Rabu, 14 September 2016

Menelah diri

Persada ini membawa saya ke suatu dunia yang tidak tertulis. Tidak mampu ditulis.Dirungkai. Dunia yang penuh dengan rencah. Kancah yang pelbagai. Adakalanya saya tidak tahu di mana minda berada. Kadang-kadang gerak-geri diperhatikan dari segenap ruang. Positifkah?

Justeru sesekali ìngin rasanya berbaring di atas pantai melihat langit. Sendirian. Menikmati segenap kesempatan untuk men yendiri.

Namun hatiku tiada di situ. Yang digalas ini wajib saya jaga sebaiknya agar tidak jatuh menjadi sampah. Biarlah menjadi pulau tempat berehat. Atau menjadi pokok yang sentiasa berbuah. Bila batu dilontar, buah yang manis jatuh di tangan.