Sabtu, 19 November 2016

antara tak tau dan mengkaji

Menjadi pemimpin jangan gah pada jawatan. Tapi lihat pada kewibawaan. Memberi atau meminta. 

Menjadi pemimpin perlu ada strategi. Bukan untuk berpolitik. Tapi untuk menabur bakti. Perlu atau tidak. Ada priority atau tidak. Syok sendiri atau untuk masyarakat.
 
Bila aku bertanya tak semestinya sebab aku tak tau. Tapi kerana  aku dah tau.  Bila aku minta pendapat bukan kerana aku tak reti nak laksanakan. Tapi kerana aku survey personally. Survey seorang demi seorang dengan survey secara group jawapannya berbeza. Itulah aku. 

Aku lepasan Course Statistics. Survey kuantitatif itu subject mesti. Aku juga lepasan Course Business Management (Finance).  Survey kualitatif tu Case Study yang jadi wajib dalam class dulu. Asyik dengar pensyarah bla..bla..bla..Tiap soalan dan jawapan mesti ada inferens. Takde suka2 jawab je.

Aku juga lepasan Qiraat Open Class di Universiti Islam Antarabangsa. Aku faham relevannya bahasa arab harfiah dengan AlQuran. 

Aku juga pernah study di UKM selepas matrikulasi di Sri Puteri. Belajar Sains Hayat mengkaji flora dan fauna. Fizik dan Kimia.

Semua itu aku gabung dalam usia senja ini. Membuat keputusan dalam komuniti muslimah. Aku tak berani di puncak berduri ini kalau semua di atas itu aku takde. Umpama berperang tanpa senjata. Malah aku langsung tak berani kalau Allah biarkan aku sendirian. 

Aku yakin Allah sentiasa menjadi teman sejati aku di mana jua aku berada. Moga aku dianugerahi hati yang jernih agar dapat menemuiNYA dalam kain kapan yang wangi kasturi.


Jumaat, 18 November 2016

akan pergi jua..

Ia seperti satu tanda akan pergi. Akan terpisah inci demi inci. Akan renggang sikit demi dikit. Kunci pintu bagaikan sudah hilang. Sedangkan pintu terbuka luas. Dìrapatkan daunnya tetap terbuka. Abak kunci sudah jauh dari mata tanpa sedar.

Benar! Dunia ini satu persinggahan. 

Selasa, 15 November 2016

sebebtar di pantai padang

Tadi aku ke tepi pantai Kota Padang. Sebaik saja duduk di kerusi, pelayan datang meminta pesanan. Suami tercinta yang order. Aku hanya menurut. Cuma jus alpokat sudah satu kemestian bila aku di Tanah Indon ini.
Baru hendak menjamah, azan isya berkumandang daru surau bersebelahan. Ah! Tetiba aku sebak. Fikiranku bagai tiada di sini. Tapi jauh entah di mana.
Suara laungan azan itu seperti menggamit sesuatu. Aku seolah2 ingin dibawa pergi.
Aku belum solat maghrib lagi. Niatku untuk jamak takhir. Tapi hatiku gundah. 

Rabu, 9 November 2016

mengikut arus selagi lurus

Rela ..redha .. itu punca tenang..bahagia. Hikmah Allah anugerah dari segenap ruang. Tugasku untuk menikmati hikmah itu dengan berbagai-bagai kunci. 

Bertemu dengan banyak hati. Takku cari yang sejati. Kerana yg sejati itu cuma DIA, Pencipta. Hati makhluk DIA yang atur. Tugasku hanya meminta agar DIA anugerahku hati yang mulia.

##Sahabat.. syukrañ,sering memberi aku kekuatan. Menghiburkan ketika aku resah. Menyejukkan ketika bara membakar. Menunjuk jalan ketika aku buntu.
Sentiasa cuba ada di mana aku ada.