Sudah masuk bulan ke3 kelas tarannum berlangsung. Alhamdulillah... biarpun diuji dengan sedikit dugaan yang terpaksa diharungi pada awalnya. Sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmahNYA. Hanya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.
Syukur alhamdulillah.. Dalam usia begini, masih sempat berkongsi nikmat bertarannum dengan sahabat-sahabat yang berminat. Untuk mengajar sendiri, saya takde ilmu. Kepada Ustazah Natiah, terima kasih tak terhingga kerana sudi mengajar kami yang sudah veteran ini dengan sabar.
Kepada sahabat-sahabat, saya terharu dengan semangat daripada kalian. Bakat terpendam yang ada, serlahkan. Puas rasa hati bila ada yang menunjukkan peningkatan. Sama-samalah kita hayati sunnah Rasulullah ini. Bukan sahaja dapat ganjaran pahala, tapi nilai diri kita juga insyaallah bertambah. Selangkah kita dekati Pencipta, berjuta-juta langkah DIA dekati kita, mendakap kita dengan penuh kasih.