Selasa, 13 Disember 2016

urusan belakang tabir

Hari ini siaplah husband mengecat dua kelas tadika. sejak sebelum Disember lagi sudah berjalan projek upgrade tadika kafa ni. Biarpun aku yang menjadi AJK Jemaah Tadbir KAFA tapi suamiku sering support di belakang tadbir. Semuanya demi melahirkan generasi yang cemerlang dengan ilmu Allah.  Sekolah yang teratur melahirkan murid yang teratur.
Kepada guru2 KAFA khasnya tadika kafa ini, bertugaslah kerana Allah. Bertugaslah dengan hati bukan dengan gaji semata2. Bila hati bersungguh, harta akan datang dari arah yang tidak disangka2.

 Kepada suamiku..jazakallah khairan jazak. Jasamu tidak dapat kuungkap dengan kata2. Semoga Allah limpahkan rahmat tak terhingga buatmu.

Sabtu, 10 Disember 2016

kursus pertama

Pagi tadi menghadiri kursus haji. Hari pertama. Sebak bila talbiah dialunkan. "Aku datang ya Allah".
Terķenang ketika menunaikan umrah hujung tahun lepas. Pelajaran paling utama aku peroleh ialah SABAR. Sifat ini amat mahal lebih-lebih lagi di Mekah dan Madinah.
Ramai yang mengaku sabar tapi tidak ramai yang benar2 mempunyai sifat itu.

Rabu, 7 Disember 2016

setahun sudhlah berlalu


Banyak doa sudah dimakbulkan. Banyak juga yang dianugerahi walaupun tidak pernah  diminta. Sebenarnya bukan 'banyak juga'. Tapi memang banyak tak terhingga. Hanya kita ýang selalu lupa. 

Beberapa minggu ĺagi genap setahun menjadi pengemudi. Iniĺah pengalaman yang dari cempedak jadi nangka. Mula2 tidak, tetiba diangkat ke persada. Ia diterima dengan hati berbelah bagi. Bukan penuh cinta tapi disambut dengan rasa nestapa.

 الحمدلله...Kini redha mula menjelma. Mudah2an Yang Esa sentiasa mengiringi perjalanan ini. Mencari redhaNYA. 

 

Sabtu, 19 November 2016

antara tak tau dan mengkaji

Menjadi pemimpin jangan gah pada jawatan. Tapi lihat pada kewibawaan. Memberi atau meminta. 

Menjadi pemimpin perlu ada strategi. Bukan untuk berpolitik. Tapi untuk menabur bakti. Perlu atau tidak. Ada priority atau tidak. Syok sendiri atau untuk masyarakat.
 
Bila aku bertanya tak semestinya sebab aku tak tau. Tapi kerana  aku dah tau.  Bila aku minta pendapat bukan kerana aku tak reti nak laksanakan. Tapi kerana aku survey personally. Survey seorang demi seorang dengan survey secara group jawapannya berbeza. Itulah aku. 

Aku lepasan Course Statistics. Survey kuantitatif itu subject mesti. Aku juga lepasan Course Business Management (Finance).  Survey kualitatif tu Case Study yang jadi wajib dalam class dulu. Asyik dengar pensyarah bla..bla..bla..Tiap soalan dan jawapan mesti ada inferens. Takde suka2 jawab je.

Aku juga lepasan Qiraat Open Class di Universiti Islam Antarabangsa. Aku faham relevannya bahasa arab harfiah dengan AlQuran. 

Aku juga pernah study di UKM selepas matrikulasi di Sri Puteri. Belajar Sains Hayat mengkaji flora dan fauna. Fizik dan Kimia.

Semua itu aku gabung dalam usia senja ini. Membuat keputusan dalam komuniti muslimah. Aku tak berani di puncak berduri ini kalau semua di atas itu aku takde. Umpama berperang tanpa senjata. Malah aku langsung tak berani kalau Allah biarkan aku sendirian. 

Aku yakin Allah sentiasa menjadi teman sejati aku di mana jua aku berada. Moga aku dianugerahi hati yang jernih agar dapat menemuiNYA dalam kain kapan yang wangi kasturi.


Jumaat, 18 November 2016

akan pergi jua..

Ia seperti satu tanda akan pergi. Akan terpisah inci demi inci. Akan renggang sikit demi dikit. Kunci pintu bagaikan sudah hilang. Sedangkan pintu terbuka luas. Dìrapatkan daunnya tetap terbuka. Abak kunci sudah jauh dari mata tanpa sedar.

Benar! Dunia ini satu persinggahan. 

Selasa, 15 November 2016

sebebtar di pantai padang

Tadi aku ke tepi pantai Kota Padang. Sebaik saja duduk di kerusi, pelayan datang meminta pesanan. Suami tercinta yang order. Aku hanya menurut. Cuma jus alpokat sudah satu kemestian bila aku di Tanah Indon ini.
Baru hendak menjamah, azan isya berkumandang daru surau bersebelahan. Ah! Tetiba aku sebak. Fikiranku bagai tiada di sini. Tapi jauh entah di mana.
Suara laungan azan itu seperti menggamit sesuatu. Aku seolah2 ingin dibawa pergi.
Aku belum solat maghrib lagi. Niatku untuk jamak takhir. Tapi hatiku gundah. 

Rabu, 9 November 2016

mengikut arus selagi lurus

Rela ..redha .. itu punca tenang..bahagia. Hikmah Allah anugerah dari segenap ruang. Tugasku untuk menikmati hikmah itu dengan berbagai-bagai kunci. 

Bertemu dengan banyak hati. Takku cari yang sejati. Kerana yg sejati itu cuma DIA, Pencipta. Hati makhluk DIA yang atur. Tugasku hanya meminta agar DIA anugerahku hati yang mulia.

##Sahabat.. syukrañ,sering memberi aku kekuatan. Menghiburkan ketika aku resah. Menyejukkan ketika bara membakar. Menunjuk jalan ketika aku buntu.
Sentiasa cuba ada di mana aku ada.

Sabtu, 29 Oktober 2016

doa dan adukan padaNYA

Hari  ini aku belajar ĺagi. Betapa doa adalah sebenar2 senjata terbaik. Pasrah dan tawakkal itu ubat emosi paling ampuh.

Tuhan.. kasihsayangMU tidak dapat kuungkap dengan kata2. Hikmah ini rupa2nya yang ENGKAU anugerahkan pada hambaMU yang sering lalai ini.

الحمدلله...

Khamis, 27 Oktober 2016

berhati2...

Dendam tidak ada dalam kamus hidupku. Yang ada cuma berhati2. Aware kata orang atas angin. Dalam usia separuh abad ini yang paling bahagia adalah kesihatan. Selepas itu ketenangan datang menyamankan perasaan. 

Allah.. anugerahi aku begitu

Ahad, 23 Oktober 2016

nikmat bersamaMU

Apa lagi yang lebih damai kalau bukan bersama Pencipta. Berdoa dan menangis seolah2 DIA sedang memeluk aku..mendakapku penuh cinta.

Tuhan.. aku hanya perlukan ENGKAU lebih daripada segala2 ya. Bercerita denganMU merungkai segala rasa. Airmata ini seperti meluruhķan segala rasa duka.

Nikmat bersamaMU.

Jumaat, 21 Oktober 2016

kalau itu akhirnya..redha saja

Aku berada di jejak ini. Sakit dan pedih ulu hati. Saat ceria terus mengasak jiwa. Indahnya dunia tanpa perjuangan. Tiada perjuangan tiada pertentangan. Kawan atau lawan tidak pernah dipersoalkan.

Diri. Bertabahlah. Itulah pengorbanan. Biarlah mawar ini pudar dan layu asaĺkan taman tetap  indah terjaga.

Yakinĺah ada hikmah besar menanti. Saat itu akan tiba. Biarlah menjadi kaca yang berharga daripada menjadi permata yang mendabik dada.

Selasa, 11 Oktober 2016

antara budget dan program..

Antara perbelanjaan dan program. Yang manakah perlu didahulukan? Yang manakah perlu dipersoalkan?

Apabila membicarakan soal program, yang sering kita lihat adalah apakah objektif program tersebut setelah mengetahui nama program yang ingin dilaksanakan. Kemudian kita tengok pada sasaran. Seterusnya kesan dan hasil program tersebut sama ada dari segi fizikal atau spiritual. Kebanyakannya kita lihat pada kesan secara spiritual atau mental. Kebiasaannya lebih kepada silaturrahim. 

Ada komuniti yang mempunyai banyak kesatuan. Maka perbelanjaannya perlu diteliti agar tidak dikeluarkan sewenang-wenangnya. Ringkasnya wang masyarakat tidak sewajarnya dibelanjakan mengikut nafsu beraktiviti. Segalanya harus dimanfaatkan sebaik--baiknya. 

Namun ada kesatuan yang ketandusan aktiviti dan program. Lantas kesatuan lain berusaha mengadakan seadanya dengan harapan dapat mengajak komuniti bersama-sama berganding bahu menjalin hubungan melalui program yang diadakan. Yes! Bukan mudah hendak memanggil masyarakat yang sudah berada dalam zon selesa untuk turun mencemar dan membasahkan tubuh dengan peluh. Namun itulah yang harus dilalui oleh para pemimpin komuniti. Berjuang hingga kadang-kadang diri sendiri menjadi kurang pasti adakah benar-benar berjuang atau sekadar syok sendiri. Apatah lagi dalam perbelanjaan yang begitu tertekan. Semuanya harus dirayu, dibahas mengapa dan untuk apa.

Dalam situasi begini, alangkah seronok dan bahagianya jika persatuan lain mempunyai pemikiran yang positif, optimis dan saling menyokong. Bukan menerjah dan mengasak dengan pelbagai persoalan bagaikan satu medan temuduga adakah calon itu layak diambil bekerja atau tidak. Jika wang menjadi kekangannya, bukankah positif jika ada yang menghulur sumbangan seorang sedikit sebagai tanda sokongan. instead of bertanya dan bertanya dan bertanya dengan soalan yang remeh dan jawapan yang sepatutnya sudah diketahui sendiri. Supports boleh dihulur dalam bentuk apa pun. Sedangkan Allah pun kata "....sumbangkanlah dengan hartamu...."

Bukankah dipilih menjadi pemimpin itu tanda kita bijak dan optimis. Jadi di mana bijaknya pemimpin itu sebenarnya? Ketika satu pihak sedang berusaha untuk memberi, ada pihak  berjemaah menerjah dengan persoalan-persoalan yang tidak dijangka sedangkan mereka bukanlah selama ini berada di takuk berdinding. Zaman ini kemajuan seolah-olah tanpa hijab. Kemajuan itu ada di hujung jari.





Rabu, 14 September 2016

Menelah diri

Persada ini membawa saya ke suatu dunia yang tidak tertulis. Tidak mampu ditulis.Dirungkai. Dunia yang penuh dengan rencah. Kancah yang pelbagai. Adakalanya saya tidak tahu di mana minda berada. Kadang-kadang gerak-geri diperhatikan dari segenap ruang. Positifkah?

Justeru sesekali ìngin rasanya berbaring di atas pantai melihat langit. Sendirian. Menikmati segenap kesempatan untuk men yendiri.

Namun hatiku tiada di situ. Yang digalas ini wajib saya jaga sebaiknya agar tidak jatuh menjadi sampah. Biarlah menjadi pulau tempat berehat. Atau menjadi pokok yang sentiasa berbuah. Bila batu dilontar, buah yang manis jatuh di tangan.



Sabtu, 13 Ogos 2016

Ruang diri

Adakaĺanya mencari ruang untuk diri sendiri. Menikmati syukurnya dgn pemberianNYA, ujianNYA dan segala yg ada di sekeliling.


Khamis, 4 Ogos 2016

berdoa

Allah tidak pernah menghampakan  hamba-hambaNYA. Saban hari berdoa..ya Allah deķatkan lah aku dengan orang-orang soleh dan solehah..jadikanlah áku hambaMU yang solehah...jadikanlah aku hambaMU yang pengasih..pemaaf..pemimpin yang adil..yang membuat keputusan hanya untuk mendapat redhaMU.


Jumaat, 29 Julai 2016

Ziarah melembutkan hati

الحمدلله...  semalam berkunjung..menziarahinya dan keluarganya. Hari ini dia datang bekerja lepas hampir 2 minggu tidak menjenguk muka. Adakah disebabkan kunjungan kami atau memang dia berhasrat akan datang hari ini..wallahualam. 

Biarlah atas sebab apa pun..Allah sentiasa mempermudahkan urusan  pada kebaikan yang hambaNYA minta. Berbuat baiklah nescaya rahmat Allah semakin melimpah ruah terhadap kita.



Khamis, 28 Julai 2016

Persada tempat utk bersyukur

Sudah hampir 7 bulan berada di sini. Perlahan-lahan saya mengenali berbagai2 ragam yang adakala menitikkan airmata saya. Ķadangkala meningkatkan adrènalin pulak.
Yang paling tak lupa bila turun ke bawah. Meninjau kehidupan orang.

Kalau kita ŕasa susah..ramainya lagi yg susah di bawah sana. Ketika sibuk fikir makan apa yang sedap..di bawah sana sedang terfikir apa yang tinggal untuk di makan. 

Selasa, 21 Jun 2016

bicara ilmu itu meningkatkan tajam akal

Benar!  Aku ŕindu untuk berbicara dengan orang berilmu. Aku rindu untuk berbual penuh isi.

Berada di takuk yang sama. Berbicara perkara ýang sama. Bila nak upgrade diri?  Kitaran ini akan mati jika sama takuk sama level.

Isnin, 20 Jun 2016

rahmat Ramadhan

Kelmarin beetanya pada seseorang, ingin tahu apa program atau aktiviti yg audience suka. Maklum, ada beberapa henis golongan yang meñjadi pelanggan .
Si A menjawab, kena tanya mereka yang disasarkan secara santai. Bila masa santai tu? Ntah. Hari biasa sibuk bekerja. Hari minggu dengan family. 
Semalam tanya si B. Jawab si B, buat questionaire. Kemudian kita nilaikan dgn proses tertentu. B, kita bertemu pada masa yang sesuai. Teringat masa di kampus dulu, berbincang ilmiah untuk selesaikan masaĺah. Sebab dan akibat. Tujuan dan hasil.  Objektif dan kesañnya. Bukan sekadar kata-kata kosong. Tapi bicara ada faktor.

Allah..terima kasih Kau pertemukan lagi aku dgn rahmat RamadhanMU.

Demam itu peringatan

Hari ñi demam. Rentetan dari rasa tak selesa  pd sambungan tekak dan hidung semalam. Tak dapat hadir tadarus. Tak dapat buat facial hari ni. Ada hikmah tentunya. Redha je lah.

Mudah2an esok kembali pulih. Aktiviti berjalan seperti biasa. Yang ùtana, tiap perbuatan niatkan jadi ibadah. 

Jumaat, 10 Jun 2016

exam qiraat final sem. Allah..bantu aku

esok exam qiraat jamak di uiam, gombak. Kali ini saya memang tiada persediaaan seperti tahun lepas. Komitment pada tanggungjawab meletakkan saya dalam situasi yang sukar untuk study. Ketika sedang explore dunia qiraat yang asyik, fikirañ,idea dan tenaga dikerah untuk komuniti. Yang ini untuk diri sendiri. Yang itu untuk masyarakat.

Allah...segalanya hanya daripadaMU dan akan kembali juga padaMU.
Pinta hambaMU hanyalah satu..redha hidup dan matiku sebagai hambaMU yang sentiasa mujahadah.

Jumaat, 4 Mac 2016

matlaul badrin

Ķitab Matla'ul badrin. Terkenang źaman kecil2 ďulu.. sek agama di Johor.  Kami  belajar ibadat, munakahat, muamalat, jenayat guna buku ìnilah. Kini kelas matla'ul badrin turut diadakan di masjid taman ìni. Semalam hari ke2 kelas. Ternyata banyak yang telah dilupai. Tau tp tak arif. Alangkah ruginya bila kita mengaku tau tapi hakikatnya kita kurang tau pun. Selama ni hanya tau di permukaan..sedangkan ilmu itu manisnya bila kita sudah di bawah permukaannya..menyelam ke dasarnya.
wallahualm

Isnin, 22 Februari 2016

teraju

Sudah hampir dua bulan menerajui. Pahit mendahului rasa. Sakit, tertekan, terluka dan disalah sangka bagaikan rencah dalam hidangan. Betapa  berdurinya puncak ìni. Menikam perasaan. Menusuk hati. Sesekali rasa begitu sepi. 

Isnin, 18 Januari 2016

i miss my leisure time

I really really miss my leisure time. Tuhan... aku tahu apa yg Engkau beri adalah yang terbaik.
Namun kerdilnya aku sebagai hamba menjadikan aku sesekali rasa terbenam.
Aku berada di puncak yang genting. Di puncak yang tidak pernah aku idamkan..malah tidak pernah aku impikan.

Puncak yang bila2 masa boleh menikam diriku sendiri. Biarpun benar selangkah kaki sudah di syurga. Tapi hakikatnya sebelah kaki juga sudah di pintu neraka.

Kekuatan aku hanya padaMU ya  Rabb. ..kerana KAU yang memberi semuanya. Dayaku hanya padaMU yang mengujiku. Jalan ini wajib aku lalui demi amanah keranaMU jua. Semuanya hanya keranaMU.




Jumaat, 1 Januari 2016

nilai sabar dan tawakal

Di sana aku belajar tawakkal. Aku kenal nilai sabar. Tawakal dan Sabar kunci kemuliaan..penanda aras kejayaan dunia untuk akhirat.

Tanamkan  nilai laksanakan dengan niat untuk mencapai redhaNYA. Sasaran hanya pada kpi husnul khotimah