Khamis, 24 Oktober 2013

Jangan Biar Otak Melepuh!

Ramai yang tergigit lidah ketika makan. Ya, memang sukar untuk melihat 'kesakitan' itu dari sudut yang positif.

Begitu juga bagi yang terpotong jari ketika memotong...

Apa kata Allah tidak wujudkan kesakitan ini....? Mungkin kita tergigit lidah dan terpotong jari sehingga putus tanpa sedar.

Kesakitan fizikal ialah jam loceng terbaik Allah buat di sistem badan manusia untuk mengelak daripada kec...
ederaan lanjut. Ia seolah-olah memberitahu kita "Anda kena berubah cara anda buat tu."

Ok... sekarang bandingkan ini dengan kesakitan emosi... mengapa Allah membuat manusia boleh merasa sedih, pilu, dengki dan marah? Mengapa tidak Allah membuat manusia sentiasa berasa gembira sahaja, sedangkan kita disarankan senyum untuk sedekahkan ceria kepada orang lain?

Jika kesakitan fizikal ialah jam loceng untuk kecederaan badan/kulit... Allah turut membuat jam loceng untuk manusia dalam bentuk kecederaan minda iaitu sedih, pilu, dengki dan marah...

Sekiranya kita mengalami sakit emosi - ingatlah ia sebenarnya memberitahu kita untuk mengubah pemikiran kita.

Selagi kita tidak mengubah pemikiran kita, selagi itulah kita akan mengalami kesakitan emosi.

Ia adalah normal untuk berasa sedih, pilu, dengki dan marah - untuk seketika - kerana kita hanyalah manusia biasa dan hati kita dibuat daripada daging juga... namun sekiranya ia berpanjangan, maksudnya jam loceng minda kita telah berbunyi.... Mungkin mesej yang ingin disampaikan jam loceng ini ialah:

"Jangan harap nak kawal orang lain..."
"Jangan harap orang lain berfikiran seperti kamu..."
"Jangan bergantung pada orang lain untuk membuatkan kita gembira..."

Jika kita kekalkan fikiran kita, kita akan terus merasakan kesakitan emosi yang sama seperti pisau menghiris jari... pisau menghiris jari ini sakit, tapi kesakitan fizikal kita pandai nak elak, tapi kesakitan emosi, kebanyakkannya akan terus menghiris kerana tidak sedar jam loceng badan telah berbunyi dalam bentuk perasaan marah, dengki, pilu dan sedih....

Kaki melepuh bermaksud sudah sampai masanya untuk menukar kasut, kesakitan minda ini seperti melepuh di otak, ialah mesej untuk mengubah cara pemikiran.

Sekadar berkongsi pengalaman diri buat semua. Kongsilah kepada rakan-rakan yang memerlukannya. SENYUM

Sukar Maafkan Diri Sendiri?

Siapa yang sukar memaafkan orang lain, sukar memaafkan dirinya sendiri... sedangkan manusia sangat dahagakan kemaafan...

Justeru Allah itu Maha Pemaaf, dan sentiasa bersedia memberi kemaafan buat insan yang sangat dahagakannya!

Maafkanlah diri sendiri dengan memohon maaf kepada Allah dan memberi kemaafan kepada manusia!

Jumaat, 18 Oktober 2013

Belajar Mengawal otak

Adakah kita menguasai otak fikiran kita atau sebaliknya.

Belajarlah mengawal otak kita. Jika kita membiarkan otak kita merayau, fikiran kita akan menjadi liar dan menguasai kita.

Ia akan membuka kembali benda-benda silam bagaikan satu katalog. Ia akan mengingatkan kita tentang kesedihan, ketidakpuasan hati kita bermula daripada hari kita dilahirkan.

Jika kita membiarkan fikiran kita melayang, i...
a akan mem-berikan kembali imej-imej masa silam yang susah, imej-imej masa depan yang menakutkan. Dan fikiran ini akan mengacau dan mengoncang kita menyebabkan emosi kita tidak terkawal.

Maka, kawallah fikiran, hadkan fikiran ke benda penting yang membuahkan kerja berfaedah.

Bilamana anda mengingat maksiat, jangan dibiar syaitan membisik keseronokan, sebaliknya ikutilah ingatan itu dengan istigfar dan mohon keampunan kerana syaitan sedang menggodam untuk berbuat semula kejahatan itu.

Awasi perangkap syaitan. Istigfar, taubat dan dekatkan diri dengan Allah.

(Quran 25: 58)
“Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya.”

Mesej ini khusus untuk membantu sesiapa yang sedang mengalami konflik minda sehingga mewujudkan perbalahan dan ribut di dalam cawan rumahtangga, pejabat mahupun jamaah. Berkongsilah kepada sesiapa yang memerlukannya. Jazakallah.

Senyum

Belajar Mengawal otak

Adakah kita menguasai otak fikiran kita atau sebaliknya.

Belajarlah mengawal otak kita. Jika kita membiarkan otak kita merayau, fikiran kita akan menjadi liar dan menguasai kita.

Ia akan membuka kembali benda-benda silam bagaikan satu katalog. Ia akan mengingatkan kita tentang kesedihan, ketidakpuasan hati kita bermula daripada hari kita dilahirkan.

Jika kita membiarkan fikiran kita melayang, i...
a akan mem-berikan kembali imej-imej masa silam yang susah, imej-imej masa depan yang menakutkan. Dan fikiran ini akan mengacau dan mengoncang kita menyebabkan emosi kita tidak terkawal.

Maka, kawallah fikiran, hadkan fikiran ke benda penting yang membuahkan kerja berfaedah.

Bilamana anda mengingat maksiat, jangan dibiar syaitan membisik keseronokan, sebaliknya ikutilah ingatan itu dengan istigfar dan mohon keampunan kerana syaitan sedang menggodam untuk berbuat semula kejahatan itu.

Awasi perangkap syaitan. Istigfar, taubat dan dekatkan diri dengan Allah.

(Quran 25: 58)
“Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya.”

Mesej ini khusus untuk membantu sesiapa yang sedang mengalami konflik minda sehingga mewujudkan perbalahan dan ribut di dalam cawan rumahtangga, pejabat mahupun jamaah. Berkongsilah kepada sesiapa yang memerlukannya. Jazakallah.

Senyum

Kasih Sayang Keluarga Tiada Ganti

Alkisah sebiji burger…

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelapa...
rannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu… tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?

Senyum

Jangan Berpura-pura

Jangan berpura-pura, perbaiki perangai kita agar ianya mulia

Kata Umar al-Khatab RA ;

'Barangsiapa yang menghiasi dirinya dengan memaparkan pada manusia dengan suatu sikap yang Allah tahu bahawa ianya bertentang dengan perangainya yang sebenar maka dia pasti akan dimalukan dan dihinakan oleh Allah.'

[riwayat al-Daruquthni]

Islam mencela kepura-puraan, berlagak wara' dan berakhlak depan manusi...
a tetapi dibelakang hanya Allah sahaja yang tahu betapa ianya menipu.

Diriwiyatkan baginda salallahualaihiwassalam bersabda ;

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ أُمَّتِيْ كُلُّ مُنَافِقٍ عَلِيْمِ اللِّسَانِ
“Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan ke atas umatku adalah setiap munafik yang pandai dalam bercakap.” [riwayat Ahmad]

Perkataannya memukau manusia, hujah dan tutur bahasanya mencairkan hati yang mendengar namun dia dengan Allah amat jauh hubungannya!
 
نعوذ بالله من ذلك
~Emran ahmad ; fb

Ahad, 13 Oktober 2013

Masalah itu Peluang?

Masalah dan Solusi hanyalah perbedaan tipis cara pandang dan fokus.
Kalau anda memandang masalah sebagai masalah dan fokus kepada masalah, hidup anda hanya akan bergerak dari satu masalah ke masalah lain, bahkan bisa menjadikan anda menjadi sumber masalah.
Kalau anda memandang masalah sebagai peluang dan fokus kepada solusinya, hidup anda akan bergerak ke atas menaiki tangga solusi demi solusi, dan anda akan dikenal sebagai pemecah masalah.
Sikap yang kedua inilah yang akan menjadikan anda pribadi sukses ....

Jangan Bersangka Buruk pada Allah

Wahai anakku,

Masamu kecil disengat nyamuk, kamu pernah bertanya mengapalah Allah cipta nyamuk? Apalah fungsi nyamuk kepada dunia ini? Cantik ciptaan Allah ini, pandai terbang tapi mengacau... mengapa diciptanya, tanya kamu.

Wahai anakku,
Kinimu dah membesar dan boleh berfikir. Tahukah kamu berapa ramaikah yang mendapat rezeki kehidupan kerana adanya nyamuk di dunia? Disebabkan ada nyamuk, ada k...
ilang ubat nyamuk, adanya syarikat spray nyamuk dan sebagainya. Berapa orang yang dapat kerja kerana nyamuk kekal di dunia ini?

Wahai anakku,
Disebabkan kamu tidak tahu hikmahnya, jangan pula kamu kata ciptaan Allah sia-sia. Sesuatu itu mungkin mengganggu, mungkin haram untuk orang Islam, tapi jangan pandang hina dan pertikaikan Allah dan kebijaksanaan ciptaanya.

Begitu juga apa yang terjadi, lihat ke belakang samada disebabkan dosa yang kamu lakukan, kemudian jalan ke depan dengan bertaqwa pada Allah - hikmah-Nya akan muncul jua. Setiap perkara yang Allah lakukan mesti bersebab dan tidak sia-sia.

Jangan sangsi, dan sangka buruk sama sekali. Percaya pada Allah.
Senyum

Bila Minda Kita Dibasuh!

Wahai anakku,
Engkau sedar tak minda kamu sedang dibasuh di dunia ini. Sedar tak bagaimana otak kamu dibasuh? Mereka mengulang-ulang perkara yang sama.

Mereka mengulang memberitahu memiliki sesuatu benda itu sangat penting. Mereka mengulang memberitahu memiliki duit yang banyak itu sangat penting. Makin banyak harta dan duit, makin baik. Makin banyak makin baik.

Sedar tidak sedar, engkau juga m...
engulangi perkara yang sama yang diulang kepada kita. Air liur yang terjana hasil daripada itu kamu telan tanpa sedar sehingga ia sebati denganmu.

Sehingga kamu tidak memikirkan apakah itu benar. Sehingga kamu tidak mengambil kisah untuk memikirkan sebaliknya. Sehingga kamu tersasar kerana kamu tidak mempunyai perspektif terhadap apa yang betul-betul penting untuk hidup kamu.

Wahai anakku,
Akibat racun ini, kamu ingin memiliki rumah yang baru. Kamu ingin memiliki kereta yang canggih mahal. Kamu inginkan teknologi yang terbaru.

Semua ini untuk kamu bermegah-megah dengan orang sekelilingmu. Jangan jadi begitu wahai anak kesayanganku, kerana itu petanda kamu telah ditelan dunia.

Wahai anakku,
Apabila umurmu menghampiri ajal, kamu akan sedar duit dan harta bukanlah segalanya. Kamu akan sedar bahawa duit dan harta bukanlah perkara penting yang sepatutnya dikejar kamu sepanjang hayat kamu di dunia ini. Kamu akan sedar betapa tidak bergunanya duit dan harta yang dikumpul kamu kerana ia tidak digunakan untuk membantu orang-orang dalam kesusahan.

Di saat kamu menghampiri ajal, kamu akan sedar kedua-duanya tidak dapat memberikan kamu perkara terpenting di saat kamu memerlukannya iaitu perasaan puas kerana adanya kasih sayang dan ketenangan kerana telah melaksanakan hak dan suruhan Allah dengan baiknya.

Oleh, jangan ditelan duniawi, wahai anakku. Sedarlah, kerana kamu tidak sedar ajal kamu semakin hari semakin hampir.

Senyum

Antara Marah dan Bisik (Antara Hati Jauh dan Hati Dekat)

Wahai anakku,
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Wahai anakku,
Sebenarnya apabila dua orang marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk b...
erhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang saling menyayangi pula, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Wahai anakku,
Oleh itu, dalam menguruskan perbezaan pendapat, jangan tinggikan suara dan nada, jangan beremosi supaya hati tidak berjauhan... ramai yang tidak sedar sehingga hati dah berjauhan sehingga tidak dapat dihubungi lagi barulah nak selamatkan kembali.

Sebab itu, disarankan diam ketika marah supaya hati tidak berjauhan juga kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah pastinya akan menjauhkan hati.

Wahai anakku,
Masa tetap berjalan - jadi pilihlah yang mudah, senyum selalu ketika waktu berjalan menghampiri akhirat. Buat apa hidup dalam marah-marah. Senyum