Sabtu, 19 November 2016

antara tak tau dan mengkaji

Menjadi pemimpin jangan gah pada jawatan. Tapi lihat pada kewibawaan. Memberi atau meminta. 

Menjadi pemimpin perlu ada strategi. Bukan untuk berpolitik. Tapi untuk menabur bakti. Perlu atau tidak. Ada priority atau tidak. Syok sendiri atau untuk masyarakat.
 
Bila aku bertanya tak semestinya sebab aku tak tau. Tapi kerana  aku dah tau.  Bila aku minta pendapat bukan kerana aku tak reti nak laksanakan. Tapi kerana aku survey personally. Survey seorang demi seorang dengan survey secara group jawapannya berbeza. Itulah aku. 

Aku lepasan Course Statistics. Survey kuantitatif itu subject mesti. Aku juga lepasan Course Business Management (Finance).  Survey kualitatif tu Case Study yang jadi wajib dalam class dulu. Asyik dengar pensyarah bla..bla..bla..Tiap soalan dan jawapan mesti ada inferens. Takde suka2 jawab je.

Aku juga lepasan Qiraat Open Class di Universiti Islam Antarabangsa. Aku faham relevannya bahasa arab harfiah dengan AlQuran. 

Aku juga pernah study di UKM selepas matrikulasi di Sri Puteri. Belajar Sains Hayat mengkaji flora dan fauna. Fizik dan Kimia.

Semua itu aku gabung dalam usia senja ini. Membuat keputusan dalam komuniti muslimah. Aku tak berani di puncak berduri ini kalau semua di atas itu aku takde. Umpama berperang tanpa senjata. Malah aku langsung tak berani kalau Allah biarkan aku sendirian. 

Aku yakin Allah sentiasa menjadi teman sejati aku di mana jua aku berada. Moga aku dianugerahi hati yang jernih agar dapat menemuiNYA dalam kain kapan yang wangi kasturi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan