Ruang waktu semakin sempit. Mengecil. Kita seolah-olah berlari. Kian pantas. Tapi kian jauh meninggalkan dunia yang kita cinta. Sempatkah lagi untuk menimbun pahala? Dengan kudrat yang semakin terbatas, kita merangkak untuk menggapai syurga. Mampukah? Layakkah dengan hati sekeras ini? Dengan amal yang secebis? Dengan sedekah yang sekelumit tapi masih berkira?
Label
Ana Balqis
(4)
Ary Ginanjar Agustian
(7)
DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI
(9)
Dr Fadzilah Kamsah
(4)
Dr Harlina Hj Siraj
(1)
Dr Haron Din
(1)
Dr MAZA
(13)
DR MUHAYA
(8)
DR ROBIAH K.HAMZAH
(3)
Dr Zaharuddin Abd Rahman
(11)
Dr Zubaidi Hj Ahmad
(1)
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
(3)
Ebit Lew (facebook)
(2)
Emran Ahmad
(1)
Faisal Hamdi
(1)
GETARAN
(2)
habib zainal abidin
(1)
Hajjah Rahmah Hj Abd Rahman
(3)
Imam Muda Hassan
(1)
Islam Itu Indah
(1)
KOLEKSI DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
(130)
mengenal diri
(1)
Muhamad Agus Syafii
(1)
MUHASABAH
(9)
Mujahidin Media
(1)
pengalaman itu kehidupan
(1)
Prof. Dr. Rozieta Shaary's status.
(1)
SAPU SAMPAH DI HATI KITA...
(1)
SHARE
(52)
Syahdina muza
(4)
Syria
(1)
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
(2)
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
(4)
Ustaz Azhar Idrus
(1)
USTAZ MOHD KAZIM ELIAS
(1)
USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI
(25)
Ustaz Yusuf Mansyur
(27)
Ustaz Zahazan Mohamed
(7)
Khamis, 27 Mac 2014
Sabtu, 22 Mac 2014
Bertemu dengan Kebaikan
Hari ini bertemu dengan insan-insan yang mengajak mindaku berfikir tentang seribu kebaikan. Dia bukan orang-orang hebat. Bukan insan-insan popular. Tapi dia menikmati hari tua yang penuh dengan nilai2 ketuhanan. Dia tidak mengejar dunia. Tapi dunia datang padanya.
Ya Rabb...Yang Maha Mendengar. Benarlah... bila hambaMU ingin menuju ke arah kebaikan, Engkau pasti dekatkan hambaMu itu dengan insan2 yang penuh dengan kebaikan.
Maha suci..,segala puji bagiMu Allah Yang Maha Pengasih.
Jumaat, 14 Mac 2014
DIA Yang Amat Cintakan Kita
Ada satu-satu ketika, kita begitu kecewa dengan apa yang terjadi. Sedih...pilu...menangis...menyalahkan diri begitu menghantui hati dan perasaan. Tapi bila kita kembalikan semua rasa itu pada Pencipta, satu demi satu peristiwa merentet tiba. Mengunjungi hidup kita. Menghadiahkan rasa suka. Oh! Allah telah membungkus kegembiraan itu dengan kedukaan rupanya. Lantas yang tersembunyi terserlah jua. Alhamdulillah...Betapa kesabaran dan cinta Allah itu tidak ada hujungnya.
Segala puji bagiMU Allah yang mengurniakan hambaMU semua pengalaman ini...sehingga aku berada di sini..di sekitar ini..,dalam kalangan insan sebegini..pada rasa yang sentiasa berwarna-warni... dengan nikmat dan rahmatMU yang tidak berpenghujung.
Ya Rabbi...kukuhkan cinta hamba2MU agar kami mampu temuiMU di SANA nanti..aminn
Segala puji bagiMU Allah yang mengurniakan hambaMU semua pengalaman ini...sehingga aku berada di sini..di sekitar ini..,dalam kalangan insan sebegini..pada rasa yang sentiasa berwarna-warni... dengan nikmat dan rahmatMU yang tidak berpenghujung.
Ya Rabbi...kukuhkan cinta hamba2MU agar kami mampu temuiMU di SANA nanti..aminn
Jumaat, 7 Mac 2014
CintaNYA Tak Pernah Surut
Pada tiap detik, yang kita perlu hanya Tuhan. DIA yang menyediakan oksigen untuk kita sedut. DIA juga yang menyediakan waktu untuk kita mencintaiNYA. Tapi kita lebih mencintai dunia... Dan kita terlupa pada akhirat yang lebih cintakan kita.
Allahu akbar! Andai masa sudah tiba...dakaplah aku dalam syurgaMU.
Allahu akbar! Andai masa sudah tiba...dakaplah aku dalam syurgaMU.
Selasa, 4 Mac 2014
Sahabat Sejati itu Anugerah Allah
Bila sudah ada sahabat yang sanggup berkorban apa saja untuk kita...bersusah payah untuk kesenangan kita..mencurahkan segala kasih sayang pada kita, itulah rahmat Allah yang tidak terucap. Baja perhubungan dengan kejujuran...saling berterusterang dan memaafkan...malah saling menjaga hati demi kasih kerana Allah. Sirami keakraban dengan syukur dan doa yang tak pernah putus pada Yang Maha Memberi.
Allahu rabbi... ENGKAUlah yang menganugerahkan semua nikmat ini. Tanpa rahmatMU,siapalah kami. Terima kasih, segala puji bagiMU kerana menganugerahkan aku suami yang begitu memahami, biarpun aku bukanlah isteri mithali.
Allahu rabbi... ENGKAUlah yang menganugerahkan semua nikmat ini. Tanpa rahmatMU,siapalah kami. Terima kasih, segala puji bagiMU kerana menganugerahkan aku suami yang begitu memahami, biarpun aku bukanlah isteri mithali.
Langgan:
Catatan (Atom)