Selasa, 29 April 2014

Qiraat dan Majlis Pengantin

Teringat kisah kelmarin. Kisah yang memberi hikmah yang menguja jiwa. 

Ahad 13 April, saya mengikuti kursus sehari Bengkel Qiraat di Seksyen 19. Kursus yang cuma sehari ini membuka pintu hati saya lebih luas pada bidang ini.Terima kasih sangat2 pada Ustazah Uyun yang mengajar saya Qiraat Ibnu Kathir, recommend bengkel ni.

Dari bengkel itu, saya kemudian menghadiri  kelas Qiraat Nafi' (Imam Qalun dan Imam Warsh) buat kali pertama pada 19 April, Sabtu.  Tengok! Belajar qiraat 3 imam sekali gus. Tamakkah saya? Tapi saya yakin, semakin kita kejar akhirat, semakin dunia datang pada kita. Syukur Allah anugerahkan suami yang begitu memahami. Semangat memanglah menyala-nyala. 

Pada hari yang sama juga, saya kena menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat di Bangi. Janji dengan suami, saya akan keluar dari kelas awal agar dapat bertolak ke Bangi pukul 1. 

Tapi ternyata sukar untuk saya tunaikan janji. Apatah lagi bila tiba giliran saya baca, ayatnya panjang sampai 4 atau 5 baris. Baca berulang-ulang mengikut kaedah qiraat Qalun dan Warsh. Jadi masanya lama.

Habis sahaja baca, saya terus pulang. Pecut terus. Sampai di rumah apa lagi, kena tegur kerana lewat. Saya diam. Saya akui kesalahan saya. Kami bertolak ke Bangi kira2 pukul 2. Sampai saja di dewan seperti dalam alamat. Kosong? Sepi? Salah alamatkah?? Suami lihat semula kad jemputan. Ya Allah! Majlisnya 13 April, Ahad!!! Dah lepas rupanya!

Namun, saya tetap bersyukur, Alhamdulillah... kelupaan itu telah membuka ruang untuk saya hadir Bengkel Qiraat pada 13 April tu. Terharunya rasa. Allah tunaikan hajat hambaNYA yang penuh dosa ini dengan menghadirkan kelupaan begitu sekali. Bila ditanya pada suami, camne boleh silap tengok tarikh?. Dia kata, bukan silap tengok. Tapi dah mindset dari awal, majlis pengantin 19 April.

Subhanallah...Allah adalah sebaik2 perancang.


Rabu, 23 April 2014

Isteri Cinta Hati Suami

Ayat yang paling indah didengar oleh seorang isteri adalah "bertuahnya abang dapat isteri macam sayang...".

Pintalah pada DIA yang menggerakkan hati hamba2NYA agar memberkati rumahtangga kita dan keluarga kita. Doa itu senjata mukmin. Doa isteri untuk suami dan sebaliknya tanda kasih tidak berbelah bagi. 

Ahad, 20 April 2014

Qiraat Yang Mengujaku

Sedikit demi  sedikit arusnya mendekati diri hamba yang dahaga ilmu ini. Subhanallah... Alhamdulillah..Terima kasih Tuhan yang membawa hamba kerdil ini ke sini, dunia Qiraat yang pernah menguja saya ketika kecil dahulu. 

Kini ilmu ini telah berada di hadapan hambaMu ya Rabb. Syukur..syukur.. syukur..,KAU dekatkan mereka yang arif, yang cintakanMu, dengan hambaMu yang cetek ilmu ini.