Sabtu, 1 Julai 2017

Syawal yang tenang

Ramadhan yang lalu agak sibuk. Berulang alik ke masjid. Biasanya Lepas zuhur aku tumbang sekejap. Melepaskan lesu pagi.

Namun syawal ini masa rehat yang banyak. Panjang.  Rehat bukan kerana hendak berehat. Tapi kerana bertunggu di rumah. Menunaikan tanggungjawab. Menjaga ibu mertua yang uzur. Giliran kami jatuh pada hari raya. 

Berhari raya di bandar kelihatan sunyi. Tapi pagi syawal rumah kami dikunjungi tetamu istimewa. Keluarga soleh solehah. Syawal yang berkat. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah ,Kau jadikan kami sebahagian dari sahabat mereka yang mencintaiMU. 
     
#kpd insan2 di luar sana yg mungkin lalai seketika. Ingatlah, first priority adalah IBU. IBU!. IBU!  Wang boleh dicari bila2. Tapi  mata dan hati ibu paling sensitif di hari raya. Carilah ibu di awal2 hari raya.




Khamis, 29 Jun 2017

anak2 dan alquran

Melihat anak2 mula menginjak remaja. Kemudian dewasa. Sendiri juga semakin tua. Perubahan demi perubahan berlaku.

Ramadhan kali ini. Keempat2 penghuni rumah ini bertadarus di masjid. Yg perempuan pagi. Yang lelaki malam.  Cuti sekolah dalam ramadhan memang bonus paling indah. 

Sejuk hati mama bila bacaan alQuran anak2 diiktiraf bagus oleh ustaz dan ustazah. Ya. Bukan mudah melihat remaja yg bukan dari madrasah utk baca alQuran dengan baik. 

 Biarpun bukan hafiz hafizah tapi alhamdulillah , mama berusaha ikut kemampuan. Mengajar sendiri anak2 membaca Alquran dari kecil. 

Anak2..Biarpun mama sendiri sudah ada tauliah mengajar alQuran dari Jais, tapi mama tidak pernah  berhenti belajar. Ilmu AlQuran itu luas. Beruntung bila kita diberi hidayah utk meneroka kalam Allah ini.

Kini tugas utk istiqamah lagi berat sebenarnya. Moga kita kuat menahan godaan syaitan dan nafsu dunia.

Biar sejuta menara gading telah kita tawan, bergulung2 ijazah telah kita dakap, tanpa alquran dalam dada, hidup kita seperti pusara tanpa cahaya. Mati ketika hidup!!.


Selasa, 20 Jun 2017

Maklumat, pengetahuan dan Hikmah

Maklumat tidak selalunya menjadi pengetahuan. Pengetahuan tidak selalunya menjadi sumber kebijaksanaan sekiranya tidak disertakan dengan hidayah ataupun hikmah.

Hikmah adalah pemberian Tuhan jepada umat manusia yang takut kepadaNya. Melalui hidayah ini, kita diberi kemampuan memilih maklumat2 yang dimasukkan ke dalam fikiran. Maklumat itu selanjutnya berguns bagi membangunkan sekrlisn manusia dan memuliakan Tuhan.

Orang yang memiliki hidayah biasanya semakin banyak pengetahuan yang dimiliki, semakin rendah hatinya dan semakin beliau sedar pengetahuan yang dimilikinya adalah daripada Tuhan  dan harus dikembalikan kepadaNya, iaitu dengan cara berkongsi dengan orang lain. Itu sebabnya setiap manusia harus mampu 'menawan' fikirannya pada perkara yang baik dan berguna.

Jumaat, 9 Jun 2017

rezeki itu milik kita bila DIA tentukan

Pagi Jumaat. Ramadhan 14. Sedang aku sibuk pilih baju dari dalam almari. Nak gosok. Suami tanya, "kata sayang nak cari telekung?". Aku toleh ke arahnya. Senyum aku sampai ke telinga.Hmm..telekung SK, favouriteku. "Jomla keluar tengahari ni."Dia berkata lagi. "Kan hari ni Jumaat". Aku jawab. Dia angguk.

"Esok nak?" dia kata lagi. "Esok kan nak cari baju dina?" Aku jawab pulak. "oh,ya," Dia baru teringat.

"Nantilah, lepas2kan baju anak dara ni dulu,baru lega cari yang lain" aku jawab.

Rezeki itu kita minta dari Allah
 DIA tahu yang mana dan bila untuk kita.

#kasihsayang itu datang dari hati yang positif
#14 Jun, sempatkah menggapai 51? Semakin dekat menemuiNYA

Ahad, 4 Jun 2017

tidak Sama

9 ramadhan 1438H. Maknanya sudah 9 hari berpuasa.

Life sudah tidak seperti dulu. Perlahan2 hidup seperti diburu waktu. Walhal dulu juga begitu. Tapi dulu waktu untuk diri sendiri. Kini waktu untuk komuniti.

Suasana begini mengajar aku erti sabar. Walaupun kerap juga aku hilang sabar. Kadang2 rasa seperti ada dua benua yang berbeza. Pemikiran, idea, objektif dan pelaksanaan juga tak sama. Ketidak bersamaan inilah yang  merosakkan komunikasi. Malah sering mematikan komunikasi.

Bungkam. Itulah natijahnya.

Tuhan, hanya Engkau yang memudahkan. Permudahkan kami dalam apa jua urusan.

Jumaat, 26 Mei 2017

dia

Hidup memang penuh onak. Penuh duri. Meski acap kali kita mengelak, tapi duri itu yang terjah kita. 

Adakala kesakitan itu buat kita bangkit. Namun sering juga buat kita bungkam. Lantas kita beruzlah. Sepi itu menjadi begitu indah. 

#akurindukandiasahabat

Rabu, 17 Mei 2017

rezeki menggolek

Dah lama tak berdhuha. ALpa dan lalai dengan urusan dunia. Pagi tadi tenangkan diri dan mengadapNYA penuh cinta.

Nikmat apakah lagi yang mahu didustakan. Petang tadi ada sahabat bagi hadiah sepasang telekung. Cantik dan ngam betul dengan mukaku. Bagaikan ada acuan mukaku dalam simpanannya. 

Alhamdulillah, begitu mudah rezeki datang. Tapi kelalaian kita selalu kita pandang remeh.
Astaghfirullah. Moga Allah rahmati dan berkati hamba Allah yang pemurah memberi hadiah yang manis ini.

Khamis, 11 Mei 2017

berkorban dan muhasabah

Menjadi pemimpin itu bukan untuk mencari nama. Atau untuk menjadi popular. Semua itu hanya kulit yang apabila dikupas atau terkupas akan menzahirkan isi yang sebenar. Baliklah semula ke pangkal hati. Ke mana kita kan pergi. Ke mana hala tuju kita. 

Menjadi pemimpin itu memang kena banyak korbankan diri. Namun biarlah pengorbanan itu untuk mencapai redha Ilahi. Banyakkan memberi. Banyakkan muhasabah diri. Banyakkan tawakkal dan kepekaan. Untuk apa kita berkorban. Untuk manusiakah? Atau untuk Tuhankah? Kita akan dapat apa yang kita inginkan kerana sifat Allah itu Maha Pemurah. 

Isnin, 8 Mei 2017

menanti hari

Tak sampai 3 bulan lagi insyaallah. Aku masih lagi terasa banyak laghanya. Masih jauh  lagi dariNYA. 

Allah, aku ingin mengadapMU setulusku. Dengan jiwa bersihku. Dengan hati tenangku. Terimalah aku dan suamiku sebagaimana KAU terima para soleh dan solehah berada di sisiMU.

Sabtu, 6 Mei 2017

Cari hikmah dalam tiap peristiwa

Membaca kisah orang soleh solehah. Ujian mendatang tapi mereka tenang suami isteri. Jasad berada di negara asing tapi bagasi berada di negara asing yang lain. 

Mereka tenang sambil menanti hikmah. Cemburu melihat ketenangan dan tawadhuknya mereka. Tidak bersangka buruk dengan Allah. Dan tidak menyalahkan satu sama lain malah tidak menyalahkan pihak ketiga juga.

Benar! Semakin bersyukur semakin sabar semakin tenang. Itulah kunci kebahagian. Cari hikmah dalam tiap peristiwa.