Memaparkan catatan dengan label Dr Fadzilah Kamsah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Fadzilah Kamsah. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mei 2014

Wanita Idaman lelaki


Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Dia tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana wanita akan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan dirinya. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia atau dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka mencuci mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata Memandang adalah:

- Bersopan satun.
- Sentiasa memaniskan wajah.
- Sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas.
- Menutup aurat.
- Tidak terlalu cemburu.
- Menghormati orang lain.

~Dr Fadzillah Kamsah

Sabtu, 5 Oktober 2013

Rawatlah Hati Yang Sakit

Di antara kaedah MERAWAT HATI YANG SAKIT:
1. Jaga solat 5 waktu & banyakkan solat2 sunat.
2. Lakukan solat taubat setiap hari & istighfar minimum 70 X sehari
3. Baca Quran & hayati makna setiap hari
4. Bersangka baik & maafkan semua org sebelum tidur...

5. Menangis & insaf akan dosa2 yg lalu
6. Berbuat baik kpd ibubapa & mohon doa drp ibubapa
7. Berpuasa sekerap mungkin
8. Berdamping dgn org2 soleh & alim ulama'
9. Jauhi org2 yg sakit hati atau busuk hati agar terhindar aura -ve
10. Doa sungguh2 utk murnikan hati, terutama semasa Qiamullail
11. Ziarah org miskin, anak yatim, rumah org tua atau rumah ahli keluarga
12. Masuk majlis ilmu di masjid/ surau atau kelas agama
13. Zikrullah & banyakkan berselawat atas Nabi SAW
14. Sedekah kepada golongan yg miskin
15. Sentiasa ingat ttg kematian-- mana tahu kita mati hari ini!
16. Pastikan kita makan benda yg benar2 halal & baik
17. Lakukan usha dakwah setakat kemampuan
Moga Allah rawat hati kita & jadikan kita insan yg redha & bersyukur. Aameen, wassalam.
 
~Dr Fadzilah Kamsah