Khamis, 27 Februari 2014

Usah Bersandiwara

Ada kalanya kelurusan sahabat dijadikan wadah untuk seseorang meloncat. Dan sahabat itu terbiar...terjelepuk.. tanpa belas kasihan. Itulah permainan manusia yang merasakan dia sudah cukup bijak untuk bersandiwara.

Namun, langit sentiasa berubah. Allah tidak pernah melupakan hamba2NYA. Yang batil itu takkan dapat bertahan lama. Dosa itu tidak berbau tapi akal dan Iman dapat menilai. 

Rabu, 19 Februari 2014

Ubat Stress

Ubat stress adalah solat  dan membaca alQuran. Paling tidak pun...berzikir. Lakukan dengan penuh rendah hati. Pasrah. Bila solat...hayati bacaannya, lebih nikmat bila dapat hayati maknanya. Bila baca alQuran...baca lambat-lambat seperti sedang beralun. Nikmati sebutan dan makhrajnya yang indah. Perlahan-lahan perasaan kita akan jadi syahdu. Yang syahdu itu selalunya tenang. Bila berzikir...bayangkan kita sedang merayu-rayu Allah. Terasa nikmatnya bila airmata mengalir tanpa sedar.

Ketika semua amalan itu dilaksanakan, kita dekat dengan Allah. Allah lagi dekat dengan kita. DIA sedang mendengar kita. Rayuan kita. Kesedihan kita. Rintihan kita. Insyaallah...DIA kurniakan ilham pada kita, bagaimana hendak keluar dari stress. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah kita. Bukankah DIA yang mengatur semuanya. Semua yang terjadi pada kita atas perancanganNYA. Maka, kembalilah padaNYA. Insyaallah...bahagia, tenang akan jadi milik kita.

Allah...rahmatMu menjadi naungan kami, biarpun kami sering lalai

Selasa, 11 Februari 2014

Roh Kita Kebulur?

Sayangnya kita pada fizikal... pada jasad. Lalu kita bersenam...riadah..aerobik..gym.. malah supplement. Ribuan ringgit habis untuk rasa sihat, nampak molek..segar dan teristimewanya awet muda..kulit tegang..bersinar dan berseri.

Sayang jugakah kita pada roh? Roh kita yang amat rindukan  ibadah,..solat yang khusyuk..zikir yang ikhlas..lidah yang sering basah dengan bacaan alQuran..hati yang hauskan ilmuNYA.

Kita sering leka, ketika jasad kita kekenyangan...tersenyum girang, rohani kita bersedih..jiwa kita kebuluran. Roh kita begitu jauh dari Penciptanya. Ibadah bukan lagi agenda utama. Makanan rohani bukan lagi menu yang dinanti-nanti.

Allah... ampunkan hamba-hambaMU yang sering lupa.. malah sering buat-buat lupa.

Ahad, 9 Februari 2014

Di Mana Ikhlas Kita?

Ketika rasa kecewa... ketika rasa tidak dihargai, kita sering merungut. "Time susah cari aku. Mesranya...lembut bahasanya mengalahkan kekasih hati. Tapi time  senang.. buat tak tau je.. buat-buat tak kenal aku..." Inilah ayat klise kita.

Namun bila teringat kisah Rasulullah, betapa malunya kita. Baginda tetap berbuat  baik, tidak menyebut-nyebut kebaikannya...tidak mengungkit-ngungkit kemurahan hatinya... tidak ada rasa kecewa malah tetap menghulurkan bantuan. Sedangkan Baginda adalah kekasih Allah. 

Kepayahan yang kita lalui lebih halus dari kuman berbanding dengan ujian yang Baginda lalui ketika berdakwah. Tempat Baginda sudah terjamin di syurga, namun Baginda sentiasa mengharapkan redha Allah. Sedangkan amalan kita belum tentu  Allah terima, tapi kita lebih sibuk mengharapkan redha manusia. 

Andai kerap merungut, di mana ikhlas kita sebenarnya?

Khamis, 6 Februari 2014

Pemerintah dan Agama itu Kembar

قال الغزالي رحمه الله: الدنيا مزرعة اﻵخرة ولا يتم الدين إلا بالدنيا. والملك والدين توأمان فالدين أصل والسلطان حارس وما لا أصل له فمهدوم وما لا حارس له فضائع. ولا يتم الملك والضبط إلا بالسلطان

- إحياء علوم الدين، كتاب العلم.

Kata Imam al-Ghazali r.h: "Dunia adalah ladang akhirat. Agama tidak akan sempurna melainkan dengan dunia. Pemerintah dan agama adalah 'kembar'. Agama adalah dasar dan pemerintahan adalah penjaganya. Sesuatu yang tiada dasar akan binasa dan sesuatu yang tiada penjaga akan hilang. Pemerintahan dan pengawasan tidak akan sempurna melainkan dengan kekuasaan politik." - Ihya 'Ulumuddin, kitab al-'ilm

~
Ustaz Zahazan Mohamed

Iri hati hanya Pada 2 Perkara

"Tidak boleh iri hati melainkan pada 2 perkara; pertama pada orang yang di anugerah Allah ilmu, maka di tegakkannya keadilan dengan ilmunya dan diajarkan kepada manusia. Dan kedua pada orang yang di berikan oleh Allah harta, maka di pergunakannya pada jalan kebajikan." Dirawikan al Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud / Ihya Ulumiddin, Imam al Ghazali, jilid 1, mukasurat 69
 
~Prof Dr Muhaya

Live in the present Moment

It is important to remember that things only get done in the now, when you live in the present moment.
The future hasn't happened yet and the past is, well the past:)
If you live in the present moment and love today, then the future will most certainly take care of itself.
Indeed, most of our mistakes are made because we spend so much time worrying about tomorrow that we neglect loving today, Bob Proctor
 
~Prof Dr Muhaya

Berilah kami Kekuatan

Ya Allah..
Beri kami kekuatan untuk mengasihi dan memaafkan, jangan beri kami kekuatan untuk menyalahkan keadaan tapi beri kami kekuatan untuk menghadapi kenyataan dan bisa mengambil hikmah dari setiap kejadian.
 
~ustaz yusuf mansyur

Ilmu Tanpa Amal? Amal Tanpa ikhlas?

'HATI YANG IKHLAS'

Hati yang bersih itu mudah menangis, tatkala membaca al-qur'an, tatkala sendiri dalam doa.

Hati yang lapang membuat masalah sebesar apapun jadi terasa kecil. Dihati yang bersih ada Allah, karena hati yang bersih dekat pada Tuhannya.

Hati itu amat lembut.
jika hati berbicara, maka hati berbicara dengan pelan dan lemah lembut. Oleh karenanya jika kamu bersifat kasar, hati itu t...
idak akan terdengar olehmu suara bisikannya.

Hati yang bijaksana itu rendah hati terhadap yang lain, mau mendengar dan melihat dengan sikap yang terbuka.

Buat apa kamu belajar kitab dan ilmu, jika semua itu tidak menjadikanmu rendah hati ?
Bukankah ilmu hakikatnya menjadikan kita semakin rendah hati ?
Apakah artinya ilmu tanpa amal ?
Apakah artinya amal tanpa ikhlas ?
Jadi apakah artinya ilmu tanpa ilmu ikhlas ?
Belajar ilmu apapun,harus juga belajar ilmu ikhlas, karena segalanya milik Allah, bukan milik kita, kita hanya dipinjami sejenak, nanti semua akan di ambil kembali oleh-Nya.

Allah melihat keikhlasan kita dalam amal-amal kita, bukan ilmu kita.
Dengan hati yang ikhlas tidak ada kekecewaan lagi di dunia ini, karena semuanya untuk Allah, dari Allah dan kembali kepada Allah.

Subhanallah.....
~Ustaz Yusuf Mansyur

Dikritik itu Mungkin Cermin Kita

Alkisah seorang guru…

Ustaz Yusof terasa sakit hati melihat murid terpandainya Ishak menjadi semakin angkuh setelah dilantik menjadi Ketua Pengawas di sekolah.

Ishak cepat melihat kesilapan orang lain dan suka menegur secara terbuka, tetapi berdiam diri apabila sendiri melakukan perkara yang sama.

Satu hari di surau, Ustaz Yusof berbual dengan Ishak selepas selesai solat Zohor.

Masa berbual-bu...
al, tetiba Ishak bangun dengan cepat untuk menerpa tiga orang pelajar di tepi pagar sebelah surau.

Ustaz Yusof ikut bersama.

“Kamu semua ini nak panjat pagar ponteng sekolah ke?” jerit Ishak.

“Kelas mana, tingkatan berapa, nama apa?” tengking Ishak.

Seorang pelajar itu Ramli cuba menerangkan bahawa mereka bertiga tadi sedang menyelamat seekor kucing tersepit pagar.

“Mana kucingnya?” tanya Ishak.

“Kami dah lepas, kucing itu terus dah lari ke seberang,” jawab Ramli.

“Penipu… semua bagi nama,” jerit Ishak lagi.

“Kamu bertiga balik ke kelas,” kata Ustaz Yusof.

“Ishak, lepaskan mereka,” tambah beliau.

“Tak boleh ustaz. Malulah saya tak laksana tugas,” tegas Ishak.

Ustaz Yusof meletakkan tangannya di atas bahu Ishak lalu membawanya berjalan ke luar pagar sambil jarinya memberi isyarat kepada tiga pelajar itu untuk beredar.

“Lihat ada tompok darah di lantai. Kucing tadi tersepit akibat dikejar anjing. Nasib baik tiga pelajar tadi sempat melihatnya dan menghalau anjing barulah kucing itu dapat lari dengan selamat,” kata Ustaz Yusof.

“Maksudnya saya tersilap nak hukum mereka?” tanya Ishak.

“Sebagai jadi Ketua Pengawas, ustaz melihat Ishak semakin menjadi ustaz ketika muda dulu… Dulu ustaz mudah melihat kesilapan orang lain dahulu sebelum melihat kesilapan sendiri – ini menyebabkan ustaz dulu selalu ada tanggapan yang silap pada orang lain.

Kadang-kala ustaz melihat kelemahan ustaz pada orang lain, tapi ustaz bukan sahaja berdoa untuk mereka mencari kekuatan untuk mengatasi kelemahan tersebut, malah ustaz menjadi tidak bermaaf lalu mengherdik mereka atas kelemahan itu.

Ustaz juga mudah memberikan jawapan dan pembetulan tindakan kepada orang lain, tapi tidak pula memberi perhatian kepada keperluan untuk membetulkan diri sendiri,” terang Ustaz Yusof.

Ishak khusyuk mendengar tidak berkata apa-apa.

“Sebenarnya, sebagai jadi Ketua Pengawas, Ishak pun sama, Ishak hanya fokus pada kesilapan orang lain tapi tidak pada diri sendiri,” kata Ustaz Yusof.

Ishak masih lagi tidak membeliakkan mata.

“Jika Ishak ambil lebih banyak masa fokus pada kelemahan diri sendiri, sebenarnya Ishak akan rasa tiada keperluan untuk memberi kritikan pada orang,” kata Ustaz Yusof.

“Bagaimana ustaz boleh lakukan?” tanya Ishak yang semakin berminat.

“Ustaz doa tiap-tiap hari untuk Allah membersihkan pandangan mata dan fokus ustaz pada orang lain. Ustaz doa agar ustaz dapat sibuk dengan urusan sendiri dan memperbetulkan segala kesilapan yang ada,” jawab Ustaz Yusof.

Semenjak itu, Ishak berubah daripada menjadi seorang pengawas yang suka menghukum kepada seorang pengawas yang pandai mendidik dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang melakukan kesalahan agar tidak mengulanginya.

Wahai anakku,
Sehebat-hebat matamu, kamu memerlukan cermin untuk melihat pimple yang ada di wajahmu. Di dalam perjalanan hidup ini, Allah akan menghantar beberapa orang yang berfungsi sebagai cermin seperti Ustaz Yusof untuk menyedarkan kamu yang kian terhanyut supaya kamu dapat bertaubat, berasa insaf dan mengubah tingkah laku sendiri ke arah yang lebih baik.

Jadi usahlah kamu terlebih melenting atau defensive apabila ada mereka yang berani mengkritik kamu. Kerana kemungkinan mereka adalah cermin yang dihantar Allah untuk kamu melihat pimple di muka sendiri.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan man

Selasa, 4 Februari 2014

Didekatkan dengan Bidadari Syurga

Hari  ini hari ke6 mengajar  Matematik anak-anak tahfiz di masjid berhampiran. Terima kasih ya Rabb! HambaMU yang jahil dan penuh dosa ini didekatkan dengan bidadari-bidadari syurga. Melihat wajah-wajah suci yang jasad dan hatinya sentiasa di rumah Allah, sejukkan hati... bergetar jiwa. Seronok tiap kali dikelilingi oleh kanak-kanak remaja  belasan tahun yang masih berjubah dan serban putih, yang baru lepas menghadiri sessi hafaz alQuran. Tempias wangi roh mereka turut tercalit hendaknya pada saya yang serba kurang ilmu ini.

Saya yakin ini bukan suatu kebetulan. Sesungguhnya pintalah apa yang kita impikan. Allah akan kurniakan dalam bentuk yang terbaik dan penuh hikmah. Sedang tugas kita adalah bersyukur. Nescaya, Allah tambahkan lagi nikmatNYA ke atas kita, insyaallah.

Allah...jauhkan kami dari api neraka.

Ahad, 2 Februari 2014

Kesedihan itu Nikmat?

https://www.youtube.com/watch?v=KLC8dKsnZcQ&feature=youtube_gdata_player



Kesedihan sering membawa kita ke sisi Allah. Berbicara denganNYA. Semuanya kerana kita tahu, DIAlah sahabat sejati kita sebenarnya. Cuma DIA yang sanggup mendengar keluh kesah kita tanpa menunjal kepala kita semula. DIA yang tak pernah jemu dan bosan memaafkan kita.

Persepsi Kita vs Persepsi Orang

Apa itu hidup? Hidup adalah perjalanan. Dalam perjalanan ini, kita banyak bertarung dengan persepsi orang. Lumrah orang... ada yang suka mengata. Ada yang gemar menganiaya. Hakikatnya, hidup hanyalah antara kita dengan Allah. Bagaimana kita melunakkan jiwa kita dengan Allah.

Kesedihan kerapkali membawa kita kembali mencari Pencipta. Ketika sedih, kita bersungguh-sungguh mendekatiNYA. Malangnya, kegembiraan biasanya buat kita jauh dariNYA. Biarpun lisan melafaz syukur , namun tindakan dan tingkah laku menzahirkan TIDAK!

Syukur, Allah kurniakn kita kesedihan. Itu tanda Allah sayang dan mahukan kita menjadi penghuni syurga.
Wallahualam.

Sabtu, 1 Februari 2014

Kembara Hati pun Bermula

"Insyaallah..,kita pergi haji 2017", beritahu suami. Kata-kata yang sungguh menguja hati saya. Macam-macam perasaan ada. Sebak. Terharu. Suka. Sedih. Takut. Seram. Bercampur baur semuanya. Bergejolak dalam jiwa yang jahil ini.

Mengerjakan fardhu haji adalah kembara hati untuk menemuiNYA. Itulah apa yang saya rasakan tentang haji. Lalu saya merasakan seolah-olah saya akan menuju ke liang lahad sebenarnya. MenemuiNYA mesti dengan jiwa yang bersih dan suci. Sudah cukup jernihkah saya?

Kembara hati ini sewajarnya dimulakan dari detik ini. Sama ada Baitullah atau liang lahad yang menyambut saya dulu... tujuan tetap sama. Untuk menemui ILAHI.. Bersama Rabbul Izzati, Ya Allah...permudahkan kami.