Isnin, 18 Januari 2016

i miss my leisure time

I really really miss my leisure time. Tuhan... aku tahu apa yg Engkau beri adalah yang terbaik.
Namun kerdilnya aku sebagai hamba menjadikan aku sesekali rasa terbenam.
Aku berada di puncak yang genting. Di puncak yang tidak pernah aku idamkan..malah tidak pernah aku impikan.

Puncak yang bila2 masa boleh menikam diriku sendiri. Biarpun benar selangkah kaki sudah di syurga. Tapi hakikatnya sebelah kaki juga sudah di pintu neraka.

Kekuatan aku hanya padaMU ya  Rabb. ..kerana KAU yang memberi semuanya. Dayaku hanya padaMU yang mengujiku. Jalan ini wajib aku lalui demi amanah keranaMU jua. Semuanya hanya keranaMU.




Jumaat, 1 Januari 2016

nilai sabar dan tawakal

Di sana aku belajar tawakkal. Aku kenal nilai sabar. Tawakal dan Sabar kunci kemuliaan..penanda aras kejayaan dunia untuk akhirat.

Tanamkan  nilai laksanakan dengan niat untuk mencapai redhaNYA. Sasaran hanya pada kpi husnul khotimah

Khamis, 31 Disember 2015

rindu mekah madinah

 الحمدلله...hajat  dan hasrat sudah kesampaian. Syukur segala puji bagiMU ya Rabb yang mengabulkan doaku. Syukur dengan anugerahMU yang melimpahruah. 

Tanah Haram Mekah dan Madinah kujejak dengan iringan kalimahMU dan selawat kepada kekasihMU. Airmata syahdu turut mencuci debu2 hati yang sering tersisa. Allah..jernihkan hatiku sejernih airmata kerana mencintaiMU.
Berikan aku ruang lagi dan lagi untuk berkunjung ke rumahMU  serta maqam kekasihMU. Aamiin

Sabtu, 19 Disember 2015

episod cnta...

Exam  bertulis qiraat jamak di uiam sudah pun selesai untuk semester ini. Insyaallah perjuangan diteruskan untuk semester depan. 
Esok satu lagi episod cinta akhirat. Debaran hati kian kencang. Emosi seperti tak keruan. Terasa besarnya dosa dipikul. Malunya hendak bertemu dengan Tuhan Rabbul izzati.Zahir dapat ditahan perasaan. Tapi dada ini sesak. 

Yang Maha Pengampun..KAU ampunkan dosa2ku ..kesalahanku. KAU hapuskanlah kesombonganku..keegoanku..
kemegahanku. KAU tanam dalam hatiku sifat tawadhuk...sifat sabar...sifat zuhud. sifat cintakan kesederhanaan..sifat qanaah dan sifat pemurah.
sifat hamba yang memberi manfaat untuk akhirat.

Rabu, 9 Disember 2015

kecintaan hambaMU

Bila suka , lama pun tidak terasa. Bila sayang, yang berat pun jadi ringan melayang. 
Allah...KAU tidak tunaikan permintaanku yang dulu, yang aku anggap permata tapi KAU Maha Tahu itu kaca. Kemudian KAU anugerahiku dengan berbagai2 permata yang ťidak pernah aku duga. 
Setapak aku dekatiMU..berjuta langkah KAU dekati aku..KAU dakap aku dengan penuh cinta. Sedangkan aku baru belajar meniti untuk melihat syurgaMU. Aku baru tersentak dari lalai dengan nikmatMU. 

Terima kasih Tuhan...jadikan kecintaan2MU sebagai kecintaanku juga.  Jadikan rahmat, belas dan berkahMU dakapan untukku dan insan2 kecintaanku.

#sejambak bunga mawar mendakap cinta 
#sehelai tudung labuh berdagu bertanda kasih
#putera puteri  amanah kasih sayang


Rabu, 25 November 2015

debar tersimpan

Pagi ni sambung baca buku panduan buku 'Jemputan ke Baitullah' .  Hati semakin berdebar. Terasa sesuatu yang mengusik jiwa. Macam2 rasa ada. 

Keciknya diri. Banyaknya dosa terkumpul selama ini. Yang zahir. Yang batin. Tidak terkira. Aib yang Allah tutup bertimbun2 disimpan.

Allah...siapalah hambaMU  ini kalau buksn rahmatMU yang membahagiakan aku. Seluruh jiwa ragaku hanya untukMU semata2. Semakin aku serah diri ini padaMU semakin melimpah ruah nikmat KAU anugerah padaku. Beriķan aku nikmat beribadah padaMU dalam suasana yang aku cinta. Hanya untukMU. Hanya untukMU.

Selasa, 24 November 2015

cinta terus bertandang..

Cinta  terus bertanďang menelusuri cintaMU ya Rabb.  Tetapkan hati hambaMU yang sering tenggelam dalam diri sendiri ini agar sentiasa teguh di titianMu...menyeberangi yang fana ini dengan penuh cinta padaMU. 

Jangan KAU bolakbalikkan hatiku jua hati insan2 yang menyintaiMU. 


DIA menguji...

Sikit demi sikit situasi datang menguji. Berlembut. Bertegas. Menanti. Meminta. Ia bagaikan sessi kaunseling tanpa noktah. Memujuk hati mengajar diri. Insan itu berbagai2. 

Serahkan padaNYA.  DIA mendekat memberi khabar gembira dan ďuka
 Kedua2 membawa hikmah yang sering tidsk dijangka. Yang pasti cintaku tetap tidak pernah berpaling. Semua kerana DIA.

bakti dgn cinta

Membaca kisah orang lain. Diberi pilihan. Berbakti tapi kena berjauhan daripada yang tersayang. 
Meneliti kisah sendiri. Diberi pilihan. Berbakti di tempat yang sendiri suka pergi. Di tempat yang apabila jenguk dari jendela pun boleh jelas bayangnya. Yang perlu  adalah idea...bijaksana..psikology.

Setelah segenap inci hati dan fikiran diserahkan padaNYA. Akhirnya lahirlah jiwa yang mekar dalam siraman cintaNYA.

Kaabah. Nantikan aku ..

Sabtu, 21 November 2015

exam?huuuu

Minggu depan exam! Huuuu...Hati masing-masing dah tak keruan. Bercampur-baur. Antara nak cepat merdeka dengan tak bersedia satu apa pun. Gitulah orang veteran belajar. Semuanya urgent. Banyak cabaran dan halangannya.

 Dulu Qiraat ni terlalu asing. Cuma qari dan qariah superb je tau. Sekarang sudah mula berkembang. Ramai lepasan Mesir yang mahir. Wahai generasi Y... Kembangkanlah ilmu hebat ini.