Khamis, 11 April 2019

beri dan jangan pertikai

Ketika kita belajar memberi, jangan pertikai apa yang orang lain terima.

Betsyukur kerana Allah kurniakan hati yg suka memberi. Allah beri peluang utk kita bina taman di syurga.

Bersyukur kerana kita diberi nikmat begitu.

Sabtu, 6 April 2019

Bila ikhlas diuji

Ketika kita sedang berjuang, ada yang.L sedang pertikai keikhlasan. huuu.. So untuk apa perjuangan ini? popularity? kubur sedang melambai. Apa lagi yang ditunggu?
Nama? Wang? Sedang tiafa imbuhan menanti.

Kuasa?.haha..apa ada pada kuasa ini?. Kita bukan YB yang mungkin mudah dapat keinginan. Kita tak punya apa-apa, Hanya seadanya,

gelak besar

Apabila kita rasa biasa, tapi rupanya kita diperhati. Really?  hehehehehe..pecah perut gelak...Dah 50an tiada apa yang hebat. Diperhati untuk apa..so? Cool mom!

Nak berbunyi juga? lupakan..

belajar untuk tidak rajin berbunyi. Hanya yang perlu. Kenapa?

 Kerana semakin banyak kita bertanya, semakin banyak kita terpaksa mendengar. Semakin banyak kita beritahu, semakin   banyak kita rasa lebih tau. Dan semakin tinggi ego kita, semakin rendah nilai diri kita.

Jadi, nak mudah. Nak rehat. Nak tenang. Jangan kacau orang. Jangan ganggu masa orang. Jangan harap pada yang ada. Jangan sedih pada yang tiada.

Jadi diri sendiri. Doa tu mesti. Yang paling dekat dengan kita kan Allah. Bukan makhluk.



Sabtu, 30 Mac 2019

Bertahan...

Ia bukan masalah. Tapi kerenah. Kerenah kerana ceteknya ilmu kefahaman tentang sesuatu. Sikap mencari, menelusuri itu wajib. Lebih-lebih lagi untuk orang bergelar leader. Tapi bukan untuk orang yang bergelar boss.

Tidak perlu lafaz "saya memang bodoh bab ni". Tapi carilah sendiri atau tanya secara berhemah, berwibawa. Buang ego yang disimpan sebab tak semua rasa boleh disembunyikan.

Lillahitaala..meredah masa dan laluan

Sabtu, 29 Disember 2018

Dia Sahabat

Sahabat,
Biarpun jauh berbeza, tapi dalam hati sentiasa sama.
Biarpun tidak bersua muka, tapi sentiasa ada  di mana jua.

Bersahabat bukan untuk dunia. Lurus dan betul jalannya.
Bersahabat bukan untuk kepentingan peribadi.
Bersahabat bukan untuk kepuasan diri.
Bersahabat bukan untuk diri sendiri.

Terima kasih sahabat yang sentiasa melihat dengan mata hati.

Isnin, 24 Disember 2018

Dunia tak pernah puas

Ketika engkau merasa tidak puas, engkau sebenarnya sudah melakukan.

Jika sebaliknya, engkau sebenarnya sudah jauh ketinggalan. 

Jumaat, 21 Disember 2018

Busy tu indah

Dah bersawang laman ni. Masyaallah! Tiap kali ada mood menulis, tak sempat mengadap laptop. Tapi bila dah mengadap laptop, mood pulak hilang. Akhirnya...

Apa pun hari ni rasa rindu nak macam dulu. membaca dan menaip apa yang dibaca. Berkongsi ilmu. 

Oppss! Nak pergi bank pulak. Lepas tu pergi pejabat. Ada urusan penting. Kemudian pergi sekolah pulak. Urusan anak. 

Petang, siapkan minit mesyuarat. Urusan dunia memang tak pernah habis. Tak pernah selesai. jadi tak perlu kata "aku sibuk!".  Beruntunglah ada urusan. Apatah lagi urusan yang memberi manfaat pada orang lain. Bayangkan kalau kita tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. Hatta oleh kucing sendiri pun. 

So, nikmati kehidupan. Dan jangan lupakan kehidupan yang satu lagi. Yang Maha penting!.

Nak iron baju kejap! hehe..

Sabtu, 6 Oktober 2018

saat yang sama. versi berbeza

Saat itu hadir lagi. Ia seperti berulang. Tapi dengan versi yang berbeza. diyakinkan oleh orang yang berbeza.

Tuhan, kesempatan ini ingin kumanfaatkan untuk memburu kasihsayangMU.

Kali ini aku tidak bersendirian.,Insyaallah.

Tak terhitung nikmatMU ya Allah. KAU buka pintu2 hati manusia. Dengan belasMU, sungguh KAU permudahkan perasaan ini demi bertautnya ukhuwah .

Sabtu, 6 Januari 2018

kekuatan dalam diri sendiri

Kalau kau rasa hilang kekuatan, kekuatan itu sebenarnya sentiasa ada dalam diri sendiri. Tapi hilang kerana kau sibuk melihat kekuatan dalam diri orang lain.