Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH. Papar semua catatan

Khamis, 19 Disember 2013

Yang Kurang itu Kita

Dua kali 'ditipu' oleh Waze, GPS  yang digunakan untuk menunjuk arah jalan ketika melancong ke Sarawak baru-baru ini. 'Penipuan' ini menyentapkan sedikit hati. Bukannya marah atau terluka. Tapi mengajar diri. Yang sempurna itu cuma Allah, Yang Esa, Yang Kamil, Yang Syumul, Yang Qidam.

Kalau software yang tidak ada lidah, tidak ada minda, tidak ada hati boleh tersilap data. Apatah lagi manusia yang diberi authority untuk mengendalikannya. Untuk mengurus diri, hidup di alam fana ini juga kita selalu tersasar. Fatamorgana yang mengasyikkan... harum dinikmati hingga kita lupa diri. 

Allah...
Berikan kami waktu untuk mengumpul jiwa yang hidup ketika menemuiMU. Bukan waktu yang panjang. Tapi waktu yang bererti untuk KAU terima amal kami. Bukan ibadah yang banyak. Tapi amalan yang ikhlas untuk menghijab kami dari melihat nerakaMU.

Rabu, 18 Disember 2013

Kagum pada Diri Sendiri?

Musa berkata, "apa perbuatan manusia sehingga engkau dapat menguasainya?"
Iblis menjawab, "apabila ia merasa kagum pada dirinya dan merasa banyak amalnya serta melupakan dosa-dosanya".

Khamis, 12 Disember 2013

Sport Shoes

"Lecehlah pakai sandal. Kalau ada sport shoes, guarantee saya boleh jalan kaki berapa jauh pun... kaki selesa. Ringan je nak melangkah. Nak ke hutan mana pun boleh!"

Itulah kata-kata 'cakap besar' yang menjadi iktibar. Syukur alhamdulillah. Kasih Allah tulus. Sentiasa mengingatkan.

Setelah membeli sepasang sport shoes Nike (end year sale di Sarawak Plaza), saya begitu yakin. Namun Allah lebih tau. Keesokannya, ketika melangkah saya berasa sakit di bahagian atas kaki kiri. Masa pakai sandal takde pulak rasa sakitnya. Setelah dibelek-belek, rupa-rupanya ada kesan merah di bahagian sakit. Entah bila ujudnya. Akhirnya, saya pakai kasut itu juga dengan langkah yang masih terbatas.

Allah....Allah...Allah... Ampunkan hambaMU yang selalu lalai.

Sabtu, 30 November 2013

Dunia Yang Setitis...

Allah beri dunia pada orang yang disukaiNYA. Allah juga beri dunia pada orang yang dibenciNya. Tapi Allah beri agama pada orang yang disayangiNYA.

Dunia itu permainan. Dunia itu hanya hiburan. Sebaik-baik hiburan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri solehah.

Isnin, 25 November 2013

Yang Mana Hati Kita?

Hati itu ada  empat macam, iaitu;
~hati yang terang seperti lampu, itulah hati orang mukmin.
~hati yang gelap dan terbalik, itulah hati orang kafir
~hati yang tertutup dan terikat pada tutupnya, itulah hati munafik
~hati yang berlapis di mana terdapat sifat iman dan sifat munafik. Perumpamaan iman di dalamnya seperti tanaman yang tumbuh oleh air yang baik. Perumpamaan sifat munafik seperti luka yang membesar kerana nanah dan air nanah. Maka yang mana di antara kedua benda itu yang dominan, iapun dihukum sesuai dengan yang dominan itu.

.. Ringkasan Ihya Ulumuddin..

Khamis, 26 September 2013

Ingin Yang Terbaik?

Kita selalu  inginkan yang terbaik.
Kerana itu, jadilah yang terbaik. Berilah yang terbaik.
Insyaallah dapat yang terbaik di permulaan...pertengahan...penghujung.

 


 

Isnin, 8 Julai 2013

Dunia Ibarat Pasar

"Dunia ini ibarat pasar yang dilalui oleh pengembara dalam perjalanannya menuju ke tempat yang satu lagi, akhirat. Pasar ini menjadi tempat pengembara itu mengumpul bekalan untuk perjalanannya.
Pengembara itu Adalah KITA dan pasar itu adalah DUNIA."
 
~ Imam Al-Ghazali ~

Ahad, 7 Julai 2013

Orang Paling Miskin

Orang yang paling miskin dan paling sengsara bukanlah orang yang paling tidak berharta. Tapi adalah orang yang tidak berasa nikmatnya cinta Ilahi.
Kalau puasa itu nikmat, solat itu juga nikmat.
Kalau puasa itu mudah, solat lagi mudah.
Selangkah kita dekati Allah, berjuta-juta langkah Allah dekati kita.
 
 

Jumaat, 21 Jun 2013

Jangan Uji

Hubungan jangan diuji. Yang layak menguji hambaNYA cuma Allah. Kalau kita solat, dapat yg solat. Kalau kita ikhlas, dapat yg ikhlas. Allah tau kan?