Khamis, 11 Jun 2020

3 DIA suka..3 DIA benci.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasululah s.a.w bersabda;

Sesungguhnya Allah menyukai daripadamu 3 hal dan membenci 3 hal.

DIA menyukai:
1, Jika kamu beribadah kepadaNYA tanpa menyengutukanya dengan sesuatu pun.
2. Kamu berpegang teguh pada agamaNYA.
3. Tidak berpecah belah.

Allah membenci daripadaMU 3 hal:
1. Berkata sesuatu  yang tidak bermanfaat.
2. Banyak bertanya
3. Mensia-siakan harta.

(Hadis riwayat Muslim).

Pengajaran:
1. Mendorong untuk ikhlas beribadah kepada Allah SWT semata-mata tanpa menyengutukanNYA.
2. Berpegang teguh pada agama Allah SWT dan bersatu dalam jemaah kaum muslimin.
3. Meninggalkan perbicaraan yang tidak bermanfaat
4. Menghindari perbuatan menghabiskan harta di jalan yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT.

Riyadus Solihin.

Ahad, 12 April 2020

emosi maths,hehe

ingat malam ni nak sambung ngajar maths anakn tapi macam tak boleh fokus. Malah anak pun nampak masam je muka,hehe..

Dugaanku sebagai guru maths. Anak sendiri kurang minat maths. insyaallah, Allah pasti bantu.