Sabtu, 29 Oktober 2016

doa dan adukan padaNYA

Hari  ini aku belajar ĺagi. Betapa doa adalah sebenar2 senjata terbaik. Pasrah dan tawakkal itu ubat emosi paling ampuh.

Tuhan.. kasihsayangMU tidak dapat kuungkap dengan kata2. Hikmah ini rupa2nya yang ENGKAU anugerahkan pada hambaMU yang sering lalai ini.

الحمدلله...

Khamis, 27 Oktober 2016

berhati2...

Dendam tidak ada dalam kamus hidupku. Yang ada cuma berhati2. Aware kata orang atas angin. Dalam usia separuh abad ini yang paling bahagia adalah kesihatan. Selepas itu ketenangan datang menyamankan perasaan. 

Allah.. anugerahi aku begitu

Ahad, 23 Oktober 2016

nikmat bersamaMU

Apa lagi yang lebih damai kalau bukan bersama Pencipta. Berdoa dan menangis seolah2 DIA sedang memeluk aku..mendakapku penuh cinta.

Tuhan.. aku hanya perlukan ENGKAU lebih daripada segala2 ya. Bercerita denganMU merungkai segala rasa. Airmata ini seperti meluruhķan segala rasa duka.

Nikmat bersamaMU.

Jumaat, 21 Oktober 2016

kalau itu akhirnya..redha saja

Aku berada di jejak ini. Sakit dan pedih ulu hati. Saat ceria terus mengasak jiwa. Indahnya dunia tanpa perjuangan. Tiada perjuangan tiada pertentangan. Kawan atau lawan tidak pernah dipersoalkan.

Diri. Bertabahlah. Itulah pengorbanan. Biarlah mawar ini pudar dan layu asaĺkan taman tetap  indah terjaga.

Yakinĺah ada hikmah besar menanti. Saat itu akan tiba. Biarlah menjadi kaca yang berharga daripada menjadi permata yang mendabik dada.

Selasa, 11 Oktober 2016

antara budget dan program..

Antara perbelanjaan dan program. Yang manakah perlu didahulukan? Yang manakah perlu dipersoalkan?

Apabila membicarakan soal program, yang sering kita lihat adalah apakah objektif program tersebut setelah mengetahui nama program yang ingin dilaksanakan. Kemudian kita tengok pada sasaran. Seterusnya kesan dan hasil program tersebut sama ada dari segi fizikal atau spiritual. Kebanyakannya kita lihat pada kesan secara spiritual atau mental. Kebiasaannya lebih kepada silaturrahim. 

Ada komuniti yang mempunyai banyak kesatuan. Maka perbelanjaannya perlu diteliti agar tidak dikeluarkan sewenang-wenangnya. Ringkasnya wang masyarakat tidak sewajarnya dibelanjakan mengikut nafsu beraktiviti. Segalanya harus dimanfaatkan sebaik--baiknya. 

Namun ada kesatuan yang ketandusan aktiviti dan program. Lantas kesatuan lain berusaha mengadakan seadanya dengan harapan dapat mengajak komuniti bersama-sama berganding bahu menjalin hubungan melalui program yang diadakan. Yes! Bukan mudah hendak memanggil masyarakat yang sudah berada dalam zon selesa untuk turun mencemar dan membasahkan tubuh dengan peluh. Namun itulah yang harus dilalui oleh para pemimpin komuniti. Berjuang hingga kadang-kadang diri sendiri menjadi kurang pasti adakah benar-benar berjuang atau sekadar syok sendiri. Apatah lagi dalam perbelanjaan yang begitu tertekan. Semuanya harus dirayu, dibahas mengapa dan untuk apa.

Dalam situasi begini, alangkah seronok dan bahagianya jika persatuan lain mempunyai pemikiran yang positif, optimis dan saling menyokong. Bukan menerjah dan mengasak dengan pelbagai persoalan bagaikan satu medan temuduga adakah calon itu layak diambil bekerja atau tidak. Jika wang menjadi kekangannya, bukankah positif jika ada yang menghulur sumbangan seorang sedikit sebagai tanda sokongan. instead of bertanya dan bertanya dan bertanya dengan soalan yang remeh dan jawapan yang sepatutnya sudah diketahui sendiri. Supports boleh dihulur dalam bentuk apa pun. Sedangkan Allah pun kata "....sumbangkanlah dengan hartamu...."

Bukankah dipilih menjadi pemimpin itu tanda kita bijak dan optimis. Jadi di mana bijaknya pemimpin itu sebenarnya? Ketika satu pihak sedang berusaha untuk memberi, ada pihak  berjemaah menerjah dengan persoalan-persoalan yang tidak dijangka sedangkan mereka bukanlah selama ini berada di takuk berdinding. Zaman ini kemajuan seolah-olah tanpa hijab. Kemajuan itu ada di hujung jari.