Jumaat, 12 April 2019

Nikmati rasa memberi

Pernahkah kau rasa nikmat setelah memberi?Kalau belum ..bisikkan pada hati. Kau memberi kerana Allah sayang pada kau. Bukan sebab kau mampu memberi. 

Khamis, 11 April 2019

beri dan jangan pertikai

Ketika kita belajar memberi, jangan pertikai apa yang orang lain terima.

Betsyukur kerana Allah kurniakan hati yg suka memberi. Allah beri peluang utk kita bina taman di syurga.

Bersyukur kerana kita diberi nikmat begitu.

Sabtu, 6 April 2019

Bila ikhlas diuji

Ketika kita sedang berjuang, ada yang.L sedang pertikai keikhlasan. huuu.. So untuk apa perjuangan ini? popularity? kubur sedang melambai. Apa lagi yang ditunggu?
Nama? Wang? Sedang tiafa imbuhan menanti.

Kuasa?.haha..apa ada pada kuasa ini?. Kita bukan YB yang mungkin mudah dapat keinginan. Kita tak punya apa-apa, Hanya seadanya,

gelak besar

Apabila kita rasa biasa, tapi rupanya kita diperhati. Really?  hehehehehe..pecah perut gelak...Dah 50an tiada apa yang hebat. Diperhati untuk apa..so? Cool mom!

Nak berbunyi juga? lupakan..

belajar untuk tidak rajin berbunyi. Hanya yang perlu. Kenapa?

 Kerana semakin banyak kita bertanya, semakin banyak kita terpaksa mendengar. Semakin banyak kita beritahu, semakin   banyak kita rasa lebih tau. Dan semakin tinggi ego kita, semakin rendah nilai diri kita.

Jadi, nak mudah. Nak rehat. Nak tenang. Jangan kacau orang. Jangan ganggu masa orang. Jangan harap pada yang ada. Jangan sedih pada yang tiada.

Jadi diri sendiri. Doa tu mesti. Yang paling dekat dengan kita kan Allah. Bukan makhluk.