Ahad, 26 Oktober 2014

CintaNYA yang menguja

Tiap kali kembara..
   dia pasti melafaz salam
   dia takkan melangkah tanpa aku di situ
Yang amat menguja... dinihari namaku diukir dihujung jari

Tuhan... 
Jangan  biarkan aku sendirian
    biarpun ketika suka
    apatah lagi ketika duka

Yang aku paling cinta hanya ENGKAU ya Rabb...
    yang  menganugerahi aku cinta manusia
    yang membelai aku nikmat dunia

Jumaat, 24 Oktober 2014

Tafakur...

Sesekali memilih untuk diam... memilih untuk jauh. Bukan kerana tak suka. Bukan kerana benci. Tapi kerana diam itu lebih baik dari bercakap yang tidak baik. Diam itu emas. Diam itu berlian. Diam itu tanda cerdik.

Perjalanan hidup semakin jauh dari yang fana'. Dan semakin dekat dengan yang baqa. Tapi mengapa kita masih penuh dengan angan-angan? Masih terpesona dengan tipudaya dunia? Seolah-olah usia ini tak cukup panjang untuk bersandiwara. Atau bahasa kasarnya...berfoya-foya. Hanyutnya jauh hingga ke hujung. Entah bila akan ke pangkal. Tau-tau mata sudah ditutup..sedangkan taubat bukan tujuan utama. 

Astaghfirullah al azim. Apakah lagi yang dapat menolong ketika nyawa sudah sampai ke halkum? Solat... puasa...sedekah..kebaikan. Aset kita di alam SANA.

Cintaku benar-benar tumpah padanya...Qiraat Asyara.

Sabtu, 11 Oktober 2014

untuk DIA

Kepercayaan itu mahal harganya. Kerana kejujuran tunjang perhubungan. Sedangkan cemburu keterlaluan boleh menjadi pembunuh semangat. 

Bangkitlah demi nama Tuhan...yang Maha Gagah. Kasih sayangNYA pemangkin jiwa yang kontang. UjianNYA buat insan yang berfikir menjadi nikmat yang tak terperi syukur padaNYA.

Hidup untuk DIA. Mati juga untuk DIA...Rabbul 'Izzati.

Isnin, 6 Oktober 2014

Sejati atau Belati

Sahabat sejati sanggup berkorban untuk melihat kita tersenyum. 
Sahabat belati sanggup korbankan kita untuk membuatnya tersenyum.

Usah risau mencari sahabat. Tapi jadilah sahabat. 
Bila Allah menjadi tujuan, niat hati  tidak berubah. Bantuan ikhlas datang melimpah. 

Sabtu, 4 Oktober 2014

Sibukkah kita?

Sibukkan diri dengan ilmu, hidup terasa lebih bererti. 
Sibukkan diri dengan manusia, masa seolah2 membuat kita terpaksa berlari. 
Sibukkan diri dengan Allah, nikmatnya harga diri.

Ada kalanya kita  mencari ruang untuk mengenal diri.
Muhasabah... berbicara denganNYA.

Yang sempurna itu PENCIPTA... RABBUL IZZATI.