Sabtu, 29 Disember 2018

Dia Sahabat

Sahabat,
Biarpun jauh berbeza, tapi dalam hati sentiasa sama.
Biarpun tidak bersua muka, tapi sentiasa ada  di mana jua.

Bersahabat bukan untuk dunia. Lurus dan betul jalannya.
Bersahabat bukan untuk kepentingan peribadi.
Bersahabat bukan untuk kepuasan diri.
Bersahabat bukan untuk diri sendiri.

Terima kasih sahabat yang sentiasa melihat dengan mata hati.

Isnin, 24 Disember 2018

Dunia tak pernah puas

Ketika engkau merasa tidak puas, engkau sebenarnya sudah melakukan.

Jika sebaliknya, engkau sebenarnya sudah jauh ketinggalan. 

Jumaat, 21 Disember 2018

Busy tu indah

Dah bersawang laman ni. Masyaallah! Tiap kali ada mood menulis, tak sempat mengadap laptop. Tapi bila dah mengadap laptop, mood pulak hilang. Akhirnya...

Apa pun hari ni rasa rindu nak macam dulu. membaca dan menaip apa yang dibaca. Berkongsi ilmu. 

Oppss! Nak pergi bank pulak. Lepas tu pergi pejabat. Ada urusan penting. Kemudian pergi sekolah pulak. Urusan anak. 

Petang, siapkan minit mesyuarat. Urusan dunia memang tak pernah habis. Tak pernah selesai. jadi tak perlu kata "aku sibuk!".  Beruntunglah ada urusan. Apatah lagi urusan yang memberi manfaat pada orang lain. Bayangkan kalau kita tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. Hatta oleh kucing sendiri pun. 

So, nikmati kehidupan. Dan jangan lupakan kehidupan yang satu lagi. Yang Maha penting!.

Nak iron baju kejap! hehe..