Ahad, 13 Oktober 2013

Biarkanlah air mata kita mengalir ...

Biarkanlah air mata kita mengalir menyesali segala dosa daripada hanya tertawa tanpa mengira masa dan terlupa karena terlena.

Biarkanlah air mata kita mengalir ketika bertaubat daripada tak sempat karena sudah terlambat sampai saat kita sekarat.

Biarkanlah air mata kita mengalir karena rasa syukur daripada terus terluka karena kita angkuh dan kufur.

Biarkanlah air ma...
ta kita mengalir karena mendapat hidayah dan petunjuk daripada selalu tergoda oleh bujuk rayu setan yang terkutuk.

Biarkanlah air mata kita mengalir karena takut api neraka yg menyala-nyala daripada terus
menjadi Hamba Allah yang durhaka.

Biarkanlah air mata kita mengalir karena rindukan surga daripada terpesona dengan indahnya dunia hingga diri tiada berharga.

Semoga Kita semua dalam naungan kasih sayang ALLAH ‘Azza wa Jalla dan senantiasa di tuntun ke jalan-Nya
 Aamin.

Jumaat, 11 Oktober 2013

kita Hanya Sebahagian...

Wahai anakku,
Malam ini aku tak berniat menulis panjang. Aku hanya ingin kongsikan satu cerita.

Satu ombak sedang menikmati kenyamanan angin, udara segar dan pemandangan yang cantik di sekelilingnya.

Apabila menghampiri pesisir pantai, ombak tersebut melihat ombak-ombak di depannya terbabas di atas pasir lalu hilang.

Ombak tersebut mulai takut melihat keadaan yang menggerunkan hati itu.

“Matil...
ah aku. Matilah aku. Lihatlah apa yang bakal berlaku pada aku,” bisiknya di hati.

Melihat gelabah ombak itu, adik ombak di belakangnya menegur.
“Mengapa kamu mengigil?” tanya adik ombak itu.

“Awak tak faham. Kita semua akan hancur. Ombak semua akan hancur! Semua ombak akan jadi tiada benda,” kata ombak itu.

“Awak yang tak faham. Kamu bukan ombak, kamu sebahagian daripada lautan ini. Manalah kamu akan hilang?” kata adik ombak itu.

“Ya, aku bukan ombak! Aku cuma sebahagian daripada lautan,” kata ombak itu lalu melanggar pasir di pesisir pantai dengan penuh senyuman.

Wahai anakku,
Diharap cerita ini membuatkan kamu terfikir sesuatu mengenai kematian, dan bagaimana kamu melihat kematian dan diri kamu. Selepas membacanya, tanyalah diri kamu, apakah kamu masih seperti ombak atau mulai sedar kamu cuma sebahagian daripada lautan?

Senyum
 
~Ustaz Tuan  Ibrahim Tuan Man

Membenci itu Melukakan Diri Sendiri

Alkisah seorang menantu yang membenci mertuanya…

Pada satu ketika dahulu, Aminah berkahwin dan tinggal bersama suami dan mak mertuanya. Hubungan Aminah dengan mak mertuanya bermula saja sudah seperti anjing dengan kucing.

Mereka berdua tidak pernah berhenti bergaduh kerana kedua-dua tidak dapat menahan sikap dan tabiat masing-masing. Mak mertuanya, Jannah mengkritiknya setiap hari.

Disebabkan b...
udaya menghormati orang tua, Aminah sentiasa akur dengan permintaan mak mertuanya yang dirasakan melampau seperti seorang diktator. Suaminya pula tidak mahu berpihak kepada sesiapa. Aminah merasakan mak mertuanya inginkan menantu baru – samada ada dua pilihan, paksa suaminya untuk menceraikannnya atau suruh suaminya berkahwin seorang lagi.

Setiap hari Aminah memikirkan perkara ini…

Akhirnya Aminah tidak tahan, dan berjumpa dengan seorang Ustaz Rawatan Herba Ustaz Yahya, sahabat karib ayahnya, untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Aminah mengadu segalanya pada Ustaz Yahya, dan meminta untuk mendapatkan herba racun untuk menyelesaikan masalah mak mertuannya.

“Pakcik boleh bagi. Tapi Nah kena ikut cakap pakcik sampai akhir. Kalau tidak, pakcik tak tanggung apa-apa yang berlaku nanti,” kata Ustaz Yahya.

Aminah kegembiraan, “No problem. Saya mesti dengar cakap pakcik!”

“Nah tak boleh guna racun yang cepat to menyelesaikan mak mertua awak, kerana orang akan syaki. Jadi, pakcik akan berikan beberapa herba yang akan menyebabkan racun terhasil secara sendirinya dalam badan mak mertua secara slow-slow. Setiap hari, Nah kena masak sedap dan letakkan sedikit herba ini dalam makanan untuk mak mertua.

Supaya tiada orang yang akan syaki Nah apabila terjadi apa-apa, Nah kena berlakon untuk menjaganya dengan baik. Jangan gaduh dengan dia, ikut cakap dia, dan layanilah mak mertua macam mak kamu sendiri.”

Aminah gembira sangat dengan cadangan pakcik dan mulakan langkah untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Hari, masuk ke minggu, masuk ke bulan, Nah membuat hidangan yang cukup sedap untuk mak mertuanya supaya mak mertuanya tidak sedar kehadiran racun herba tersebut. Nah juga berhenti bergaduh dengan mak mertuanya kerana tidak mahu disyaki, Nah mengawal emosinya, dan mengikut segala perintah dan melayani mak mertuanya seperti maknya sendiri.

Setelah 6 bulan, mood di rumah Aminah berubah. Mak mertuanya sering memberitahu jiran-jiran dia dapat menantu terbaik di dunia ini. Aminah pula sudah tidak kenal erti marah, segalanya adalah seperti biasa untuknya. Sekarang mak mertuanya mudah dijaga dan bergaul seperi maknya sendiri.

Suami Aminah adalah orang paling gembira di rumah. Aminah sudah mengandung dua bulan.

“Pakcik, pakcik. Nak minta tolong. Ingat tak 6 bulan lalu, pakcik bagi saya herba racun untuk menyelesaikan mak mertua saya… boleh tak pakcik bagi penawarnya. Mak mertua dah bertukar menjadi seorang yang baik… saya sekarang sayang padanya macam mak saya. Saya tak nak dia mati kerana racun yang saya letak di setiap hidangannya,” kata Aminah yang pergi berjumpa dengan Ustaz Yahya.

Ustaz Yahya bergelak besar.

“Usah bimbang Nah. Pakcik tak pernah beri racun, dan tak pernah jual racun. Yang pakcik beri ialah vitamin pada mak mertua awak dan penawar untuk racun di minda Nah dan juga kelakuan Nah pada mak mertua… sekarang nampaknya racun itu dah habis dibuang dengan timbulnya rasa sayang Nah pada mak mertua… HAHAHAHAHHAHAH,” kata Ustaz Yahya.

Dapat isi tersirat?

Wahai anakku,
Ada masa, kamu tidak dapat lari daripada meracun diri sendiri dengan teori konspirasi yang hanya wujud di kepala kamu sendiri sedangkan tiada orang yang berniat sedemikian rupa di luar.

Sekiranya kamu dah terkena racun diri sendiri dan teori konspirasi mainan minda sendiri, cubalah tarik nafas panjang dan bertukar pandangan dan memokus kepada kerja yang ada di tangan. Hentikan berhujah mengenai teori konspirasi tersebut. Jangan biarkan dirimu terus menelan racun air liur akibat bayangan teori konspirasi di minda sehingga mempercayainya seperti sesuatu yang pasti berlaku.

Wahai anakku,
Jika kamu benci pada seseorang, cubalah cari benda yang baik untuk dipuji padanya. Nescaya jika dibuat berulang-ulang, perasaan benci itu akan pudar – dan hidup kamu akan kembali tenang.

Wahai anakku,
Sedarlah bila kamu membenci seseorang, yang tidak tenteram hanyalahmu, dan bukan si dia yang dibencimu. Membenci bukanlah serangan yang mengena pada lawanmu, tapi sebaliknya ia melukakan kamu sendiri.

Salam sayang daripada ayahanda. Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Ada kala Sihat Melupakan Kita Pada kematian

Wahai anakku,
Engkau sedar tak minda kamu sedang dibasuh di dunia ini. Sedar tak bagaimana otak kamu dibasuh? Mereka mengulang-ulang perkara yang sama.

Mereka mengulang memberitahu memiliki sesuatu benda itu sangat penting. Mereka mengulang memberitahu memiliki duit yang banyak itu sangat penting. Makin banyak harta dan duit, makin baik. Makin banyak makin baik.

Sedar tidak sedar, engkau juga m...
engulangi perkara yang sama yang diulang kepada kita. Air liur yang terjana hasil daripada itu kamu telan tanpa sedar sehingga ia sebati denganmu.

Sehingga kamu tidak memikirkan apakah itu benar. Sehingga kamu tidak mengambil kisah untuk memikirkan sebaliknya. Sehingga kamu tersasar kerana kamu tidak mempunyai perspektif terhadap apa yang betul-betul penting untuk hidup kamu.

Wahai anakku,
Akibat racun ini, kamu ingin memiliki rumah yang baru. Kamu ingin memiliki kereta yang canggih mahal. Kamu inginkan teknologi yang terbaru.

Semua ini untuk kamu bermegah-megah dengan orang sekelilingmu. Jangan jadi begitu wahai anak kesayanganku, kerana itu petanda kamu telah ditelan dunia.

Wahai anakku,
Apabila umurmu menghampiri ajal, kamu akan sedar duit dan harta bukanlah segalanya. Kamu akan sedar bahawa duit dan harta bukanlah perkara penting yang sepatutnya dikejar kamu sepanjang hayat kamu di dunia ini. Kamu akan sedar betapa tidak bergunanya duit dan harta yang dikumpul kamu kerana ia tidak digunakan untuk membantu orang-orang dalam kesusahan.

Di saat kamu menghampiri ajal, kamu akan sedar kedua-duanya tidak dapat memberikan kamu perkara terpenting di saat kamu memerlukannya iaitu perasaan puas kerana adanya kasih sayang dan ketenangan kerana telah melaksanakan hak dan suruhan Allah dengan baiknya.

Oleh, jangan ditelan duniawi, wahai anakku. Sedarlah, kerana kamu tidak sedar ajal kamu semakin hari semakin hampir.

Senyum

Ada seorang sahabat terkena kanser – beliau berkata: “Ana kira bernasib baik kerana diperingatkan ajal dah nak tiba. Bagi orang yang sihat, kadangkala mereka lebih malang kerana mereka sering terlupa bahawa mereka juga akan mati akhirnya.”
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Sabtu, 5 Oktober 2013

Berubah ke arah Kebaikan

6 Perkara Agar Syurga Mengejarnya

。ENAM HAL YANG AKAN DI CARI SYURGA 。
.
" Barangsiapa mengumpulkan enam pengetahuan maka syurga akan mengejarnya dan sebaliknya neraka akan lari darinya."
.
Pertama : mengetahui Allah dan kemudian mentaatinya.....

.
Kedua : mengetahui syetan dan kemudian menolak bujukannya,.
.
Ketiga : Mengetahui akhirat dan kemudian mencarinya..
.
Keempat : mengetahui dunia dan kemudian menolak tipuannya..
.
Kelima : mengetahui haq (kebenaran) dan kemudian mengikutinya..
.
Keenam : mengetahui kebathilan dan kemudian menjauhinya..
(Ali bin Abi Thalib)
.
YA ALLAH..
Masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu dan jauhkanlah kami dari siksa api Neraka..
Aamiin Ya Rabbal'alamiin..
 
~Ustaz Yusuf Mansyur

Rawatlah Hati Yang Sakit

Di antara kaedah MERAWAT HATI YANG SAKIT:
1. Jaga solat 5 waktu & banyakkan solat2 sunat.
2. Lakukan solat taubat setiap hari & istighfar minimum 70 X sehari
3. Baca Quran & hayati makna setiap hari
4. Bersangka baik & maafkan semua org sebelum tidur...

5. Menangis & insaf akan dosa2 yg lalu
6. Berbuat baik kpd ibubapa & mohon doa drp ibubapa
7. Berpuasa sekerap mungkin
8. Berdamping dgn org2 soleh & alim ulama'
9. Jauhi org2 yg sakit hati atau busuk hati agar terhindar aura -ve
10. Doa sungguh2 utk murnikan hati, terutama semasa Qiamullail
11. Ziarah org miskin, anak yatim, rumah org tua atau rumah ahli keluarga
12. Masuk majlis ilmu di masjid/ surau atau kelas agama
13. Zikrullah & banyakkan berselawat atas Nabi SAW
14. Sedekah kepada golongan yg miskin
15. Sentiasa ingat ttg kematian-- mana tahu kita mati hari ini!
16. Pastikan kita makan benda yg benar2 halal & baik
17. Lakukan usha dakwah setakat kemampuan
Moga Allah rawat hati kita & jadikan kita insan yg redha & bersyukur. Aameen, wassalam.
 
~Dr Fadzilah Kamsah

Khamis, 3 Oktober 2013

Pahala untuk Isteri

PAHALA BUAT SEORANG ISTRI ♡

“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

“Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

“Apabila ...
isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”

Subhanallah..!!
 
~Ustaz Yusuf Mansyur

Hebat Mana pun Kita...

Wahai anakku,
Bacalah alkisah pertama ini… seorang budak sedang asyik bermain bola di satu padang yang kecil bersama rakan-rakannya. Akibat tersilap tendang, bola itu terkeluar ke jalan raya.

Lantas budak itu keluar untuk menyelamatkan bolanya. Terdengar bunyi brek kereta. Bola diselamatkan, budak terjatuh sedikit kerana kegopohannya tapi tayar kereta keluar asap sempat berhenti daripada mengamb...
il nyawa budak tersebut.

Budak tersebut berlari balik ke padang bola bermain seperti biasa. Kereta tadi tidak membunyikan hon lalu beredar dengan cepat. Ramai yang memerhatikan kejadian berasa budak itu bernasib baik dan pemandu kereta itu gopoh… sepatutnya lalu di kawasan tepi padang kena slow sedikit.
Cerita berakhir dengan nokhtah gembira seperti budak yang masih mengejar bola di atas padang.

Wahai anakku,
Baca pula alkisah kedua ini… pakcik Jamali, 50 tinggal seorang. Keluarganya termasuk anak-anaknya semua meninggal di satu kejadian tsunami hampir sedekad yang lalu. Ketika membersihkan ruang tamunya, pakcik Jamali berasa sakit dada yang amat tajam sekali sekala.
Pakcik Jamali merasakan dia bakal terkena angin ahmar mahupun sakit jantung. Bergegasnya mengambil kereta dan cuba memandu secepat hati ke hospital atau klinik berdekatan.

Tiba-tiba ada seorang budak yang meluru keluar dari tepi padang. Pakcik Jamali terkejut lalu menghentak brek sekuat hati dan memusing steringnya ke tepi untuk mengelak. Hampir sedikit terlanggar budak itu. Melihat budak itu berlari balik ke padang untuk bermain bola, pakcik Jamali yang terkejut dengan kejadian itu menekan minyak mencari hospital.

Setibanya di lampu trafik, pakcik Jamali diserang sakit jantung kerana kejutan tadi dan meninggal di tempat kejadian. Ramai yang lalu lalang melihat pakcik Jamali seperti tertidur di dalam kereta. Polis mengesahkan pakcik Jamali mati kerana sakit jantung. Cerita berakhir dengan noktah sedih.

Wahai anakku,
Kedua-dua cerita di atas walau nampak tak berkait tapi sebenarnya kaitannya amat besar. Tapi tiada seorang manusia yang akan mendapat cerita penuh. Yang melihat di cerita satu tidak tahu apa yang berlaku di cerita dua, dan begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, wahai anak kesayanganku, jangan sesekali kamu menganggap kamu tahu segalanya dalam sesuatu hal atau peristiwa. Percayalah dan ingatlah sebagaimana kamu merasa hebatnya kamu, masih ada perkara yang engkau tidak tahu di sebaliknya.

Seperti cerita pertama, ia sebenarnya bukan satu cerita gembira kerana ada orang meninggal kerananya. Sebagaimana cerita kedua, ia sebenarnya bukan satu satu cerita sedih kerana ada orang yang diselamatkannya.

Aku sekadar menulis untuk kamu berfikir, wahai anakku, supaya kamu tidak mudah terlupa diri kerana kamu merasa diri hebat mengetahui segalanya walhal kamu hanya mempunyai dua biji mata seperti orang lain.
Senyum.
 
~Ustaz tuan Ibrahim Tuan Man 

Berimankah Sedangkan Belum Diuji

Dalam sebuah kisah, Terdapat 2 org nelayan. Yg satu penyembah berhala, dan seorang lagi yg taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yg menyembah berhala menyebut nama berhalanya, yg taat membaca bismillah. Saat jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan yg taat, hampir saja tidak ada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Y...
a ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah guna rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya?
Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka Mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

jangan kecewa bila diuji, tidak berjaya / gagal walau sudah menyusun rencana yang matang. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.

ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT berfirman,
“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap suatu perkara, itu hanyalah untuk perkara itu saja, masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna.

Rasulullah SAW bersabda: ”Jika engkau melihat Allah sedang memberikan kepada seseorang , sesuatu dari dunia yang ia sukai, sedangkan ia masih saja tenggelam dalam kemaksiatannya, maka ketahuilah itulah yang dinamakan Istidraj

(Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT: Al Qur’an surah Al An’aam (6) ayat 44.) (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab As Syu’ab)

Masihkan kita kufur terhadap Nikmat Allah??? Demi Allah, nikmat yg paling besar Adalah nikmat iman , nikmat islam, dan nikmat ketaqwaan terhadap Allah...
 
~Ary Ginanjar