Jumaat, 9 Jun 2017

rezeki itu milik kita bila DIA tentukan

Pagi Jumaat. Ramadhan 14. Sedang aku sibuk pilih baju dari dalam almari. Nak gosok. Suami tanya, "kata sayang nak cari telekung?". Aku toleh ke arahnya. Senyum aku sampai ke telinga.Hmm..telekung SK, favouriteku. "Jomla keluar tengahari ni."Dia berkata lagi. "Kan hari ni Jumaat". Aku jawab. Dia angguk.

"Esok nak?" dia kata lagi. "Esok kan nak cari baju dina?" Aku jawab pulak. "oh,ya," Dia baru teringat.

"Nantilah, lepas2kan baju anak dara ni dulu,baru lega cari yang lain" aku jawab.

Rezeki itu kita minta dari Allah
 DIA tahu yang mana dan bila untuk kita.

#kasihsayang itu datang dari hati yang positif
#14 Jun, sempatkah menggapai 51? Semakin dekat menemuiNYA

Ahad, 4 Jun 2017

tidak Sama

9 ramadhan 1438H. Maknanya sudah 9 hari berpuasa.

Life sudah tidak seperti dulu. Perlahan2 hidup seperti diburu waktu. Walhal dulu juga begitu. Tapi dulu waktu untuk diri sendiri. Kini waktu untuk komuniti.

Suasana begini mengajar aku erti sabar. Walaupun kerap juga aku hilang sabar. Kadang2 rasa seperti ada dua benua yang berbeza. Pemikiran, idea, objektif dan pelaksanaan juga tak sama. Ketidak bersamaan inilah yang  merosakkan komunikasi. Malah sering mematikan komunikasi.

Bungkam. Itulah natijahnya.

Tuhan, hanya Engkau yang memudahkan. Permudahkan kami dalam apa jua urusan.

Jumaat, 26 Mei 2017

dia

Hidup memang penuh onak. Penuh duri. Meski acap kali kita mengelak, tapi duri itu yang terjah kita. 

Adakala kesakitan itu buat kita bangkit. Namun sering juga buat kita bungkam. Lantas kita beruzlah. Sepi itu menjadi begitu indah. 

#akurindukandiasahabat

Rabu, 17 Mei 2017

rezeki menggolek

Dah lama tak berdhuha. ALpa dan lalai dengan urusan dunia. Pagi tadi tenangkan diri dan mengadapNYA penuh cinta.

Nikmat apakah lagi yang mahu didustakan. Petang tadi ada sahabat bagi hadiah sepasang telekung. Cantik dan ngam betul dengan mukaku. Bagaikan ada acuan mukaku dalam simpanannya. 

Alhamdulillah, begitu mudah rezeki datang. Tapi kelalaian kita selalu kita pandang remeh.
Astaghfirullah. Moga Allah rahmati dan berkati hamba Allah yang pemurah memberi hadiah yang manis ini.

Khamis, 11 Mei 2017

berkorban dan muhasabah

Menjadi pemimpin itu bukan untuk mencari nama. Atau untuk menjadi popular. Semua itu hanya kulit yang apabila dikupas atau terkupas akan menzahirkan isi yang sebenar. Baliklah semula ke pangkal hati. Ke mana kita kan pergi. Ke mana hala tuju kita. 

Menjadi pemimpin itu memang kena banyak korbankan diri. Namun biarlah pengorbanan itu untuk mencapai redha Ilahi. Banyakkan memberi. Banyakkan muhasabah diri. Banyakkan tawakkal dan kepekaan. Untuk apa kita berkorban. Untuk manusiakah? Atau untuk Tuhankah? Kita akan dapat apa yang kita inginkan kerana sifat Allah itu Maha Pemurah. 

Isnin, 8 Mei 2017

menanti hari

Tak sampai 3 bulan lagi insyaallah. Aku masih lagi terasa banyak laghanya. Masih jauh  lagi dariNYA. 

Allah, aku ingin mengadapMU setulusku. Dengan jiwa bersihku. Dengan hati tenangku. Terimalah aku dan suamiku sebagaimana KAU terima para soleh dan solehah berada di sisiMU.

Sabtu, 6 Mei 2017

Cari hikmah dalam tiap peristiwa

Membaca kisah orang soleh solehah. Ujian mendatang tapi mereka tenang suami isteri. Jasad berada di negara asing tapi bagasi berada di negara asing yang lain. 

Mereka tenang sambil menanti hikmah. Cemburu melihat ketenangan dan tawadhuknya mereka. Tidak bersangka buruk dengan Allah. Dan tidak menyalahkan satu sama lain malah tidak menyalahkan pihak ketiga juga.

Benar! Semakin bersyukur semakin sabar semakin tenang. Itulah kunci kebahagian. Cari hikmah dalam tiap peristiwa.



Khamis, 13 April 2017

kebaikan itu mengalir tanpa henti,.

Jangan bercita2 andai hanya ingin tunjuk pada dunia yang kita hebat. Tapi kerana kita memang ingin memberi kebaikan.

Kalau manusia suka gunakan kuasa untuk membawa untung pada diri sendiri, bukankah lebih untung jika kuasa itubkita gunakan untuk membawa kebaikan pada yang dipimpin. 

Tiada yang lebih manis selain manisnya senyum manusia yang brsyukur kerana Alah jadikannya landasan untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat. 

Suami, anak2,  sahabat2, rakan, anak2 buah,,kalian yang menyuntik semangatku sebenarnya

Rabu, 5 April 2017

andai ,

Pengalaman  mengajar kita dewasa dalam menghadapi dunia. Berada  di puncak dalam pemerhatian bukanlah bahagia sebenarnya. Tapi  rasa bahagia itu tetap masih dirasa andai hati penuh ingin memberi.
Melihat  mereka gembira,hati rasa seronok. Ya Allah kurniakn sifat qanaah dan ikhlas jiwa.

Ahad, 19 Mac 2017

Di tengah2 kasih sayang

Syukur   bila Allah   letakkan kita di tengah2  orang2 yg   menyayangi kita, menghargai kita, membantu kita dan kita juga cuba membantu sedaya yg mampu.

Lebih syukur lagi  bila kita di tengah2 manusia yg cinta pd Allah. Rutin hidupnya utk kita lebih cintakan Allah. Cintakan Allah yang menjadikan kita sayangi diri sendiri, takut untuk menentangNYA, sayang pada yang kita pimpin.

Sejuta langkah kita dekati Allah, berjuta2 langkah Allah dekati kita.