Memaparkan catatan dengan label Dr MAZA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr MAZA. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Mei 2014

Kembara Dunia

"..hidup ini adalah kembara merentasi benua yang mencabar. Ketakutan dan cabaran menghambat kita di mana-mana. Namun Allah menyediakan berbagai bekalan kekuatan yang jika dihayati, diselami dan dihirup ke dalam urat nadi akan menjadikan insan sabar dan yakin dalam meneruskan kembara ini.
Antara bekalan yang disediakan ialah solat, terutama di qiyamullail. Esakan dan tangisan rintihan di malam yang sunyi adalah nikmat yang tidak gambarkan. Airmata rintihan dan pengakuan diri di hadapan Allah atas kelemahan dan dosa, juga pemohonan atau doa agar diberikan limpah kurnia, itu semua adalah kenikmatan yang tidak dapat difahami melainkan sesiapa yang merasainya. Dalam sebak tangisan itulah insan merasai nikmat menghambakan diri kepada Tuhan Yang Maha Agung. Itulah bekalan dalam merempuh cabaran dan dugaan hidup.
Demikian juga Ramadan, kedatangannya selalu memberikan kekuatan baru dalam hidup ini. Tangisan dan esakan di kesunyian malam ketika sendirian, maka tanpa riyak dan ujub, membawa kekuatan kepada diri insan dalam menerusi agenda perjalanan hidup. Begitulah juga, haji dan umrah. Segalanya apabila ditunaikan dengan jiwa yang merendah kepada Allah, lidah yang memohon ampun dan kurnia, ia adalah bekalan kekuatan yang maha ajaib."

~Dr MAZA

Rabu, 14 Mei 2014

Cinta Adalah Rezeki

Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai. 
Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).
Terima kasih kepada semua mesej cinta dan kasih, moga Allah memberikan kebaikan untuk kita semua.

~Dr MAZA

Jumaat, 31 Januari 2014

Isnin, 13 Januari 2014

Malam Itu...

Malam itu indah untuk mereka yang mencari Allah..bagi mengangkat sembah segala pengaduan dan masalah..malam adalah lembing yang akan menikam orang orang yang zalim..dengan doa dan rintihan maka panah Tuhan akan mengenai sasaran..malam juga waktu istighfar memohon ampun atas segala dosa yang tersasar.. .malam juga waktu memohon disegarkan jiwa yang pudar..
 
~Dr MAZA

Rabu, 4 Disember 2013

Dalam hati...

..saya merenung kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam kitab kerohaniannya yang terkenal ‘Madarij al-Salikin’. Suatu kata-kata yang terbit dari ilmu dan pengalaman kerohanian yang dalam. Kata beliau:

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.
 
~Dr MAZA
 

Khamis, 1 Ogos 2013

10 Malam Terakhir...

sahabat,
marilah kita hidupkan malam-malam sepuluh yang akhir ini dengan solat, al-Quran, istighfar dan doa..marilah kita tenggelamkan diri dalam limpahan airmata yang mengharapkan keampunan dan kurniaanNYA..hanya sepuluh hari untuk kita benar-benar bersungguh bangun di malam sunyi memanggil dan menyeru Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Memberi..carilah ruangan masjid untuk beriktikaf keranaNYA..elakkan pada siang hari perkataan dan perbuatan yang mengotorkan jiwa sehingga kita hilang kekusyukan pada malamnya...dengan jiwa yang syahdu dan khusyuk itu, pohonlah segala hajat dunia dan akhirat, di waktu yang penuh berkat dari Tuhan yang penuh rahmat..
 
~Dr MAZA~

Rabu, 31 Julai 2013

Di Mana Kita di SisiNYA?

..apa yang kita harapkan dari kehidupan ini ialah keredhaan Tuhan..ini sebuah perjalanan yang menemukan kita dengan pelbagai cabaran dan ujian..dunia boleh berbicara apa sahaja, namun yang penting apakah kedudukan kita di sisiNYA..kita boleh memutuskan kemesraan dengan sesiapa pun tetapi kita tidak akan mampu menanggung derita jiwa jika terputus hubungan dengan Yang Maha Pencipta..Ya Allah! kasihanilah kami dan terimalah kami di sisiMU..
 
~Dr MAZA~

Selasa, 30 Julai 2013

Pilih Akhirat atau Pilih Dunia?

Sabda Rasulullah SAW;
 
Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia).
 
Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)
 
(Riwayat al-Tirmizi)
 
~Dr MAZA~
 
www.drmaza.com

Sabtu, 27 Julai 2013

Bahasa lahir Dari Jiwa

..dari jiwa yang bersih lahirnya bahasa dan tindakan yang santun dan baik..dari jiwa yang kotor lahirnya bahasa yang tidak sopan dan tindakan yang tidak takutkan Allah..lihat bahasa dan tindakan, nescaya terlihat apa yang bersarang dalam perasaan..
 
~Dr MAZA ~

Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah Bersama Kita!



Dr MAZA

Seluas-luas Pintu Adalah Pintu Taubat



Dr MAZA