Selasa, 13 Disember 2016

urusan belakang tabir

Hari ini siaplah husband mengecat dua kelas tadika. sejak sebelum Disember lagi sudah berjalan projek upgrade tadika kafa ni. Biarpun aku yang menjadi AJK Jemaah Tadbir KAFA tapi suamiku sering support di belakang tadbir. Semuanya demi melahirkan generasi yang cemerlang dengan ilmu Allah.  Sekolah yang teratur melahirkan murid yang teratur.
Kepada guru2 KAFA khasnya tadika kafa ini, bertugaslah kerana Allah. Bertugaslah dengan hati bukan dengan gaji semata2. Bila hati bersungguh, harta akan datang dari arah yang tidak disangka2.

 Kepada suamiku..jazakallah khairan jazak. Jasamu tidak dapat kuungkap dengan kata2. Semoga Allah limpahkan rahmat tak terhingga buatmu.

Sabtu, 10 Disember 2016

kursus pertama

Pagi tadi menghadiri kursus haji. Hari pertama. Sebak bila talbiah dialunkan. "Aku datang ya Allah".
Terķenang ketika menunaikan umrah hujung tahun lepas. Pelajaran paling utama aku peroleh ialah SABAR. Sifat ini amat mahal lebih-lebih lagi di Mekah dan Madinah.
Ramai yang mengaku sabar tapi tidak ramai yang benar2 mempunyai sifat itu.

Rabu, 7 Disember 2016

setahun sudhlah berlalu


Banyak doa sudah dimakbulkan. Banyak juga yang dianugerahi walaupun tidak pernah  diminta. Sebenarnya bukan 'banyak juga'. Tapi memang banyak tak terhingga. Hanya kita ýang selalu lupa. 

Beberapa minggu ĺagi genap setahun menjadi pengemudi. Iniĺah pengalaman yang dari cempedak jadi nangka. Mula2 tidak, tetiba diangkat ke persada. Ia diterima dengan hati berbelah bagi. Bukan penuh cinta tapi disambut dengan rasa nestapa.

 الحمدلله...Kini redha mula menjelma. Mudah2an Yang Esa sentiasa mengiringi perjalanan ini. Mencari redhaNYA.