Selasa, 11 Oktober 2016

antara budget dan program..

Antara perbelanjaan dan program. Yang manakah perlu didahulukan? Yang manakah perlu dipersoalkan?

Apabila membicarakan soal program, yang sering kita lihat adalah apakah objektif program tersebut setelah mengetahui nama program yang ingin dilaksanakan. Kemudian kita tengok pada sasaran. Seterusnya kesan dan hasil program tersebut sama ada dari segi fizikal atau spiritual. Kebanyakannya kita lihat pada kesan secara spiritual atau mental. Kebiasaannya lebih kepada silaturrahim. 

Ada komuniti yang mempunyai banyak kesatuan. Maka perbelanjaannya perlu diteliti agar tidak dikeluarkan sewenang-wenangnya. Ringkasnya wang masyarakat tidak sewajarnya dibelanjakan mengikut nafsu beraktiviti. Segalanya harus dimanfaatkan sebaik--baiknya. 

Namun ada kesatuan yang ketandusan aktiviti dan program. Lantas kesatuan lain berusaha mengadakan seadanya dengan harapan dapat mengajak komuniti bersama-sama berganding bahu menjalin hubungan melalui program yang diadakan. Yes! Bukan mudah hendak memanggil masyarakat yang sudah berada dalam zon selesa untuk turun mencemar dan membasahkan tubuh dengan peluh. Namun itulah yang harus dilalui oleh para pemimpin komuniti. Berjuang hingga kadang-kadang diri sendiri menjadi kurang pasti adakah benar-benar berjuang atau sekadar syok sendiri. Apatah lagi dalam perbelanjaan yang begitu tertekan. Semuanya harus dirayu, dibahas mengapa dan untuk apa.

Dalam situasi begini, alangkah seronok dan bahagianya jika persatuan lain mempunyai pemikiran yang positif, optimis dan saling menyokong. Bukan menerjah dan mengasak dengan pelbagai persoalan bagaikan satu medan temuduga adakah calon itu layak diambil bekerja atau tidak. Jika wang menjadi kekangannya, bukankah positif jika ada yang menghulur sumbangan seorang sedikit sebagai tanda sokongan. instead of bertanya dan bertanya dan bertanya dengan soalan yang remeh dan jawapan yang sepatutnya sudah diketahui sendiri. Supports boleh dihulur dalam bentuk apa pun. Sedangkan Allah pun kata "....sumbangkanlah dengan hartamu...."

Bukankah dipilih menjadi pemimpin itu tanda kita bijak dan optimis. Jadi di mana bijaknya pemimpin itu sebenarnya? Ketika satu pihak sedang berusaha untuk memberi, ada pihak  berjemaah menerjah dengan persoalan-persoalan yang tidak dijangka sedangkan mereka bukanlah selama ini berada di takuk berdinding. Zaman ini kemajuan seolah-olah tanpa hijab. Kemajuan itu ada di hujung jari.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan