Sabtu, 30 Mac 2019

Bertahan...

Ia bukan masalah. Tapi kerenah. Kerenah kerana ceteknya ilmu kefahaman tentang sesuatu. Sikap mencari, menelusuri itu wajib. Lebih-lebih lagi untuk orang bergelar leader. Tapi bukan untuk orang yang bergelar boss.

Tidak perlu lafaz "saya memang bodoh bab ni". Tapi carilah sendiri atau tanya secara berhemah, berwibawa. Buang ego yang disimpan sebab tak semua rasa boleh disembunyikan.

Lillahitaala..meredah masa dan laluan

Sabtu, 29 Disember 2018

Dia Sahabat

Sahabat,
Biarpun jauh berbeza, tapi dalam hati sentiasa sama.
Biarpun tidak bersua muka, tapi sentiasa ada  di mana jua.

Bersahabat bukan untuk dunia. Lurus dan betul jalannya.
Bersahabat bukan untuk kepentingan peribadi.
Bersahabat bukan untuk kepuasan diri.
Bersahabat bukan untuk diri sendiri.

Terima kasih sahabat yang sentiasa melihat dengan mata hati.

Isnin, 24 Disember 2018

Dunia tak pernah puas

Ketika engkau merasa tidak puas, engkau sebenarnya sudah melakukan.

Jika sebaliknya, engkau sebenarnya sudah jauh ketinggalan. 

Jumaat, 21 Disember 2018

Busy tu indah

Dah bersawang laman ni. Masyaallah! Tiap kali ada mood menulis, tak sempat mengadap laptop. Tapi bila dah mengadap laptop, mood pulak hilang. Akhirnya...

Apa pun hari ni rasa rindu nak macam dulu. membaca dan menaip apa yang dibaca. Berkongsi ilmu. 

Oppss! Nak pergi bank pulak. Lepas tu pergi pejabat. Ada urusan penting. Kemudian pergi sekolah pulak. Urusan anak. 

Petang, siapkan minit mesyuarat. Urusan dunia memang tak pernah habis. Tak pernah selesai. jadi tak perlu kata "aku sibuk!".  Beruntunglah ada urusan. Apatah lagi urusan yang memberi manfaat pada orang lain. Bayangkan kalau kita tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. Hatta oleh kucing sendiri pun. 

So, nikmati kehidupan. Dan jangan lupakan kehidupan yang satu lagi. Yang Maha penting!.

Nak iron baju kejap! hehe..

Sabtu, 6 Oktober 2018

saat yang sama. versi berbeza

Saat itu hadir lagi. Ia seperti berulang. Tapi dengan versi yang berbeza. diyakinkan oleh orang yang berbeza.

Tuhan, kesempatan ini ingin kumanfaatkan untuk memburu kasihsayangMU.

Kali ini aku tidak bersendirian.,Insyaallah.

Tak terhitung nikmatMU ya Allah. KAU buka pintu2 hati manusia. Dengan belasMU, sungguh KAU permudahkan perasaan ini demi bertautnya ukhuwah .

Sabtu, 6 Januari 2018

kekuatan dalam diri sendiri

Kalau kau rasa hilang kekuatan, kekuatan itu sebenarnya sentiasa ada dalam diri sendiri. Tapi hilang kerana kau sibuk melihat kekuatan dalam diri orang lain.

Selasa, 5 September 2017

masyair tempat airmata rindu pd Tuhan

masya'ir  adalah tempat ibadah.
.Bukan tempat makan tidor dan berborak
. .Juga bukan tempat berehat
.
Masya"ir tempat kita berdoa Tempat kita meminta sebanyak2nya dari Tuhan yg maha pemberi.
Tempat kita memohon ampun dari Tuhan .
yg maha pengasih.
Usah pertikai kepayahannya, ujianNya.
 .Sedang amalan kita terlalu sekelumit dengan nikmatNya
Masya'ir tempat yang paling dirindui jemaah haji. Nikmati segala ujian dengan penuh hikmah.  dan muhasabah.
 Jadikan sebagai batu peluasan sempadan i
istiqamah, iman, dan .qanaah.

Haji bukan tempat berehat tapi tempat beribadat.

Berehat di syurga nanti,insyaallah, mudah2an.

Makkah almukarramah-

.

Selasa, 29 Ogos 2017

tetiba jadi imam

dah dua hari jadi imam    solat pada rakan  sebilik. . Gara2 batuk,.yang kurang tahan terpaksa solat di bilik. .
Tuhan,
hambaMU initerlalu banyak kurangnya, aibnya. Tapi Kau lindungi agar hambaMU sedar diri.


Selasa, 22 Ogos 2017

indah cinta di Bumi Haram

Cinta sering diuji dengan sabar.
Sabar sering menghasilkan cinta.
Kukuhkan dengan iman.
Tambahkan dengan ilmu.
Bumi Haram ini tempat paling indah menyemai cinta.
Kau akan tau nilai  dia . Dia akan tau nilai kau
 Bercintalah dengan janji untuk bertemu lagi di Firdausi 

Sabtu, 1 Julai 2017

Syawal yang tenang

Ramadhan yang lalu agak sibuk. Berulang alik ke masjid. Biasanya Lepas zuhur aku tumbang sekejap. Melepaskan lesu pagi.

Namun syawal ini masa rehat yang banyak. Panjang.  Rehat bukan kerana hendak berehat. Tapi kerana bertunggu di rumah. Menunaikan tanggungjawab. Menjaga ibu mertua yang uzur. Giliran kami jatuh pada hari raya. 

Berhari raya di bandar kelihatan sunyi. Tapi pagi syawal rumah kami dikunjungi tetamu istimewa. Keluarga soleh solehah. Syawal yang berkat. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah ,Kau jadikan kami sebahagian dari sahabat mereka yang mencintaiMU. 
     
#kpd insan2 di luar sana yg mungkin lalai seketika. Ingatlah, first priority adalah IBU. IBU!. IBU!  Wang boleh dicari bila2. Tapi  mata dan hati ibu paling sensitif di hari raya. Carilah ibu di awal2 hari raya.