Jumaat, 2 Mei 2014

Terpilih

Saya terfikir  nak beli beg. Setelah beberapa minggu, menjadi teringin pulak. Tiap kali lalu depan kedai beg, mesti jeling. Saya tak mau beg yang terlalu mahal (bukan nak dibawa ke function ...ataupun gala..hehee). Tapi nak yang cantik dan berkualiti. Namun saya pun tak mau yang terlalu murah. Takut cepat kusam. Belum cari betul2 saya dah pening tengok banyak beg2 dipamerkan. Dalam banyak pilihan, saya rasa saya tiada pilhan. Semua yang saya tengok tidak terpilih
Pagi tadi cari sandal. Sandal yang ada dah koyak. Alhamdulillah. Allah mudahkan saya. Beli sandal dengan harga tertentu, saya berpeluang membeli beg dengan diskaun 30%. Walaupun cuma ada beberapa pilihan, tapi saya terus memilih satu tanpa rasa menyesal. Dan saya mendapat   2 barang keperluan sekaligus. Bahagia kan...bila kita dapat apa yang kita inginkan! Biarpun bukan branded item tapi rasa bahagia itu yang lebih 'branded' sebenarnya. RahmatNYA....untuk hamba.

Dan...apa yang saya rasakan sekarang? It's sweet!

Selasa, 29 April 2014

Qiraat dan Majlis Pengantin

Teringat kisah kelmarin. Kisah yang memberi hikmah yang menguja jiwa. 

Ahad 13 April, saya mengikuti kursus sehari Bengkel Qiraat di Seksyen 19. Kursus yang cuma sehari ini membuka pintu hati saya lebih luas pada bidang ini.Terima kasih sangat2 pada Ustazah Uyun yang mengajar saya Qiraat Ibnu Kathir, recommend bengkel ni.

Dari bengkel itu, saya kemudian menghadiri  kelas Qiraat Nafi' (Imam Qalun dan Imam Warsh) buat kali pertama pada 19 April, Sabtu.  Tengok! Belajar qiraat 3 imam sekali gus. Tamakkah saya? Tapi saya yakin, semakin kita kejar akhirat, semakin dunia datang pada kita. Syukur Allah anugerahkan suami yang begitu memahami. Semangat memanglah menyala-nyala. 

Pada hari yang sama juga, saya kena menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat di Bangi. Janji dengan suami, saya akan keluar dari kelas awal agar dapat bertolak ke Bangi pukul 1. 

Tapi ternyata sukar untuk saya tunaikan janji. Apatah lagi bila tiba giliran saya baca, ayatnya panjang sampai 4 atau 5 baris. Baca berulang-ulang mengikut kaedah qiraat Qalun dan Warsh. Jadi masanya lama.

Habis sahaja baca, saya terus pulang. Pecut terus. Sampai di rumah apa lagi, kena tegur kerana lewat. Saya diam. Saya akui kesalahan saya. Kami bertolak ke Bangi kira2 pukul 2. Sampai saja di dewan seperti dalam alamat. Kosong? Sepi? Salah alamatkah?? Suami lihat semula kad jemputan. Ya Allah! Majlisnya 13 April, Ahad!!! Dah lepas rupanya!

Namun, saya tetap bersyukur, Alhamdulillah... kelupaan itu telah membuka ruang untuk saya hadir Bengkel Qiraat pada 13 April tu. Terharunya rasa. Allah tunaikan hajat hambaNYA yang penuh dosa ini dengan menghadirkan kelupaan begitu sekali. Bila ditanya pada suami, camne boleh silap tengok tarikh?. Dia kata, bukan silap tengok. Tapi dah mindset dari awal, majlis pengantin 19 April.

Subhanallah...Allah adalah sebaik2 perancang.


Rabu, 23 April 2014

Isteri Cinta Hati Suami

Ayat yang paling indah didengar oleh seorang isteri adalah "bertuahnya abang dapat isteri macam sayang...".

Pintalah pada DIA yang menggerakkan hati hamba2NYA agar memberkati rumahtangga kita dan keluarga kita. Doa itu senjata mukmin. Doa isteri untuk suami dan sebaliknya tanda kasih tidak berbelah bagi. 

Ahad, 20 April 2014

Qiraat Yang Mengujaku

Sedikit demi  sedikit arusnya mendekati diri hamba yang dahaga ilmu ini. Subhanallah... Alhamdulillah..Terima kasih Tuhan yang membawa hamba kerdil ini ke sini, dunia Qiraat yang pernah menguja saya ketika kecil dahulu. 

Kini ilmu ini telah berada di hadapan hambaMu ya Rabb. Syukur..syukur.. syukur..,KAU dekatkan mereka yang arif, yang cintakanMu, dengan hambaMu yang cetek ilmu ini.

Khamis, 27 Mac 2014

Kita Sedang Berlari

Ruang waktu semakin sempit. Mengecil. Kita seolah-olah berlari. Kian pantas. Tapi kian  jauh meninggalkan dunia yang kita cinta. Sempatkah lagi untuk menimbun pahala? Dengan kudrat yang semakin terbatas, kita merangkak untuk menggapai syurga. Mampukah? Layakkah dengan hati sekeras ini? Dengan amal yang secebis? Dengan sedekah yang sekelumit tapi masih berkira?


Sabtu, 22 Mac 2014

Bertemu dengan Kebaikan

Hari ini bertemu dengan insan-insan yang mengajak mindaku berfikir tentang seribu kebaikan. Dia bukan orang-orang hebat. Bukan insan-insan popular. Tapi dia menikmati hari tua yang penuh dengan nilai2 ketuhanan. Dia tidak mengejar dunia. Tapi dunia datang padanya. 

Ya Rabb...Yang Maha Mendengar. Benarlah... bila hambaMU ingin menuju ke arah kebaikan, Engkau pasti dekatkan hambaMu itu dengan insan2 yang penuh dengan kebaikan.

Maha suci..,segala puji bagiMu Allah Yang Maha Pengasih.

Jumaat, 14 Mac 2014

DIA Yang Amat Cintakan Kita

Ada satu-satu ketika, kita begitu kecewa dengan apa yang terjadi. Sedih...pilu...menangis...menyalahkan diri begitu menghantui hati dan perasaan. Tapi bila kita kembalikan semua rasa itu pada Pencipta, satu  demi satu peristiwa merentet tiba. Mengunjungi hidup kita. Menghadiahkan rasa suka. Oh! Allah telah membungkus kegembiraan itu dengan kedukaan rupanya. Lantas yang tersembunyi terserlah jua. Alhamdulillah...Betapa kesabaran dan cinta Allah itu tidak ada hujungnya. 

Segala puji bagiMU Allah yang mengurniakan hambaMU semua pengalaman ini...sehingga aku berada di sini..di sekitar ini..,dalam kalangan insan sebegini..pada rasa yang sentiasa berwarna-warni... dengan nikmat dan rahmatMU yang tidak berpenghujung. 

Ya Rabbi...kukuhkan cinta hamba2MU agar kami mampu temuiMU di SANA nanti..aminn

Jumaat, 7 Mac 2014

CintaNYA Tak Pernah Surut

Pada tiap detik, yang kita perlu hanya Tuhan. DIA yang menyediakan oksigen untuk kita sedut. DIA juga yang menyediakan waktu untuk kita mencintaiNYA. Tapi kita lebih mencintai dunia... Dan kita terlupa pada akhirat yang lebih cintakan kita.

Allahu akbar! Andai masa sudah tiba...dakaplah aku dalam syurgaMU.

Selasa, 4 Mac 2014

Sahabat Sejati itu Anugerah Allah

Bila  sudah ada sahabat yang sanggup berkorban apa saja untuk kita...bersusah payah untuk kesenangan kita..mencurahkan segala kasih sayang pada kita, itulah rahmat Allah yang tidak terucap. Baja perhubungan dengan kejujuran...saling berterusterang dan memaafkan...malah saling menjaga hati demi kasih kerana Allah. Sirami keakraban dengan syukur dan doa yang tak pernah putus pada Yang Maha Memberi. 
Allahu rabbi... ENGKAUlah yang menganugerahkan semua nikmat ini. Tanpa rahmatMU,siapalah kami. Terima kasih, segala puji bagiMU kerana menganugerahkan aku suami yang begitu memahami, biarpun aku bukanlah isteri mithali.


Khamis, 27 Februari 2014

Usah Bersandiwara

Ada kalanya kelurusan sahabat dijadikan wadah untuk seseorang meloncat. Dan sahabat itu terbiar...terjelepuk.. tanpa belas kasihan. Itulah permainan manusia yang merasakan dia sudah cukup bijak untuk bersandiwara.

Namun, langit sentiasa berubah. Allah tidak pernah melupakan hamba2NYA. Yang batil itu takkan dapat bertahan lama. Dosa itu tidak berbau tapi akal dan Iman dapat menilai.