Sabtu, 29 November 2014

cuma DIA yang tahu..

Ketika  sedang resah..risau..yang diinginkan belum dapat..belum ditunaikan. Yakinlah. Solatlah Sabarlah. Dalam doa ada usaha. Dalam usaha ada doa.

Allah sebenarnya telah merancang yang lebih baik. Yang lebih dari yang pernah kita inginkan. Yang tidak pernah kita jangkakan. Maka melimpahlah anugerahMu.

Ya Rabb...nikmatMu yang tak terungkai dengan kata-kata. Hatiku terusik dengan cintaMu yang tak bertepi. Damainya aku dalam dakapanMu.

Isnin, 3 November 2014

dia yang dihantar oleh Tuhan

Tuhan.,,
Maha suci ENGKAU..,yang menghantar aku dia, seorang sahabat. 

Pertemuan tadi. Wajahnya kurenung. Bersih berseri. Seputih hatinya. Biarpun mindanya penuh tanggung jawab.

Tuhan.,
Segala puji bagiMU yang meletakkan aku sebahagian dari semangat kekuatannya. Yang menjunjung aku dalam singgahsana kepercayaannya.

Tuhan ..
Rahmati kami dalam variasi situasi. Suka atau duka. Ampuh kami bersama.

Ya Rabb...cintaMU kekuatan kami.

Bila yang umum dianggap milik peribadi

Bila ilmu dinilai untuk tubuh yang santai, maka nilai ilmu itu serendah otak yang tak suka berfikir.
Bila murid menolak ketika guru memberi, maka kelas pasti sentiasa sepi.
Yang baik  itu memang sukar kerana yang mudah itu lebih  seronok. Mudah bukan kerana hakikatnya mudah, tapi mudah kerana ia menyeronokkan. 
Tanya diri...Menghijrahkan orang lain sedang diri sendiri masih utuh di takuk lama?
Muhasabah. Berbakti untuk Allah atau sebenarnya untuk diri sendiri?

Ahad, 2 November 2014

CintaNYA...

 Cintakan Allah itu mengasyikkan. Di situlah ketenangan. Sweetnya perasaan. Tiada yang dapat diumpamakan. Kerana yag dicinta itu Tuhan.  Allah yang tidak bersamaan dengan apa pun.

Ketika  mendapat sahabat yang menyakitkan, menungan menjadi jauh. Di mana silap? Allah yang pertama dituju. Terbayang, indah bila bersama orang2 solehah. 

Allah Maha Pengasih. Dia anugerahkan yang soleh solehah kiri dan kanan. Depan dan belakang. " Nikmat manakah lagi yang didustakn".