Jumaat, 6 Jun 2014

KALAU ANAK BERMASALAH, LIHATLAH DIRI KITA SENDIRI


KALAU ANAK BERMASALAH, LIHATLAH DIRI KITA SENDIRI

Seorang lelaki mengadu anaknya menderhaka kepada Umar Alkhattab r.a. Apabila dibawa anak itu ke hadrat Khalifah, anak itu bertanya akan tanggungjawab ayah terhadap anak. Setelah dijawab oleh Khalifah Umar r.a, anak itu menjawab, semuanya tidak dilakukan oleh bapaku, lalu khalifah Umar berkata kepada di lelaki :

جئت تشكو عقوق ابنك وقد عققته من قبل أن يعقَّك، وأسأت إليه من قبل أن يسيء إليك.
Ertinya: engkau mengadu anakmu derhaka namun engkau telah MENDERHAKAINYA sebelum dia derhakaimu, dan kamu telah menyakitinya sebelum dia menyakitimu. ( syu'ab al iman, al- bayhaqi: athar dhoif) 

PENGAJARAN

Wahai ibubapa, JANGAN HANYA mengeluh apabila anakmu menderhaka, cubalah muhasabah sama ada kita sendiri telah MENDERHAKAI anak tanpa tunaikan haknya antara yang disebut dalam athar adalah 
1. Memilih dan mentarbiah isteri agar jadi ibu yang baik solehah 
2. Memberi nama yang mulia dan baik
3. Mengajarkan anak al-Quran dan kandungannya.

~Dr Zaharuddin Abd Rahman

The Person will always...

Yes! It's really really true!

Dosa Kepada Ibubapa Segera Dibalas di Dunia


Terjumpa dengan seorang lelaki di chow kit. Dia minta sedekah. Lapar minta makanan. Terus ajak dia makan....


Berbual dengannya. Dia ceritakan kisah hidupnya. Dia kena hiv aids. Dari kisahnya saya dapat sesuatu, punca utama dia ditimpa sehingga membawanya ke situ ialah pernah satu hari kerana menagih dia pukul mak ayahnya. Belasah mak ayahnya...

Semenjak itu dia ditimpa pelbagai musibah. Saya hanya mampu ceritakan kisah semasa orang yang berjaya berubah dan beri harapan Allah Maha Pengampun dan teramat penyayang lebih dari yang pernah kita bayangkan dan gambarkan...

Semua dosa melainkan syirik insyaAllah diampunkan. Tapi dosa terhadap ibubapa akan diberi balasan segera di dunia ini....

Sayangilah mak ayah. Jangan lupakan mereka. Layani mereka sebaiknya. Mak ayah ialah jalan ke syurga paling cepat dan termudah. Orang yang layan mak ayah macam vvip nanti Allah layan lebih dari itu bahkan dalam dunia lagi. Jangan tengking mak ayah. Jangan lupa jadi anak yang baik. Jaga solat awal waktu, tahajud, jaga aurat, jaga perintah Allah. Doakan mak ayah. 

Mari tadah tangan di waktu pagi ini 

ya Allah yang Maha Penyayang ampunkanlah dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka. Letakkan mereka dalam syurga firdaus. Ya Allah letih, penat , tangisan mereka, segala kebaikan dan belas mereka kau terimalah sebagai amal kebaikan mereka. Ya Allah, ibubapa kami yang masih hidup , sihatkanlah mereka. Sihatkan sakit badan, sakit lutut mereka. Ya Allah mudahkan perjalanan mereka. Berilah keberkatan dan rahmat mencurah kepada mereka. Ya Allah, maafkan kami kerana belum memberi menjadi anak soleh buat ibubapa kami-ebit lew( 7-9 Jun Kembara Intelek dan Sahsiah Savanah hill Johor Bahru)

~Ebit Lew

Berterima Kasih tanda Syukur

Amalkan Agar Bermanfaat

Khamis, 5 Jun 2014

Hati Kita...

Hati manusia itu berbolak-balik sifatnya. Untuk ditenangkan,  hati itu perlu diberi peringatan. Justeru, jangan dibimbangkan sangat berapa kali hati itu alpa dan terlupa, itu memang sifatnya. Namun, apa yang lebih penting setiap kali alpa, janganlah terus alpa, tetapi ingatlah semula.

Kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi orang yang baik tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang yang baik.

~Pahrol
Buku; PESAN HATI UNTUK HATI

Rabu, 4 Jun 2014

Kisah Roti dan Telur

Petang tadi, ketika memandu ke gym, tiba2 teringat roti dan telur,. Cadang saya, hendak buat french toast esok pagi untuk breakfast anak. Oh! Teringat pulak suami tercinta sebut tadi, nak ke kedai malam ni, cari radio untuk ibunya. Ini radio yang ke3 (atau ke4). Radio2 yang sebelumnya rosak + punah entah jadi mangsa daripada tangan siapa.

"Emm...sampai gym  nanti, whatsapp kat abanglah". Itulah detik hati. Tapi...sampai habis aerobik, kisah roti dan telur hilang dalam alunan  muzik dan rentak aerobik.  Aduhai! Tahap ingatan semakin berkurang mungkin..

Sampai di rumah, tengok wajah anak dan suami baru teringat. Lantas  terus bertanya dan bercerita tentang kisah roti dan telur. Suami tenang menjawab, "tak payah whatsapp...Message tu dah sampai kat dalam hati abang awal2 lagi. Lebih cepat sampainya." Senyumnya menguntum.

 Allahu akbar! 

Ahad, 1 Jun 2014

Mengingatkan Diriku


Seorang bertanya, "mengapa kamu suka mengingatkan orang lain?

Aku menjawab,"kerana itu caranya aku mengingatkan diriku sendiri..."

Jika masih ada 'aku' dan 'kamu' dalam memberi peringatan...itu satu tanda kita belum berdakwah dari hati ke hati.

~ Pahrol Muhamad Juoi

Hemah Belanja Perkahwinan itu Berkat


Statistik penceraian pasangan Islam di Malaysia amat tidak sihat. Ada orang menghabiskan wang berpuluh-puluh ribu untuk majlis kahwin sehingga berhutang. Malangnya kurang dari 3 tahun telah ramai bercerai. Berhemahlah dalam belanja perkahwinan kerana pada jimatan belanja itu ada unsur bawa keberkatan yang mengekalkan perkahwinan. 

Hemah dan jimat itu juga tanda pasangan yg berkahwin dan keluarga mereka BUKAN orang-orang yang terlalu utamakan dunia dan penampilan luaran berbanding taqwa dan hati.

~ Dr Zaharuddin Abd Rahman

Bila Ada Masalah- Ingat 3 Perkara

Photo: Apabila kamu berdepan dengan masalah, ingatlah 3 perkara:
-ia bersifat sementara. 
-ia telah ditakdirkan. 
-ia akan mengurniakanmu 
Pahala dan ganjaran jika
Kamu bersabar. —

Senyum

Jom Like FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)