Khamis, 28 Mei 2015

cukuplah....beransur pergi

Akhirnya Allah tunjukkan juga. Siapa yang boleh menipu bahasa tubuh? Lisan lidah yang  lembut tidak bertulang tapi menghiris bisa.  Peristiwa yang tidak diduga. Dialog yang menyerlahkan jiwa. 

Cukuplah sekadar ini. Ramadhan bertemu ramadhan. Lalu segalanya menjadi kenangan silam yang tidak akan dibuka semula. Dunia sudah menjadi sisa. MukjizatNYA teman sejati.

Cukuplah seadanya. Di sini bermula. Di sini berakhir. Harapan agar tidak ada yang menjadi mangsa air mata dunia. 

Ikhlas itu umpama semut hitam atas batu hitam dalam kegelapan. Biarlah Allah yang menceritakan. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Gembira kecewa bersilih ganti. Allah sayang kita. Kerana itu diperingatkan dengan air mata.

Beransur pergi.

Jumaat, 22 Mei 2015

Dia lagi...

Bila disayang,  rindu tak pernah hilang.
Bila dirindu, kasih sentiasa datang
Sesekali berhati walang bukanlah malang

Allah datangkan insan yang indah hati
yang baik pekerti 
yang tidak kenal makna benci
mengajar kita erti rendah hati

itulah rahmatNYA
DIA yang mencipta 
DIAlah Allah rabbul izzati

Selasa, 12 Mei 2015

kawan biasa. sahabat luar biasa

Berkawan itu biasa. Bersahabat itu yang luar biasa. Kepercayaan menjadi tunggak  perhubungan. Kehalusan budi menjadi nadi kepercayaan. Berjanji dibayar dengan tunai. Kotakan. Itulah penguat hubungan.

Aku berkawan dengan semua. Tapi mungkin memilih sahabat. Bukan kerana aku memilih2 . Tapi aku tidak kuat  perasaan. Tak cekal hati. Memang payah kalau mudah tersentuh. Kata orang, kalau tak mahu dilambung ombak, jangan  berumah di tepi pantai.
Maka inilah aku. Hanya mampu berumah di tanah rata. Mendatar.

Ahad, 10 Mei 2015

study qiraat dgn suami..

Kasih sayang penyubur jiwa. Malam ini aku dan suami study qiraat bersama. Perawi Qalun dari imam Nafi'. Dia eager betul prepare untuk kelas esok. Hatiku semakin berbunga bila dia turut minat pada qiraat. Alhamdulillah... Tuhan beri kami peluang untuk mengecap nikmat belajar ilmu qiraat bersama begini. Kalau zaman belajar dulu, dia study engine, aku  study sains. Hari ini kami sama2 menelaah alQuran..mengkaji.,berbincang...dan adakala berbahas tentang qiraat.


#Seronok dapat murid smart macam sidia.