Memaparkan catatan dengan label Ustaz Zahazan Mohamed. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Zahazan Mohamed. Papar semua catatan

Selasa, 2 September 2014

Kreatif salah tempat


Posting dari Syeikh Us Dr Zaharuddin dlm network kami ..

Baru saja mendengar satu majlis zikir dan qasidah yang menggunakan rentak lagu ulik mayang ...  semakin kreatif.
mungkin juga akan datang kelak rentak2 lagu popular artis antarabangsa bakal menjadi pilihan.. Wallahu 'alam.

Tambahan ana , 
Apa nak buat, sila renung : firman Allah dlm surah al Kahfi ayat 103-104 :

(103). قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا
Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

(104). الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Nilah akhir zaman, campur aduk benda lagha dengan amalan yg disangka ibadah ...

..Ustaz Zahazan Mohamed, 

Jumaat, 16 Mei 2014

Kekayaan LAWANnya Kecukupan

Renungan pagi ni ..
Cuba isi jawapan di bawah ini (sila jawab dengan jujur dalam hati kita masing-masing) :
1. Allah menciptakan TERTAWA dan .......
2. Allah itu MEMATIKAN dan ......
3. Allah menciptakan LELAKI dan .......
4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ......

Majoriti kita akan menjawab:
1. MENANGIS.
2. MENGHIDUPKAN.
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN.

Yakin jawapan anda itu betul?
Untuk mengetahui adakah jawapan di atas itu benar atau tidak, mari kita sesuaikan jawapan tersebut dengan rangkaian firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surat An-Najm (53), ayat: 43-45, dan 48. sebagai berikut:
"dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS." (QS. 53:43).
"dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN." (QS. 53:44).
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LELAKI dan PEREMPUAN. " (QS.53:45).
"dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48).
Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada soalan no. 1-3.
Tapi, jawapan kita untuk no. 4 (kalau jujur) umumnya mesti KEMISKINAN (jwpn yg salah)
Jawapan versi Allah dalam Al-Qur'an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN...

Maa syaa Allah..!!!
Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta'ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya.
Yakinlah!
Dan yang "menciptakan" KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh berlaku kerana ketidakadilan ekonomi, malas, boleh juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam fikiran kita sendiri. Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur, walaupun hidup susah, ia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP...
Jadi, marilah kita melahirkan rasa KECUKUPAN di dalam hati dan fikiran kita, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu BERSYUKUR.. baik dalam kegembiraan ataupun kesedihan dan kesusahan. Kerana di dalam kesusahan dan kesedihan pun adalah rezeki dr Allah SWT..
Semoga BERSYUKUR kita bernilai ibadah..
Aamiin Ya Rabbal 'aalamiin.'

Ustaz Zahazan Mohamed

Khamis, 6 Februari 2014

Pemerintah dan Agama itu Kembar

قال الغزالي رحمه الله: الدنيا مزرعة اﻵخرة ولا يتم الدين إلا بالدنيا. والملك والدين توأمان فالدين أصل والسلطان حارس وما لا أصل له فمهدوم وما لا حارس له فضائع. ولا يتم الملك والضبط إلا بالسلطان

- إحياء علوم الدين، كتاب العلم.

Kata Imam al-Ghazali r.h: "Dunia adalah ladang akhirat. Agama tidak akan sempurna melainkan dengan dunia. Pemerintah dan agama adalah 'kembar'. Agama adalah dasar dan pemerintahan adalah penjaganya. Sesuatu yang tiada dasar akan binasa dan sesuatu yang tiada penjaga akan hilang. Pemerintahan dan pengawasan tidak akan sempurna melainkan dengan kekuasaan politik." - Ihya 'Ulumuddin, kitab al-'ilm

~
Ustaz Zahazan Mohamed

Khamis, 16 Januari 2014

Sibuk Dengan Nikmat Orang?

Sebahagian dari kita kerap menyibukkan diri berfikir ttg nikmat yg diperolehi oleh orang lain dgn penuh rasa emosi, kemudian melakukan perkara yg tak sepatutnya bagi menunjukkan rasa benci pada yg dianugerahi nikmat itu...

Dia tak sedar de
ngan tindakannya itu dia telah menganggap bahawa 'Pemberi nikmat' itu seolah2 jahil atau tak bijaksana terhadap ketetapanNya sedangkan Dia tak berhak ditanya atas apa sahaja yg Dia lakukan..

Ruginya golongan ini, bukankah lebih baik & bermanfaat jika dia lakukan yg sebaliknya iaitu dia mengkaji kelebihan insan yg 'bertuah' pada pandangannya itu, lalu dikaji kelebihan dirinya sendiri, lalu dikerahkan tenaganya utk mencapai apa yg telah dicapai oleh individu itu bab keduniaan yg diperolehinya itu...

Salafussoleh berkata apabila kamu melihat seseorang yang melebihimu dalam bab dunia, maka berusahalah secara giat untuk mengatasinya dalam bab akhirat.

~Ustaz Zahazan Mohamed

Isnin, 13 Januari 2014

Pilih Antara Dua

Pilih antara 2

Ahli DUNIA VS Ahli AKHIRAT

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai keutamaannya , maka Allah s.w.t akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai keutamaannya , maka Allah s.w.t akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang dihadapannya dan dia akan sentiasa ditimpakan kesusahan. Dia tidak akan memperoleh dari dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan kepadanya."

(Kitab at-Targhib, HR Ibnu Majah dan Tirnizi)
~Ustaz Zahazan Mohamed

Selasa, 7 Januari 2014

Amalan Orang Riyak

Amalan orang yang riyak tidak akan sampai menyentuh hati, maka ibadahnya tidak membentuk peribadi dan tidak juga membuahkan akhlak.

Orang riyak itu, semakin banyak dia beramal, makin buruk peribadi dan akhlaknya.


~Ustaz Zahazan Mohamed

Rabu, 4 Disember 2013

Bila Qanaah Semakin Hilang...

Fasa pertama kehidupan zaman kanak-kanak :

Kau memiliki waktu & tenaga, tapi kau tiada wang utk dibelanjakan
...


Fasa kedua kehidupan zaman bekerja :

Kau ada tenaga & wang, tapi kau tiada waktu ...


Fasa ketiga hidup, zaman tua:

Kau ada wang & waktu, tapi kau da tiada tenaga

Gitulah sunnatulLah dlm hidup, kau dapat sesuatu tapi kau kehilangan sesuatu !!!

Selalu kita akan merasakan orang lain lebih Bernasib baik dari kita, dan orang itu pula merasakan kita lebih baik daripada nya.

Semua itu berlaku lantaran kita kehilangan sesuatu yg penting dalam hidup kita iaitu ....

Al Qana'ah

Kalaulah adalah tempat yg menjual kebahagiaan tentulah kau akan dapati manusia berduyun-duyun merebut peluang membelinya...

Mereka akan berusaha mendapatkannya walaupun kena membelinya dgn harga yg paling mahal...

Tapi mereka ini tak tahu bahawa kebahagiaan itu diperolehi dengan solat berjemaah di masjid, berzikir, membaca al Quran, puasa & memperbanyakkan ibadah sunat...

La haw la wa la quwwata illa bilLah ..

Ini petikan yg ana terjemahkan dari kitab ( jika tak silap ) karya Mustafa Sadiq ar Rafi'iy @ Syeikh Dr Mustafa as Sibaei'iy
 
~ Ustaz Zahazan Mohamed