A ;
Dalam setiap perjuangan juga ada golongan yang dinamakan toxic people. Golongan yang berpura-pura dan menikam dalam diam. Wujudnya
golongan ini seiring dengan wira yang tidak didendangkan tadi.
B ;
Maksudnya?
A ;
Kerana adanya toxic people inilah
menyebabkan wujudnya “hero”.
B ;
Saya akan lawan mereka!
A ;
Jangan! Pembelit akan terbelit dengan jeratnya sendiri. Pujuklah hati agar
berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak
sehaluan dimusnahkan. Tidak ada ketenangan jika ada kebencian.
B ;
Berapa lama harus saya bersabar, eh… bersyukur?
A ;
Sabarlah dalam bersabar. Dan, syukurlah sehingga tidak dapat diukur.
B ;
Ini pasrah atau mengalah?
A ;
Tidak kalah dengan mengalah.
~ BEDUK DIKETUK
Pahrol Muhamad Juoi