Jumaat, 15 November 2019

kurang Adab

Belajar berbahasa. Belajar menjaga hati orang lain. Mungkin kau dianggap okay dalam rumpun kau kerana kalian serumpun kurang adab.
Tapi ingat! Lain padang lain la belalangnya.

Sedar apa saiz sudu dibandingkan dengan kuah. Ringkas kata, muhasabah diri.

Belajar adab berbahasa itu penting.

no Space

There is no space for provokers and pessimist.
You only make it haywired!

Ahad, 18 Ogos 2019

Bila kasih dibawa ke syurga

pernahkah kau rasa sayang tapi tak pernah kau luahkan?

pernahkah kau rasa happy bila dihubungi tapi tak pernah kau tunjukkan padanya?

pernahkah kau rasa diperhati meskipun tak bertemu dengannya?

pernahkah kau rasa dirindui meskipun tidak pernah diluah hati ke hati?

pernahkah kau rasa ada yang peduli meskipun tidak bersama2 di sisi?

pernahkah kau rasa dicemburui meskipun itu tak patut ada dalam diri?


Ada kasih dibawa ke mati demi mencari redha Allah.
Semoga menjadi sahabat syurga kelak.آمين.

Sahabat terbaikku,  tarik tanganku jika aku tidak kau temui di syurgamu nanti.

Selasa, 23 Julai 2019

kuat bersamamu

Sahabat,
Terima kasih dengan kesetiaanmu. Dengan izinNYA kita saling menguatkan.


Isnin, 15 Julai 2019

tersirat

Masih teringat. Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Ada yang tak terluahkan.


Sabtu, 1 Jun 2019

terpaksa kata NO

Ada kala  kita terpaksa berkata tidak. Bukan sebab tak suka. Tapi sebab banyak mudharat dari manfaat.

Seorang ketua ada ketua lagi di atasnya dan ketua lagi di atasnya lagi. Biar pun majoriti di bawah setuju, tapi di atas sana kata melanggar peraturan.

Belajar menghormati usaha pihak lain. Buksn kita je prihatin. Tapi ramai yang lebih prihatin daripada kita.

Muhasabah Ramadhan. #Jangan ungkit bakti jika ikhlas diri

Selasa, 28 Mei 2019

Sahabat syurga

Rindu dengan kasih sayangnya. Kata2nya  jadi azimat. Terima kasih bersamaku ketika saat getir.

Jiwa yang tenggelam mula naik ke permukaan. Teringat kisah nabi Yunus. Siapalah aku yang jahil begini.

10 Ramadhan, aku mencari hati sendiri. 

mencari diri di lorong masa

Kita tahu di mana kita ketika kita turun menelusuri waktu. Menjejak tanah dataran mencari solusi hati- hati.

Tiada yang sempurna kerana DIA yang maha sempurna. Kau ingin bunga yang cantik mewangi. Kau perlu siram tanahnya. Kau ingin bunga yang besar mekar . Kau perlu tanamnya di kawasan dingin. Bukan bawah bahang matahari.




Sabtu, 25 Mei 2019

PERGIKU PENUH INDAH

الحمدلله
Sudah berakhir. Ramadhan menjadi saksi. Hanya kerana dunia yang secebis, kesannya tular ke semua arah.
Terima kasih Allah yang makbulkan permintaanku.  Aku ingin lebih dekat denganMU. Menelusuri waktu bersama kalamMU.

Kau mudahkan aku dengan menghantar hambaMU yang berhati batu. Keringnya hatinya membenamkan perasaanku. Aku lemas dengan cerca nista. Akhirnya terungkap. Aku sebenarnya tak punya siapa dalam kumpulan kecil itu. Biarpun yang du atas ingin menarikku, dan yg jauh sana menggapaiku, aku tidak mampu terus tersepit di celah.

Aku pergi dengab penuh indah, redha dah pasrah.
Allah , Kau lebih tahu apa yang hati hamba2 Mu sendiri tidak tahu.

Terima kasih anugerah terindahMU.

Khamis, 2 Mei 2019

Angka hanya kuantiti

ya. Bukan mudah. Kalau ra tak kuat, jangan masuk ke dalamnya. Nanti jadi lubyk tambah dosa je. Sedangkan hakikatnya tak wajib pun.

Ramai lagi yang boleh buat jauh lebih baik. Tapi takdir Allah , siapa boleh menahan?

Redha dan pasrah biarpun kau keseorangan!