Sabtu, 27 September 2014

Nikmat di sini untuk nikmat di Sana

Menikmati masa tua untuk berkumpul di SANA. Hiduplah semahu kita..segembira mungkin...senikmat ingin. Asalkan tidak lupa yang nikmat itu DIA pinjamkan untuk seketika. Sama ada kita bersyukur atau leka.

Sikaya yang bersyukur sentiasa ingat akhirat. Manakala sikaya yang kufur hanyut dengan nikmat...sehingga terlupa 'bahu kirinya' sudah terlalu berat. Aduhai.....mudahnya nak hilang berkat.

Ahad, 21 September 2014

Belajar sampai hujung nyawa

Qiraat. Cintaku semakin menusuk. Melekat kuat tertanam. Indahnya alQuran semakin  menyemarakkan jiwa. Nafi', Ibnu Kathir, Abu Amru menambah indahkan duniaku. Moga indah jua akhiratku. 

Ustaz berpesan; menuntut ilmu biar sampai pandai..sampai mahir..sampai  boleh mengajar orang..sampai boleh berijtihad..sampai jadi pakar. 

Kalau belajar sekadar sikit2..sambil2..itu yang jadi sesat. Terbabas. Mudah disesatkan orang. Mudah menyesatkan orang. Dan mudah menuduh orang sesat. Kerana kita kurang benar2 faham.

Menuntut ilmu tiada batasan. Kita hanya berhenti belajar apabila kita diajar dalam kubur. 

Belajar alQURAN sampai hujung nyawa.

Rabu, 17 September 2014

1st time di situ..Daerah 8

Semalam..16 sept selasa, hari menguasai Daerah 8 dalam otak kecil saya. Buat pertama kali, saya memegang tugas itu. Memberi motivasi kepada sekumpulan murid. Bukan mengajar Matematik tapi sessi motivasi... 

Kepada sahabat saya yang tiada dua...saya kasihi..saya hormati..saya sanjungi...saya sayangi...terima kasih kerana memberi peluang sahabatmu yang cetek ilmu ini menguji potensi diri. Memberi motivasi dengan mengajar Matematik jauh beza sebenarnya. Zahir yang nampak sama tapi intipati dan kesan yang berbeza. 

 Terasa kerdilnya diri bila berada di hadapanmu sahabat. Pandangan  matamu sudah cukup membuatkan saya akur akan kekurangan diri sendiri. Ingin saya menumpang wangi mulia akhlakmu...

~Allah temukan kita pada masa yang sama...pada apa yang kita minta. Allahu akbar! Bukan kerana cinta dunia...tapi kerana kasih sayangNYA. Kita tagih rahmatNYA...belasNYA.

sarung cincin

Minggu ini penuh sejarah.
Ahad lepas, saya diminta menyarungkan cincin tunang di jari manis seseorang. Hee..pertama kali menjadi wakil. Benarlah saya sudah berusia. Kepada anak saudara, terima kasih memberi peluang untuk makcik melalui pengalaman ini. Manis dan bermakna.

Teringat peristiwa ketika bakal pengantin perempuan sedang mencium tangan saya selepas menyarung cincin. Lama kerana jurugambar memetik kamera dari pelbagai sudut. Wangi! kata bakal pengantin yang sedang mencium tangan saya.

Memang sebelum keluar dari kereta, saya menyapu sedikit krim tangan.. Oh.. ia berguna rupanya.

Selasa, 9 September 2014

Jujur mencintai

Jujur itu inti tiap perhubungan. Dalam jujur, terbit kasih..timbul sayang...mendalam cinta..saling hormat. 

Jalin ikatan dengan cinta Allah. Jalin rindu dengan seruan padaNYA. Bila sama2 teguh menyintaiNYA, cintaNYA memaniskan cinta makhlukNYA.

Limpahkan  kami dengan cintaMU Allah...

Ahad, 7 September 2014

..jangan menyakiti Aisyah

"Janganlah menyakitiku dengan menyakiti Aisyah. Sesungguhnya wahyu tidak pernah turun kepadaku semasa aku tidur berselimut dengan isteriku, kecuali ketika bersama Aisyah".

 (HR Tirmidzi dan Nasa'i)

~The Great Wife Aisyah RA

daun keladi daun pandan

Terima kasih daun keladi
Sama-sama daun pandan
Budi ikhlas dibawa mati
Biar bercerai nyawa dan badan

Bibir menguntum senyum terukir
Dua wajah bertemu seri
Hati bicara ilmu mengalir
Indah jiwa saling mengerti

Jumaat, 5 September 2014

Kritik hentak

Zaman sekarang ini, lebih ramai yg suka 'kritik hentak'. Patutnya bila kritik, cadangkan sekali penyelesaian atau cara alternatif. Barulah menambah kemajuan..bukan mencari2 atau mengintai2 malah mencipta reka kesalahan orang lain. Kita tak sempurna, begitu juga orang lain..muhasabah itu lebih menawan.

'Kritik hentak' boleh memusnahkan perhubungan. Lazimnya, sipengkritik akan meminta yang dikritik untuk berlapang dada. Tapi bila situasi menjadi terbalik, lain pula yang terjadi. kata-kata hanya tinggal kata-kata. Malah  ada yang sampai sanggup berpatah arang kerana tidak dapat terima kritikan daripada sahabatnya sendiri. Kerap kali juga kritikannya makan diri. 'Kantoi' adalah perkataan paling sesuai untuk orang yang 'budget bagus' seperti ini.

Individu ini besar kebarangkalian akan menggunakan lebih banyak emosi apabila menjadi ketua atau pemimpin. Malah boleh jadi menjadi pemangkin pecah-belah. 

Rabu, 3 September 2014

Erti Sahabat...

Erti sahabat  itu...
  bila saling toleransi
  saling menjaga hati
  sama2 menyimpan rahsia diri
  tak jemu ingat-mengingati

  kerana sahabat itu hanya abadi
  jika diikat kerana Ilahi

~ Limpahkan rahmatMU ya Rabb...

Selasa, 2 September 2014

Bahayanya tidak berilmu...tapi terasa berilmu


Paling bahaya adalah seseorang yang tiada berilmu tetapi menyangka berilmu dan tahu lalu menyanggah.

Perlu kita sentiasa bermohon agar kita disedarkan dari ketidakfahaman dan kejahilan agar mampu membetulkan diri sebelum datang kematian. 

Photo: Paling bahaya adalah seseorang yang tiada berilmu tetapi menyangka berilmu dan tahu lalu menyanggah.

Perlu kita sentiasa bermohon agar kita disedarkan dari ketidakfahaman dan kejahilan agar mampu membetulkan diri sebelum datang kematian.

..Dr Zaharuddin Abd Rahman, 

Kreatif salah tempat


Posting dari Syeikh Us Dr Zaharuddin dlm network kami ..

Baru saja mendengar satu majlis zikir dan qasidah yang menggunakan rentak lagu ulik mayang ...  semakin kreatif.
mungkin juga akan datang kelak rentak2 lagu popular artis antarabangsa bakal menjadi pilihan.. Wallahu 'alam.

Tambahan ana , 
Apa nak buat, sila renung : firman Allah dlm surah al Kahfi ayat 103-104 :

(103). قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا
Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

(104). الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Nilah akhir zaman, campur aduk benda lagha dengan amalan yg disangka ibadah ...

..Ustaz Zahazan Mohamed, 

Hargailah..tanda bersyukur


Keinsafan dan tersedarnya kita atas kesilapan (sama ada dosa besar seperti riba, aurat etc) adalah suatu kurniaan tidak ternilai. Ia tidak mampu dibayar oleh apa-apa nilai wang ringgit.

Justeru jika ada insan yang menjadi sebab kepada keinsafan itu. KENANGI, HARGAILAH dan HORMATILAH mereka. Mereka adalah guru yang besar, sebab yang penting dalam kehidupan. Hatta jika antara kita wujud perbezaan cara dan aliran dikemudiannya. Hormat itu tanda kamu bersyukur dan barakah; MENGUTUK dan MENGATA BURUK terhadap mereka itu tanda kita sudah kembali tersasar.

..Dr Zaharuddin Abd Rahman,