Namun bila teringat kisah Rasulullah, betapa malunya kita. Baginda tetap berbuat baik, tidak menyebut-nyebut kebaikannya...tidak mengungkit-ngungkit kemurahan hatinya... tidak ada rasa kecewa malah tetap menghulurkan bantuan. Sedangkan Baginda adalah kekasih Allah.
Kepayahan yang kita lalui lebih halus dari kuman berbanding dengan ujian yang Baginda lalui ketika berdakwah. Tempat Baginda sudah terjamin di syurga, namun Baginda sentiasa mengharapkan redha Allah. Sedangkan amalan kita belum tentu Allah terima, tapi kita lebih sibuk mengharapkan redha manusia.
Andai kerap merungut, di mana ikhlas kita sebenarnya?