Jumaat, 26 Mei 2017

dia

Hidup memang penuh onak. Penuh duri. Meski acap kali kita mengelak, tapi duri itu yang terjah kita. 

Adakala kesakitan itu buat kita bangkit. Namun sering juga buat kita bungkam. Lantas kita beruzlah. Sepi itu menjadi begitu indah. 

#akurindukandiasahabat

Rabu, 17 Mei 2017

rezeki menggolek

Dah lama tak berdhuha. ALpa dan lalai dengan urusan dunia. Pagi tadi tenangkan diri dan mengadapNYA penuh cinta.

Nikmat apakah lagi yang mahu didustakan. Petang tadi ada sahabat bagi hadiah sepasang telekung. Cantik dan ngam betul dengan mukaku. Bagaikan ada acuan mukaku dalam simpanannya. 

Alhamdulillah, begitu mudah rezeki datang. Tapi kelalaian kita selalu kita pandang remeh.
Astaghfirullah. Moga Allah rahmati dan berkati hamba Allah yang pemurah memberi hadiah yang manis ini.

Khamis, 11 Mei 2017

berkorban dan muhasabah

Menjadi pemimpin itu bukan untuk mencari nama. Atau untuk menjadi popular. Semua itu hanya kulit yang apabila dikupas atau terkupas akan menzahirkan isi yang sebenar. Baliklah semula ke pangkal hati. Ke mana kita kan pergi. Ke mana hala tuju kita. 

Menjadi pemimpin itu memang kena banyak korbankan diri. Namun biarlah pengorbanan itu untuk mencapai redha Ilahi. Banyakkan memberi. Banyakkan muhasabah diri. Banyakkan tawakkal dan kepekaan. Untuk apa kita berkorban. Untuk manusiakah? Atau untuk Tuhankah? Kita akan dapat apa yang kita inginkan kerana sifat Allah itu Maha Pemurah. 

Isnin, 8 Mei 2017

menanti hari

Tak sampai 3 bulan lagi insyaallah. Aku masih lagi terasa banyak laghanya. Masih jauh  lagi dariNYA. 

Allah, aku ingin mengadapMU setulusku. Dengan jiwa bersihku. Dengan hati tenangku. Terimalah aku dan suamiku sebagaimana KAU terima para soleh dan solehah berada di sisiMU.

Sabtu, 6 Mei 2017

Cari hikmah dalam tiap peristiwa

Membaca kisah orang soleh solehah. Ujian mendatang tapi mereka tenang suami isteri. Jasad berada di negara asing tapi bagasi berada di negara asing yang lain. 

Mereka tenang sambil menanti hikmah. Cemburu melihat ketenangan dan tawadhuknya mereka. Tidak bersangka buruk dengan Allah. Dan tidak menyalahkan satu sama lain malah tidak menyalahkan pihak ketiga juga.

Benar! Semakin bersyukur semakin sabar semakin tenang. Itulah kunci kebahagian. Cari hikmah dalam tiap peristiwa.