Selasa, 23 Julai 2019

kuat bersamamu

Sahabat,
Terima kasih dengan kesetiaanmu. Dengan izinNYA kita saling menguatkan.


Isnin, 15 Julai 2019

tersirat

Masih teringat. Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Ada yang tak terluahkan.


Sabtu, 1 Jun 2019

terpaksa kata NO

Ada kala  kita terpaksa berkata tidak. Bukan sebab tak suka. Tapi sebab banyak mudharat dari manfaat.

Seorang ketua ada ketua lagi di atasnya dan ketua lagi di atasnya lagi. Biar pun majoriti di bawah setuju, tapi di atas sana kata melanggar peraturan.

Belajar menghormati usaha pihak lain. Buksn kita je prihatin. Tapi ramai yang lebih prihatin daripada kita.

Muhasabah Ramadhan. #Jangan ungkit bakti jika ikhlas diri

Selasa, 28 Mei 2019

Sahabat syurga

Rindu dengan kasih sayangnya. Kata2nya  jadi azimat. Terima kasih bersamaku ketika saat getir.

Jiwa yang tenggelam mula naik ke permukaan. Teringat kisah nabi Yunus. Siapalah aku yang jahil begini.

10 Ramadhan, aku mencari hati sendiri. 

mencari diri di lorong masa

Kita tahu di mana kita ketika kita turun menelusuri waktu. Menjejak tanah dataran mencari solusi hati- hati.

Tiada yang sempurna kerana DIA yang maha sempurna. Kau ingin bunga yang cantik mewangi. Kau perlu siram tanahnya. Kau ingin bunga yang besar mekar . Kau perlu tanamnya di kawasan dingin. Bukan bawah bahang matahari.




Sabtu, 25 Mei 2019

PERGIKU PENUH INDAH

الحمدلله
Sudah berakhir. Ramadhan menjadi saksi. Hanya kerana dunia yang secebis, kesannya tular ke semua arah.
Terima kasih Allah yang makbulkan permintaanku.  Aku ingin lebih dekat denganMU. Menelusuri waktu bersama kalamMU.

Kau mudahkan aku dengan menghantar hambaMU yang berhati batu. Keringnya hatinya membenamkan perasaanku. Aku lemas dengan cerca nista. Akhirnya terungkap. Aku sebenarnya tak punya siapa dalam kumpulan kecil itu. Biarpun yang du atas ingin menarikku, dan yg jauh sana menggapaiku, aku tidak mampu terus tersepit di celah.

Aku pergi dengab penuh indah, redha dah pasrah.
Allah , Kau lebih tahu apa yang hati hamba2 Mu sendiri tidak tahu.

Terima kasih anugerah terindahMU.

Khamis, 2 Mei 2019

Angka hanya kuantiti

ya. Bukan mudah. Kalau ra tak kuat, jangan masuk ke dalamnya. Nanti jadi lubyk tambah dosa je. Sedangkan hakikatnya tak wajib pun.

Ramai lagi yang boleh buat jauh lebih baik. Tapi takdir Allah , siapa boleh menahan?

Redha dan pasrah biarpun kau keseorangan!

Jumaat, 12 April 2019

Nikmati rasa memberi

Pernahkah kau rasa nikmat setelah memberi?Kalau belum ..bisikkan pada hati. Kau memberi kerana Allah sayang pada kau. Bukan sebab kau mampu memberi. 

Khamis, 11 April 2019

beri dan jangan pertikai

Ketika kita belajar memberi, jangan pertikai apa yang orang lain terima.

Betsyukur kerana Allah kurniakan hati yg suka memberi. Allah beri peluang utk kita bina taman di syurga.

Bersyukur kerana kita diberi nikmat begitu.

Sabtu, 6 April 2019

Bila ikhlas diuji

Ketika kita sedang berjuang, ada yang.L sedang pertikai keikhlasan. huuu.. So untuk apa perjuangan ini? popularity? kubur sedang melambai. Apa lagi yang ditunggu?
Nama? Wang? Sedang tiafa imbuhan menanti.

Kuasa?.haha..apa ada pada kuasa ini?. Kita bukan YB yang mungkin mudah dapat keinginan. Kita tak punya apa-apa, Hanya seadanya,