Isnin, 2 Mac 2015

Nikmat bertarannum

Sudah masuk bulan ke3 kelas tarannum berlangsung. Alhamdulillah... biarpun diuji dengan sedikit dugaan yang terpaksa diharungi pada awalnya. Sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmahNYA. Hanya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. 

Syukur alhamdulillah.. Dalam usia begini, masih sempat berkongsi nikmat bertarannum dengan sahabat-sahabat yang berminat. Untuk mengajar sendiri, saya takde ilmu. Kepada Ustazah Natiah, terima kasih tak terhingga kerana sudi mengajar kami yang sudah veteran ini dengan sabar.

Kepada sahabat-sahabat, saya terharu dengan semangat daripada kalian. Bakat terpendam yang ada, serlahkan.  Puas rasa hati bila ada yang menunjukkan peningkatan. Sama-samalah kita hayati sunnah Rasulullah ini. Bukan sahaja dapat ganjaran pahala, tapi nilai diri kita juga insyaallah bertambah. Selangkah kita dekati Pencipta, berjuta-juta langkah DIA dekati kita, mendakap kita dengan penuh kasih. 

Ahad, 1 Mac 2015

terkejut

Terkejut. Dalam usia begini saya dapat invitation untuk kelas master bellydance. Allahu akbar! Mungkin sesaat lagi nafasku terhenti. 

Terima kasih ya Rabb, KAU sibukkan hambaMU yang dhaif ini dengan kelas2 alQURAN. Sehingga KAU temukan aku dengan insan2 soleh dan solehah yang berhati mulia. Bersihnya jiwa mereka bermula dari tutur kata hingga pada perbuatan dan perlaksanaan. Takde istilah mulut lain, hati lain,perbuatan lain.

Saya teringat kata2 Ustaz Rahim Jusoh,  pensyarah qiraat jama', kita dah takde masa dah untuk berhibur2, bersuka2...dunia semakin singkat. Kita kena cepat merebut tempat di SANA, tempat abadi. Apatah lagi bagi usia yang hampir separuh abad.

Bersenam hanya untuk riadah. Agar mudah dan cergas untuk kita beribadah.

Kadang2 kita kena check diri kita. Kita banyak buat yang sunat ke yang harus. Yang haram kita tak mau buat, cuma kadang2 kita tak sedar kita dah buat.

jauh drive...

Hari ke2  kelas Qiraat jama' di UIA. Drive sendiri. Seram tapi itulah dugaan yang harus ditempuh. Allah..nikmatMU terlalu luas. Mudah2an ilmu yang ditimba ini memberi manfaat juga kepada insan lain. 

Tadi first time drive sendiri sejauh itu. Dan...guna touch n go juga furst time hinggakan tak tau beza touch dengan dekatkan. Panik. Mujur guard tiada di situ.

Apa pun kelas qiraat memang the best. Satu2nya ilmu yang tidak saya sangka dapat saya kutip dalam usia begini.

Mata kelat. Esok pagi ada kelas taranum. Bantal menggamitku. Malam ni bertaranum dalam mimpi.

Khamis, 26 Februari 2015

zahirkan cinta...

Bila rasa kasih, rasa sayang dizahirkan ( untuk yang halal je ya...), kedua2 pihak akan rasa bahagia, rasa seronok, rasa dihargai. Hati pun tenang. Ceria pun hadir. 

Bukankah itu nikmat. Semua insan suka dikasihi. Tapi tak semua insan tahu menunjukkan rasa kasih. Bahkan ada yang suka simpan perasaan yang amat membahagiakan itu. Belajarlah mencintai dengan hati penuh bersih. Bukan sayang sebab sesuatu. Tapi sayang seadanya. Sayang untuk sama2 berpimpin tangan ke syurga sana.

Sayangi orang yang sudah tiada, titipkan doa. Sayangi keluarga, bersama ambil tahu, bertanggungjawab. Sayangi sahabat, hormatinya. 

Ya Rabb,
Rahmati dan berkati cinta dan kasih sayang tulus insan2 dalam hatiku. 

#ada air tergenang di matanya ketika mendakapku dengan penuh kasih

Saya suka meneroka...

Saya suka menuntut ilmu. Suka belajar. Suka meneroka ilmu baru yang memberi manfaat bukan untuk diri sendiri semata-mata tetapi juga untuk orang lain. Saya tak suka berkumpul beramai-ramai sambil berborak kosong. Takde inti. Takde ilmu. Bahkan sekadar mengulang2 kisah silam pun bukan kesukaan saya. 

Ada yang kata, dengan berborak2 kosong pun boleh dapat ilmu. Biar pun tak formal. Yesss! Ada juga betulnya kata2 tu. Tapi kalau borak2 itu juga turut disertai oleh orang berilmu. Cakapnya, hujahnya berasaskan fakta. Bukan sekadar logik akal, tapi spritualnya pun.

Jangan lupa, dengan ilmu formallah hidup kita bersistem. Dengan ilmu formallah lahirnya bijak pandai yang boleh sebarkan ilmu pada sejagat. Takde cendekiawan lahir dari ilmu tak formal dalam borak2 santai. Semuanya berhitam putih. 

Kepada sahabat2  yang suka menuntut ilmu. Tahniah! Syukur. Terima kasih tak terhingga kerana kesudian kalian menjadi sahabat akrab saya yang masih merangkak2 menggali ilmu yang tak pernah habis ini.

Kepada yang tidak berminat. Cukuplah menjadi pendorong semangat bukan menjadi sebaliknya. Kita tetap bersahabat biarpun bertentangan minat. Ilmu itu sifatnya mengalir. Alirannya tidak pernah putus.

Isnin, 23 Februari 2015

sehati sejiwa

SEHATI SEJIWA. Mudah diungkap, amat sukar dibuat. Namun yang sukar itulah yang kita cari. Yang nikmat kita kecapi. Yang kita buru setengah mati. Kena fikir banyak kali..untuk meraih cinta Allah atau cintakan diri sendiri.

Pernahkah kita merasa berdebar tiba2. Dan kemudian tetiba telefen berdering. Seseorang yang kita sayang menghubungi kita. Dan kita pun....

#ramai yang amat aku kasihi dan sayangi.

Ahad, 22 Februari 2015

Nikmat dari DIA

Satu konsep hidup yang paling seronok dan paling memberi ketenangan hati.."kalau Allah memang nak beri, DIA akan beri dengan apa cara pun. Yang penting, tiap usaha kita mesti mengikut syariatNYA, laksanakan untuk mendapat redhaNYA bukan redha manusia. DOA pula mesti jadi makanan harian."

Ya Rabb,
Segala puji bagiMU yang menganugerahi aku, hambaMU yang dhaif ini segala nikmat dunia. Jadikan aku hambaMU yang menggunakan nikmat dunia ini untuk mengecap nikmat akhiratMU.

Untuk insan2 yang tidak jemu2 menyayangiku, mendorong, merangsang semangat, mencurah ilmu dan menghulur bahu untuk kutumpahkan airmata sayu dan ceria...kalian taman hatiku. Moga Allah satukan kita di syurga sana. amin.

Rabu, 18 Februari 2015

Qiraat...cintaku tertumpah

Hari pertama menghadiri kelas Qiraat jama' di UIA.  Terujanya. Ia bagaikan kenyataan yang tak pernah pun wujud dalam impian.Tak terungkap dengan perkataan. Cukup dengan kalimahMU.,Alhamdulillah..KAU izinkan hambaMU menggali ilmu hebat ini di hujung2 senja.

Terima kasih suami yang begitu mendorong, anak2 yg mama cinta, ustazah uyun yang tak pernah jemu menghulur ilmu, ustaz hafeez yang kadangkala provoke....hehee..ustaz amiruddin yang sentiasa merangsang semangat, kak aisyah taman hati ini, ustaz rahim jusoh tenaga pengajar hebat. 

Awesome life!

tertawan..

Ketika kau tawan matanya dengan perilaku pekertimu, kau sebenarnya sedang menawan seluruh perasaannya. 
Ketika kau tebar kasih sayang dengan perhatian belasmu, kau sebenarnya sedang menawan seluruh hatinya.

Saat itu dia telah menjadi milikmu..tawananmu. Jagalah budimu, Kawal bahasamu. Tinggikan akhlakmu. Jangan cemari kepercayaannya. Buktikan kasihmu kerana redha Pencipta. Untuk menggamit cintanya, cinta Allah mendahului cinta manusia. 

Rabbi...
Sejuk subuh menggamit rasa syahdu
kau lingkari hambamu dengan penuh cinta
kau dakap hati hambaMU dengan kasih manusia berhati jernih




Rabu, 11 Februari 2015

pernahkah?

Ketika kau mengeluh tak punya sahabat, lihatlah ke dalam diri. Pernahkah kau  menjadi sahabat?