan orang lain.

Wahai anakku,
Angin akan berubah secara sendiri bila sampai waktunya. Apa jua arah angin yang datang tidak perlu dirisau kerana kita dah pandai mengawal layar kapal untuk sampai destinasi yang diimpikan.

Senyum.

DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN, 

kenapa buah masih tidak ada...


Masing-masing mendakwa akidahnya paling benar. Kata A di sini tidak ada mujassyimah. Kata B pula di sini tidak ada bid'ah. Kata C... (masing-masing dengan hujah naqli dan aqli yang tersendiri.)

Bila ditanya mana adab dan akhlak? Masing-masing menjawab, "tidak ada gunanya ibadah dan akhlak jika akidah sudah rosak."

Akidah itu akar, ibadah itu pohon, adab dan akhlak itu buahnya. Benar, tanpa akar, pohon dan buah tidak akan ada. Tapi kenapa buah masih tidak ada kalau betul akar dan pohonnya sudah benar?"

Aku yang masih belajar dan mujahadah ini masih mencari jawapannya.

~USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI,
~

Khamis, 14 Ogos 2014

Dia...yang menambah cintaku padaNYA

Dia  berdakwah melalui akhlak. 
Dia berbicara penuh bertapis. 
Dia tegas di dalam lembut. 
Dia tawadhu'... low profile
Dia bersenda penuh makna
Teliti serta menguja
Memerhati penuh erti

Maha Suci Allah yg Maha Pengasih... 
Dialah sahabat..anugerahMU pada hamba 

Ahad, 10 Ogos 2014

Tiada yang kebetulan..

Tidak ada yang kebetulan. Semuanya bersebab. Semuanya berakibat. Semuanya untuk kebaikan. Semuanya berhikmah... sama ada kita diuji atau diazab. Kerana Allah tahu yang sebaiknya untuk kita.

Sedih ketika difitnah. Mungkin kita pernah memfitnah hingga orang sedih. Seronok dipuji. Mungkin kita pernah memuji hingga orang rasa dihargai. Dibenci. Agaknya kita pernah membenci. Disayangi. Mungkin kita pernah menebar rasa kasih. Tidak mesti orang yang sama. Kerana Allah paling tahu siapa yang patut diberi nikmat..siapa yang patut ditarik nikmat. Itulah kebesaranNYA. Sedang kita tak punya apa2 untuk mempertikai mengapa aku? Bukan dia! Bukan mereka!

Maka...muhasabah diri adalah jalan terpuji agar kita sentiasa sedar diri. Benar! Adakala musibah itu lebih baik agar kita beringat..daripada nikmat yang buat kita lalai.


Bila sudah veteran..

Di Hospital Pakar Muar...follow up medical check up ibu mertua. 

Hati tersentuh melihat .. sepasang suami isteri veteran 70an  berpimpinan tangan, suami bertongkat isteri terketar2. Siapa pimpin siapa? Di mana anak2? Positifnya... mungkin memang tiada anak2. Saya hanya dapat memandang kerana saya juga sedang menolak wheelchair yang diduduki ibu mertua,

Sebak tiba2. 

Allah... yang kami pohon hanya rahmatMU agar kami sentiasa dalam lindunganMU dan keberkatanMU.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Detik Hati itu Doa

Beberapa hari  yang lalu, terdetik di hati.. angkah indahnya kalau ada yang hadiahkan minyak wangi. Yang special. Tapi...ah! Sapa pulak nak buat begitu. Saya tiada keistimewaan untuk mendapat layanan sebegitu. Heheee...mat jenin panjat pokok kelapa lalu tertidur.

Maha suci Allah! DIA yang pemurah. Terharu bila membuka kotak pemberian ibu kepada murid tiusyen saya. Saya sangka kurma special dari Mekah. Rupa2nya minyak wangi special ..dengan botol special. 

Saya lalai. Saya bersangka buruk padaNYA. Sedangkan DIA memberi pada siapa saja yang DIA kehendaki. Kitalah hambaNYA..
Terima kasih Allah

Isnin, 4 Ogos 2014

Yang Lebih Suka

Ketika kita berdukacita kerana tidak mendapat sesuatu yang kita suka, rupa2nya Allah sedang memberi kita sesuatu yang  DIA suka dan kita lebih suka. Allahu akbar! Dia didatangkan dalam rahmatNYA...dalam berkahNYA...dalam alunan zikirNYA.

Benarlah! Akhlak itu nilai sesama manusia. Bila akhlak sudah terserlah, hati dan emosi mudah dikemudi. Ilmu pasti menyusul nanti. Itulah tunjang perhubungan.


Jumaat, 1 Ogos 2014

Cinta Taman SyurgaNYA

Al-Quran itu cinta pandang pertama. Juga cinta pandang terakhir. Itulah cinta sepanjang zaman. 

Bersamanya umpama bercinta dengan Yang Esa. Menikmatinya umpama berhibur di taman syurga. 

Tenanglah wahai jiwa yang dahaga kasih sayangNYA, Allah yang maha penyayang. Damailah dengan alunan kalimahNYA. 

Hidup ini untuk DIA... menggapai redhaNYA.
 
~Bahagia hanya datang bila ada rasa syukur~

Selasa, 29 Julai 2014

Ramadhan...aku rindu

Ramadhan telah berakhir. Maka rindu pun bertandang. Rindu pada taman2 syurga. Pada mutiara yang memenuhi ruang deria dengar. Rindu pada zikir yang menjadi kekuatan diri. 

Syawal itu kemenangan. Tapi bukan lesen untuk mendakap dunia dan menguis akhirat. Syawal itu tanda syukur. Tanda berjaya. Syawal untuk orang2 dunia bergembira ketika bertahmid memujiNYA.

Ya Rabb...
Jadikan hamba2MU ini istiqamah mencintaiMU..merinduiMU.

Aminn....

Sabtu, 26 Julai 2014

Ramadhan...aku jatuh cinta

Ramadhan sudah melambai. Tanda mula melangkah pergi. Syahdunya semakin terasa... Ramadhan yang penuh makna. Penuh dengan cinta. Cinta Al-Khaliq dan cinta makhluk. 

Ramadhan... aku pasti rindu  nanti. Dengan kemesraan bayu sapaanmu. Dengan usikan manis bahasamu. Dengan alunan indah zikirmu.

~ ramadhan 28 


Jumaat, 25 Julai 2014

Takbir Tahlil dan Tahmid (antara 2 benua)...


Terkesan baca gurindam ini...(dr WhatsApp)

*** *** ***
Selamat Hari Raya wahai Ghazzah!

Di saat Syawal menjelang tiba,

Langsir perlu ditukar,
sedang mereka sudah ketiadaan tingkap.

Baju baru mesti beli, 
sedang baju mereka berlumuran darah.

Kasut baru dua pasang,
sedang mereka hancur kakinya.

Kaum wanita berbaju kurung dan kebarung,
sedang wanita mereka tidur siap bertudung,
agar tertutup aurat ketika jasad ditemui.

Duit raya paling best,
sedang mereka beberapa bulan tidak bergaji.

Takbir raya paling syahdu,
sedang takbir mereka untuk para Syuhada.

Famili ramai berkumpul dalam suasana gembira,
sedang mereka, di mana famili mereka?

Bunga api dan mercun di malam hari,
sedang mereka dihujani bom dan roket
sepanjang hari.

Kita mencium tangan ayah dan ibu,
sedang mereka mengucup dahi ibubapa
yang sudah tidak bernyawa.

Si kecil manja diusik dan dibelai,
sedang si kecil mereka kini sebatang kara

Saling berpelukan bermaafan antara kita,
sedang mereka berpelukan dalam kepiluan

Jiran tetangga dijemput makan,
sedang mereka berjiran dengan runtuhan batu-batan.

Ramai yang menziarahi pusara mereka yang telah pergi,
sedang kubur mereka bertali arus dengan jenazah dari hospital.

Wahai bumi Ghazzah yang dimuliakan!

Wahai butiran-butiran pasir yang diberkati!

Wahai dedaunan Zaitun yang menghiasi Bait Lahiya, Jabaliyah dan Rafah!

Wahai angin yang membawa suara esak tangis dan kepiluan mencengkam kalbu!

Dari renungan tajam penuh makna si anak yatim

dari lelehan darah calon ahli Syurga

dari angin sepoi bahasa yang menyapa khemah-khemah pelarian

dari pengharapan dan penantian yang tidak kunjung tiba …

Di hari raya ini,

suara kemanusiaan telah terbungkam
di sebalik lagu raya, ketupat dan rendang …
simpati dan kasihan bermusim cuma
dihitamkan dengan tayangan Hari Raya Pertama …

alunan takbir, tahlil dan tahmid
berbeza antara dua benua …

Hari Raya kali ini
begitu tidak bermakna sekali rasanya
ketika memikirkan 
Hari raya kita, 
Hari raya mereka!

Bila Terlepas peluang di saat diberi Ruang

Antara kesilapan yang sering terjadi dalam kehidupan kita ialah sering sahaja melepaskan peluang yang telah Allah kurnia kan kepada kita!.. peluang bermunajat di sepertiga malam, peluang membaca Al Quran, peluang berdoa dan memohon keampunan, peluang berinfaq dijalan Allah.. semuanya berlalu begitu sahaja!!..sehinggakan kematian itu menjemput kita.. lalu penyesalan yang tak berair mata lagi.. terlepas peluang disaat diberi ruang!!!..

~Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

~

Antara berani dan Angkuh...


Alkisah seekor kerbau

Seekor singa sedang mengintai seekor kerbau sekian lama. Apabila kerbau yang sibuk makan rumput tinggal keseorangan, singa itu pun keluar dan berlari menuju ke arah kerbau.

Kerbau yang terkejut itupun lari dengan sepenuh hati. Singa mengejar di belakang dengan dekat.

Setiap kali terjumpa corner, jarak di antara kerbau dan singa bertambah. Di jalan yang lurus, jarak di antara kerbau dan singa berkurang.

Setelah 10km, kerbau terasa keletihan. Tetiba selepas satu korner, kerbau berhenti dan menghalakan tanduknya ke arah singa.

Singa menarik brek kaki. Terkejut beruk melihat keberanian kerbau. Singa pun berundur.

Setiap langkah kerbau ke depan, singa berundur satu langkah ke belakang. Singa yang garang tiba-tiba bertukar menjadi seperti seekor kucing yang lemah.

Kerbau bertambah yakin sehingga terlupa bahawa lawannya ialah seekor singa. Walaupun singa dah berundur jauh daripadanya, kerbau terus mara merasakan diri akan menang.

Ketika itulah, singa tersedar. “Mengapa aku perlu takut? Dia itu kerbau saja,” bisiknya lalu terus menerpa ke arah kerbau secara mengejut.

Kali ini, kerbau tidak berjaya melarikan diri dan akhirnya maut dibaham singa.

Wahai anakku,
Singa tidak menang kerana giginya yang tajam, sebaliknya kerana kelicikannya. Kerbau tidak terkorban kerana tiada gigi yang tajam, sebaliknya kerana keangkuhan butanya.

Ingat wahai anakku, keberanian ialah satu senjata tajam yang boleh menggerunkan lawanmu. Keangkuhan juga merupakan satu senjata yang tajam, tapi ia sekadar boleh melukakan diri kamu sendiri.

Senyum

~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

"...lampu trafik merah itu mungkin ialah medan latihan Allah..."


Alkisah lampu trafik

Ami dan Mat sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum teh dengan rakan-rakan. 

Memandangkan ketika itu masa dah lewat tengah malam, sekitar 2am, Ami sengaja mengambil jalan kecil yang tidak bertol.

Jalan kecil ini merentasi banyak simpang di kawasan perumahan. Setiap simpang ada lampu trafik.

Ketika tiba di lampu trafik yang pertama, Ami bertembung lampu menjadi merah. Ami sabar menunggu gilirannya untuk bergerak meskipun di tiga simpang yang lain tiada kereta.

Tiba di lampu trafik yang kedua, Ami bertembung lagi dengan lampu yang merah. “Aik, merah lagi,” katanya.

Ami menunggu. Melihat tiga simpang yang lain tiada kereta, Ami semakin hilang kesabaran. Tetiba, Ami menekan minyak langgar lampu merah. Mat, rakannya di sebelah pun terkejut.

Perkara yang sama juga berlaku di lampu trafik ketiga dan keempat. Ami tidak lagi sangsi seperti di lampu trafik kedua untuk melanggar lampu merah.

“Ami… ,” kata Mat, “Jangan teruskan sikap ini. Bahaya untuk diri enta. Anta boleh masuk neraka.”

“Neraka? Tiga simpang lain tak ada kereta, macam mana nak masuk neraka,” jawab Ami dengan bangga.

“Kalau ini sikap anta, ana takut kamu akan terlupa Allah dan melakukan maksiat kelak nanti ketika anta rasa anta bersendirian dan tiada orang nampak. Ingat, walau tiada kereta lain di tiga simpang itu, Allah ada. Ana sekarang bimbang jika anta bersendirian dan berdepan dengan perkara yang boleh merosakkan, anta akan buat kerana merasakan tiada orang lain yang sedang melihat,” terang Mat.

Ami tersepu malu. Di lampu trafik seterusnya, Ami sabar menunggu meskipun tiada kereta di simpang yang lain. Dalam keadaan sebegitu, tetiba Ami merasa semua lampu trafik tetiba baik kepadanya kerana semua bertukar hijau selepas menunggu seketika sahaja.

Wahai anakku,
Sudah tentu kamu pernah melalui apa yang dirasai Ami. Namun, ingatlah, lampu trafik merah itu mungkin ialah medan latihan Allah untuk kuatkan disiplin kamu. Jangan sesekali lupa setiap perbuatan kamu meskipun di dalam bilik yang ditutup rapi akan dihitung nanti. Allah Maha Mengetahui.

Senyum

~ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

"...doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir".

1. Ini Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang. 

2. Kirinya Laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu. 

Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. 

Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. 
Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan Allah kelak ?".

#Sila sebarkan jika anda peduli!

via Diana Mohd Nor ~ Islam Itu Indah
 — with Ary Boss and 12 others.

Photo: 1. Ini Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang. 

2. Kirinya Laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu. 

Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. 

Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. 
Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan Allah kelak ?".

#Sila sebarkan jika anda peduli!

via Diana Mohd Nor ~ Islam Itu Indah

Alkisah...Usah bersangka Buruk pada Allah


Alkisah seorang penjual…

Ali seorang yang penjual yang tekun… beliau menjual alat-alat pendidikan kanak-kanak.

Setiap hari beliau berdoa agar dilancarkan urusan hariannya dipermudahkan Allah, diharap mudah dijual dan selamat dalam perjalanan.

Setiap pagi, Ali perlu melalui berpuluh km untuk menyelesaikan tugasnya. Pemanduannya cukup dijaga kerana jalan yang dilaluinya banyak roadblock polis setiap hari untuk mengelakkan saman trafik.

Pelanggan Ali pula tidak menentu – ada yang ok, ada yang cerewet, malah ada yang ‘membuli’ beliau.

Dengan keyakinan bahawa doa beliau akan dimakbulkan, Ali menekadkan semangat dan terus tekun bekerja mencari rezeki.

Namun, setelah setengah tahun mencuba, prestasi jualan Ali tidak baik. Ada bulan yang prestasi jualannya jatuh merudum, Ali merungut bertanya mengapa Allah tidak membantu menguruskan urusan sehariannya.

Ali bertanya mengapa Allah tidak membantunya sedangkan beliau tekun setiap hari berulang-alik sana sini untuk menjual barangannya.

Ali seorang yang menjaga tindak-tanduknya berasa beliau seorang yang kurang berdosa – jadi mengapa Allah merumitkan hidup beliau.

Ali tidak faham dan terus merungut sendiri dan terus merasakan dirinya malang… namun begitu, beliau meneruskan kareernya sebagai penjual dengan tekun…

Sehingga satu hari, beliau bertemu dengan taukeh pemborong alat-alat pendidikan kanak-kanak brand A yang kagum dengan ketekunan dan keazaman Ali cuba menjual produk brand B…

“Berminat ke Ali nak join company saya? Saya menawarkan dua kali ganda gaji untuk Ali,” tanya pemborong itu.

Ali seronok, tetapi berfikir, prestasi jualannya bukanlah baik sangat, mengapa pemborong ini berminat padanya…

“Saya penjual yang tak seberapa… mengapa tuan berminat pada saya?” tanya Ali yang gembira, tapi seolah-olah tidak percaya pada nasibnya.

“Ali tahu produk syarikat yang Ali sedang jual ini – namanya tidak berapa baik di pasaran, tapi Ali masih cuba dengan tekun dan berhemah sehinggakan kedai-kedai yang Ali cuba menjual produk Ali menyuruh saya mengambil Ali. Mereka rasa Ali ada potensi untuk cemerlang bekerja dengan saya…” kata pemborong tersebut.

Ali menerima dengan gembira pujiannya – ketekunannya akhirnya berhasil – Ali seterusnya bertanya – apa dokumen yang perlu untuk permohonan kerja baru ini…

“IC dan lesen kereta cukup… dan boleh join bulan depan, tak perlu interview,” kata pemborong itu.

Ketika Ali mengeluarkan IC dan lesen memandunya, Ali terkejut.

Ali tersentak melihat tarikh 22/01/13.

Rupa-rupanya lesen memandunya dah tamat tempoh 6 bulan yang lepas.

Ali mengimbas kembali nasibnya 6 bulan, yang dalam perjalanan untuk menjual produk, sudah beberapa kali Ali melalui perangkap polis tanpa disiasat lesen memandu yang telah mati.

Ali teringat bagaimana ada satu hari, kereta Ali di highway tetapi tingkap belakangnya tidak dapat ditutup, tetapi tetiba hujan lebat turun – dan disebabkan takut produknya basah kuyup Ali memandu secara cepat sehingga ditahan polis…

Apabila polis itu hendak menyoal Ali dan suruh mengeluarkan lesen kereta, tetiba polis itu menerima telefon kecemasan dan bergegas ke tempat yang lain.

Tetiba, Ali berasa bersalah.

Ali teringat segala rungutan dirinya terhadap Allah yang dia tuduh tidak menyayangi beliau.

Hati Ali sayu – sedih memikirkan sikapnya yang bersangka buruk pada Allah. Ali tersedar rupa-rupanya Allah menjaganya setiap hari sepanjang 6 bulan lepas ketika lesen memandu dia mati. Tiada satu hari pun yang Allah tidak menjaga hambanya, walaupun dia yang bersangka buruk pada-Nya….

Segala tuduhan pada Allah adalah silap, Allah sebenarnya menjaganya setiap hari tanpa putus-asa.

“Rupa-rupanya Allah menjaga dan sayang saya selama ini… segala doa saya didengari… sehinggalah saya kini bertemu dengan taukeh yang lebih baik dan Allah melalui taukeh ini memberitahu saya lesen memandu dah mati dan saya silap bersangka buruk kepada-Nya selama ini…. 

“Ya Allah. Maafkan saya,” bisik Ali di hatinya.

Semoga kisah ini membawa sedikit keinsafan kepada kita semua, yang pernah bersikap seperti Ali dalam bersangka buruk kepada Allah ketika melalui liku-liku kehidupan yang mencabar.

~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man