Memaparkan catatan dengan label Dr Zaharuddin Abd Rahman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Zaharuddin Abd Rahman. Papar semua catatan

Selasa, 2 September 2014

Bahayanya tidak berilmu...tapi terasa berilmu


Paling bahaya adalah seseorang yang tiada berilmu tetapi menyangka berilmu dan tahu lalu menyanggah.

Perlu kita sentiasa bermohon agar kita disedarkan dari ketidakfahaman dan kejahilan agar mampu membetulkan diri sebelum datang kematian. 

Photo: Paling bahaya adalah seseorang yang tiada berilmu tetapi menyangka berilmu dan tahu lalu menyanggah.

Perlu kita sentiasa bermohon agar kita disedarkan dari ketidakfahaman dan kejahilan agar mampu membetulkan diri sebelum datang kematian.

..Dr Zaharuddin Abd Rahman, 

Hargailah..tanda bersyukur


Keinsafan dan tersedarnya kita atas kesilapan (sama ada dosa besar seperti riba, aurat etc) adalah suatu kurniaan tidak ternilai. Ia tidak mampu dibayar oleh apa-apa nilai wang ringgit.

Justeru jika ada insan yang menjadi sebab kepada keinsafan itu. KENANGI, HARGAILAH dan HORMATILAH mereka. Mereka adalah guru yang besar, sebab yang penting dalam kehidupan. Hatta jika antara kita wujud perbezaan cara dan aliran dikemudiannya. Hormat itu tanda kamu bersyukur dan barakah; MENGUTUK dan MENGATA BURUK terhadap mereka itu tanda kita sudah kembali tersasar.

..Dr Zaharuddin Abd Rahman, 

Jumaat, 6 Jun 2014

KALAU ANAK BERMASALAH, LIHATLAH DIRI KITA SENDIRI


KALAU ANAK BERMASALAH, LIHATLAH DIRI KITA SENDIRI

Seorang lelaki mengadu anaknya menderhaka kepada Umar Alkhattab r.a. Apabila dibawa anak itu ke hadrat Khalifah, anak itu bertanya akan tanggungjawab ayah terhadap anak. Setelah dijawab oleh Khalifah Umar r.a, anak itu menjawab, semuanya tidak dilakukan oleh bapaku, lalu khalifah Umar berkata kepada di lelaki :

جئت تشكو عقوق ابنك وقد عققته من قبل أن يعقَّك، وأسأت إليه من قبل أن يسيء إليك.
Ertinya: engkau mengadu anakmu derhaka namun engkau telah MENDERHAKAINYA sebelum dia derhakaimu, dan kamu telah menyakitinya sebelum dia menyakitimu. ( syu'ab al iman, al- bayhaqi: athar dhoif) 

PENGAJARAN

Wahai ibubapa, JANGAN HANYA mengeluh apabila anakmu menderhaka, cubalah muhasabah sama ada kita sendiri telah MENDERHAKAI anak tanpa tunaikan haknya antara yang disebut dalam athar adalah 
1. Memilih dan mentarbiah isteri agar jadi ibu yang baik solehah 
2. Memberi nama yang mulia dan baik
3. Mengajarkan anak al-Quran dan kandungannya.

~Dr Zaharuddin Abd Rahman

Ahad, 1 Jun 2014

Hemah Belanja Perkahwinan itu Berkat


Statistik penceraian pasangan Islam di Malaysia amat tidak sihat. Ada orang menghabiskan wang berpuluh-puluh ribu untuk majlis kahwin sehingga berhutang. Malangnya kurang dari 3 tahun telah ramai bercerai. Berhemahlah dalam belanja perkahwinan kerana pada jimatan belanja itu ada unsur bawa keberkatan yang mengekalkan perkahwinan. 

Hemah dan jimat itu juga tanda pasangan yg berkahwin dan keluarga mereka BUKAN orang-orang yang terlalu utamakan dunia dan penampilan luaran berbanding taqwa dan hati.

~ Dr Zaharuddin Abd Rahman

Khamis, 8 Mei 2014

Petunjuk Hati Kotor

Antara petunjuk hati kotor dan sedang jauh dari rahmat Allah ialah apabila dibacakan kalam Allah atau yang membawa kepada Allah & hari akhirat, orang itu akan merasa jemu, mengantuk atau tak peduli.
Namun apabila mendengar bahan2 lalai dan hiburan mereka mendengar dengan PENUH SEMANGAT dan apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka tubuh mereka seolah berdansa lalu bergerak-gerak mengikut rentak dan menghafal liriknya dengan semangat. Na'uzubillah min zalik.
Fakta di atas adalah dipetik dari firman Allah dari surah Az-Zumar ayat 45.
Mari bermuhasabah dan rahmat Allah swt masih terbuka bagi yang bertaubat..sebelum ruh berada di kerongkong.
~Dr Zaharuddin Abd Rahman

Rabu, 7 Mei 2014

Manja Dalam Menuntut Ilmu

FENOMENA MANJA DALAM MENUNTUT ILMU
Kadang-kadang ada di antara kita yang terlalu 'MANJA' dalam menuntut ilmu. Sedangkan susah payah dan PENGORBANAN dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar bagi keberkatan ilmu. Cuba fikirkan :
a. Ada orang yang bila seseorang 'alim, ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka. Mereka MINTA GURU datang mengajar di tempat mereka.
b. Bila buat di tempat mereka, mereka MINTA GURU mengajar buat pada waktu mereka cuti.
c. Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu MINTA GURU yang mengajar upload ceramah ke youtube.
d. Bila dah upload ke youtube, mereka komen kenapa panjang sangat, MINTA GURU buat pendek-pendek agar tidak letih menonton.
e. Bila ada soalan mereka send ke email, sms, whatsapp, inbox facebook guru lalu MINTA GURU jawab dengan segera.
f. Bila guru lambat balas, mereka hentam GURU sebagai sombong, berlagak selebriti. Lalu MINTA guru bertaubat.
g. Bila guru membalas ringkas dan pendek serta padat, mereka anggap GURU tak hikmah dalam berbahasa kerana kelihatan kasar tanpa pendahuluan.
h. Bila semua ini dinyatakan, akan ada yang MINTA GURU bersabar..nasihatkan gurui bahawa itu asam garam dalam dakwah. Sedangkan mereka sendiri lupa untuk SABAR hadapi susah payah hadiri ke majlis ilmu guru terbabit.

Beginikah kesungguhan dan cara sebahagian kita dalam mempelajari ilmu agama untuk diri, kebaikan di alam barzakh dan akhirat? Sedang ia perkara serius yang patut setara keutamaannya seperti keluar bekerja mencari nafqah dan gaji. Malah patut lebih serius lagi.

'Manja' dalam mencari ilmu akan hanya bertemu dengan penghayatan ilmu yang lembik dan kurang mampu diamalkan juga.

~ Dr Zaharuddin Abd Rahman

Isnin, 13 Januari 2014

Kita Semakin jauh?

Wahai Rasulullah,

Tika ini, jika engkau hadir bertamu,

Mungkin mengalir deras airmatamu,

Dek kesayuan mengenang umatmu,

Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,
...



Wahai Rasulullah,

Nafsu kini menjadi tuhan,

Harta dan pangkat menjadi sembahan,

Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,

Ibadah dirasa berat tidak tertahan,

Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.



Wahai Rasulullah,

Kedamaian rumahtangga semakin hancur,

Sikap curang semakin subur,

Peranan ibubapa kian gugur,

Ketaatan anak-anak turut melebur,



‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,

Akibat solat yang tiada berarah,

Amat jauhlah keikhlasan ibadah



Wahai Rasulullah,

Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,

Namun ramai mendustakan ajaranmu,

Harta kini lebih dicintai dari cintamu,

Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,

Seperti khayalan yang nyata palsu,



Wahai Rasulullah,

Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,

Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,

Hinggapnya hanya sebentar,

Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...



Taubat kami kurang kekesalan,

Tiada penghayatan, tiada keinsafan

Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,

Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,



Wahai Rasulullah,

Aurat wanita tercemar kian,

Berbangga ditayang & dihias berlebihan,

Ditagih penghargaan dan kalam pujian,

Tidak dipeduli murka Tuhan,

Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,

Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,



Wahai Rasulullah,

Bersamamu, kami merindui kehidupan,

Namun adakah diri ini punyai kelayakan,

Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,

Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,

Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,



Wahai Rasulullah,

Belas Allah kami harapkan,

Moga , tatkala menjelang kematian,

Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.


Nukilan

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Ahad, 5 Januari 2014

Jumaat-Hari Mustajab Berdoa

Hari Jumaat adalah hari mustajab berdoa. Berdoalah dengan adab-adab berikut :-

1. Menghadap qiblat, angkat kedua belah tangan dan menyapu muka di akhir doa.
2. Merendahkan suara di antara bisik dan jahar (lantang)
3. Hadir hati, Khusyu' dan rendah diri, berserah diri kepada Allah.
4. Datangkan rasa 'confirm' doa akan dimaqbulkan dan benar-benar harap kepada Allah swt.
5. Merayu bersungguh maka se...
eloknya diulang tiga kali.
6. Membuka doa dengan 'Majami' al-Hamd' (induk dan penghulu lafaz pujian kepada Allah swt - thukah kalian bacaannya? selawat ke atas Rasul s.a.w dan diakhiri juga sedemikian.
7. Istighfar dan taubat beserta doa, jika ada ZALIMI maruah atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. itu adalah faktor paling kuat untuk maqbulnya doa.
8. Memahami doa yang dipinta.

SELAMAT BERDOA, antara waktu mustajab berdoa di hari Jumaat adalah selepas Asar sebelum Maghrib.
 
~Dr Zaharuddin Abd Rahman
 

Rabu, 4 Disember 2013

Bila Sibuk Dengan Aib Orang..

Imam Ibn Hibban berkata :
من اشتغل بعيوب الناس عن عيوب نفسه عمى قلبه وتعب بدنه وتعذر عليه ترك عيوب نفسه
Sesiapa yang menyibukkan diri dengan (bercerita dan sebar) keaiban orang lain LEBIH dari mengendalikan keaiban diri sendiri, akan DIBUTAKAN hatinya sehingga letih badannya dan tiada lagi mampu meninggalkan keaiban dalam dirinya sendiri.
 
~Dr Zaharuddin Abd Rahman

Khamis, 24 Oktober 2013

Sakinah dalam Rumah Tangga

Rumahtangga yang perolehi 'Sakinah' adalah suami dan isteri, masing-masing lebih suka dan gembira berada di rumah berbanding di luar rumah. Antara tandanya, sentiasa segera ingin balik ke rumah sejurus selepas kerja, atau jika masih ada sedikit, tanpa bertangguh lagi terus balik dan berazam siapkan di rumah sahaja (walau mungkin tak siap juga). Yang penting, rumah dan ahli keluarga dalam rumah menawarkan 'SAKINAH' ketenangan dan kebolehduduk di dalam rumah dengan selesa emosi.

~Dr Zaharuddin Abd Rahman