Khamis, 31 Disember 2015

rindu mekah madinah

 الحمدلله...hajat  dan hasrat sudah kesampaian. Syukur segala puji bagiMU ya Rabb yang mengabulkan doaku. Syukur dengan anugerahMU yang melimpahruah. 

Tanah Haram Mekah dan Madinah kujejak dengan iringan kalimahMU dan selawat kepada kekasihMU. Airmata syahdu turut mencuci debu2 hati yang sering tersisa. Allah..jernihkan hatiku sejernih airmata kerana mencintaiMU.
Berikan aku ruang lagi dan lagi untuk berkunjung ke rumahMU  serta maqam kekasihMU. Aamiin

Sabtu, 19 Disember 2015

episod cnta...

Exam  bertulis qiraat jamak di uiam sudah pun selesai untuk semester ini. Insyaallah perjuangan diteruskan untuk semester depan. 
Esok satu lagi episod cinta akhirat. Debaran hati kian kencang. Emosi seperti tak keruan. Terasa besarnya dosa dipikul. Malunya hendak bertemu dengan Tuhan Rabbul izzati.Zahir dapat ditahan perasaan. Tapi dada ini sesak. 

Yang Maha Pengampun..KAU ampunkan dosa2ku ..kesalahanku. KAU hapuskanlah kesombonganku..keegoanku..
kemegahanku. KAU tanam dalam hatiku sifat tawadhuk...sifat sabar...sifat zuhud. sifat cintakan kesederhanaan..sifat qanaah dan sifat pemurah.
sifat hamba yang memberi manfaat untuk akhirat.

Rabu, 9 Disember 2015

kecintaan hambaMU

Bila suka , lama pun tidak terasa. Bila sayang, yang berat pun jadi ringan melayang. 
Allah...KAU tidak tunaikan permintaanku yang dulu, yang aku anggap permata tapi KAU Maha Tahu itu kaca. Kemudian KAU anugerahiku dengan berbagai2 permata yang ťidak pernah aku duga. 
Setapak aku dekatiMU..berjuta langkah KAU dekati aku..KAU dakap aku dengan penuh cinta. Sedangkan aku baru belajar meniti untuk melihat syurgaMU. Aku baru tersentak dari lalai dengan nikmatMU. 

Terima kasih Tuhan...jadikan kecintaan2MU sebagai kecintaanku juga.  Jadikan rahmat, belas dan berkahMU dakapan untukku dan insan2 kecintaanku.

#sejambak bunga mawar mendakap cinta 
#sehelai tudung labuh berdagu bertanda kasih
#putera puteri  amanah kasih sayang


Rabu, 25 November 2015

debar tersimpan

Pagi ni sambung baca buku panduan buku 'Jemputan ke Baitullah' .  Hati semakin berdebar. Terasa sesuatu yang mengusik jiwa. Macam2 rasa ada. 

Keciknya diri. Banyaknya dosa terkumpul selama ini. Yang zahir. Yang batin. Tidak terkira. Aib yang Allah tutup bertimbun2 disimpan.

Allah...siapalah hambaMU  ini kalau buksn rahmatMU yang membahagiakan aku. Seluruh jiwa ragaku hanya untukMU semata2. Semakin aku serah diri ini padaMU semakin melimpah ruah nikmat KAU anugerah padaku. Beriķan aku nikmat beribadah padaMU dalam suasana yang aku cinta. Hanya untukMU. Hanya untukMU.

Selasa, 24 November 2015

cinta terus bertandang..

Cinta  terus bertanďang menelusuri cintaMU ya Rabb.  Tetapkan hati hambaMU yang sering tenggelam dalam diri sendiri ini agar sentiasa teguh di titianMu...menyeberangi yang fana ini dengan penuh cinta padaMU. 

Jangan KAU bolakbalikkan hatiku jua hati insan2 yang menyintaiMU. 


DIA menguji...

Sikit demi sikit situasi datang menguji. Berlembut. Bertegas. Menanti. Meminta. Ia bagaikan sessi kaunseling tanpa noktah. Memujuk hati mengajar diri. Insan itu berbagai2. 

Serahkan padaNYA.  DIA mendekat memberi khabar gembira dan ďuka
 Kedua2 membawa hikmah yang sering tidsk dijangka. Yang pasti cintaku tetap tidak pernah berpaling. Semua kerana DIA.

bakti dgn cinta

Membaca kisah orang lain. Diberi pilihan. Berbakti tapi kena berjauhan daripada yang tersayang. 
Meneliti kisah sendiri. Diberi pilihan. Berbakti di tempat yang sendiri suka pergi. Di tempat yang apabila jenguk dari jendela pun boleh jelas bayangnya. Yang perlu  adalah idea...bijaksana..psikology.

Setelah segenap inci hati dan fikiran diserahkan padaNYA. Akhirnya lahirlah jiwa yang mekar dalam siraman cintaNYA.

Kaabah. Nantikan aku ..

Sabtu, 21 November 2015

exam?huuuu

Minggu depan exam! Huuuu...Hati masing-masing dah tak keruan. Bercampur-baur. Antara nak cepat merdeka dengan tak bersedia satu apa pun. Gitulah orang veteran belajar. Semuanya urgent. Banyak cabaran dan halangannya.

 Dulu Qiraat ni terlalu asing. Cuma qari dan qariah superb je tau. Sekarang sudah mula berkembang. Ramai lepasan Mesir yang mahir. Wahai generasi Y... Kembangkanlah ilmu hebat ini. 

Isnin, 16 November 2015

rasa dan fikir

Hari  yang dinanti semakin hampir. Macam2 rasa ada. Ringkasnya, hamba Allah ini masih tak tau apa yang dirasa. Semalam menghadiri kursus. Bahkan bukan sekadar kursus tapi menikmati taman syurga. 

Allah..
Setiap saat KAU anugerahkan aku ilmu. Dan KAU mengajar aku berfikir. Setiap kali aku menyerahkan sepenuhnya perasaanku, keinginanku, kelemahanku dan kedhaifanku padaMU, setiap kali itulah juga KAU bangkitkan aku dari lena dan alpa.  Akulah hamba yang tidak pernah ada kekuatan dan kecintaan selain dari rahmat dan belasMU. 

Rabu, 11 November 2015

penghargaan dan pengharapan

1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam ukhwah.
2.    Yang dihormati Puan Pengerusi Majlis.
3.    Yang berbahagia Ustaz Syaari bin Abdullah, Tuan Nazir Masjid Baitul Mahabbah dan isteri, Ustazah Siti Aishah bt Lebai Saaban, selaku Penasihat Biro Muslimat.
4.    Yang  berusaha, Puan Noormah Dahlan, Ketua Biro Muslimat.
5.    Yang berbahagia Pegawai Masjid Baitul Mahabbah, imam-imam, bilal-bilal, siak-siak dan ahli-ahli jawatankuasa masjid.
6.    Yang berbahagia ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang sentiasa bersemangat mencurahkan ilmu samada dari  dekat maupun dari jauh.
7.    Tuan-tuan,  puan-puan serta para hadirin dan hadirat  yang dikasihi sekalian.

1.    Alhamdulillah, segala puji dan puja, syukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNYA, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam majlis santai yang diharapkan penuh barkah ini. Mudah-mudahan majlis ini mendapat rahmat dari Allah SWT.

2.    Terlebih dulu, saya ingin mengucapkan  terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai salam perkenalan, salam persahabatan dan salam ukhwah yang tidak berbelah bagi di majlis yang mulia ini.

3.   Juga ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat, muslimin dan muslimat kariah masjid baitul mahabbah kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk mewakili dan seterusnya menerajui Biro Muslimat masjid yang kita sayangi ini pada penggal yang akan datang..insyaallah. Saya menjadikan kepercayaan ini sebagai satu medan atau satu peluang yang Allah beri agar saya lebih komited dalam berbakti demi masyarakat kerana Allah.  Dengan amanah yang begini besar yang telah dipertanggungjawabkan, saya sedar saya harus lebih berhati2 dalam semua aspek kerana saya tahu bahawa setiap pemimpin akan ditanya ke atasnya tentang apa yang dipimpin di akhirat kelak.

4.    Sebagai orang baru, saya mohon malah  mengharapkan sokongan dan kerjasama yang erat dari masyarakat, khasnya daripada para muslimat sama ada ahli jawatankuasa atau tidak untuk kita sama-sama berganding bahu  mengimarahkan lagi masjid kita, rumah kasih Sayang ini.  Kerjasama yang ditagih bukanlah untuk saya, tetapi untuk masiid, untuk masyarakat dan terutamanya kerana Allah.

5.    Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus mengerah tenaga dan idea selama ini dengan penuh dedikasi serta  kesabaran yang tinggi dalam menjalankan pelbagai aktiviti dan program di masjid yang mulia ini. Kita para muslimat merasa bertuah kerana mempunyai slot pengajian setiap hari. Padat dan berkualiti. Walaupun dibatasi waktu dan kesibukan tugas-tugas seharian sebagai isteri dan ibu, namun para ahli jawatankuasa masih mampu meluangkan masa untuk mengatur program-program serta mengendalikan kelas-kelas pengajian demi mengimarahkan lagi masjid kita ini. Syabas dan tahniah! Semoga jasa dan keikhlasan hati kalian, diberi ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

6.  Ingin saya tekankan, bahawa komitmen, tenaga dan idea para muslimat sentiasa  diperlukan untuk mengimarahkan masjid yang  kita cintai ini di masa2 akan datang.  Tanpa sokongan kalian, siapalah saya. Tiada individu yang boleh bergerak sendiri. Setiap makhluk di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain. Saya teringat sebuah buku yang berjudul NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR hasil tulisan penulis tersohor negara ini, Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Terdapat sebuah artikel bertajuk “Hidup Bersama Seperti Lebah”. Antara isi kandungannya adalah lebah sentiasa bekerjasama tanpa ada perebutan atau permusuhan. Masing-masing ada tugas. Masing-masing memberi sumbangan yang sangat berguna untuk kebaikan bersama. Begitu jugalah kita, sebaik-baik makhluk di mukabumi ini. Kita seharusnya membina hubungan dengan keadaan ‘menang-menang’ atau win-win situation dan saling memberi manfaat antara satu sama lain.

7.    Lebah hanya hinggap di tempat yang bersih, segar dan harum. Begitu jugalah kita sebagai manusia. Sentiasa ingin mencari tempat yang baik, bersih dan selamat, antaranya di masjid, majlis-majlis ilmu dan tempat yang menyediakan aktiviti atau program yang membawa kebaikan. Malah kita seharusnya sentiasa bekerjasama agar dapat menghasilkan kebaikan bersama juga. Hasil daripada kerjasama itu, dapatlah kita berkongsi pengalaman, iktibar maupun pengajaran untuk menempuh hari-hari seterusnya. Bukan sekadar untuk kebaikan di dunia, tetapi yang paling utama untuk kebaikan di akhirat.

8.    Allah Maha Kaya. Maka setiap manusia itu berbeza samada dari aspek luaran ataupun dalaman, fizikal atau mental. Lebihnya kita, kurangnya orang. Lebihnya orang, kurangnya kita. Namun kita seharusnya berusaha mencari titik persamaan dalam meraikan  perbezaan. Kita jadikan perbezaan antara kita sebagai pelengkap antara satu sama lain untuk menghasilkan kebaikan. Kebaikan pula tidak pernah habis apabila disebarkan bahkan akan bertambah. Fitrahnya, apa yang kita berikan akan kembali kepada kita…selalunya dalam bentuk yang lebih baik dan lebih banyak. Semoga dengan sokongan ikhlas dan padu, kita dapat menjadikan jalinan masyarakat yang sudah sedia baik ini menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang..aamiin.

Hadirin hadirat yang dikasihi,

9.    Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga-tenaga pengajar, asatizah yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu kepada kami di sini. Insyaallah… sumbangan  dan bakti kalian masih lagi kami perlukan pada penggal yang berikutnya.  

Dari dunia ke liang lahad
Baiki akhlak baiki hati
Dari Isnin hinggalah Ahad
Ilmu dikutip bersilih ganti.

Semoga ilmu yang dicurahkan sentiasa mengalir tanpa henti.

10.  Saya kira, cukuplah setakat ini ucapan saya pada kali ini. Maaf dipinta andai ada terkasar bahasa atau tersilap kata. Insyaalah, kita akan bertemu lagi di lain waktu dengan semangat yang baru dan pengalaman yang baru. Sama-samalah kita berdoa semoga ukhwah kita sentiasa terjalin, kerjasama kita sentiasa telus dan pemikiran kita sentiasa bernas. Mudah-mudahan Allah kurniakan kita hati yang bersih, jiwa yang tenang serta akal yang panjang dalam apa jua tindakan yang kita ambil.

.      Saya akhiri ucapan saya ini dengan kata2 hikmah;
“Saat kita menanam padi, rumput ikut tumbuh. Saat kita menanam rumput, tidak pernah tumbuh padi. Maka jangan jemu berbuat baik. Meskipun kadangkala tidak sempurna..kerana yang sempurna hanyalah DIA AL-JALIL…ALLAH Yg Maha Sempurna”

Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah. wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

syahdinamuza 10nov2015

Rabu, 28 Oktober 2015

Aku pasrah...

Walau disambut dengan debaran hati, insyaallah saat itu akan tiba jua nanti. Walau tidak ditunggu atau diharap, ia sudah pasti. Berbakti selagi nafas masih boleh dihela. Selagi kudrat masih boleh dibawa ke mana saja. 
Ketika ada yang menaruh harapan, hati sendiri seperti tidak keruan. 
Sebelah kakiku sudah menempah neraka. Tuhan...
kuatkanlah ikatan kaki kananku untuk memasuki syurgamu...agar yang kiri tertarik sama 
Teguhkanlah hatiku yang mudah goyah ini
Limpahkanlah rasa kasih dan belasku pada yg perlu
Cekalkanlah tegasku pada yang berhati batu
Dakwah itu kasih saýang
Jadikan aku 
      umpama tanah..umpama air..umpama       angin..umpama hujan
Jauhkan api dari hatiku..
       

Jumaat, 23 Oktober 2015

Meniti hari ....

Menghitung  hari. Meniti hari2 yang bakal berbeza. 
Wahai Yang maha penyantun...bersihkan hatiku..tenangkan jiwaku. Permudahkan urusanku. Moga apa yang kufikirkan dan laksanakan untuk mendapat redhaMU semata2 . Aku sentiasa yakin, pilihan yang KAU anugerah ini adalah yang terbaik untukku. 

Jadikanlah batu yang kujunjung ini menjadi berlian yang berkilau keserata dan indah yang memberi manfaat untuk dunia dan akhirat.

Selasa, 20 Oktober 2015

qiraat itu cinta

Presentation qiraat Sabtu lepas di UIAM menambahkan lagi rasa cinta pada ilmu Allah ini. Nampak sukar tapi manisnya perasaan sukat diungkai. Itulah keajaiban alQuran. Tiada kata2 dapat melebihi realitinya.

Belajar kerana cintakan kalamNYA. Mudah2an dapat memberi manfaat pada yang lain. Ilmu itu sifatnya mengalir. Semakin jauh perginya semakin luas tanah yang dibasahinya dan semakin suburlah tempat yang dialirinya.

Moga Qiraat semakin menambat hati hamba2MU ya Rabb. 

Isnin, 19 Oktober 2015

Tahniah atau Takziah?


Tahniah atau Takziah? Teringat kata2 ustaz Pahrol, "semakin tinggi kita daki, kita sebenarnya sedang meninggikan tempat jatuh". Terkedu seketika. Namun ini kepercayaan. Ini amanah yang dititip..diletakkan. Bukankah semuanya Allah yang tentukan? "Orang yang sentiasa baring memang tidak pernah jatuh". 

Adakalanya ketika kita sedang melihat kerdilnya diri sendiri, ada yang melihat kita secara mendongak. Memang sukar untuk menerima penghormatan itu. Bahkan terasa seolah2 ada seketul batu  besar sedang dipacakkan di atas kepala. Membawanya wajib berhati2 agar bukan saja jangan jatuh dan menghempap orang lain bahkan jangan menghenyak diri sendiri hingga terlupa untuk apa batu itu dijunjung.

Ya Allah...
Anugerahkan dalam hati hambaMU ini seketul hati yang sentiasa jernih putih bersih agar rasa muhasabah diri sentiasa tersemat rapi.

Khamis, 8 Oktober 2015

Tutur kita jiwa kita akhlak kita

Satu faktor utama saya sayangkan dia... dia menjaga kata2..menjaga lidah..menjaga lisan..menjagà mimik muka...menjaga intonasi suara..menjaga tingkah...sekaligus menjaga hati orang2 di sekitarnya meskipun hatinya sendiri kadang2 terluka. 

Benar...akhlak adalah yang pertama menambat. Bila konsisten.. jadi menawan.
Tuhan...terima ķasih atas anugerahMU yang tidak pernah ada batasan. HambaMU ini jahil namun KAU tetap memberi yang terbaik.
Tuhan..baiki hatiku baiki akhlakku. 

Khamis, 1 Oktober 2015

Qiraat...cintaku tiada tepinya

Kalau ada yang tanya "Kenapa puan bersungguh2 belajar Qiraat? Dah senja pun. Bukan ada masa depan pun. Dah nak padam pun. Lagi pun ilmu kalau tak diamal pun tak guna juga."

Jawapannya:
Kerana saya cintakan Qiraat. Kita akan sanggup lakukan apa saja demi kecintaan kita. Syukur..Allah tanamkan kecintaan saya pada kalamNYA..mukjizat Rasululllah...bukan pada hiburan duniawi. 

Qiraat buat saya asyik pada AlQuran. Qiraat menjadikan alQuran teman sejati saya tiap saat. Qiraat tak pernah buat saya bosan bersendirian. Qiraat telah menemukan malah mendekatkan saya dengan insan2 soleh dan solehah.

Yang paling indah...Qiraat juga kini menjadi kecintaan syurga saya...teman sejati hidup saya...suami tercinta. 

Tuhan...nikmat apa lagi yg hambaMU ini ingin dustakan. Biarpun hambaMU lalai KAU tetap mengingatkan.

Ahad, 27 September 2015

kejutan dariNYA..

Kejutan demi kejutan yang datang. Ia bagaikan menghentiķan nafasku untuk seketika. Menyukarkan tenggorokku untuk menelan butiran2 nasi. Menghilangkan rasa lazat makanan yang sedang dimamah.

Tuhan... ENGKAUlah maha tahu apa yang terbaik untukku..hambaMU yang serba kurang ini. Tidak ada lagi yang lebih baik bagiku selain dari pasrah dan redha apa yang KAU beri padaku. 

Tetapkanlah aku dalam landasanMU seperti yang ENGKAU beri pada orang2 soleh dan solehah...aamiin.


Khamis, 17 September 2015

greenlight...

Alhamdulillah...greenliģht sudah kedengaran. Berkat dan rahmat dariMU Allah sentiasa aku harapkan. Hanya ENGKAU tahu apa yang terbaik untuk hambaMU yang serba kurang ini. 

Semoga semuanya penuh dengan kebaikan.

Rabu, 16 September 2015

Niat sudah tersemat.Permudahkanlah..

Wang deposit untuk 2 orang sudah pun bertukar akaun. Bermakna niat hati sudah tersemat. Terasa bermimpi. Benarkah kaki hambaMU yang serba kekurangan dan penuh dosa ini àkan menjejaki tanah haram itu? Perasaan bercampur baur. Takut. suka..sayu. 

Keinginanku meluap2. Tapi amalan masih di tahap begitu rendah. 
Ya Rabb..berikan aku kekuatan untuk menjadi hambaMU yang KAU cintai dan tetamuMU yang KAU rahmati.

Khamis, 10 September 2015

usah berkira..tapi permudahkanlah

Kalau kita sukar untuk mempermudahkan  orang, bagaimana kita  boleh  stress bila urusan kita selalu sukar..stucked. What we give..we get back. Itulah kehidupan. Sesetengah orang menyebut sebagai karma.  Allah itu maha Adil. 

Kalau kita suka berkirà. Berbuat baik hanya pada orang yang pernah berbuat baik pada kita. Memberi hanya pada orang yang pernah memberi pada kita.  Berbuat sesuatu atas kepentingan peribadi. Pendek kata umpama sambil menyelam bukan sekadar minum air tapi tangkap ikan sekali...bersihkan hati. Muhasabahlah diri. 

ingatlah.. ketika di jalan raya kita memberi laluan pada kereta A tapi tidak semestinya kereta A juga yang memberi laluan di jalan raya seterusnya. 

Bila  kita gembirakan hati A hari ini..insyaallah kelak Allah akan hantar hati B untuk gembirakan kita pula. 

Semuanya dari ALLAH. DIA yang memberi dan DIA yang mengambil semula.

Rabu, 9 September 2015

Qiraat..cintaku semakin kuat

Kelas di  UIAM sudah pun bermula. Rutin pun kembali lagi. 2 assignment dah dapat. Pertama ...hafazan surah alHumazah. Bunyinya mudah kan.. Tapi kena hafal dengan tujuh qiraat. Permudahkanku ya Allah. Insyaallah..minat punya hal, apa pun boleh. 

Kedua...presentation..huuuu. Masa yang diperuntukkan adalah satu jam..berseorangan. Ini dah bukan student punya presentation ni. Ini kerja punya presentation. Topik yang aku dapat adalah Imalah dalam Kisaie...Alhamdulillah.

Aku suka khilaf2 dalam Qiraat. Ia nampak sukar tapi unik. Semakin sukar khilaf..semakin cinta qiraat. Itulah kehebatan mukjizat Rasulullah ini. Cintaku benar2 jatuh dalam dunia Qiraat.

Terima  kasih maķ..ķerana membesarkanku dalam dunia alQuran..dalam rumah yang hampir sepanjang masa berkumandang ayat alQuran. Berpuluh2 tahun aku mencari ilmu dunia..dari satu bidang ke satu bidang...sains.matematik..statistik..computer..finance...ķecewa dengan berjaya sìlih berganti. Akhirnya anakmu kembali ke dunia asal ķita...mendaļami alQuran. Malah menantu lelaki mak ni juga turut mencintai Qiraat.

Allah....
Jadikan aku, suamiku dan anak2ku sentiasa dekat dengan golongan soleh dan solehah agar hamba2Mu ini turut ENGKAU kasihi dan menjadi hamba2Mu yang ENGKAU rahmati.

Rabu, 2 September 2015

cintaku tak pernah pudar

Adakalanya tiap tindak tanduk kita diperhati, gerak geri diteliti, senyum kita, tawa kita, tingkah kita diperinci. Hingga kita dilabel sebagai benar2 bersalah. Sedangkan  hati kita meruntun pedih. Mendengar sangkaan demi sangkaan yang tak pernah pun terlintas di fikiran.

Rentetan masa itu berlalu bersama keadaan. Tiada apa yang tersembunyi dalam jiwa. Dunia sudah mula menghambat kita. Pusara sudah bersedia bila2 masa. Apa  lagi yang tinggal? Kita milik DIA MAHA PENCIPTA..RABBUL IZZATI yang punya cinta.

Ketika kita saling tak puas hati..mungkin salah satu antara kita akan pergi menemui DIA.
Pupuklah cinta sampai hujung nyawa. Bersihkan hati dari prasangka. Cinta itu Allah datangkan dalam hati kita agar kita semakin mencintaiNYA..

Rabu, 26 Ogos 2015

Cukup positifkah kita?

Tiap kali memikirkan tentang  ketidakpuasan hati kita terhadap orang lain, terjahlah balik diri kita...perangai sendiri. Sudah cukup sempurnakah? Sudah cukup puaskah hati orang terhadap kita. Mungkin lebih teruk..lebih buruk tindakan kita..reaksi kita terhadap orang. Terutama terhadap orang yang kita sayang. Apatah lagi terhadap orang tang sayangkan kita.

Bila sibuk memikirkan hal-hal negatif, maka hal negatiflah yang lebih dominan. Dan itulah hal yang datang. Biarpun orang lain nampak hal itu positif tapi mindset kita dah siap2 penuh dengan prasangka buruk..semua pun nampaklah buruk. 

Berfikir yang buruk2 saja lebih menghasilkan keluhan. Berfikir sambil mencari hikmah dapat menghasilkan solusi. 

"Life is too short to hate people". 
Bersyukur pada Allah, lebihkan pada perbuatan , bukan sekadar perkataan. Nikmatnya pasti akan terserlah dari lidah kita tanpa sedar. 

Ya Rabb...bawalah aku dalam rahmatMU...lindunganMU..belas ihsanMU tanpa mengira waktu. Aamiin.

Khamis, 20 Ogos 2015

Jangan cabar aku begitu...

Acap ķali aku dicabar. Diasak dengan kata2 semangat berapi agar tunjukkan kehebatan diri. Come on la...aku bukan orang yang begitu. Aku bukan lakukan sesuatu untuk buktikan pada makhluk yang aku boleh. Aku bukan mengharap pujian atau mengemis penghargaan. Bukan sama sekali. 

Aku laksanakan sesuatu kerana aku fikir aku perlu buat. Apatah lagi bila aku suka buat. Dan semestinya yang Allah tidak benci.

Please! Jangan api2kan aku lagi. Be positive. Kita hanya perlu laksanakan. Biar Allah yang hargai. Nikmatnya nanti tak terperi..insyaallah.

Rabu, 5 Ogos 2015

dia macam mak

Bersahabat dengannya umpama aku bertemu semula dengan emak. Tenangnya, sabarnya, redhanya, tingkahnya...pandangan matanya membuatkan aku seperti dikawal dan diperhati. 

Subhanallah...KAU temukan hati kami. KAU dekatkan bila kami rasa jauh. KAU rapatkan kami dengan rasa hormat tak pernah surut.


Sabtu, 1 Ogos 2015

qiraat + tarannum...after 33 years

Debaran semakin terasa. Selepas 33 tahun saya akan naik pentas semula. Perdengarkan bacaan alQurañ. Kali ini bukan sekadar bertarannum. Tapi dengan qiraat sekali. Kalau dulu tarannum lagu zaman kanak2. Kini mengikut usia. Tarannum + qiraat. 

Mengimbau kembali rentetan hidup. Insan2 yang saya  temui sepanjang perjalanan yang semakin pendek ini. Terasa seperti kembali ke dunia silam. Ketika bersama ibu tercinta. Alquran menjadi teman seharian.

Paďa sahabat,  ustazah2 yang mulia pekerti, ustaz2 yang sentiasa memberi semangat, lebih2 lagi suami yang banyak berkorban. Sokongan kaliañ amat saya hargai.

Moga qiraat semakin bertapak di hati generasi.


Khamis, 30 Julai 2015

kejutan untukku

Tetiba mendapat tugasan mengejut. Harus tapi mesti dikaksanakan Sabtu malam Ahad nanti. Aduhai! Saya hanya insan biasa yang baru belajar. Tugasan ni nampak mudah tapi hakikatnya sukar. 

Allah..hambaMU hanya mampu berusaha. Selebihnya urusanMU. Permudahkanlah urusan hambaMU yang lemah ini agar hajat dan niat insan2 yang menaruh harapan tercapai. Aamiin.

Sabtu, 25 Julai 2015

diam itu lebih beradab

Ada manusia yang sibuk bertanya itu dan ini akan perihal orang. Walhal sama ada mereka tahu atau tak jawapannya langsung tak beri kesan atau impak pada diri mereka. Itulah yang namanya busy body. Malah àda yang pandai2 mengajar itu ini tanpa diminta.

Pandanglah manusia lain dengan mata hati. Juga lihatlah diri sendiri. Ringkasnya ukur baju di badan sendiri. Jangan mudah menelah dan menilai dan mengajar orang lain tanpa mengetahui duduk perkara. 

Yang penting, jaga lidah,  jaga mulut. Jika tidak tahu beradab ketika berkata2, sebaik2nya diam. Apatah lagi ketika bertandang menjadi tetamu. Jaga lidah kerana apa yang terbit di lidah itu datangnya daripada sudut hati.

#belajar beradab bila bercakap. Intonasi suara saja sudah cukup menggambarkan hati kita

Jumaat, 24 Julai 2015

sentap.. penuh hikmah

HambaMU ini yakin dugaan ini datang sebagai petunjuk dari ENGKAU MAHA PENCIPTA. ENGKAU tunjukkan  natijahnya, rìsikonya dan kesan buruknya sebelum hamba2MU terus hanyut dan terlalu penuh percaya pada tempat yang tak sepatutnya. 

ALLAH..sayangnya ENGKAU pada hambaMU yabg jahil ini. KAU letak sekatan. KAU kejutkan hamba2MU dari lamunan dengan sentapan ini. Biarpun sakitnya terasa tapi hambaMU bersyukur yang amat kerana jalan lurus dariMU sentiasa terbentang di hadapan. 

Lindungi hamba2MU yang lemah ini ya ALLAH agar hati kami utuh tidak berbolakbalik . Aamiin. 

Khamis, 23 Julai 2015

tetamu istimewa

Malam tadi sungguh istimewa. Baiti jannati ini dihadiri oleh tetamu istimewa yang juga sahabat istimewa saya. Lebih istimewa dia datang bersama suami dan anak cucu.
Akhlaknya, ilmunya, tawadhuknya menambat hati sesiapa saja yang cintakan Allah.

Terima kasih ya RABB yang mengizinkan saya yang serba kurang ini berada di celah2 orang2 yang hatinya sentiasa mencintaiMU. Akhiri hidupku Tuhan dengan sentiasa bersama mereka agar magnet kebaikan sentiasa mengiringiku di mana jua.


Selasa, 21 Julai 2015

whatsapp group yang pelbagai...gulp!

Whatsapp banyak group. Ada yang semua ladies. Ada yang campur. Ada yang agak formal..serious sebab untuk program saja. Ada yang semua kawan sekolah dulu2. 

Dari kata2 di whatsapp, terserlah ilmu di dada masing2 walaupun tak 100%. Tapi at least menampakkan juga isi hati. 

Yang  wanita selalu emosi. Ilmu tak tinggi mana..banyak mana tapi bila berkata2 macam tau semua..kalah yang ada phD. Perkataan yang digunakan pulak sadis dan sarcastic. Sanggup berdebat biarpun ayat takde isi.

Yang lelaki masih boleh kompromi lagi selagi bukan jenis panas baran. 

Yang pasti, kita kena jaga adab daĺam group whatsapp walaupun tak nampak muka. Tapi orang nampak hati kita. Kalau asyik hantar artikel baik tapi akhlak sendiri pun 'speechless'...akhirnya buat semak gadget je. 

Biarlah apa yg lidah tuturkan...jari taipkan...sama dengan hati bicarakan. Tak perlu kata2 sadis..sarcastic..maupun bombastic..tunjukkan contoh dengan akhlak..harmonis masyarakat kita. Dakwah sampai tanpa kita sedar nanti..insyaallah.

#muhasabah diri sendiri sebelum menyeru orang lain.  Barulah semuanya datang dari hati yang bersih menuju ke hati yang bersih juga.


Isnin, 20 Julai 2015

Gubah bunga pulok

Malam  tadi menggubah 2 jambak hunga bersama suami tercinta. Petang tadi gubah lagi sejambak. He..he..hasil tangan pasangan muza. Cantik atau tidak bergantung pada mata yang memandang. Kalau sedang ceria, indah dipandang. Kalau tengah gundah, tak dapek nak nolonge. Bakat memang takde. Tapi mencuba tu mesti.

Target ; UMRAH. Moga Allah makbulkan doa ini.

Ahad, 19 Julai 2015

kerana syurga

Aidilfitri sudah masuk hari ke3. Pantas masa berlalu.  
Saya dan family sudah pun berada di rumah sendiri maghrib semalam. Hari ini turn like usual tiba. Jaga ibu mertua selama 2 minggu. Dia syurga suami saya. Suami syurga saya.

Apa lagi yang kita cari kalau bukan redhanya. Hiduplah dengan jalan apa pun. Nikmatilah segalanya. Sayangiĺah sesiapa pun. Ingat! Hak anak leĺaki lebih utama pada ibubapanya dan ibubapa mertuanya. Selepas itu barulah isteri. 

Maka, tidak timbuĺ  anak perempuan tidak mau menguruskan ibubapanya sendiri dengan alasan suami tidak izinkan. Tanya suami...tidak mahukah tunaikan hak terhadap ibubapanya dan ibubapa mertuanya? Sedang pada merekalah syurga anak2.

Ahad, 28 Jun 2015

170/100. Ujian..,

Khamis  25 jun 2015. 170/100 reading blood pressure. Mak datuk! Melambung. 
Saya, sahabat, malah doctor ikut terkejut dengan reading ni. 3 kali bacaan diambil. Dan bacaan tetap sama. Doctor mula ' berceramah' tentang risiko bacaan ni. Saya sekejap tersenyum, gelak. Takut, terkejut pun masih boleh gelak. Dalam hati cuba mencari punca kenapa bacaan begini tinggi. Sedangkan saya tidak tertekan, Selesa dan tetap ceria. 

Selasa, 23 Jun 2015

tadarus bersama

Hari ini hari ke6 berpuasa. Juga hari ke6 bertadarus sambil menyemak bacaan sahabat2. Ilmu yang saya ada cuma sedikit. Tapi sikut sama dikongsi, banyak sama diagih. Excited melihat sahabat2 bertadarus. Bersemangat. Memberi dan menerima.

Semakin mengalir ilmu, semakin indah ilmu diserap. Semakin dahaga kan ilmu lebih lagi.

Terima kasih ya Rabb. KAU anugerahi hambaMU ini nikmat yang tidak terperi.

Jumaat, 12 Jun 2015

cinta kita...

Mengapa mengharap cinta manusia, sedangkan Allah sedang menanti cinta kita. Tapi kita yang leka, memburu cinta yang ada pasang surutnya.

Cinta Allah itu sempurna. MenyintaiNYA itu nikmat. Indah. Manis.

Selasa, 2 Jun 2015

di galaksi kita bertemu

Alhamdulillah...nikmat apakah lagi yang didustakan. Ketika fizikal mula menjarak, Allah utuskan dia di galaksi sana. Berhubung  kerana mencintaiNYA. Kasih sayang bertaut dalam cintaNYA...kalimahNYA. Itulah hikmah yang tidak terjangkau.

Tuhan....pertemuan hanya indah keranaMU.

Isnin, 1 Jun 2015

exam hafazan imam hamzah semalam

Kisah semalam di UIAM. 
Exam hafazan surah al insan. Dengan bacaan perawi  Kholaf dari imam Hamzah. Hampir dua bulan menghafal surah ni. Perit. Sukar, Oayah dakam usia mencecah 5 series ini, buat pertama kali menghafal surah begini panjang. 31 ayat. Dengan bacaan qiraat pulak tu. Apatah lagi qiraat Hamzah. Memang hari ini dalam sejarah.

Alhamdulillah. Ustaz Rahim nampak berpuas hati. Terharu dengan komen yang memberangsangkan daripada pensyarah berpengalaman ini sebaik saja selesai saya memperdengarkan hafazan.
"Cikgu tau tak yang cikgu ni hebat?" tanya beliau.  Saya diam. Senyum campur seram. Beliau kemudian menyambung, " Cikgu ni hebat sangat. Cikgu tau tak?" . "  Tak tau. Yang saya tau, saya ni teruk.,hehee.." saya menjawab disulami dengan gelak. Tangan masih sejuk. "Nak tau tak kenapa saya kata, cikgu ni hebat sangat" beliau tanya lagi. " Kenapa?" saya mula bertanya. 

" Sebab...mana  ada orang boleh baca qiraat Hamzah macam ni.. macam cikgu baca ni.  " Saya senyum. Lega. Allah permudahkan urusanku. "Berapa lama cikgu mula menghafal?" beliau tanya lagi, "Sejak ustaz bagi surah la,.," saya jawab, jujur. "Hebat sungguh", puji beliau lagi. Saya senyum. Tangan sejuk tadi sudah pun beransur hangat. "Tinggi markah ni. Saya bagi cikgu markah tinggi tau" sambung beliau lagi. Senyum saya makin menyerlah. Sampai je telinga kot. "Boleh balik lah. Nanti jalan jammed" kata beliau lagi. Macam bapa2 saja bunyinya. "Terima kasih ustaz" saya bangun dengan senyum yang tak lekang. Sambil mengemas2 alQyran dan buku2, entah berapa kali saya ucapkan terima kasih pada beliau. Gembira yang tak terucap. 

Terima kasih ya rabb. KAU anugerahkan hambaMU yang jahil ini kesempatan untuk menikmati dan menghayati ilmu alQyran yang amat luas dan tak terbatas ini. RahmatMU 

Khamis, 28 Mei 2015

cukuplah....beransur pergi

Akhirnya Allah tunjukkan juga. Siapa yang boleh menipu bahasa tubuh? Lisan lidah yang  lembut tidak bertulang tapi menghiris bisa.  Peristiwa yang tidak diduga. Dialog yang menyerlahkan jiwa. 

Cukuplah sekadar ini. Ramadhan bertemu ramadhan. Lalu segalanya menjadi kenangan silam yang tidak akan dibuka semula. Dunia sudah menjadi sisa. MukjizatNYA teman sejati.

Cukuplah seadanya. Di sini bermula. Di sini berakhir. Harapan agar tidak ada yang menjadi mangsa air mata dunia. 

Ikhlas itu umpama semut hitam atas batu hitam dalam kegelapan. Biarlah Allah yang menceritakan. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Gembira kecewa bersilih ganti. Allah sayang kita. Kerana itu diperingatkan dengan air mata.

Beransur pergi.

Jumaat, 22 Mei 2015

Dia lagi...

Bila disayang,  rindu tak pernah hilang.
Bila dirindu, kasih sentiasa datang
Sesekali berhati walang bukanlah malang

Allah datangkan insan yang indah hati
yang baik pekerti 
yang tidak kenal makna benci
mengajar kita erti rendah hati

itulah rahmatNYA
DIA yang mencipta 
DIAlah Allah rabbul izzati

Selasa, 12 Mei 2015

kawan biasa. sahabat luar biasa

Berkawan itu biasa. Bersahabat itu yang luar biasa. Kepercayaan menjadi tunggak  perhubungan. Kehalusan budi menjadi nadi kepercayaan. Berjanji dibayar dengan tunai. Kotakan. Itulah penguat hubungan.

Aku berkawan dengan semua. Tapi mungkin memilih sahabat. Bukan kerana aku memilih2 . Tapi aku tidak kuat  perasaan. Tak cekal hati. Memang payah kalau mudah tersentuh. Kata orang, kalau tak mahu dilambung ombak, jangan  berumah di tepi pantai.
Maka inilah aku. Hanya mampu berumah di tanah rata. Mendatar.

Ahad, 10 Mei 2015

study qiraat dgn suami..

Kasih sayang penyubur jiwa. Malam ini aku dan suami study qiraat bersama. Perawi Qalun dari imam Nafi'. Dia eager betul prepare untuk kelas esok. Hatiku semakin berbunga bila dia turut minat pada qiraat. Alhamdulillah... Tuhan beri kami peluang untuk mengecap nikmat belajar ilmu qiraat bersama begini. Kalau zaman belajar dulu, dia study engine, aku  study sains. Hari ini kami sama2 menelaah alQuran..mengkaji.,berbincang...dan adakala berbahas tentang qiraat.


#Seronok dapat murid smart macam sidia.

Jumaat, 17 April 2015

Surah al-Insan dari perawi Khalaf an Hamzah



Surah Al-Insan dari bacaan Qiraat perawi Khalaf an Hamzah. Inilah surah yang akan saya hafal untuk exam shafawi Di UIAM nanti.

Ya Rabb.. berilah hambaMu yang serba kekurangan ini kekuatan, ingatan yang kuat dan hati yang tenang. Kuraih ilmuMU ini dengan segala ketabahan.


Khamis, 9 April 2015

Tiada istilah Kecewa

 Kita sering tenggelam dalam kecewa sebab mengharapkan prnghargaan daripada manusia lebih daripada hadiah dari Tuhan. Sedang Tuhan yang menggerakkan hati manusia yang kita harapkan itu.

Mohon padaNYA, semata2 kerana DIA , dan untuk DIA yang mencipta kita.

Isnin, 6 April 2015

Menikmati Senja dengan MukjizatNYA

Duduk merenung diri. Dah hampir senja berada di alam fana ini. Tapi belajar tak habis-habis lagi. Lagi dan lagi. Qiraat. Qiraat. Dan qiraat lagi. Tarannum. Tajwid. Sumbernya satu. MukjizatNYA, Al-Quran.

Ketika ini sedang berusaha, bertungkus lumus menghafal surah al-Insan. Dalam usia sesenja ini. Berdayakah minda tua ini mengingati patah demi patah kata. Kalimah demi kalimah indah DIA.

Mukjizat ini telah menemukan aku dengan manusia-manusia berjiwa. Berhati mulia. Manusia-manusia yang mengingatkan aku tentang indahnya bercinta denganNYA. Manusia-manusia yang mengingatkan aku tentang berpada-pada dengan cinta dunia.

Hingga aku lebih berhati-hati. Lebih memilih. Adakalanya menjadi yang terpilih. Namun aku hanya ingin terpilih olehNYA untuk menjadi penghuni syurga Firdausi. Menikmati kehidupan kedua bersama insan-insan berjiwa yang pernah saling cinta.

Rabb…
MukjizatMU membawa aku ke detik ini. Menikmati hangat cinta suci dari takdirMU.

Rabu, 1 April 2015

Cercaan tidak menghancurkan Kemuliaan

Hassan bin Tsabit berkata dalam sebuah bait syairnya;
Aku tak peduli dengan kesedihan atau kegelisahan
Yang disebabkan oleh ucapan-ucapan orang
Yang sentiasa mencela

Bekas presiden Amerika pernah mengatakan: “Saya tidak pernah membaca surat-surat cercaan yang ditujukan kepada saya, tidak pernah membuka sampulnya, apalagi membalasnya. Sebab jika saya menyibukkan diri untuk membaca surat cercaan tersebut, saya akan kehabisan waktu untuk berbuat sesuatu untuk rakyatku.”

Pada Perang dunia kedua, terdapat seorang panglima angkatan laut Amerika yang berprestasi gemilang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang yang masyhur. Dia banyak bergaul dengan orang bawahannya yang sering mencela, memaki dan meremehkannya. Sampai akhirnya dia hanya berkata: “Kini aku memiliki kekebalan untuk menghadapi semua bentuk kritikan. Tulang-tulangku telah rapuh dan usiaku telah tua. Kini aku tahu bahawa ucapan-ucapan seperti itu tidak akan mampu menghancurkan kemuliaan dan tidak akan mampu mencabut pagar benteng yang kuat”

~DON’T BE SAD

Dr ‘Aidh al-Qarni

Ahad, 29 Mac 2015

Toxic people

A ; Dalam setiap perjuangan juga ada golongan yang dinamakan toxic people. Golongan yang berpura-pura dan menikam dalam diam. Wujudnya golongan ini seiring dengan wira yang tidak didendangkan tadi.
B ; Maksudnya?
A ; Kerana adanya toxic people inilah menyebabkan wujudnya “hero”.
B ; Saya akan lawan mereka!
A ; Jangan! Pembelit akan terbelit dengan jeratnya sendiri. Pujuklah hati agar berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak sehaluan dimusnahkan. Tidak ada ketenangan jika ada kebencian.
B ; Berapa lama harus saya bersabar, eh… bersyukur?
A ; Sabarlah dalam bersabar. Dan, syukurlah sehingga tidak dapat diukur.
B ; Ini pasrah atau mengalah?
A ; Tidak kalah dengan mengalah.

~ BEDUK DIKETUK
Pahrol Muhamad Juoi



Allah sedang mengajar kita...

A : Allah sedang mengajar saudara.
B : Allah sedang mengajar saya melalui mereka? Apa yang Allah sedang ajar saya melalui perlakuan mereka?
A ; Allah mengajar saudara tentang ikhlas!
B ; Saya geram dengan pengampu dan pembodek. Saya benci dengan siasah pembelit yang licik dan berstrategik.
A ; Saudara, jika kita sibuk melakukan kebaikan, kita tidak akan sempat melihat keaiban orang lain. Jika kita masih sempat, itu petanda kebaikan yang kita buat masih sedikit.  Dan kita masih belum benar-benar baik.
B ; Oh, sukarnya!
A ; Saudara patut bersyukur dengan kesukaran itu.
B ; Kenapa? Bukankah sepatutnya saya bersabar?
A ; Kita wajar bersyukur  kerana Allah hendak menyelamatkan kita daripada riyak dan takbur atas kebaikan yang telah kita lakukan. Tanpa sanjungan, tanpa pujian, bukankah rasa takbur dalam hati kita akan tertekan? Rasa riyak juga akan terhenyak?
B ; Benar juga. Tapi, sukar sungguh untuk mendidik hati agar rasa begitu.

~ BEDUK DIKETUK
Pahrol Muhamad Juoi

Jumaat, 27 Mac 2015

kebaikan dan impak positif

Saat paling sweet apabila kita dapat memberi kebaikan sehingga memberi impak positif pada yang menerima tanpa kita mengharap apa2 imbuha daripada makhluk.

Hidup di sini amat singkat. Sedangkan hidup di sana abadi. Berbuat baik itu jadi nikmat apabila diberkati olehNYA. Siapa kita untuk menguji  hati insan lain. Sedang hati kita sendiri tidak gagah diuji.

alQuran kekasihku

Jiwa yang tidak membaca alQuran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri
.
Begitulah jiwa yang mati. Betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipn jasad luaran seseorang, tanpa alQuran segalanya tidak bermakna. Orang yang berjaya tetapi meminggirkan alQuran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh. Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.

“Tiadalah kehidupan melainkan mata benda yang menipu” (surah al-imran ayat 185)
“Dan sesiapa yang dikehendakiNYA menjadi sesat, DIA jadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah dia sedang mendaki ke langit…” (surah al-an’am ayat 125)

Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.

~SOAL HATI
Pahrol Muhd Juoi

Khamis, 26 Mac 2015

Ilmu Di Usia Senja

    Menuntut ilmu ketika usia hampir senja begini bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Banyak laluan dan kekangan yang tidak boleh dirempuh tetapi terpaksa diharungi dengan penuh hemah dan teliti. Pasangan (suami/isteri), masa, tenaga, kewangan dan yang paling utama adalah emosi sendiri.

       Sebagai wanita yang sudah hampir 5 series, komitmen yang mengitari adalah perkara biasa malah bagaikan rutin. Itu belum lagi mengambil kira perasaan dan layanan  terhadap suami dan anak-anak. Namun lillahitaala itu yang paling penting. Insyaallah..Allah permudahkan tiap kebaikan dengan hikmahNYA yang sentiasa berantai dan berkesinambungan.


       #Tengah hafal surah al Insan untuk oral exam Qiraat Jama’ di hujung semester nanti. Teringat kata-kata Ustazah Uyun, hafal dengan bacaan Riwayat Hafs dulu, setelah itui barulah dengan Riwayat Kholaf (Hamzah) seperti yang diminta oleh Pensyarah. Hasilnya kita dapat hafal dua2 iaitu bacaan Hafs (bacaan seperti biasa kita sering baca) dan bacaan Riwayat yang diminta oleh pensyarah.

Sabtu, 14 Mac 2015

esok...hari dia

Jiwa rasa indah bila memberi. Apa lagi bila memberi pada orang yang kita sayang. Dan lebih indah bila orang itu turut sayangkan kita. 

Esok hari lahir sahabat. Seorang kekanda.Seorang insan yang bersih hatinya. Seorang hawa yang mulus hati. Melihat dia seperti melihat karakter ibuku. Halus, berwaspada dan menjaga kata2. 

Tuhan.,,temukan kami semula di syurga nanti. 

Rabu, 11 Mac 2015

ibnu amir

Hari ini berkenalan dengan imam Ibnu Amir bersama perawi2nya ibnu zakwan dan hisyam. Bukan peribadi mereka, tapi manhaj mereka.

Rupa2nya banyak idgham soghir yang boleh terpusing otak untuk mengingatkannya. huruf zal idgham ke dalam huruf ta. Huruf dal idgham ke dalam huruf jim. Unik. Itulah asyiknya manhaj ibnu amir. 

Manhaj waqaf hamzah dan hisyam. Huuu....istimewa sungguh. Teringat bagaimanalah ustazah uyun yang dikasihi boleh ingat dan hafal semua manhaj ni. Bahkan antara kesayangan syeikh di sana. Maha suci Allah yang menemukan aku dengan insan dan wanita hebat ini. 

~mujahadah itu indah~



.

qiraat di hati...

Sabtu lepas, hari ke3 kelas qiraat jama' di uia. Semakin teruja dengan ilmu alQuran yang tinggi ini. Biarpun terasa sukar tapi kepuasannya tidak dapat dihuraikan. Itulah mukjizat alQuran. 

Imam Hamzah yang membuatkan aku menggaru kepala. Perawi Kholaf yang istimewa...bersaktah, idgham tanpa ghunnah. Kholad yang bersahaja. Warsy yang sering memancing tabung oksigenku. Syu'bah yang kelihatan simple. Ibu Zakwan dan Hisyam yang aku masih tercari-cari identiti. Qalun yang menjadi kemudi bacaan. Susi yang gah dengan  idgham kabir. Duri dengan tawassutnya.

Apa lagi ilmu yang lebih nikmat daripada ini? Tidak ada. Jiwaku bagaikan meresap dalam ilmu Allah yang hebat ini. Sesekali seperti teringin menemui imam-imam hebat qiraat ini dalam mimpiku. 


Ujian itu ibarat penyakit

Ujian itu ibarat penyakit, tidak dapat tidak ianya memerlukan masa sehinggalah ia sembuh. Barangsiapa terburu-buru untuk membuangnya, maka keadaan tubuhnya akan semakin memelha dan semakin parah. 

Demikian pula dengan musibah dan ujian, tidak dapat tidak ianya memerlukan masa sehingga ia hilang bersama bekas-bekasnya.

Oleh itu kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar, menunggu datangnya jalan keluar dan sentiasa berdoa.

~DON'T BE SAD
Dr 'Aidh

kendalikan perasaan...

Emosi yang tidak terkendali hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri. Sebab, ketika seseorang sedang marah, maka kemarahannya akan meluap dan sukar dikendalikan. Dan itu akan membuat seluruh tubuhnya gementar, mudah memaki siapa sahaja, seluruh isi hatinya tertumpah ruah, dan ia akan cenderung bertindak mengikut nafsunya. 

Sekiranya ia mengalami kegembiraan, ia menikmatinya secara berlebihan, mudah lupa diri dan tidak ingat lagi siapa dirinya.

Allah menyebut, bahawa manusia adal\ah makhluk yang senang menyebut dan berbangga diri. Namun, ketika ditimpa kesusahan manusia mudah berkeluh kesah, dan ketika mendapatkan kebaikan manusia menjadi kikir kecuali orang-orang yang menunaikan solat. Mereka itulah orang-orang yang mampu berdiri seimbang antara gelombang kesedihan yang keras dan luapan kegembiraan yang tinggi. Dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa bersyukur tatkala mendapat kesenangan dan bersabar tatkala ditimpa kesusahan.

Oleh kerana itu, siapa yang mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa, baik yang memilukan dan juga yang menggembirakan, maka dia berhak mendapat penghargaan berupa hati yang teguh dan stabil serta memperoleh kebahagiaan yang tenang dan kenikmatan kerana berjaya mengalahkan nafsu. 

~DON'T BE SAD
D 'Aidh AlQarni

Ahad, 8 Mac 2015

syukur dan sabar

Orang yang hasad gagal melihat hikmah di sebalik nikmat yang sedikit dan banyak. Oleh sebab itu, dia gagal bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang tiada.

Syukur dan sabar itulah 'harta' yang menyebabkan jiwa menjadi kaya.

-pahrol-

Isnin, 2 Mac 2015

Nikmat bertarannum

Sudah masuk bulan ke3 kelas tarannum berlangsung. Alhamdulillah... biarpun diuji dengan sedikit dugaan yang terpaksa diharungi pada awalnya. Sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmahNYA. Hanya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. 

Syukur alhamdulillah.. Dalam usia begini, masih sempat berkongsi nikmat bertarannum dengan sahabat-sahabat yang berminat. Untuk mengajar sendiri, saya takde ilmu. Kepada Ustazah Natiah, terima kasih tak terhingga kerana sudi mengajar kami yang sudah veteran ini dengan sabar.

Kepada sahabat-sahabat, saya terharu dengan semangat daripada kalian. Bakat terpendam yang ada, serlahkan.  Puas rasa hati bila ada yang menunjukkan peningkatan. Sama-samalah kita hayati sunnah Rasulullah ini. Bukan sahaja dapat ganjaran pahala, tapi nilai diri kita juga insyaallah bertambah. Selangkah kita dekati Pencipta, berjuta-juta langkah DIA dekati kita, mendakap kita dengan penuh kasih. 

Ahad, 1 Mac 2015

terkejut

Terkejut. Dalam usia begini saya dapat invitation untuk kelas master bellydance. Allahu akbar! Mungkin sesaat lagi nafasku terhenti. 

Terima kasih ya Rabb, KAU sibukkan hambaMU yang dhaif ini dengan kelas2 alQURAN. Sehingga KAU temukan aku dengan insan2 soleh dan solehah yang berhati mulia. Bersihnya jiwa mereka bermula dari tutur kata hingga pada perbuatan dan perlaksanaan. Takde istilah mulut lain, hati lain,perbuatan lain.

Saya teringat kata2 Ustaz Rahim Jusoh,  pensyarah qiraat jama', kita dah takde masa dah untuk berhibur2, bersuka2...dunia semakin singkat. Kita kena cepat merebut tempat di SANA, tempat abadi. Apatah lagi bagi usia yang hampir separuh abad.

Bersenam hanya untuk riadah. Agar mudah dan cergas untuk kita beribadah.

Kadang2 kita kena check diri kita. Kita banyak buat yang sunat ke yang harus. Yang haram kita tak mau buat, cuma kadang2 kita tak sedar kita dah buat.

jauh drive...

Hari ke2  kelas Qiraat jama' di UIA. Drive sendiri. Seram tapi itulah dugaan yang harus ditempuh. Allah..nikmatMU terlalu luas. Mudah2an ilmu yang ditimba ini memberi manfaat juga kepada insan lain. 

Tadi first time drive sendiri sejauh itu. Dan...guna touch n go juga furst time hinggakan tak tau beza touch dengan dekatkan. Panik. Mujur guard tiada di situ.

Apa pun kelas qiraat memang the best. Satu2nya ilmu yang tidak saya sangka dapat saya kutip dalam usia begini.

Mata kelat. Esok pagi ada kelas taranum. Bantal menggamitku. Malam ni bertaranum dalam mimpi.

Khamis, 26 Februari 2015

zahirkan cinta...

Bila rasa kasih, rasa sayang dizahirkan ( untuk yang halal je ya...), kedua2 pihak akan rasa bahagia, rasa seronok, rasa dihargai. Hati pun tenang. Ceria pun hadir. 

Bukankah itu nikmat. Semua insan suka dikasihi. Tapi tak semua insan tahu menunjukkan rasa kasih. Bahkan ada yang suka simpan perasaan yang amat membahagiakan itu. Belajarlah mencintai dengan hati penuh bersih. Bukan sayang sebab sesuatu. Tapi sayang seadanya. Sayang untuk sama2 berpimpin tangan ke syurga sana.

Sayangi orang yang sudah tiada, titipkan doa. Sayangi keluarga, bersama ambil tahu, bertanggungjawab. Sayangi sahabat, hormatinya. 

Ya Rabb,
Rahmati dan berkati cinta dan kasih sayang tulus insan2 dalam hatiku. 

#ada air tergenang di matanya ketika mendakapku dengan penuh kasih

Saya suka meneroka...

Saya suka menuntut ilmu. Suka belajar. Suka meneroka ilmu baru yang memberi manfaat bukan untuk diri sendiri semata-mata tetapi juga untuk orang lain. Saya tak suka berkumpul beramai-ramai sambil berborak kosong. Takde inti. Takde ilmu. Bahkan sekadar mengulang2 kisah silam pun bukan kesukaan saya. 

Ada yang kata, dengan berborak2 kosong pun boleh dapat ilmu. Biar pun tak formal. Yesss! Ada juga betulnya kata2 tu. Tapi kalau borak2 itu juga turut disertai oleh orang berilmu. Cakapnya, hujahnya berasaskan fakta. Bukan sekadar logik akal, tapi spritualnya pun.

Jangan lupa, dengan ilmu formallah hidup kita bersistem. Dengan ilmu formallah lahirnya bijak pandai yang boleh sebarkan ilmu pada sejagat. Takde cendekiawan lahir dari ilmu tak formal dalam borak2 santai. Semuanya berhitam putih. 

Kepada sahabat2  yang suka menuntut ilmu. Tahniah! Syukur. Terima kasih tak terhingga kerana kesudian kalian menjadi sahabat akrab saya yang masih merangkak2 menggali ilmu yang tak pernah habis ini.

Kepada yang tidak berminat. Cukuplah menjadi pendorong semangat bukan menjadi sebaliknya. Kita tetap bersahabat biarpun bertentangan minat. Ilmu itu sifatnya mengalir. Alirannya tidak pernah putus.

Isnin, 23 Februari 2015

sehati sejiwa

SEHATI SEJIWA. Mudah diungkap, amat sukar dibuat. Namun yang sukar itulah yang kita cari. Yang nikmat kita kecapi. Yang kita buru setengah mati. Kena fikir banyak kali..untuk meraih cinta Allah atau cintakan diri sendiri.

Pernahkah kita merasa berdebar tiba2. Dan kemudian tetiba telefen berdering. Seseorang yang kita sayang menghubungi kita. Dan kita pun....

#ramai yang amat aku kasihi dan sayangi.

Ahad, 22 Februari 2015

Nikmat dari DIA

Satu konsep hidup yang paling seronok dan paling memberi ketenangan hati.."kalau Allah memang nak beri, DIA akan beri dengan apa cara pun. Yang penting, tiap usaha kita mesti mengikut syariatNYA, laksanakan untuk mendapat redhaNYA bukan redha manusia. DOA pula mesti jadi makanan harian."

Ya Rabb,
Segala puji bagiMU yang menganugerahi aku, hambaMU yang dhaif ini segala nikmat dunia. Jadikan aku hambaMU yang menggunakan nikmat dunia ini untuk mengecap nikmat akhiratMU.

Untuk insan2 yang tidak jemu2 menyayangiku, mendorong, merangsang semangat, mencurah ilmu dan menghulur bahu untuk kutumpahkan airmata sayu dan ceria...kalian taman hatiku. Moga Allah satukan kita di syurga sana. amin.

Rabu, 18 Februari 2015

Qiraat...cintaku tertumpah

Hari pertama menghadiri kelas Qiraat jama' di UIA.  Terujanya. Ia bagaikan kenyataan yang tak pernah pun wujud dalam impian.Tak terungkap dengan perkataan. Cukup dengan kalimahMU.,Alhamdulillah..KAU izinkan hambaMU menggali ilmu hebat ini di hujung2 senja.

Terima kasih suami yang begitu mendorong, anak2 yg mama cinta, ustazah uyun yang tak pernah jemu menghulur ilmu, ustaz hafeez yang kadangkala provoke....hehee..ustaz amiruddin yang sentiasa merangsang semangat, kak aisyah taman hati ini, ustaz rahim jusoh tenaga pengajar hebat. 

Awesome life!

tertawan..

Ketika kau tawan matanya dengan perilaku pekertimu, kau sebenarnya sedang menawan seluruh perasaannya. 
Ketika kau tebar kasih sayang dengan perhatian belasmu, kau sebenarnya sedang menawan seluruh hatinya.

Saat itu dia telah menjadi milikmu..tawananmu. Jagalah budimu, Kawal bahasamu. Tinggikan akhlakmu. Jangan cemari kepercayaannya. Buktikan kasihmu kerana redha Pencipta. Untuk menggamit cintanya, cinta Allah mendahului cinta manusia. 

Rabbi...
Sejuk subuh menggamit rasa syahdu
kau lingkari hambamu dengan penuh cinta
kau dakap hati hambaMU dengan kasih manusia berhati jernih




Rabu, 11 Februari 2015

pernahkah?

Ketika kau mengeluh tak punya sahabat, lihatlah ke dalam diri. Pernahkah kau  menjadi sahabat?


Sabtu, 31 Januari 2015

amalan paling baik

Ibnu Abbas telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dikhususkan kepada mereka satu-satu nikmat untuk kemanfaatan seluruh hambaNYA. Maka barangsiapa bakhil dengan nikmat yang diberikan itu terhadap sesama hamba Allah, Allah akan tarik balik nikmat itu, lantas diberikan kpd orang lain.

Sabda Rasulullah: Bermurah hati itu diibaratkan seperti satu pohon dari pohon-pohon syurga, dahan-dahannya terjuntai hingga ke bumi. Maka barangsiapa berpaut dengan dahannya, nescaya dahan itu akan memandunya ke syurga.

Daripada Jabir r.a, katanya: Wahai Rasulullah! apakah amalan yang paling baik? Baginda menjawab: Bersabar dan selalu memaafkan orang lain.

Diriwayatkan daripada AlMiqdam bin syuraih daripada bapanya, daripada datuknya, katanya: Aku berkata: wahai Rasulullah! Ajarilah aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga. Jawab baginda: Sesungguhnya daripada perkara-perkara yang membawa kepada keampunan Allah, memberi orang makan dan mengucapkan salam serta baik dalam tuturkata.

~ Penyingkapan Hati Kepada Rahsia2 ILAHI

Rabu, 28 Januari 2015

Soleh solehah

Teringat detik2 memohon didekatkan dengan orang2 soleh solehah. Doa dipanjat dengan air mata. 

ALLAH! Kasih sayangMU tak terungkap dengan kata2. KAU anugerahi hambaMU dengan kasih sayang serta belas mereka.

Mohon cinta ini temukan hamba2MU diSyurga.

Selasa, 27 Januari 2015

wajah anak2

Tahun  ke2 mengajar Matematik pada anak-anak berserban. Menatap wajah2 suci dan  tenang dengan rasa kasih. Seluruh jiwa mereka diterap dengan alQuran. 

Ya Rabbul Izzati......
Rahmatilah dan berkatilah anakku di kejauhan sana. Lindungilah dia daripada tipudaya dunia. Kasihilah dia sebagaimana ENGKAU mengasihi hamba2MU yang ENGKAU Sayang.

~melihat anak2 murid, teringat pada anak bujangku yang sedang berjuang di medan ilmu. Rahmatilah dia. Bantulah dia ya ALLAH.