Label
Ana Balqis
(4)
Ary Ginanjar Agustian
(7)
DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI
(9)
Dr Fadzilah Kamsah
(4)
Dr Harlina Hj Siraj
(1)
Dr Haron Din
(1)
Dr MAZA
(13)
DR MUHAYA
(8)
DR ROBIAH K.HAMZAH
(3)
Dr Zaharuddin Abd Rahman
(11)
Dr Zubaidi Hj Ahmad
(1)
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
(3)
Ebit Lew (facebook)
(2)
Emran Ahmad
(1)
Faisal Hamdi
(1)
GETARAN
(2)
habib zainal abidin
(1)
Hajjah Rahmah Hj Abd Rahman
(3)
Imam Muda Hassan
(1)
Islam Itu Indah
(1)
KOLEKSI DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
(130)
mengenal diri
(1)
Muhamad Agus Syafii
(1)
MUHASABAH
(9)
Mujahidin Media
(1)
pengalaman itu kehidupan
(1)
Prof. Dr. Rozieta Shaary's status.
(1)
SAPU SAMPAH DI HATI KITA...
(1)
SHARE
(52)
Syahdina muza
(4)
Syria
(1)
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
(2)
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
(4)
Ustaz Azhar Idrus
(1)
USTAZ MOHD KAZIM ELIAS
(1)
USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI
(25)
Ustaz Yusuf Mansyur
(27)
Ustaz Zahazan Mohamed
(7)
Jumaat, 17 April 2015
Surah al-Insan dari perawi Khalaf an Hamzah
Surah Al-Insan dari bacaan Qiraat perawi Khalaf an Hamzah. Inilah surah yang akan saya hafal untuk exam shafawi Di UIAM nanti.
Ya Rabb.. berilah hambaMu yang serba kekurangan ini kekuatan, ingatan yang kuat dan hati yang tenang. Kuraih ilmuMU ini dengan segala ketabahan.
Khamis, 9 April 2015
Tiada istilah Kecewa
Kita sering tenggelam dalam kecewa sebab mengharapkan prnghargaan daripada manusia lebih daripada hadiah dari Tuhan. Sedang Tuhan yang menggerakkan hati manusia yang kita harapkan itu.
Mohon padaNYA, semata2 kerana DIA , dan untuk DIA yang mencipta kita.
Isnin, 6 April 2015
Menikmati Senja dengan MukjizatNYA
Duduk
merenung diri. Dah hampir senja berada di alam fana ini. Tapi belajar tak
habis-habis lagi. Lagi dan lagi. Qiraat. Qiraat. Dan qiraat lagi. Tarannum.
Tajwid. Sumbernya satu. MukjizatNYA, Al-Quran.
Ketika
ini sedang berusaha, bertungkus lumus menghafal surah al-Insan. Dalam usia
sesenja ini. Berdayakah minda tua ini mengingati patah demi patah kata. Kalimah
demi kalimah indah DIA.
Mukjizat
ini telah menemukan aku dengan manusia-manusia berjiwa. Berhati mulia. Manusia-manusia
yang mengingatkan aku tentang indahnya bercinta denganNYA. Manusia-manusia yang
mengingatkan aku tentang berpada-pada dengan cinta dunia.
Hingga
aku lebih berhati-hati. Lebih memilih. Adakalanya menjadi yang terpilih. Namun aku
hanya ingin terpilih olehNYA untuk menjadi penghuni syurga Firdausi. Menikmati kehidupan
kedua bersama insan-insan berjiwa yang pernah saling cinta.
Rabb…
MukjizatMU
membawa aku ke detik ini. Menikmati hangat cinta suci dari takdirMU.
Rabu, 1 April 2015
Cercaan tidak menghancurkan Kemuliaan
Hassan bin Tsabit
berkata dalam sebuah bait syairnya;
Aku tak peduli dengan kesedihan atau kegelisahan
Yang disebabkan oleh ucapan-ucapan orang
Yang sentiasa mencela
Bekas presiden Amerika
pernah mengatakan: “Saya tidak pernah membaca surat-surat cercaan yang
ditujukan kepada saya, tidak pernah membuka sampulnya, apalagi membalasnya.
Sebab jika saya menyibukkan diri untuk membaca surat cercaan tersebut, saya
akan kehabisan waktu untuk berbuat sesuatu untuk rakyatku.”
Pada Perang dunia kedua,
terdapat seorang panglima angkatan laut Amerika yang berprestasi gemilang yang
mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang yang masyhur. Dia banyak bergaul
dengan orang bawahannya yang sering mencela, memaki dan meremehkannya. Sampai
akhirnya dia hanya berkata: “Kini aku memiliki kekebalan untuk menghadapi semua
bentuk kritikan. Tulang-tulangku telah rapuh dan usiaku telah tua. Kini aku
tahu bahawa ucapan-ucapan seperti itu tidak akan mampu menghancurkan kemuliaan
dan tidak akan mampu mencabut pagar benteng yang kuat”
~DON’T BE SAD
Dr ‘Aidh al-Qarni
Langgan:
Catatan (Atom)