Alhamdulillah...nikmat apakah lagi yang didustakan. Ketika fizikal mula menjarak, Allah utuskan dia di galaksi sana. Berhubung kerana mencintaiNYA. Kasih sayang bertaut dalam cintaNYA...kalimahNYA. Itulah hikmah yang tidak terjangkau.
Tuhan....pertemuan hanya indah keranaMU.
Label
Ana Balqis
(4)
Ary Ginanjar Agustian
(7)
DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI
(9)
Dr Fadzilah Kamsah
(4)
Dr Harlina Hj Siraj
(1)
Dr Haron Din
(1)
Dr MAZA
(13)
DR MUHAYA
(8)
DR ROBIAH K.HAMZAH
(3)
Dr Zaharuddin Abd Rahman
(11)
Dr Zubaidi Hj Ahmad
(1)
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
(3)
Ebit Lew (facebook)
(2)
Emran Ahmad
(1)
Faisal Hamdi
(1)
GETARAN
(2)
habib zainal abidin
(1)
Hajjah Rahmah Hj Abd Rahman
(3)
Imam Muda Hassan
(1)
Islam Itu Indah
(1)
KOLEKSI DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
(130)
mengenal diri
(1)
Muhamad Agus Syafii
(1)
MUHASABAH
(9)
Mujahidin Media
(1)
pengalaman itu kehidupan
(1)
Prof. Dr. Rozieta Shaary's status.
(1)
SAPU SAMPAH DI HATI KITA...
(1)
SHARE
(52)
Syahdina muza
(4)
Syria
(1)
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
(2)
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
(4)
Ustaz Azhar Idrus
(1)
USTAZ MOHD KAZIM ELIAS
(1)
USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI
(25)
Ustaz Yusuf Mansyur
(27)
Ustaz Zahazan Mohamed
(7)
Selasa, 2 Jun 2015
Isnin, 1 Jun 2015
exam hafazan imam hamzah semalam
Kisah semalam di UIAM.
Exam hafazan surah al insan. Dengan bacaan perawi Kholaf dari imam Hamzah. Hampir dua bulan menghafal surah ni. Perit. Sukar, Oayah dakam usia mencecah 5 series ini, buat pertama kali menghafal surah begini panjang. 31 ayat. Dengan bacaan qiraat pulak tu. Apatah lagi qiraat Hamzah. Memang hari ini dalam sejarah.
Alhamdulillah. Ustaz Rahim nampak berpuas hati. Terharu dengan komen yang memberangsangkan daripada pensyarah berpengalaman ini sebaik saja selesai saya memperdengarkan hafazan.
"Cikgu tau tak yang cikgu ni hebat?" tanya beliau. Saya diam. Senyum campur seram. Beliau kemudian menyambung, " Cikgu ni hebat sangat. Cikgu tau tak?" . " Tak tau. Yang saya tau, saya ni teruk.,hehee.." saya menjawab disulami dengan gelak. Tangan masih sejuk. "Nak tau tak kenapa saya kata, cikgu ni hebat sangat" beliau tanya lagi. " Kenapa?" saya mula bertanya.
" Sebab...mana ada orang boleh baca qiraat Hamzah macam ni.. macam cikgu baca ni. " Saya senyum. Lega. Allah permudahkan urusanku. "Berapa lama cikgu mula menghafal?" beliau tanya lagi, "Sejak ustaz bagi surah la,.," saya jawab, jujur. "Hebat sungguh", puji beliau lagi. Saya senyum. Tangan sejuk tadi sudah pun beransur hangat. "Tinggi markah ni. Saya bagi cikgu markah tinggi tau" sambung beliau lagi. Senyum saya makin menyerlah. Sampai je telinga kot. "Boleh balik lah. Nanti jalan jammed" kata beliau lagi. Macam bapa2 saja bunyinya. "Terima kasih ustaz" saya bangun dengan senyum yang tak lekang. Sambil mengemas2 alQyran dan buku2, entah berapa kali saya ucapkan terima kasih pada beliau. Gembira yang tak terucap.
Terima kasih ya rabb. KAU anugerahkan hambaMU yang jahil ini kesempatan untuk menikmati dan menghayati ilmu alQyran yang amat luas dan tak terbatas ini. RahmatMU
Khamis, 28 Mei 2015
cukuplah....beransur pergi
Akhirnya Allah tunjukkan juga. Siapa yang boleh menipu bahasa tubuh? Lisan lidah yang lembut tidak bertulang tapi menghiris bisa. Peristiwa yang tidak diduga. Dialog yang menyerlahkan jiwa.
Cukuplah sekadar ini. Ramadhan bertemu ramadhan. Lalu segalanya menjadi kenangan silam yang tidak akan dibuka semula. Dunia sudah menjadi sisa. MukjizatNYA teman sejati.
Cukuplah seadanya. Di sini bermula. Di sini berakhir. Harapan agar tidak ada yang menjadi mangsa air mata dunia.
Ikhlas itu umpama semut hitam atas batu hitam dalam kegelapan. Biarlah Allah yang menceritakan. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Gembira kecewa bersilih ganti. Allah sayang kita. Kerana itu diperingatkan dengan air mata.
Beransur pergi.
Jumaat, 22 Mei 2015
Dia lagi...
Bila disayang, rindu tak pernah hilang.
Bila dirindu, kasih sentiasa datang
Sesekali berhati walang bukanlah malang
Allah datangkan insan yang indah hati
yang baik pekerti
yang tidak kenal makna benci
mengajar kita erti rendah hati
itulah rahmatNYA
DIA yang mencipta
DIAlah Allah rabbul izzati
Selasa, 12 Mei 2015
kawan biasa. sahabat luar biasa
Berkawan itu biasa. Bersahabat itu yang luar biasa. Kepercayaan menjadi tunggak perhubungan. Kehalusan budi menjadi nadi kepercayaan. Berjanji dibayar dengan tunai. Kotakan. Itulah penguat hubungan.
Aku berkawan dengan semua. Tapi mungkin memilih sahabat. Bukan kerana aku memilih2 . Tapi aku tidak kuat perasaan. Tak cekal hati. Memang payah kalau mudah tersentuh. Kata orang, kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Maka inilah aku. Hanya mampu berumah di tanah rata. Mendatar.
Aku berkawan dengan semua. Tapi mungkin memilih sahabat. Bukan kerana aku memilih2 . Tapi aku tidak kuat perasaan. Tak cekal hati. Memang payah kalau mudah tersentuh. Kata orang, kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Maka inilah aku. Hanya mampu berumah di tanah rata. Mendatar.
Ahad, 10 Mei 2015
study qiraat dgn suami..
Kasih sayang penyubur jiwa. Malam ini aku dan suami study qiraat bersama. Perawi Qalun dari imam Nafi'. Dia eager betul prepare untuk kelas esok. Hatiku semakin berbunga bila dia turut minat pada qiraat. Alhamdulillah... Tuhan beri kami peluang untuk mengecap nikmat belajar ilmu qiraat bersama begini. Kalau zaman belajar dulu, dia study engine, aku study sains. Hari ini kami sama2 menelaah alQuran..mengkaji.,berbincang...dan adakala berbahas tentang qiraat.
#Seronok dapat murid smart macam sidia.
#Seronok dapat murid smart macam sidia.
Jumaat, 17 April 2015
Surah al-Insan dari perawi Khalaf an Hamzah
Surah Al-Insan dari bacaan Qiraat perawi Khalaf an Hamzah. Inilah surah yang akan saya hafal untuk exam shafawi Di UIAM nanti.
Ya Rabb.. berilah hambaMu yang serba kekurangan ini kekuatan, ingatan yang kuat dan hati yang tenang. Kuraih ilmuMU ini dengan segala ketabahan.
Khamis, 9 April 2015
Tiada istilah Kecewa
Kita sering tenggelam dalam kecewa sebab mengharapkan prnghargaan daripada manusia lebih daripada hadiah dari Tuhan. Sedang Tuhan yang menggerakkan hati manusia yang kita harapkan itu.
Mohon padaNYA, semata2 kerana DIA , dan untuk DIA yang mencipta kita.
Isnin, 6 April 2015
Menikmati Senja dengan MukjizatNYA
Duduk
merenung diri. Dah hampir senja berada di alam fana ini. Tapi belajar tak
habis-habis lagi. Lagi dan lagi. Qiraat. Qiraat. Dan qiraat lagi. Tarannum.
Tajwid. Sumbernya satu. MukjizatNYA, Al-Quran.
Ketika
ini sedang berusaha, bertungkus lumus menghafal surah al-Insan. Dalam usia
sesenja ini. Berdayakah minda tua ini mengingati patah demi patah kata. Kalimah
demi kalimah indah DIA.
Mukjizat
ini telah menemukan aku dengan manusia-manusia berjiwa. Berhati mulia. Manusia-manusia
yang mengingatkan aku tentang indahnya bercinta denganNYA. Manusia-manusia yang
mengingatkan aku tentang berpada-pada dengan cinta dunia.
Hingga
aku lebih berhati-hati. Lebih memilih. Adakalanya menjadi yang terpilih. Namun aku
hanya ingin terpilih olehNYA untuk menjadi penghuni syurga Firdausi. Menikmati kehidupan
kedua bersama insan-insan berjiwa yang pernah saling cinta.
Rabb…
MukjizatMU
membawa aku ke detik ini. Menikmati hangat cinta suci dari takdirMU.
Rabu, 1 April 2015
Cercaan tidak menghancurkan Kemuliaan
Hassan bin Tsabit
berkata dalam sebuah bait syairnya;
Aku tak peduli dengan kesedihan atau kegelisahan
Yang disebabkan oleh ucapan-ucapan orang
Yang sentiasa mencela
Bekas presiden Amerika
pernah mengatakan: “Saya tidak pernah membaca surat-surat cercaan yang
ditujukan kepada saya, tidak pernah membuka sampulnya, apalagi membalasnya.
Sebab jika saya menyibukkan diri untuk membaca surat cercaan tersebut, saya
akan kehabisan waktu untuk berbuat sesuatu untuk rakyatku.”
Pada Perang dunia kedua,
terdapat seorang panglima angkatan laut Amerika yang berprestasi gemilang yang
mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang yang masyhur. Dia banyak bergaul
dengan orang bawahannya yang sering mencela, memaki dan meremehkannya. Sampai
akhirnya dia hanya berkata: “Kini aku memiliki kekebalan untuk menghadapi semua
bentuk kritikan. Tulang-tulangku telah rapuh dan usiaku telah tua. Kini aku
tahu bahawa ucapan-ucapan seperti itu tidak akan mampu menghancurkan kemuliaan
dan tidak akan mampu mencabut pagar benteng yang kuat”
~DON’T BE SAD
Dr ‘Aidh al-Qarni
Langgan:
Catatan (Atom)


