Menuntut
ilmu ketika usia hampir senja begini bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Banyak
laluan dan kekangan yang tidak boleh dirempuh tetapi terpaksa diharungi dengan
penuh hemah dan teliti. Pasangan (suami/isteri), masa, tenaga, kewangan dan
yang paling utama adalah emosi sendiri.
Sebagai
wanita yang sudah hampir 5 series, komitmen yang mengitari adalah perkara biasa
malah bagaikan rutin. Itu belum lagi mengambil kira perasaan dan layanan terhadap suami dan anak-anak. Namun lillahitaala
itu yang paling penting. Insyaallah..Allah permudahkan tiap kebaikan dengan
hikmahNYA yang sentiasa berantai dan berkesinambungan.
#Tengah
hafal surah al Insan untuk oral exam Qiraat Jama’ di hujung semester nanti. Teringat
kata-kata Ustazah Uyun, hafal dengan bacaan Riwayat Hafs dulu, setelah itui
barulah dengan Riwayat Kholaf (Hamzah) seperti yang diminta oleh Pensyarah. Hasilnya
kita dapat hafal dua2 iaitu bacaan Hafs (bacaan seperti biasa kita sering baca)
dan bacaan Riwayat yang diminta oleh pensyarah.