Selasa, 29 Julai 2014

Ramadhan...aku rindu

Ramadhan telah berakhir. Maka rindu pun bertandang. Rindu pada taman2 syurga. Pada mutiara yang memenuhi ruang deria dengar. Rindu pada zikir yang menjadi kekuatan diri. 

Syawal itu kemenangan. Tapi bukan lesen untuk mendakap dunia dan menguis akhirat. Syawal itu tanda syukur. Tanda berjaya. Syawal untuk orang2 dunia bergembira ketika bertahmid memujiNYA.

Ya Rabb...
Jadikan hamba2MU ini istiqamah mencintaiMU..merinduiMU.

Aminn....

Sabtu, 26 Julai 2014

Ramadhan...aku jatuh cinta

Ramadhan sudah melambai. Tanda mula melangkah pergi. Syahdunya semakin terasa... Ramadhan yang penuh makna. Penuh dengan cinta. Cinta Al-Khaliq dan cinta makhluk. 

Ramadhan... aku pasti rindu  nanti. Dengan kemesraan bayu sapaanmu. Dengan usikan manis bahasamu. Dengan alunan indah zikirmu.

~ ramadhan 28 


Jumaat, 25 Julai 2014

Takbir Tahlil dan Tahmid (antara 2 benua)...


Terkesan baca gurindam ini...(dr WhatsApp)

*** *** ***
Selamat Hari Raya wahai Ghazzah!

Di saat Syawal menjelang tiba,

Langsir perlu ditukar,
sedang mereka sudah ketiadaan tingkap.

Baju baru mesti beli, 
sedang baju mereka berlumuran darah.

Kasut baru dua pasang,
sedang mereka hancur kakinya.

Kaum wanita berbaju kurung dan kebarung,
sedang wanita mereka tidur siap bertudung,
agar tertutup aurat ketika jasad ditemui.

Duit raya paling best,
sedang mereka beberapa bulan tidak bergaji.

Takbir raya paling syahdu,
sedang takbir mereka untuk para Syuhada.

Famili ramai berkumpul dalam suasana gembira,
sedang mereka, di mana famili mereka?

Bunga api dan mercun di malam hari,
sedang mereka dihujani bom dan roket
sepanjang hari.

Kita mencium tangan ayah dan ibu,
sedang mereka mengucup dahi ibubapa
yang sudah tidak bernyawa.

Si kecil manja diusik dan dibelai,
sedang si kecil mereka kini sebatang kara

Saling berpelukan bermaafan antara kita,
sedang mereka berpelukan dalam kepiluan

Jiran tetangga dijemput makan,
sedang mereka berjiran dengan runtuhan batu-batan.

Ramai yang menziarahi pusara mereka yang telah pergi,
sedang kubur mereka bertali arus dengan jenazah dari hospital.

Wahai bumi Ghazzah yang dimuliakan!

Wahai butiran-butiran pasir yang diberkati!

Wahai dedaunan Zaitun yang menghiasi Bait Lahiya, Jabaliyah dan Rafah!

Wahai angin yang membawa suara esak tangis dan kepiluan mencengkam kalbu!

Dari renungan tajam penuh makna si anak yatim

dari lelehan darah calon ahli Syurga

dari angin sepoi bahasa yang menyapa khemah-khemah pelarian

dari pengharapan dan penantian yang tidak kunjung tiba …

Di hari raya ini,

suara kemanusiaan telah terbungkam
di sebalik lagu raya, ketupat dan rendang …
simpati dan kasihan bermusim cuma
dihitamkan dengan tayangan Hari Raya Pertama …

alunan takbir, tahlil dan tahmid
berbeza antara dua benua …

Hari Raya kali ini
begitu tidak bermakna sekali rasanya
ketika memikirkan 
Hari raya kita, 
Hari raya mereka!

Bila Terlepas peluang di saat diberi Ruang

Antara kesilapan yang sering terjadi dalam kehidupan kita ialah sering sahaja melepaskan peluang yang telah Allah kurnia kan kepada kita!.. peluang bermunajat di sepertiga malam, peluang membaca Al Quran, peluang berdoa dan memohon keampunan, peluang berinfaq dijalan Allah.. semuanya berlalu begitu sahaja!!..sehinggakan kematian itu menjemput kita.. lalu penyesalan yang tak berair mata lagi.. terlepas peluang disaat diberi ruang!!!..

~Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

~

Antara berani dan Angkuh...


Alkisah seekor kerbau

Seekor singa sedang mengintai seekor kerbau sekian lama. Apabila kerbau yang sibuk makan rumput tinggal keseorangan, singa itu pun keluar dan berlari menuju ke arah kerbau.

Kerbau yang terkejut itupun lari dengan sepenuh hati. Singa mengejar di belakang dengan dekat.

Setiap kali terjumpa corner, jarak di antara kerbau dan singa bertambah. Di jalan yang lurus, jarak di antara kerbau dan singa berkurang.

Setelah 10km, kerbau terasa keletihan. Tetiba selepas satu korner, kerbau berhenti dan menghalakan tanduknya ke arah singa.

Singa menarik brek kaki. Terkejut beruk melihat keberanian kerbau. Singa pun berundur.

Setiap langkah kerbau ke depan, singa berundur satu langkah ke belakang. Singa yang garang tiba-tiba bertukar menjadi seperti seekor kucing yang lemah.

Kerbau bertambah yakin sehingga terlupa bahawa lawannya ialah seekor singa. Walaupun singa dah berundur jauh daripadanya, kerbau terus mara merasakan diri akan menang.

Ketika itulah, singa tersedar. “Mengapa aku perlu takut? Dia itu kerbau saja,” bisiknya lalu terus menerpa ke arah kerbau secara mengejut.

Kali ini, kerbau tidak berjaya melarikan diri dan akhirnya maut dibaham singa.

Wahai anakku,
Singa tidak menang kerana giginya yang tajam, sebaliknya kerana kelicikannya. Kerbau tidak terkorban kerana tiada gigi yang tajam, sebaliknya kerana keangkuhan butanya.

Ingat wahai anakku, keberanian ialah satu senjata tajam yang boleh menggerunkan lawanmu. Keangkuhan juga merupakan satu senjata yang tajam, tapi ia sekadar boleh melukakan diri kamu sendiri.

Senyum

~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

"...lampu trafik merah itu mungkin ialah medan latihan Allah..."


Alkisah lampu trafik

Ami dan Mat sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum teh dengan rakan-rakan. 

Memandangkan ketika itu masa dah lewat tengah malam, sekitar 2am, Ami sengaja mengambil jalan kecil yang tidak bertol.

Jalan kecil ini merentasi banyak simpang di kawasan perumahan. Setiap simpang ada lampu trafik.

Ketika tiba di lampu trafik yang pertama, Ami bertembung lampu menjadi merah. Ami sabar menunggu gilirannya untuk bergerak meskipun di tiga simpang yang lain tiada kereta.

Tiba di lampu trafik yang kedua, Ami bertembung lagi dengan lampu yang merah. “Aik, merah lagi,” katanya.

Ami menunggu. Melihat tiga simpang yang lain tiada kereta, Ami semakin hilang kesabaran. Tetiba, Ami menekan minyak langgar lampu merah. Mat, rakannya di sebelah pun terkejut.

Perkara yang sama juga berlaku di lampu trafik ketiga dan keempat. Ami tidak lagi sangsi seperti di lampu trafik kedua untuk melanggar lampu merah.

“Ami… ,” kata Mat, “Jangan teruskan sikap ini. Bahaya untuk diri enta. Anta boleh masuk neraka.”

“Neraka? Tiga simpang lain tak ada kereta, macam mana nak masuk neraka,” jawab Ami dengan bangga.

“Kalau ini sikap anta, ana takut kamu akan terlupa Allah dan melakukan maksiat kelak nanti ketika anta rasa anta bersendirian dan tiada orang nampak. Ingat, walau tiada kereta lain di tiga simpang itu, Allah ada. Ana sekarang bimbang jika anta bersendirian dan berdepan dengan perkara yang boleh merosakkan, anta akan buat kerana merasakan tiada orang lain yang sedang melihat,” terang Mat.

Ami tersepu malu. Di lampu trafik seterusnya, Ami sabar menunggu meskipun tiada kereta di simpang yang lain. Dalam keadaan sebegitu, tetiba Ami merasa semua lampu trafik tetiba baik kepadanya kerana semua bertukar hijau selepas menunggu seketika sahaja.

Wahai anakku,
Sudah tentu kamu pernah melalui apa yang dirasai Ami. Namun, ingatlah, lampu trafik merah itu mungkin ialah medan latihan Allah untuk kuatkan disiplin kamu. Jangan sesekali lupa setiap perbuatan kamu meskipun di dalam bilik yang ditutup rapi akan dihitung nanti. Allah Maha Mengetahui.

Senyum

~ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

"...doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir".

1. Ini Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang. 

2. Kirinya Laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu. 

Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. 

Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. 
Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan Allah kelak ?".

#Sila sebarkan jika anda peduli!

via Diana Mohd Nor ~ Islam Itu Indah
 — with Ary Boss and 12 others.

Photo: 1. Ini Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang. 

2. Kirinya Laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu. 

Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. 

Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. 
Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan Allah kelak ?".

#Sila sebarkan jika anda peduli!

via Diana Mohd Nor ~ Islam Itu Indah

Alkisah...Usah bersangka Buruk pada Allah


Alkisah seorang penjual…

Ali seorang yang penjual yang tekun… beliau menjual alat-alat pendidikan kanak-kanak.

Setiap hari beliau berdoa agar dilancarkan urusan hariannya dipermudahkan Allah, diharap mudah dijual dan selamat dalam perjalanan.

Setiap pagi, Ali perlu melalui berpuluh km untuk menyelesaikan tugasnya. Pemanduannya cukup dijaga kerana jalan yang dilaluinya banyak roadblock polis setiap hari untuk mengelakkan saman trafik.

Pelanggan Ali pula tidak menentu – ada yang ok, ada yang cerewet, malah ada yang ‘membuli’ beliau.

Dengan keyakinan bahawa doa beliau akan dimakbulkan, Ali menekadkan semangat dan terus tekun bekerja mencari rezeki.

Namun, setelah setengah tahun mencuba, prestasi jualan Ali tidak baik. Ada bulan yang prestasi jualannya jatuh merudum, Ali merungut bertanya mengapa Allah tidak membantu menguruskan urusan sehariannya.

Ali bertanya mengapa Allah tidak membantunya sedangkan beliau tekun setiap hari berulang-alik sana sini untuk menjual barangannya.

Ali seorang yang menjaga tindak-tanduknya berasa beliau seorang yang kurang berdosa – jadi mengapa Allah merumitkan hidup beliau.

Ali tidak faham dan terus merungut sendiri dan terus merasakan dirinya malang… namun begitu, beliau meneruskan kareernya sebagai penjual dengan tekun…

Sehingga satu hari, beliau bertemu dengan taukeh pemborong alat-alat pendidikan kanak-kanak brand A yang kagum dengan ketekunan dan keazaman Ali cuba menjual produk brand B…

“Berminat ke Ali nak join company saya? Saya menawarkan dua kali ganda gaji untuk Ali,” tanya pemborong itu.

Ali seronok, tetapi berfikir, prestasi jualannya bukanlah baik sangat, mengapa pemborong ini berminat padanya…

“Saya penjual yang tak seberapa… mengapa tuan berminat pada saya?” tanya Ali yang gembira, tapi seolah-olah tidak percaya pada nasibnya.

“Ali tahu produk syarikat yang Ali sedang jual ini – namanya tidak berapa baik di pasaran, tapi Ali masih cuba dengan tekun dan berhemah sehinggakan kedai-kedai yang Ali cuba menjual produk Ali menyuruh saya mengambil Ali. Mereka rasa Ali ada potensi untuk cemerlang bekerja dengan saya…” kata pemborong tersebut.

Ali menerima dengan gembira pujiannya – ketekunannya akhirnya berhasil – Ali seterusnya bertanya – apa dokumen yang perlu untuk permohonan kerja baru ini…

“IC dan lesen kereta cukup… dan boleh join bulan depan, tak perlu interview,” kata pemborong itu.

Ketika Ali mengeluarkan IC dan lesen memandunya, Ali terkejut.

Ali tersentak melihat tarikh 22/01/13.

Rupa-rupanya lesen memandunya dah tamat tempoh 6 bulan yang lepas.

Ali mengimbas kembali nasibnya 6 bulan, yang dalam perjalanan untuk menjual produk, sudah beberapa kali Ali melalui perangkap polis tanpa disiasat lesen memandu yang telah mati.

Ali teringat bagaimana ada satu hari, kereta Ali di highway tetapi tingkap belakangnya tidak dapat ditutup, tetapi tetiba hujan lebat turun – dan disebabkan takut produknya basah kuyup Ali memandu secara cepat sehingga ditahan polis…

Apabila polis itu hendak menyoal Ali dan suruh mengeluarkan lesen kereta, tetiba polis itu menerima telefon kecemasan dan bergegas ke tempat yang lain.

Tetiba, Ali berasa bersalah.

Ali teringat segala rungutan dirinya terhadap Allah yang dia tuduh tidak menyayangi beliau.

Hati Ali sayu – sedih memikirkan sikapnya yang bersangka buruk pada Allah. Ali tersedar rupa-rupanya Allah menjaganya setiap hari sepanjang 6 bulan lepas ketika lesen memandu dia mati. Tiada satu hari pun yang Allah tidak menjaga hambanya, walaupun dia yang bersangka buruk pada-Nya….

Segala tuduhan pada Allah adalah silap, Allah sebenarnya menjaganya setiap hari tanpa putus-asa.

“Rupa-rupanya Allah menjaga dan sayang saya selama ini… segala doa saya didengari… sehinggalah saya kini bertemu dengan taukeh yang lebih baik dan Allah melalui taukeh ini memberitahu saya lesen memandu dah mati dan saya silap bersangka buruk kepada-Nya selama ini…. 

“Ya Allah. Maafkan saya,” bisik Ali di hatinya.

Semoga kisah ini membawa sedikit keinsafan kepada kita semua, yang pernah bersikap seperti Ali dalam bersangka buruk kepada Allah ketika melalui liku-liku kehidupan yang mencabar.

~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Khamis, 24 Julai 2014

Mutiara kutemui

Rasa kasih bercambah di rumahNYA, di hadapan kalimahNYA, bersama  puji2an terhadapNYA, dalam alunan suara memujaNYA. 

Itulah bulan insan bertemu. Zahir dilihat bagai tak sengaja. Tapi ...Allah tentu sudah merancang semuanya. 

 Subhanallah...,terima kasih Allah yang  sentiasa mendekati hambaMU yang sering lupa diri. 

Ingin kukutip mutiaraMU agar menjadi cahaya penyuluhku di negara abadi. Aminn...

Khamis, 17 Julai 2014

Ramadhan 19- beralih fasa

Fasa 2 hampir berlalu. Fasa 3 sedang menyapa. Kita ditawarkan dengan timbunan pahala yang tiada hadnya. Hanya dengan mengingatiNYA...mendekatiNYA. Selangkah kita dekati DIA, berjuta langkah DIA dekati kita. Tak sukar... tapi bagi yang benar2 mencintaiNYA.

TimbanganNYA tidak bertepi. GanjaranNYA tiada batasan.

arRAHIM..arRahman... Kurniakan kami hati yang sentiasa rindu padaMU..rindu pada kasih sayangMU.

~ Ramadhan 19

Selasa, 8 Julai 2014

Manisnya Tadarus Ramadhan ini

Tadarus Ramadhan kali ini unik. Manis. Indah. Berbeza.

Kami sepatutnya membaca terjemahan juga tetapi kami memilih untuk membaca tafsiran ibnu kathir yang tersedia pada setiap halaman. Lebih mudah untuk faham berbanding dengan membaca bulat2 terjemahan dengan sastera yang amat tinggi dari Tuhan.

Kami bertuah...beruntung kerana mendapat Ustazah Aisyah yang  penuh ilmu sebagai ketua dan penyemak bacaan group kami yang seramai 5 orang. Saya teruja untuk menumpang wanginya ilmu dan sifat solehah beliau. 

Seorang  saudara baru, Jariah turut menghiasi group kami. Saya kagum dengan minatnya untuk memahami alQuran biarpun 'slang' lidahnya kadang2 membuatkan dia sendiri tertawa. Pengalaman hidupnya membuatkan saya berfikir tentang kekuatan diri sendiri. Benar! Semangat dan kekuatan itu ada jika kita benar2 mahu mencari redha Allah.

Manja, rakan yang aktif dalam kerja2 kemasyarakatan, tapi juga sensitif bila membaca tafsiran alQuran. Airmatanya yang begitu mudah mengalir tiap kali membaca  tafsiran sirah nabi dan terapi jiwa takkan saya lupa.

Lebih terharu bila saya bertemu tanpa sedar dengan makcik hajah saamah, kawan arwah emak ketika mereka sama2 bertanding dan aktif dalam tilawah alQuran puluhan tahun dulu. Subhanallah...berkat bulan maghfirah dan berkat  alQuran, kami bertemu dalam majlis yang dihadiri para malaikat yang sedang membawa rahmat dari Allah.

Untuk Manja, Jariah, Makcik dan Ustazah Aisyah...i luv this moment..our commitment. Biarpun baru hari ke10 dan masih ada 10 hari lagi untuk sampai ke majlis penutup, khatam ...namun rasa sayu sudah mula terasa.

Tahun depan belum tentu akan bersama semula.  Kita bertemu kerana Allah. Berkumpul di rumah Allah kerana Allah. Semoga kita ditemukan semula di syurga SANA.
Aminn...

Saya pasti merindui suasana berkah dan penuh rahmat ini.


Isnin, 7 Julai 2014

Bila jauh

Ramadhan kali ini tak cukup korum. Anak yang sulung menyambung pelajaran jauh di utara. Hari pertama berbuka puasa terasa sebak. Malah menitis juga air mata. Mengenang anak yg berbuka tanpa kami. Sudah pastinya dengan juadah beli. Hati mama, hati papa, hati adik tersentuh ketika menjamah lauk.

"Abang buka apa, ma?" Pertanyaan adik menyentuh rasa. Macam tak tertelan lauk yang sudah di tangan.

"Takpe... Dulu kita masa bujang pun macam tu. Semua orang kena belajar berdikari. Biar mudah bawa diri bila dewasa nanti", papa bersuara lembut.