Ahad, 28 November 2021

Sahabat apa ertinya?

 Bersahabat tak perlu jumpa. Tak perlu dengar suara. Pm je cukup. Betulkah? Betulkah itu namanya sahabat?

Yang pasti. Kita tak perlu susah2kan dìri menghurai erti sahabat. Berbuat baiklah ikut ķemampuan diri. Bukankah kita hanya cari redha Allah. Kadang kudrat kuat tapi hari tak kuat. Kadang jiwa kuat tapi kudrat tidak. 

Apapun sahabat memang perlu dalam kehidupan asalkan membawa kita ke arah kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Terima ķasih kepada yang  sudi jadi sahabat.



Khamis, 11 Jun 2020

3 DIA suka..3 DIA benci.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasululah s.a.w bersabda;

Sesungguhnya Allah menyukai daripadamu 3 hal dan membenci 3 hal.

DIA menyukai:
1, Jika kamu beribadah kepadaNYA tanpa menyengutukanya dengan sesuatu pun.
2. Kamu berpegang teguh pada agamaNYA.
3. Tidak berpecah belah.

Allah membenci daripadaMU 3 hal:
1. Berkata sesuatu  yang tidak bermanfaat.
2. Banyak bertanya
3. Mensia-siakan harta.

(Hadis riwayat Muslim).

Pengajaran:
1. Mendorong untuk ikhlas beribadah kepada Allah SWT semata-mata tanpa menyengutukanNYA.
2. Berpegang teguh pada agama Allah SWT dan bersatu dalam jemaah kaum muslimin.
3. Meninggalkan perbicaraan yang tidak bermanfaat
4. Menghindari perbuatan menghabiskan harta di jalan yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT.

Riyadus Solihin.

Ahad, 12 April 2020

emosi maths,hehe

ingat malam ni nak sambung ngajar maths anakn tapi macam tak boleh fokus. Malah anak pun nampak masam je muka,hehe..

Dugaanku sebagai guru maths. Anak sendiri kurang minat maths. insyaallah, Allah pasti bantu. 

Selasa, 3 Disember 2019

Hanya kenalan. Bukan sahabat.

Sentiasa ingat kata-kata," jadilah sahabat yang baik, bukan sibuk mencari sahabat yang baik". Yes.

Dan Allah maha tahu apa yang terbaik untuk kita. Redha dengan ketentuanNYA.

Dia hanya rakan. Dia bukan sahabat . Ketika seorang berjuang,dia lari nenyusup di belakang. Tidak mengaku kawan.  Redha.

Ketika sedang berjuang seorang. Ada pulak yang menentang. Dia datang berada di sisi penentang. Menentang dengan penuh gah. Redha.

Terima kasih dengan ribuan kisah yang memyerlahkan siapa dirimu.  Title sahabat sudah hancur berkecai lumat dicarik-carik oleh tanganmu sendiri.

Yang tinggal hanyalah kenalan. Sama seperti orang yang baru kukenal.
Selamat tinggal kenangan.

Khamis, 28 November 2019

Antara proaktif dan reaktif.

Yang tak buat apa2 memang selalunya banyak cakap, banyak komplen, banyak protes.

Asyik sibuk berbincang. musyawarah. Salahkan itu. Salahkan ini. Hakikatnya dirinya sendiri tak buat apa2 pun.

Bercakap memang mudah. Khalayak sedang menanti apa yang  akan diadakan.

Orang melihat apa yang kita laksanakan . Apa yg kita boleh beri. Bukan nak tahu procedure tu procedure ni.

Sibuk bertelagah tapi hasil takde. Huuu.

Kalau tak boleh jadi proaktif. Jangan bersifat reaktif. Itu mengganggu tugas2 orang lain.

Jumaat, 15 November 2019

kurang Adab

Belajar berbahasa. Belajar menjaga hati orang lain. Mungkin kau dianggap okay dalam rumpun kau kerana kalian serumpun kurang adab.
Tapi ingat! Lain padang lain la belalangnya.

Sedar apa saiz sudu dibandingkan dengan kuah. Ringkas kata, muhasabah diri.

Belajar adab berbahasa itu penting.

no Space

There is no space for provokers and pessimist.
You only make it haywired!

Ahad, 18 Ogos 2019

Bila kasih dibawa ke syurga

pernahkah kau rasa sayang tapi tak pernah kau luahkan?

pernahkah kau rasa happy bila dihubungi tapi tak pernah kau tunjukkan padanya?

pernahkah kau rasa diperhati meskipun tak bertemu dengannya?

pernahkah kau rasa dirindui meskipun tidak pernah diluah hati ke hati?

pernahkah kau rasa ada yang peduli meskipun tidak bersama2 di sisi?

pernahkah kau rasa dicemburui meskipun itu tak patut ada dalam diri?


Ada kasih dibawa ke mati demi mencari redha Allah.
Semoga menjadi sahabat syurga kelak.آمين.

Sahabat terbaikku,  tarik tanganku jika aku tidak kau temui di syurgamu nanti.

Selasa, 23 Julai 2019

kuat bersamamu

Sahabat,
Terima kasih dengan kesetiaanmu. Dengan izinNYA kita saling menguatkan.


Isnin, 15 Julai 2019

tersirat

Masih teringat. Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Ada yang tak terluahkan.