Sabtu, 31 Januari 2015

amalan paling baik

Ibnu Abbas telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dikhususkan kepada mereka satu-satu nikmat untuk kemanfaatan seluruh hambaNYA. Maka barangsiapa bakhil dengan nikmat yang diberikan itu terhadap sesama hamba Allah, Allah akan tarik balik nikmat itu, lantas diberikan kpd orang lain.

Sabda Rasulullah: Bermurah hati itu diibaratkan seperti satu pohon dari pohon-pohon syurga, dahan-dahannya terjuntai hingga ke bumi. Maka barangsiapa berpaut dengan dahannya, nescaya dahan itu akan memandunya ke syurga.

Daripada Jabir r.a, katanya: Wahai Rasulullah! apakah amalan yang paling baik? Baginda menjawab: Bersabar dan selalu memaafkan orang lain.

Diriwayatkan daripada AlMiqdam bin syuraih daripada bapanya, daripada datuknya, katanya: Aku berkata: wahai Rasulullah! Ajarilah aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga. Jawab baginda: Sesungguhnya daripada perkara-perkara yang membawa kepada keampunan Allah, memberi orang makan dan mengucapkan salam serta baik dalam tuturkata.

~ Penyingkapan Hati Kepada Rahsia2 ILAHI

Rabu, 28 Januari 2015

Soleh solehah

Teringat detik2 memohon didekatkan dengan orang2 soleh solehah. Doa dipanjat dengan air mata. 

ALLAH! Kasih sayangMU tak terungkap dengan kata2. KAU anugerahi hambaMU dengan kasih sayang serta belas mereka.

Mohon cinta ini temukan hamba2MU diSyurga.

Selasa, 27 Januari 2015

wajah anak2

Tahun  ke2 mengajar Matematik pada anak-anak berserban. Menatap wajah2 suci dan  tenang dengan rasa kasih. Seluruh jiwa mereka diterap dengan alQuran. 

Ya Rabbul Izzati......
Rahmatilah dan berkatilah anakku di kejauhan sana. Lindungilah dia daripada tipudaya dunia. Kasihilah dia sebagaimana ENGKAU mengasihi hamba2MU yang ENGKAU Sayang.

~melihat anak2 murid, teringat pada anak bujangku yang sedang berjuang di medan ilmu. Rahmatilah dia. Bantulah dia ya ALLAH.

Jumaat, 23 Januari 2015

terima kasih Tuhan

Terima kasih  Tuhan.,.
Ketika ENGKAU  datangkan panas
ENGKAU turut sirami dengan hujan
Ketika lemparan batu menerjahku
ENGKAU hijab dengan kasihMU
ENGKAU  lindungi pendengaranku  
dari nanah kata keji
ENGKAU hijab mataku 
dari panahan cerita tak pasti 

ENGKAU datangkan aku sahabat
berbagai-bagai dia 
dengan versi hati berbeza
meruntuh dan membangun
emosi yang berselang-seli

Terima kasih Tuhan...
HikmahMU yang di luar jangkauan

Ahad, 18 Januari 2015

DIA sedang melihat...

Apa lagi yang lebih indah, kalau bukan berduaan dengan DIA. Berbicara mesra denganNYA.
Senyum, ketawa, menangis bersama. 
DIA mengiringiku tiap detik. 
Menatap, menyapa, mengingatkan. 
DIA tidak pernah membenci. 
DIA sentiasa menyayangi.. memberi cinta hakiki.

DIAlah Tuhan Rabbul izzati.
Cukuplah DIA sahabat sejatiku.

Sabtu, 10 Januari 2015

Hanya cintaMU...

Tuhan...
Aku hanya pohon cintaMu. Agar kudapat cinta manusia yang menyintaiku keranaMu. Bukan kerana dunia yang ada padaku. Tapi kerana untuk seiring ke akhirat bersama. 

Tuhan...
Jangan biarkan aku sendiri. Jangan biarkan aku tenggelam dalam diriku sendiri. Jangan biarkan aku lemas dalam panjangnya angan-angan. Jangan biarkan aku...

Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah...

Ada kalanya hambamu lalai dibuai
Lalu badai turut dituai

Tuhan..
Aku hanya ada ENGKAU sahabat sejati
Aku hanya ada ENGKAU teman setia
Aku hanya ada ENGKAU yang tak pernah jemu
Aku hanya ada ENGKAU yang sejujurnya menyayangi
Aku hanya ada ENGKAU yang tak pernah lupa memahami
Aku hanya ada ENGKAU, RABBUL IZZATI






Rabu, 7 Januari 2015

Getar hati kita

Dan cinta itu semakin tersimpul rapi. Indahnya rencanaMU. KAU biarkan dia pergi. Lalu  KAU datangkan dia yang lebih berseri hati.

Kita yang  sering sama getar hati. Membuang ego diri. Cinta kerana DIA, tidak kenal erti menunggu. Tapi lebih suka memberi. Memberi untuk ceriakan hati, tanpa sangka keji di sanubari.


Jumaat, 2 Januari 2015

Bukan kita yang kawal..

Ada kala kesilapan berlaku. Musibah melanda. Dan kita buntu. Terkejut. Mengapa? Tanda soal menerjah. Sedang kita yakin kita tidak salah. Bertabahlah.

Ada  perkara di luar kawalan kita. Barangkali itu  satu peringatan agar kita tidak alpa. Atau mungkin juga untuk DIA  lindungi kita dari musibah yang lebih besar..atau lebih mrnghancurkan jiwa.  HikmahNYA bukan kita yang cipta. DIA sayang kita lebih dari diri kita sendiri.