Memaparkan catatan dengan label Syahdina muza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syahdina muza. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Januari 2014

Pagar Syurga itu Berduri

Ada kala rasa kasih terpaksa disimpan agar Allah pelihara nilainya. Diluah hanya di hadapanNYA, Allah yang Maha Tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Biarlah DIA yang menyediakan ruangnya, lorong tamanNYA.. lurus dalam rahmatNYA.

Bila kita sibuk meneliti aib diri, kita tidak sempat mengintai-ngintai aib orang. Pintu neraka dan pintu syurga sama-sama sedang terbuka.

Pagar syurga itu berduri. Semoga kita ditemukan semula di sana nanti. Aminn...

Selasa, 3 Disember 2013

Yang Semakin Dicinta

Malam tadi masuk bulan ke-4 bertalaqqi dengan Ustaz Hafeez. Ustaz lulusan dari Universiti alAzhar, Mesir ini merupakan seorang hafiz dan mahir dalam ilmu Qiraat. Kehadirannya menyuburkan lagi cinta kami sekeluarga pada alQuran.

AlQuran, semakin dibaca semakin dicinta. Semakin dipelajari semakin dirindui. Nikmatnya tatkala membaca, kita menangis tersedu-sedu. Sebak mengulit rasa tiba-tiba. Airmata yang mengundang pahala. Bukankah itu nikmat?

Ingin rasanya berkongsi sedikit ilmu malam tadi;
- Pada ayat 1 surah alImran, 'alif lam mim' boleh dibaca secara dua wajah apabila dibaca secara bersambung dengan ayat ke-2. -

~Cintai alQuran Cintai Kehidupan~

Jumaat, 22 November 2013

Tarikh Keramat Tulang Rusuk!

1 Disember bakal tiba. Kira-kira seminggu lagi. Tarikh keramat saya dan dia, pemilik tulang rusuk. 25 tahun itu panjang bagi yang hidup menderita. Tapi tak terasa bagi yang sebaliknya.

Teringat kata-kata, " Happy marriage is union of two forgivers". Ya! Kata-kata itu banyak kebenarannya. Bahagia itu bukan ujud begitu saja. Rahmat Allah menjadi paksinya.  Dengan rahmatNYA, bahagia itu dibina...dibaja...disirami dengan kasih sayang yang tidak melebihi kasih sayangNYA...dikawal dengan kemaafan yang ada kala menyesak dada.

Perkahwinan bukan sekadar tanda cinta. Tapi binaan syurga dunia untuk meraih syurga di Negara Abadi.

~syahdina muza